Tuesday, June 30, 2009

Menyingkap semula sejarah yang digelapkan !

pernahkah kita melihat dua keping gambar di bawah ?

gambar 1 : Boestamam yang memperjuangkan kemerdekaan negara di iring oleh polis (anak tempatan) yang mempertahankan penjajah untuk dibawa ke penjara kerana dituduh 'pengganas dan cuba menggulingkan kerajaan'.....
Gambar 2 : Tok Janggut dibunuh dengan kejam oleh pasukan yang antaranya dianggotai anak tempatan kerana tuduhan mengetuai kegiatan keganasan cuba menggulingkan kerajaan. Selepas dibunuh jenazahnya digantung beberapa hari dengan kepala kebawah untuk menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tidak mengganas menentang kerajaan ?

Sejarah dirakam oleh orang yang menang ! Itulah ungkapan salah seorang profesor ku di SungKongHoe University, Seoul, katanya lagi selaku ganerasi baru kita tidak seharusnya percaya 100% dengan buku sejarah yang ditulis oleh golongan yang punya kuasa dan mewarisi regim penindas terdahulu termasuk mewarisi kepentingan penjajah.

Seperti biasa ramai yang dikatakan pengganas mati ditangan regim ... mahkamah digunakan untuk kepentingan regim menghukum dan menghentikan penentangan keban gkitan rakyat.

Semua pembaca dijemput untuk membaca blog http://matamin.blogspot.com/ Tahniah atas usaha blogger tersebut kerana untuk mengungkap semula sejarah buat tontonan kepada ganerasi yang sering dikelirukan oleh media yang menjadi penyambung sejarah tulisan penjajah.

Jemputan ke Stadium MPPJ malam ini

HIMPUNAN PERPADUAN RAKYAT

BILA : Selasa - 30 haribulan Jun 2009-06-29

TEMPAT :
Stadium MPPJ Kelana Jaya

WAKTU : 9 Malam

PIDATO UTAMA :

Saudara Anwar Ibrahim
Saudara Lim Kit Siang
Tok Guru Nik Aziz


Semua warga di jemput datang.

Friday, June 26, 2009

Jumpa di Batu Pahat, Pontian dan Kulim

Seperti biasa Jumaat, Sabtu dan Ahad akan penuh aktiviti memenuhi undangan.

Jadual minggu ini

Ceramah Umum
(anjuran AMK Batu Pahat)
26 Jun 2009, 9.00 malam
Markas PAS Parit Besar, Patu Pahat
(pertanyaan 0127228004 Fauzi, AMK Bt.Pahat)

Ceramah Umum
(anjuran AIC Johor / DPPP Pontian)
27 Jun 2009, 9.00 malam
Pekan Sanglang, Pontian

Ceramah Umum
(anjuran KEADILAN cabang KULIM)
28 Jun 2009, 9.00 malam
Kulim (pertanyaan lokasi ADAM 0174371316)

datang ke lokasi terbabit untuk dapatkan informasi terkini, ada 'hadiah' VCD istimewa...dapatkan ...jumpa di lokasi terbabit.

gambar banner dihantar oleh teman dari Johor, UITM buat program dengan Umno...bukankah salah dari segi AUKU pelajar terlibat dengan parti politik ?

imej surat ini diperolehi dari email ..... benarkah surat ini ?

RM100 juta ditambah untuk dana politik Umno ?

Semasa perbahasan usul Menteri Kewangan bagi pengemaskinian dan pemindahan dana kerajaan lanjutan daripada penyerapan agensi-agensi Kerajaan yang dahulunya di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi,ramai ahli parlimen khususnya ahli - ahli Parlimen Umno telah bangun dengan meminta dana Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) supaya ditambah.

Akhirnya semalam Timbalan Menteri Kewangan, YB Senator Dato' Dr Awang Adek Hussein, dalam ucapan penggulungannya telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menaikkan dana Tekun sebanyak RM100 juta pada tahun ini.

Secara kasarnya ia satu keputusan yang baik penambahan dana bantuan untuk membantu usahawan.

Persoalanya benarkan dana tambahan RM100 juta ini benar tersalur kepada usahawan yang sewajarnya ?

TEKUN ialah satu projek penyaluran dana kerajaan membantu usahawan kecil dalam bentuk mikro kredit. Antara pencetus idea ini ialah Dr. Mansor Othman (kini Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang). Diwujudkan dengan niat begitu murni. Namun malangnya pelaksanaanya menghancurkan niat murni penubuhannya.

Kebanyakan Pejabat TEKUN ditempatkan pasti berhampiran pejabat Umno, mungkin ini memudahkan unsur Umno mengawal agihan dana tersebut. Malah bukan menjadi satu rahsia untuk membolehkan mendapat pinjaman TEKUN pemimpin perlu menyertakan bukti menjadi ahli Umno.

Khairy Jamaluddin (menantu bekas Perdana Menteri) baru - baru ini kononya mengeluh mengenai betapa TEKUN kekurangan dana dan antara penyebabnya ialah peminjam yang tidak membayar semula.

Ketika merasmikan Pusat Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO menantu Abdullah Badawi ini berkata akan mencadangkan agar nama peminjam TEKUN yang tidak bertanggungjawab ini perlu didedahkan.

Jawapanya mudah sahaja wahai menantu Abdullah, dedahkanlah nescaya kamu akan menjumpai senarai ahli Umno yang tidak tahu berniaga yang 'dianugerahkan' dengan pinjaman wang atas nama TEKUN.

Pengumuman tambahan RM100 juta semalam dilihat umpama seperti membuang air dari tempayan ke tanah. RM100 juta akan digunakan untuk tujuan survival politik Umno...entah berapa titik sahaja akan dapat kepada mereka yang benar memerlukan.

Terbaru juga dapat aduan dari seorang kontraktor di Rembau menyatakan cara agihan projek pembangunan dibawah peruntukan parlimen. Tiap anggota parlimen diperuntukan RM1 juta untuk projek pembagunan parlimen. Di Rembau dikhabarkan kontraktor Umno secara bebas boleh mencadangkan projek dan menghantar cadangan kepada ahli Parlimen Rembau. Tidak ada tender. Jika cadangan projek tersebut lulus yang pasti dari jumlah pembayaran projek tersebut perlu diagihkan dengan memulangkan sebahagianya dari nilai tuntutan untuk Umno semula.

Video pendedahan 'Siapa Rosmah ?' dan buku 100 dalil Najib

'sitemeter' blog ini makan kerap mencatatkan lawatan i.p dari cawangan Khas, dan beberapa hari lalu sekali lagi che'GuBard ditujah dengan panggilan telefon dari 'teman' anggota cawangan Khas yang hendak sangat bertemu untuk mendapatkan maklumat mengenai video 'Siapa Rosmah Mansor ?'......kononya ada risikan yang menyatakan che'GuBard ialah dalang disebalik pembikinan video tersebut dan kononya menurut 'teman' SB yang sungguh mulia hati ini menyatakan bahawa perlu ada pertemuan segera sebelum 'crack down' dilakukan.

che'GuBard pelik dengan serkap jarang taktik 'sengal' tersebut, tetapi tidak hairan dengan kesengalan tersebut kerana maklumat SB ini sering dikelirukan dengan laporan salah dari SB sendiri. Contohnya ketika di soal siasat semasa Pilihanraya Kecil Penanti dibawah akta hasutan dengan jelas Inspektor Naseer dengan jelas membuat laporan salah dengan mengatakan che'GuBard dalam ucapan mengatakan Anuar Musa melantik Ibrahim Ali sebagai Sultan Kelantan. Nampak sangat bangang dan pekak ! sila klik sini untuk baca mengenai laporan palsu Inspektor Naseer kepada che'GuBard.

Usaha bersungguh - sungguh Polis Raja Di Malaysia mencari siapa dalang disebalik pembikinan video yang menceritakan sejarah hidup Rosmah yang ramai tidak ketahui itu harus dipuji tetapi alangkah lebih baik kesungguhan itu digunakan juga untuk menyiasat Ketua Polis Negara yang terlibat dengan kegiatan kongsi gelap. sila klik sini untuk baca mengenai Laporan Bersumpah pegawai PDRM sendiri mengenai Musa dan Kongsi Gelap.

Sekali lagi ditegaskan che'GuBard tidak punya kena mengena dengan usaha penerbitan video tersebut.

Nampaknya Rosmah panik dengan serangan adik beradiknya sendiri. Dia juga mula menggunakan blog-blog 'upahanya' untuk menyerang semula watak - watak dalam video terbabit.

Dalam sibuk menepis kemunculan video tersebut yang sudah masuk 3 siri dan 3 siri tersebut pula ada beberapa version lain yang di remix semula oleh beberapa teman aktivis cyber, muncul pula salinan buku lama yang boleh dicapai dalam bentuk salinan di internet.

Di sini nak kongsi dengan pembaca siri empat buku lama '100 dalil Najib...' yang menceritakan mengenai Rosmah, Bomoh dan penceraian Tengku Puteri, Isteri Najib. sila klik sini untuk membaca lanjut.

Thursday, June 25, 2009

Moga Nora tabah dan 'berserah' padanya...

Minggu lepas terkejut sungguh che'GuBard mendapat berita musibah yang menimpa Nora. Nora seorang teman aktivis yang 'garang' dan banyak cakap tiba - tiba di uji dengan ujian sebegitu kuat. Sememangnya dia punya banyak simpulan mutaakhir ini dalam hidupnya yang perlu dileraikan tetapi dugaan ini mungkin amat berat baginya.

che'GuBard sempat menziarah dia dan anak - anaknya. Moga ia terus tabah. Nora ketika punya masalah berserahlah, angkatlah tangan berdoa padaNya.... amat malanglah sesiapa yang tika punya masalah masih 'ego' dan terus berpaling dari Nya....

Terima kasih juga kepada Ust. Badrul Amin dan YB Dr. Siti Mariah yang sudi membantu apabila che'GuBard hubungi hanya melalui sms untuk memohon bantuan bagi pihak Nora.

Mungkin ada yang hendak berkongsi posting Nora di bawah ini...

Tragis buat Nora

Blog tidak di “update” beberapa hari kini. Kritikalnya keadaan amat membimbangkan. Yang “tidak orait” semakin tidak membantu dan baru-baru ini nasib malang menimpa salah seorang dari anak Nora. Memang tangisan dan rintihan sahaja yang menjadi teman. Di pandang kiri nampak semakin gelap dan di toleh kanan muram semakin menjadi-jadi namun Nora cuba untuk tabah.

Amat payah untuk Nora gambar dan tuliskan – tidak mungkin pekong ini boleh di buka. Hanya menjadi harapan Nora – anak Nora akan terus berhadapan dengan realiti hidup dan sedar bahawa yang tidak orait itu tidak akan dapat membantu hidup anak-anak Nora. Berbakul rasanya mahu Nora sumpah yang tidak orait itu – masakan anak sendiri di biar merempat sehingga tragis itu berlaku. Malang seribu kali malang.

Nora tidak dapat menceritakan tragis ini – cukup Nora simpan sebagai pengalaman hitam dalam hidup Nora dan anak Nora yang terlibat itu. Pada anak Nora – mama akan sentiasa jadi mama dan cinta serta kasih sayang mama pada semua tidak akan terlerai biar apa pun terjadi.

Apa pun Nora mengucapkan terima kasih pada Chegu Badrul, yang sudi hadir ke hospital melawat kami anak-beranak dan sudi mendengar rintihan Nora. Moga awan mendung ini segera berarak lalu. Moga lelaki yang tidak orait itu terus hidup dalam kepura-puraan. Nora berharap ruang dan peluang bagi lelaki yang tidak orait itu di tutup – sebagaimana kabur masa depan anak Nora – yang di bawah jagaannya. Kepada yang mahu terus membantu atas cerita palsu lelaki yang tidak orait teruskanlah. Tidak akan menjadi pahala (insyallah) sedekah kamu kepada lelaki yang tidak orait tersebut. Terima Kasih juga pada Azmin Ali yang sedia mendengar rintihan tersebut.

Kepada Anak Ku,
Mari dekap pelukan ini,
Lupakan sesal dan kesal hidup,

Ingat,

Duka mu adalah duka mama mu juga,
Akan mama dakap biar segala duka itu lemas dalam pelukan mama,
Akan mama dakap biar segala kegelapan itu terhapus dengan cinta mama,

Anak ku,
Sedarlah kelak,

Ada perkasa yang merupa manusia – iblis di dalamnya,

Ada sateria yang bersikap mulia – jijik sebenarnya orangnya,

Anak ku,

Sedarlah, kala ribut itu datang, kala malam itu kelam, kala siang mu membungakan segala derita – percayalah mama masih di sini – menerima
Buat yang tidak orait – kau pikul segala dosa – kerana kau sendiri tidak punya maruah – mungkin hilang sifat bagai manusia.
Anak ku – derita itu derita mama jua.

Celaka betul regim Bn ni....

2 hari lepas che'GuBard cuti sakit kerana sakit 'belikat' yang makin teruk dan bisul di lutut yang makin sakit. 2 pagi, 2 hari lepas terpaksa ke Hospital An Nur, Bangi kerana tak tahan sangat sakit. Doktor telah 'operate' bisul dan suntik ubat tahan sakit untuk sakit 'belikat'. Beri 4 jenis ubat dan kos rawatan harganya RM138.00 ........Duit tak ada dalam poket nasib baik kad kredit ada maka tambahlah lagi hutang.

Esoknya walaupun luka di lutut masih sakit dan belakang masih 'krem' sakit, namun masih tetap kena pergi kerja. Lokasi pejabat yang agak jauh dari rumah mengambil masa perjalanan hampir 2 jam. Maknanya setiap hari che'GuBard kena keluar rumah 6.30 pagi untuk sampai ke pejabat sebelum 8.30 pagi. Keluar pejabat pula 5.30 petang dan petang 'trafik' lebih parah cuma boleh sampai rumah jam 8.00 malam.

Itulah rutin rakyat kerja - kerja - kerja.... itu belum lagi tengahari lari ke mana - mana jabatan kerajaan untuk hantar memo masalah penduduk Rembau dan sebagainya. Contohnya waktu makan tengahari ini akan digunakan untuk lari sebentar ke Parlimen untuk menghantar Petisyen Isu Tanah Adat Rembau yang bakal dirampas regim Bn. Petang balik sahaja dari kerja kena bergegas terus ke tempat program ceramah atau mesyuarat. Hujung minggu pasti penuh dengan program parti. Contohnya petang ini balik kerja terus ke Paroi dan petang esok balik kerja terus ke Batu Pahat ada ceramah. Jawabnya sampai rumah jam 3pagi dan apa pun alasan 6.30 pagi esok harus siap keluar rumah untuk ke pejabat. Nasib baik isteri begitu faham dengan tugas dan perjuangan ini. Itupun tiap hujung bulan pasti lebih setengah dari gaji akan terlabur untuk aktiviti parti atau bantuan rakyat. Contohnya untuk kejohanan snooker Rembau dan aktiviti anak muda di Rembau bulan Jun ini terlabur RM2,000, sewa pejabat Rembau RM 250 (tak masuk air dan eletrik) itu belum masuk perbelanjaan berkaitan yang lain.

Itu cheGuBard yang ada kereta sendiri, ada keluarga yang memahami, InsyaAllah anak - anak yang sihat, juga terasa hambatan dalam mencari 'rezeki'...kerja kena tetap kerja kena sara keluarga, isteri, anak dan bakal anak (InsyaAllah hujung tahun ini)..bagaimana dengan rakyat yang lebih susah terbeban dengan perbagai kos...terpaksa kais pagi makan pagi ada yang membanting tulang.

Namun dalam pada masa itu ada warga asing pendek dan buruk yang telah kaya raya dikayakan lagi guna wang rakyat. YB Azmin semalam mendedahkan Jean Todt ahli korporat yang terlibat dalam pasukan lumba kereta F1 dibayar lebih RM1 juta oleh regim Bn untuk menjadi 'duta pelancongan' Malaysia.

Regim Bn membayar RM80,000 untuk kosnya menginap di negara ini untuk tiga malam. Selain itu Umno-BN turut membayar Todt RM388,000 untuk bercuti di dalam negara.

Kenapa regim ini membuat perkara gila seperti ini dalam keadaan rakyat kais pagi makan pagi ?

Menteri Pelancongan dan Timbalan Menteri Pelancongan gagal memberikan penjelasan di parlimen mengenai perkara ini dan tidak menafikan cuma mengatakan Jean Todt dilantik sebagai 'duta pelancongan' Malaysia dalam kempen Malaysia rumah kedua. Siapa yang Jean Todt tarik ? Kalau setakat nak jadikan Malaysia rumah ke dua mamak kat rumah che'GuBard pun boleh tarik 9 orang pekerjanya untuk tinggal di Malaysia.

Adakah kerana Jean Todt ini punya tunang Michele Yeoh aktor hebat yang diberi pangkat Datuk dan membenarkan ketiaknya digeli oleh bekas PM dan pinggangnya dirangkul ketika tangkap gambar bersama pemimpin negara.....??????

Maka patut tak dalam sakit belikat nie ....cheGuBard kata celakalah regim Bn ini.....!!!

Wednesday, June 24, 2009

Antara Chin Peng dan Henry Gurney ?

'Chin Peng anak kelahiran Tanah Melayu, ketika membesar telah terserap dengan mood anti penjajah yang amat kuat. Mood anti penjajah yang ada pada beliau bukan setakat membebaskan negara tetapi lebih tinggi menjadi mood fahaman pengurusan ekonomi menentang fasis kapitalisme dan menghanyutkan beliau ke fahaman komunisme dengan dalam. Chin Peng percaya dengan fahaman Komunisme negara ini mampu di urus dengan lebih baik kerana pada kepercayaannya Komunisme lebih humanis dan menjamin hak sama rata bukan seperti kapitalis yang hanya menjamin hak pemodal besar Lantas atas kenyakinan kuatnya beliau menentang penjajahan British dengan sepenuh daya dan pemikiran beliau.'

Pada 21 Jun yang lepas telah di adakan satu majlis yang kononya 'amat bermakna' di tepi jalan, Jalan Kuala Kubu – Bukit Fraser.

Pegawai Daerah tersebut, Nor Hisham Dahlan (yang mungkin sudah siap menangani semua aduan penduduk dan pembayar cukai setempat) telah hadir bersama dengan anggota Persatuan Bekas Perajurit Tentera Malaysia untuk memotong reben merasmikan terletaknya papan tanda lokasi pembunuhan Henry Gurney di Batu 56 ½, Jalan Kuala Kubu – Bukit Fraser.

Maka sesiapa yang melalui jalan tersebut pada waktu itu pasti akan terkejut dengan kehadiran anggota agak ramai polis dan tentera yang turut diarahkan hadir meraikan perletakan papan tanda tersebut yang mewirakan Henry Gurney. Mana tidaknya jalan yang sehari – hari sunyi dan lengang tiba – tiba kelihatan ramai anggota beruniform bukan kerana kemalangan tetapi kerana meraikan sebuah pana tanda.

Sudah tentu bersungguh – sungguh lagi majlis ini apabila ia dibuat ketika semangat menolak Chin Peng pulang ke Malaysia.

Pertama sekali, siapa dia Henry Gurney yang nak diagungkan kematiannya ini? Henry Gurny ialah warga kelahiran British. Dia dibesarkan dalam keluarga bangsawan yang percaya bahawa bangsa mereka gagah dan kuat serta berdaulat. Maka semua bangsa lain perlu tunduk kepada kekuasaan bangsawan British. Di besarkan dengan persekitaran Eropah masih dipenuhi hamba abdi dari Asia dan Afrika.

Sebelum dihantar bertugas di Malaysia beliau merupakan Ketua Pentadbiran Inggeris di Palestin (1946 – 1948). 'Jasa' beliau yang harus kita tidak lupa ialah menjadi antara perancang membawa masuk bangsa Yahudi khususnya yang berfahaman Zionis untuk menjadikan Palestin sebagai kawasan perlindungan. Tanah rakyat Palestin dirampas untuk menjadi perlindungan Yahudi yang kononya dizalimi di Eropah. Dari hanya kawasan perlindungan, 'berkat' usaha gigih Henry Gurney pada tahun 1948 tertubuhlah negara zionis Israel lakhanat.

Atas kecekapan beliau memperdaya arab Palestin dan menubuhkan negara Israel maka, Henry Gurney telah dinaikkan pangkat menjadi Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Tanah Melayu pada 13 September 1948.

Perlantikan beliau ke jawatan nombor satu di Tanah Melayu oleh British dengan harapan mampu terus memperdaya penduduk Tanah Melayu untuk terus mempertahankan sistem kapitalis dengan menolak unsur komunisme yang anti imperialis serta paling penting mematahkan gerakan kemerdekaan anti penjajah yang tidak seiring dengan kapitalisme amalam British.

Sejak September 1948 bukan sedikit pejuang kemerdekaan ditangkap, dipenjara dan dibunuh oleh Henry Gurney dengan menabur fitnah bahawa mereka pengganas dan menentang negara.

Ingat negara atau kerajaan pada masa itu ialah kerajaan penjajah British. Banyak kumpulan yang bangkit menentang penjajah dilabel komunis dan pengganas. Memang tidak dinafikan fakta sejarah ada kumpulan yang membuat keputusan membebaskan negara dengan memikul senjata dan masuk ke dalam hutan.

Itupun atas perbagai faktor. Bayangkan pertubuhan atau gerakan kemerdekaan negara diharamkan,ramai pemimpin gerakan kemerdekaan ditangkap dan ada yang mati dan hilang tanpa dikesan. Selaku pemimpin pada masa itu hanya ada 3 pilihan, bergabung bersama badan siasah yang direstui penjajah atau menanti ditahan (mungkin dibunuh) atau masuk ke hutan pikul senjata pertahankan prinsip.

Untuk memutuskan bantuan kepada pihak yang menentang dari dalam hutan. British memperkenalkan sistem kampung baru, masyarakat dipaksa pindah ke dalam kawasan penempatan baru yang berpagar duri dan di bawah kawalan senjata.

Ada rekod kebun orang asal dan penduduk di pinggir hutan dibakar kerana takut menjadi sumber makanan pasukan bersenjata menentang penjajah. Orang asal dan penduduk kampung dipinggir hutan diugut jangan bekerjasama dan dimainkan ilusi bahawa pasukan bersenjata di dalam hutan yang menentang penjajah jahat dan ganas.

Tanpa menafikan memang ada juga rekod keganasan dari pasukan bersenjata yang menentang penjajah.

Tidak cukup dengan itu didatangkan tentera upahan dari luar negara yang turut dijajah British untuk mempertahankan 'keamanan' dan 'kestabilan' kerajaan penjajah British. Maka wujudlah tentera Gurkha dan perbagai tentera luar yang sama membelasah pasukan bersenjata yang anti penjajah tidak kira mereka berideologi apa.

Dari 1948 – 1951, British bangga dengan Henry Gurney yang berjaya bukan sahaja mengekang tentangan bersenjata malah berjaya memainkan 'psywar' untuk mengheret sama anak tempatan mempertahankan Kerajaan penjajah British dengan perang anti Komunis nya, sedangkan kita perlu tahu dan sedar ada juga guru agama yang menanam sentimen anti penjajah turut ditangkap dan dikatakan terlibat dalam kegiatan komunis.

Ini tidak dapat dinafikan sehingga sekumpulan mereka yang berpendidikan agama juga telah membuat keputusan masuk hutan menyertai Regimen ke 10 menentang penjajah British.

Henry Gurney begitu menikmati zaman kegemilanganya di Tanah Melayu. Dia dipuja dan dikawal umpama 'Presiden Tanah Melayu'. Bergerak ke mana – mana dengan koleksi kereta mewahnya seperti Rolls Royce yang bangga terkibar Union Jack (bendera penjajah) didepanya.

Pada 7 Okotober 1951, semua kemegahan Henry Gurney musnah apabila beliau mati dengan tembakan dalam satu serang hendap oleh pasukan bersenjata Parti Komunis Malaya yang serangan itu dikatakan diketuai oleh Chin Peng.

Tepat 12 kilometer sebelum sampai pusat peranginan mewahnya di Bukit Fraser beliau ditembak mati, namun isterinya yang turut berada di dalam kereta tidak dicederakan.

Sejurus selepas itu semua tentera baik anak watan mahupun tentera upahan asing digerakkan secara besar – besaran memburu 'pengganas' komunis. Digambarkan ganasnya komunis ini sehingga saggup membunuh Henry Gurney.

Lupakah kita Henry Gurney ialah antara manusia yang mencipta negara Israel yang sehingga kini menjadi masalah dunia.

Di bawah ini diperturunkan ayat di perenggan ke dua di papan tanda yang dengan bangga diletakkan mengenang tempat kejadian pembunuhan Henry Gurney.

“Henry Gurney bersama isterinya dan setiausaha peribadi D.J Stapler bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Bukit Fraser untuk urusan rasmi dan berehat. Apabila kereta Rolls Royce yang membawa rombongan Gurney itu dengan kibaran bendera 'Union Jack' oleh Konstable Mohd Din sedang mengambil selekoh s di bt. 56 ½, kira – kira 8 batu dari Bukit Fraser tiba – tiba Rolls Royce menjadi sasaran peluru pengganas komunis”

Ayat di atas menggambarkan kita tidak pernah belajar untuk menulis sejarah sendiri. Tulisan penjajah yang merakam sejarah kita salin bulat – bulat. Kita bangga dengan kibaran Union Jack. Ada rekod Henry Gurney mati dan isterinya selamat tetapi apa nasib Mohd Din yang diperdaya menjadi pemandu lantikan penjajah, kita tidak kisah.

Bukankah sebagai anak Malaysia kita harus bangga antara manusia yang menyebabkan tertubuhnya negara Zionis Israel mati dan darahnya dipaksa menyimbah bumi kita.

che'GuBard bukan penganut komunisme, tetapi tidak hairan lepas membuat posting ini ada juak yang membuat tuduhan che'GuBard komunis kerana mereka mewarisi taktik Henry Gurney.

Ini juga berlaku kepada Ust. Ibrahim Libya yang dibunuh mati kerana dituduh komunis, hanya kerana kepercayaan bahawa negera ini bukan negara Islam dan dia tidak mahu ditangkap ISA kerana kepercayaannya itu. Dia ahli PAS, pondok tempat dia mengajar menjadi Markas PAS. Namun regim warisan penjajah ini menggerakkan 'aparat' bersenjata membunuh bukan sahaja Ust. Ibrahim Libya tetapi pengikutnya tidak kira perempuan atau orang tua mahupun kanak – kanak. Mana lebih kejam serangan Chin Peng ke atas rombongan Henry Gurney (penjajah) tanpa membunuh isterinya atau serangan 'aparat' bersenjata Regim Bn ke atas pondok agama di Baling Kedah dibawah arahan Musa Hitam dan Mahathir Mohamad ?

Dalam mengangkat sejarah kita perlu jujur. Jangan gunakan sejarah untuk menakutkan ganerasi selepas itu atau mencari siapa yang salah, siapa yang benar ? Siapa kita yang hendak menjadi hakim kepada sejarah, tetapi sejarah perlu diangkat menjadi pengajaran …..agar bangsa kita ini menjadi bangsa yang kuat...... kesilapan dalam merakam sejarah harus dihentikan.

Tidak benar kemerdekaan negara pada tahun 1957 diperolehi hanya dengan runding-runding atau bincang – bincang sahaja. Mengangkat fakta salah ini umpama menghina sejarah perjuangan bangsa sendiri. Kemerdekaan ini telah dipaksa diberikan oleh penjajah setelah tidak tahan dengan tekanan yang diterima. Dari penentangan awal seperti Tok Janggut, yang difitnah sebagai penentang dan pengganas sehingga tokoh agama ini dihukum mati digantung terbalik dan mayatnya dibiar berhari – hari. Sehinggalah penentangan tekanan Parti Komunis Malaya mahupun gerakan politik seperti Melayu Muda, API , AWAS dan seumpamanya. British tidak punya banyak pilihan terus menjajah secara konvensional dan berdepan dengan tentangan rakyat yang mula meningkat atau mencari satu pewaris yang mampu mentadbir negara ini dengan imej tempatan tetapi dengan syarat mampu menjaga polisi kapitalisme British. Maka British telah memilih untuk mengharamkan semua pertubuhan pro kemerdekaan yang tidak mampu menjaga kepentingan British dengan perbagai label dengan hanya membenarkan beberapa organisasi politik yang mampu menjaga kepentinganya bergerak dan mendapat kemerdekaan darinya.

Henry Gurney mendapat layanan begitu istimewa di tanah ini sama ada ketika hidup atau ketika sudah mati. Bukan setakat jalan, sekolah, bangunan dinamakan dengan namanya malah tempat dia mati yang selama ini terlupa diletakkan makamnya sudah diletakan baru baru ini. Adakah 'regim warisan penjajah' ini tidak tahu akan sejarah Henry Gurney dan kaitannya dengan kekejaman Zionis atau 'regim' ini tidak kisah dengan kekejaman zionis.

Melihat kepada beberapa perkembangan ia lebih kepada regim warisan penjajah ini tidak kisah.

Ramai mungkin tidak percaya dan mengatakan che'GuBard hanya menulis berdasarkan sentimen bukan fakta.

Secara mata kasar sememangnya negara ini kelihatan anti Amerika , anti – Zionis yang kuat. Itulah gambaran media negara ini membentuk persepsi kepada rakyat sendiri.

Lihat sahaja selepas ucapan 'berapi – api' Dr. Mahathir menghentam barat dan Amerika dalam satu Perhimpunan Agong Umno media tempatan terus memainkan ucapan tersebut seolah ucapan itu juga menjadikan Dr.Mahathir hero negara Islam. Malangnya ramai tidak tahu bahawa selepas itu Dr.Mahathir membazirkan jutaan wang rakyat untuk membayar Jack Abramoff, Heritage Foundation, kumpulan pelobi Yahudi (zionis) untuk melobi sehingga membolehkan Dr.Mahathir berjumpa dengan Bush buat beberapa minit dan menjelaskan ucapanya. (sila klik membaca lanjut isu pelobi yang dibayar untuk membolehkan bertemu Bush). Tradisi menggunakan pelobi tersebut juga diteruskan dengan bayaran jutaan ringgit oleh Abdullah kepada Jack Abramoff untuk membolehkan beliau berjumpa Bush.

Jack Abramoff telah dijatuhkan hukuman bersalah di Mahakamah di Amerika kerana mengumpul bayaran melampau dan cara salah sebagai pelobi dan dalam fakta kes beliau di mahkamah ada tercatat kes Malaysia membayar beliau.

Masih ingatkah kita, dengan insiden menantu Abdullah Badawi pada 2006 yang membawa pemuda Bn berkumpul di depan KLCC membuat demonstrasi menghalau Condoleezza Rice . Khairy yang patah tangan pada ketika itu diberikan imej juara anti Amerika dengan mengumpulkan anak muda menghalau pemimpin Amerika yang dibawa masuk oleh bapa mertuanya. Tindakan Khairy seolah menggambarkan Malaysia benar anti Amerika , Anti Zionis Israel. Namun ramai yang tidak tahu pada waktu yang sama tentera Amerika sedang berada di Johor 'berseronok' mengukur tanah negera ini dalam sesi latihan ketenteraan.

Ketika keganasan Israel memuncak semula baru – baru ini, regim warisan penjajah yang memerintah negara ini cuba menggambarkan bahawa negara ini serius menentang dan ingin melumpuhkan negara Zionis itu. Maka rakyat pun di ajak jangan makan KFC (walaupun KFC itu milik saham terbesar anak tempatan), jangan makan Mc Donald atau jangan minum coke.

Boikot itu kuasa pengguna tetapi boikot barangan kecil tidak akan ada sudahnya. Jika berani halang saja barangan tersebut masuk ke Malaysia...sudah tentu tidak berani....

Malaysia sebenarnya tidak kisah, tahu atau tidak banyak kontrak atau hubungan perniagaan yang lebih besar dari setin coca cola yang agihan kek ekonominya tidak dirasai rakyat tempatan tetapi terus masuk ke poket zionis berlaku di Malaysia.

Selain yang diterangkan sebelum ini Jack Abramoff (pelobi Yahudi pro Zionis), regim ini punya kaitan rapat dengan Saatchi & Saatchisebuah agensi perunding/pengiklanan multi nasional yang pro Zionisme. Syarikat tersebut menjadi perunding imej dalam beberapa siri pilihanraya yang bertanggungjawab mencari teknik kempen dan pengiklanan untuk kempen regim Bn. Syarikat yang sama juga terlibat dalam banyak projek kerajaan.

CIMB sebuah syarikat kewangan yang dimiliki oleh adik Najib Tun Razak telah menadatangani kontrak bernilai USD 250 juta kepada sebuah syarikat yang berpengkalan di Israel. CIMB telah menyumber luarkan pengurusan Jabatan IT nya kepada EDS (electronic data system) selama 10 tahun. (Sila klik sini untuk baca siapa EDS? )

Hubungan CIMB dengan EDS bukan sahaja tidak mempedulikan keganasan Israel Zionis tetapi turut memangsakan pekerja CIMB sendiri yang dibuang kerana Jabatan IT disumberluarkan. (sila klik sini carian CIMB aniaya pekerja)

EDS telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan berngpengkalan di Herzelyia, Israel. Syarikat ini jugalah merupakan syarikat yang mengendalikan sistem komputer polis, ketenteraan dan pertahanan Israel. Malah ia juga terlibat dalam industri persenjataan Israel. Dan hubungannya dengan Malaysia dirakamkan dengan bangga dalam Laporan Tahunan CIMB 2008. (sila klik untuk laporan CIMB 2008)

Sudahlah kita telah lama sangat dibodohkan.................. Kini masa anak muda untuk bangkit melawan kebodohan....Kita seharusnya bosan dengan memu momokan 'perkauman' yang sudah disajikan berulangkali sejak zaman penjajah lagi kemudian di ulang – ulang oleh regim pewaris penjajah ini.

Konsep satu Malaysia harus didokong, tetapi bukan satu Malaysia versi Najib yang hanya retorik sebaliknya kita harus mendokong satu Malaysia versi Rakyat dengan rukun pertama merdeka dari politik perkauman.

Bangsa yang kuat ialah bangsa yang merdeka mindanya.

Projek terbiar di N.Sembilan.

Pembangunan perlu diteruskan rakyat perlu berkorban, tanah sekangkang kera rakyat perlu dikorbankan demi pembangunan.

Itu antara ayat 'memaksa' rakyat mengorbankan tanah atau apa saja yang dimiliki apabila kemajuan itu datang.

Tetapi apapula hukuman yang seharusnya dibuat kepada mereka (regim Bn) yang tidak mampu mengurus pembangunan selepas dibangunkan.

Di Negeri Sembilan sahaja mengikut cari seorang teman merekodkan begitu banyak projek yang siap dan terbazir begitu sahaja.

Antara projek terbengkalai , terbiar atau kurang sambutan di Negeri Sembilan ialah :

Lapang Sasar Mantin , N.Sembilan
http://pakatanrakyatn9.blogspot.com/2009/05/apa-dah-jadi-rm68-juta-lapang-sasar.html

Stadium Bowling terbiar di Negeri Sembilan
http://amkns.blogspot.com/2009/01/stadium-bowling-negeri-sembilan.html

Taman Ular Negeri Sembilan
http://amkns.blogspot.com/2008/08/kerajaan-nsembilan-belanja-rm400000.html

Gerai-gerai terbiar
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0215&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm&arc=hive

Dewan dan projek terbiar di Negeri Sembilan
http://kopilah.blogspot.com/2009/06/projek-terbiar.html

Bazaar MAINS Seremban
http://waghih.blogspot.com/2008/10/keluhan-peniaga-melayu-bandar-seremban.html

Perkampungan Budaya Seri Menanti
http://gerbangkeadilankp.blogspot.com/2009/02/apa-sudah-jadi.html

H1N1 ; Seriuskah kerajaan ?

1 Malaysia hanya satu slogan retortik tidak jauh beza seperti Wawasan 2020 atau pun Islam Hadhari.

Buktinya semasa era Dr. Mahathir, tawaran kemajuan dijadikan dagangan Bn maka wawasan 2020 dicipta sebagai ilusi rakyat yang hendakkan negara maju maka ilusi yang kuat tercipta dan setiap kali kembali ke peti undi rakyat akan memberikan undi sebagai bayaran ilusi yang dicipta itu. Namun selepas Dr. Mahathir tidak lagi PM . ada lagi kita dengar dengan serius wawasan 2020 ?

Semasa zaman Abdullah, mood sokongan orang Melayu dikuatiri menjauh dari Umno. Fakta inilah juga yang memaksa Mahathir berhenti dan menyerahkan kepada Abdullah. Maka dicipta Islam Hadhari untuk menangkap imaginasi orang Melayu kembali mendokong Umno. Ternyata taktik ini berjaya pada PRU 2004.

Semasa era Mahathir semua dipaksa menelan wawasan 2020, bukan sedikit buget negara terbazir untuki mempromosikan agenda itu. Maka ketika itu semua tema perayaan juga ada perkataan wawasan seperti hari belia - belia wawasan, hari guru - guru wawasan dan seumpamanya. Semasa era Abdullah juga bukan sedikit wang terbazir untuk promosi Islam hadahri yang kini langsung tidak dengar. Hari belia akan bertemakan belia hadhari, hari guru guru hadhari, malah ada kedai kain yang buat jualan murah kain hadhari.

Kini datang Najib bawa 1 Malaysia. Juga bukan sedikit belanja untuk promosi konsep 1 Malaysia yang sebenarnya tidak lah seserius mana cuma ia slogan PM baru. Cuma 1 Malaysia Najib lebih cepat disambut bukan sekadar tema hari belia 1 belia 1 Malaysia tetapi penyakit H1N1 juga rapat dengan bunyi slogan Najib.

Ada orang juga sebut Hishamuddin Tun Husin 1 , Najib Tun Razak 1, sama aja dua dua menyusahkan Malaysia !!!

Menyentuh mengenai H1 N1 ini, adakah serius Malaysia berdepan denganya ?

Tahu atau tidak kita, nampak serius menjaga pintu masuk negara KLIA tetapi agak lopong boleh masuk dengan bebas di pintu kargo negara.

Dari awal sudah di lihat pelik.... apa tidaknya ? Pengumuman mencari 'suspek' yang dijangkiti.

Contohnya seorang pelajar baru pulang dari luar negara sah dijangkiti. Sepatutnya usaha serius menghantar pasukan polis 'menahan' dan membawa semua yang ada dalam kapal terbang yang sama untuk rawatan dan pemeriksaan. Tetapi malangnya Kementerian Kesihatan hanya buat pengumuman di TV " siapa - siapa yang naik kapal sekali termasuk anak kapal sila ke klinik berhampiran..."

Apa ini langsung tidak serius, sepatutnya dengan maklumat pasport dan lain - lain seharusnya semua mereka ditahan dan dikurantin segera sehingga disahkan bebas. Kini sudah merebak ke sekolah dan lain - lain. Itupun tutup sekolah tanpa pemeriksaan penuh semua yang terlibat....

Kalau pasal politik (keselamatan nyawa Bn) boleh pula cari sampai rumah dua tiga kali .... sampai dapat tangkap kurung dalam ISA...... ini persoalan nyawa rakyat kerajaan buat main - main jer......

Himpunan Perdana 30 Jun unuk penerangan isu terkini

Pakatan Rakyat akan menganjurkan Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat pada 30 Jun nanti.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, program tersebut diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan tujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

Beliau yang mewakili Sekretariat Pakatan Rakyat menyeru orang ramai hadir ke program tersebut yang akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya bermula pukul 9.00 malam.

"Program ini diadakan bagi menerangkan kepada orang ramai terhadap fitnah dan konspirasi yang dimainkan oleh Umno-BN yang bertujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakah.

Satu ceramah perdana akan diadakan pada malam tersebut dimana kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka hadir.

Antara yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada malam tersebut; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tokoh DAP Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin utama ketiga-tiga parti.

buku Najib siri 2

Sebentar tadi, semakan dilakukan di Blog Selamatkan Umno yang mendedahkan Bahagian Pertama buku “100 Dalil Mengapa najib Tak Boleh jadi PM”.

Hasil semakan mendapati Bahagian Kedua buku tersebut telah dikeluarkan.

Dalam bahagian kedua, diceritakan tentang Najib ketika menjadi MB Pahang, pembelotannya terhadap Semangat 46, skandal seks dan banyak lagi.

Untuk mengikutinya, klik disini.

walaupun ia buku lama tetapi usaha pihak dalam Umno yang cuba menerbitkan semua buku ini menyegarkan kembali beberala kisah yang supa di paksa lupakan.

Monday, June 22, 2009

100 dalil kenapa Najib tidak boleh jadi PM ?

Dahulu Anwar Ibrahim dijatuhkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno selepas buku “100 Dalil Mengapa Anwar Tidak boleh jadi PM” di keluarkan.

Buku tersebutlah punca Anwar diperlakukan dengan kejam dan akhirnya merengkok dalam penjara selama 6 tahun.

Semalam saya menerima email dari seseorang yang tidak dikenali iaitu email yang sama menghantar link video mengenai Rosmah. Email tersebut bertajuk “100 Dalil Mengapa Najib tak boleh jadi PM“. Ditinggalkan link yang membawa kita kesebuah blog yang mempaparkan sebahagian daripada buku tersebut.

Sila klik disini untuk melihat sendiri sebahagian daripada buku “100 Dalil Mengapa Najib tak boleh jadi PM”.

Setelah diselidiki ia iadalah buku yang pernah diterbitkan beberapa tahun lalu, tetapi menurut email yang dihantar menyatakan buku ini sedang peringkat akhir akan dicetak sebanyak puluhan ribu naskah untuk edaran percuma.

Nampaknya serangan terhadap Najib bertambah serius... dengan cara kempen taktik dan wang yang dibelanjakan nampaknya 'geng dalam Umno' yang menyerangnya amat serius.

Thursday, June 18, 2009

Lantikan JKKK N.Sembilan celaru

Setelah kosong lama jawatan JKKK kerana kerajaan Negeri Sembilan gagal melantik JKKK seluruh Negeri Sembilan, maka baru - baru ini Menteri Besar dengan bangga telah mengumumkan senarai lantikan, rentetan dari itu maka berderetlah majlis penyerahan watikah. Telah dibuat diperingkat negeri, watikah yang sama juga disampaikan semula di peringkat Dun dan seumpamanya.

Lantikan JKKK lama telah tamat 31 Disember lalu dan hanya pada 1 Mei lalu lantikan baru dapat dibuat. Ini ekoran regim Bn Negeri Sembilan kegitu ketandusan tokoh masyarakat. JKKK yang dinamakan dikalangan pemimpin Bn tempatan sahaja ini pula makin sukar kerana masalah pepecahan dalam Umno dan parti komponen yang lain. Contohnya di Seremban memang susah mencari yang layak antara dalam Umno dan lebih sukar lagi ada sedikit yang layak pula terpaksa di elak dari dilantik kerana ia dari kem berbeza dengan Menteri Besar (Pengerusi Umno Negeri Sembilan). Kebanyakan Pemimpin Umno setempat di Seremban tidak senang dengan Mohamad Hasan kerana didakwa menindas Ketua Umno Bahagian Seremban Datuk Ishak Ismail. Ini semua yang menyebabkan proses lantikan JKKK terpaksa mengambil masa yang lama. Masalah ini juga berlaku di kampung baru dan kawasan perkampungan India yang menggambarkan masalah dalaman Bn Negeri Sembilan yang parah.

Mohamad Hassan sudah tentu cuba menarik nafas lega setelah berjaya juga akhirnya menamakan semua 557 pengerusi dan ahli jawatankuasa kemajuan kampung seluruh negeri melalui satu proses penapisan yang begitu teliti dalam aspek menjamin sokongan peribadi beliau dan kuncunya.

Malangnya baru beberapa hari beliau sudah diserang Datuk Ishak Ismail, Ketua Umno Bahagian Seremban. Menurut Ishak, lantikan yang dibuat tidak profesional dan tidak telus dan mengenepikan sentimen setempat.

Ishak mendedahkan dalam kenyataan medianya yang disiarkan Utusan Malaysia pada 16 Jun lepas mengenai ada JKKK yang dilantik punya rekod jenayah, kerana masalah menjaga kepentingan politik ada lantikan JKKK dari luar kawasan tertentu. Ini tentu akan menyukarkan lagi pentadbiran dan kebajikan rakyat terabai.

Ishak juga mempertikaikan tindakan kerajaan negeri melantik pengerusi dan setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dilihat meragukan.

Beliau juga mempersoalkan sistem tapisan yang dilaksanakan bagi memilih JKKK sedangkan ada di kalangan mereka yang dilantik mempunyai masalah termasuk masalah kesihatan dan berdepan dengan kes tertunggak di mahkamah.

"Ada di kalangan yang mereka yang dilantik pula bukan orang tempatan, muflis, terbabit dalam kes rasuah yang sedang dibicarakan dan berpenyakit.

''Jika kerajaan negeri sebelum ini pernah mengumumkan mereka yang dilantik akan ditapis dan diperiksa latar belakang terlebih dulu tetapi apakah jenis tapisan dan pemeriksaan yang dilakukan dengan melantik orang-orang bermasalah ini," tegas Ishak.

Ishak menjelaskan, tindakan itu kemudiannya membawa keputusan pihaknya tidak menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri sebagai tanda protes kelmarin.

''Hasil dari perbincangan dengan ahli jawatankuasa (AJK) bahagian, kami memutuskan tidak menghadirinya kerana Badan Perhubungan UMNO negeri dan kerajaan negeri membuatkan kami seperti tidak wujud.

''Saya juga tidak akan menghadiri mesyuarat selagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga Menteri Besar tidak mengubah sikapnya," tegas beliau.

Ini semua menggambarkan masalah seriusnya krisis dalaman Umno yang mengakibatkan masalah pentadbiran kerajaan negeri yang akhirnya mengabaikan rakyat.

Perlantikan dan proses pembayaran elaun JKKK ini juga amat pelik. Walaupun baru dilantik kerajaan negeri terpaksa membayar RM 1 juta elaun tertunggak kononya kepada pemimpin Bn setempat yang mendapat lantikan JKKK ini.

Persoalanya kenapa pula perlu bayar elaun tertunggak dari Januari hingga April sedangkan mereka baru dilantik Mei. Adakah keistimewaan ini untuk membeli sokongan mereka ?

Ini satu bentuk pembaziran besar wang rakyat. Inilah bukti ketidak cekapan kerajaan regim Bn yang bukan setakat mementingkan kroni, penyokong peribadi malah menyusahkan dan membazirkan wang rakyat.

Selaku ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan che'GuBard ingin merakamkan rasa amat kecewa dengan perkembangan ini. Juga dituntut tunggakan RM 1 juta yang dimaksudkan ditarik balik dan dipulangkan kepada rakyat.

Umno berbelanja melebihi had yang dibenarkan, kerajaan 2004 kerajaan haram.

Ini isu 'lapok' tetapi baru - baru ini kedengaran balik sebab Umno masih belum hendak bayar hutang bahan kempen pilihanraya mereka.

Pada 23 Jun tahun lalu, syarikat Elegant Advisory Sdn Bhd menfail saman itu menerusi Tetuan Termizi & Co, dan menamakan bendahari ketika itu Umno Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi serta Umno sebagai defendan. Saman ekoran kegagalan Umno menjelaskan hutang barangan pilihanraya 2004 yang ditempah oleh Bendahari Umno yang berjumlah RM218,013,47.

Pada 17 Julai tahun lalu, defendan diperintah oleh Mahkamah Tinggi membayar Elegant Advisory RM218 juta, serta kos dan faedah selepas defendan gagal menjawab saman.

Bagaimanapun pada 21 Januari lalu Umno berjaya mengetepikan keputusan mahkamah yang dibuat tanpa kehadirannya itu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 30 Julai sebagai tarikh untuk mendengar permohonan Umno bagi mengenepikan saman RM218 juta yang difailkan oleh syarikat pembekal barang-barang untuk pilihanraya.

Itu perkara biasa mahkamah mainan 'regim' ini, tetapi yang pasti hampir RM219 juta belanja hanya untuk barang seperti bendera, kipas, air mineral dan lain - lain berlogo dacing. Cuba bahagikan dengan jumlah calon Umno yang bertanding 2004. Jumlah itu sudah melampaui had perbelanjaan kempen ...itu belum masuk upah jentera berbayar Umno yang lain. Maknanya kemenangan 2004 ialah kemenangan 'haram' tapi biasalah menang haram, kerajaan haram, menteri haram.... sebab SPR dan SPRM yang kita ada pun haramjadah!!

Ingat 'RM' yang mereka belanja ialah 'RM' rakyat....nak dapat undi depa tabur RM rakyat.... dah dapat undi depa kapur RM rakyat..

Wednesday, June 17, 2009

Malaysia dilabel pusat transit 'pelacur dan hamba abdi' ?

Malaysia telah disenarai hitamkan dalam laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat kerana terlibat dan gagal mengawal pintu masuk negara sebagai transit penjualan 'hamba abdi dan pelacur'. sila klik sini untuk membaca laporan tersebut.

sekadar gambar hiasan.

Mungkin respon ramai pembaca akan mengatakan Amerika sengaja hendak menghina dan dengki kepada Malaysia, tetapi kalau merujuk kepada isu "layanan istimewa' kumpulan kongsi gelap yang rapat dengan Ketua Polis Negara semua itu tidak mustahil, Malaysia pelindung jenayah. sila klik sini untuk membaca lanjut pendedahan PDRM-Kongsi Gelap ini.

Pendedahan ; Siapa Rosmah Mansor ? siri 3



che'GuBard dihubungi oleh mereka yang memperkenalkan diri sebagai anggota cawangan Khas PDRM, bertanya mengenai video ini.

che'GuBard menafikan bahawa terlibat dalam pembuatan video ini. Kewujudan video ini diketahui hanya bersumberkan sebuah laman pro Umno yang kelihatan begitu anti Najib.

che'GuBard juga yakin pembuat video ini masih ada di Malaysia dan amat berharap yang menyimpan video penuh agar menghubungi che'GuBard segera.

Ibrahim Libya dibunuh kerana 'percaya' dengan perjuangan PAS

Ibrahim Libya dibunuh kerana percaya dengan PAS bukan komunis. Jelas Kem Komandan setempat berkeras mengenai status beliau sebagai guru agama 'pro PAS' bukan komunis.

Menteri Umno mengarahkan untuk membunuh penyokong PAS yang dituduh Komunis.

Lihat bawah ini wahai hullamak (kerajaan perpaduan) dan kuncu pro kerajaan perpaduan sebelum berfikir mengenai 'bersatu dengan Umno'

Kongsi artikel Kickdefella

Pagi ini ada sikit masa melayari blog Kickdefella dan terbaca beberapa artikel.

Tidak mahu komen panjang cuma mahu kongsi terus artikel tersebut. Sila klik tajuk di bwah untuk membaca terus artikel tersebut.
Nampaknya 'ego' beberapa pemimpin PAS seperti tidak kesudahan. Tidak tahukah mereka rakyat yang memberikan mereka kuasa mula gundah gulana dengan isu kerajaan perpaduan yang mengarut. Umno (Najib) yang tengah tercangut seperti mendapat talian hanyat dengan isu merapu tersebut. Sudah - sudah lah atau kita mempersiakan pusingan kebangkitan rakyat menolak regim kali ini.

Tak apa lah mungkin PAS sudah melupakan 'syuhada' memali, atau melupakan 'rampasan kuasa' PERAK atau Kelantan.... tak apalah mungkin PAS sudah memaafkan sega a kezaliman seperti pembunuhan penyokong PAS oleh Pemuda Umno.... biarkanlah mungkin PAS sudah matang dan melihat kedepan tanpa perlu menoleh kebelakang atau mereka sudah tinggi tanpa perlu melihat ke bawah.

Sepanjang sejarah merekodkan regim ini tidak kuat tetapi 'perikatan' yang terbentuk untuk menentang regim ini terlalu lemah dan mudah khayal.

Nak singgung sikit mengenai demo protes ISA besar - besaran yang kononya bakal diadakan. Semalam dalam satu kenyataan media semalam Ketua Dewan Pemuda PAS menyatakan.

"Pemuda PAS akan menjadi antara penggerak utama di samping rakan-rakan NGO yang lain. Kempen ini akan digerakkan ke seluruh negara," katanya di sidang media di ibu pejabat PAS semalam. (petikan malaysiakini)

Tahniah kerana kesudian pemuda PAS menjadi pengerak utama tetapi disebut rakan - rakan NGO...mana peranan DAP atau KEADILAN... ? Terlupa, ataus sengaja dilupa..?

Mungkin mereka sedang terlalu yakin dan mabuk 'lampu sorot'. Biarkanlah Dewan Pemuda PAS Pusat organisasi besar yang lengkap logistiknya, hebat lagi dasyat.

Lupakah kita dengan kejayaan 'BERSIH' di depan istana, rindu dengan 'mobiliser' yang amat rendah diri seperti abang Md Sabu. Walaupun tak diminta che'GuBard sanggup balik dari Seoul hanya untuk memastikan aspek teknikal hari tersebut berjaya. (sila klik untuk baca lanjut)

Maaf celupar pagi - pagi , anggaplah ini tulisan picisan anak muda biasa...! Tapi janji apapun tetap akan bersama menjayakan demo anti ISA.... Manik Urai juga pasti akan ke sana berjuang seperti KEADILAN bertanding !!!!

Tuesday, June 16, 2009

Benarkah Khairy campur tangan lepaskan Ketua Pemuda Umno cawangan ditangkap 'suspek' kes ragut...

Beberapa minggu lalu, Sendayan 'gempar' kecil apabila seorang yang dikenali sebagai Ketua Pemuda Umno Cawangan setempat saudara Sham Azmi Tajul telah ditahan oleh Polis kerana 'suspek' kes ragut.

Menurut sumber dia telah ditahan di rumahnya kerana menjadi suspek terlibat kes ragut. Selepas dia ditahan beberapa 'pemuka' Umno setempat cuba menggunakan perbagai cara untuk 'melepaskannya' namun gagal.

Namun esoknya lewat petang dia dibebaskan. Sehari selepas dibebaskan ketika ditemui di Sendayan oleh seorang penduduk Kampung dia dengan bangga bercerita bahawa YB. Khairy Jamaluddin telah campur tangan dan polis membebaskanya dengan campur tangan Khairy.

Betul kah itu ? Tapi itu lah cerita yang keluar dari mulutnya sendiri banyak kali di depan ramai orang.... apa kes pula ni Ketua Pemuda Umno ditangkap kes ragut ?? tapi semua disenyapkan tidak ada media boleh tulis....

Khairy (ahli parlimen Rembau) ada masa nak campur tangan kes seperti ini... namun kenapa dia tidak punya masa untuk campur tangan kes sebesar kes tanah adat di Rembau ?.... Khairy sibuk nak buat pusat aduan pemuda Umno dan wujud biro pembelaan pemuda...bagus tapi cuba bela dulu mereka yang memberi undi dan hantar saudara ke parlimen....

Dalam perkembangan berkaitan polis pula satu lagi kes kematian dalam tahanan. (sila klik sini untuk baca). Seperti biasa bila ada kematian polis akan kata kematian biasa dan tak ada unsur jenayah. (sila klik sini untuk baca pembohongan polis). Bukankah dalam kes Kugan polis yang sama juga kata tak ada apa cuma mati sebab asma tetapi selepas itu fakta bedah siasat mendedahkan Kugan dipukul hingga mati.

Persoalanya Polis berani bertindak apa pun kerana hubungan polis dan regim.... sama simpan salah masing masing..... contohnya dalam bab pendedahan isu layanan istimewa kongsi gelap yang ada hubungan dengan KPN masih terus disenyapkan. Sila klik sini untuk baca lanjut.

Mohamad mengaku beri wang ; Pengarah SPRM NS jangan membisu...


Kenyataan rasmi 12 Jun lalu (sila klik sini untuk baca kenyataan penuh lalu) che'GuBard mengenai Pengarah SPRM Negeri Sembilan meminta dan menerima 'wang' dari Menteri Besar Negeri Sembilan telah dijawab oleh Menteri Besar melalui media dengan pengakuan memberikan sumbangan tersebut. Walaubagaimanapun Mohammad tidak bersetuju dari segi jumlah (walaupun kiita punya bukti berkenaan jumlah tersebut). Pokoknya ada proses meminta, memberi dan menerima yang jelas antara pihak yang ada pertembungan kepentingan.

Isu ini bukan setakat isu politik kepartian. Ini isu integriti yang besar. Pengarah SPRM Negeri Sembilan seharusnya menjawab perkara ini bukan membisu dan membiarkan Menteri Besar terkial - kial menjawab.

Kami di maklumkan sumber Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan panik dengan pendedahan ini. Mereka telah menjalankan 'operasi' besar - besaran mencari siapa sumber maklumat yang dimaksudkan ? atau mungkin mereka lebih gusar dengan dokumen 'korup' lain yang lebih besar yang kini juga telah dibuat salinan. Begitu juga di Pejabat SPRM Negeri Sembilan cuba mencari siapa yang disyaki....

Maklumat dan pemberi maklumat yang che'GuBard punya hanya akan didedahkan di dalam Mahkamah dengan jaminan perlindungan saksi.

Namun yang paling penting Pengarah SPRM Negeri Sembilan harus tampil dengan jawapan yang konkrit demi mrungkai isu integriti ini.

Monday, June 15, 2009

Kerajaan enggan siasat ketua Polis Negara


Merujuk kepada kewujudan akuan bersumpah dibawah ;
(klik tiap tajuk untuk baca lanjut)

jelas menunjukkan kewujudan 'layanan perlindungan istimewa' terhadap beberapa kelompok kongsi gelap yang dikaitkan dengan Ketua Polis Negara.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengeluarkan kenyataan gesaan disiasat segera perkara ini jiak PDRM masih punya maruah. sila klik sini untuk membaca kenyataan penuh SAMM.

Sila klik sini pula untuk menonton liputan berita TvAntara mengenai perkara ini.

Unit Ehsan cemerlang membantu kelancaran Kongres Nasional Khas

Pada 14 Jun 2009 lebih 1000 orang perwakilan Parti Keadilan Rakyat berada di Kolej Universiti Islam Selangor, Bangi untuk berkongres bagi meminda perlembagaan parti.
Alhamdunillah setelah dibentangkan dan didebatkan sepanjang hari, menjelang 4.30 petang telah di undi mengenai pindaan perlembagaan tersebut. Antara pindaan nya ialah
  • umur Angkatan Muda (sayap yang menempatkan wanita dan lelaki muda) dipinda dari umur 40 tahun ke bawah kepada 35 tahun ke bawah
  • meminda istilah ahli, bahagian dan cawangan kepada anggota, cabang dan ranting
  • had tempoh pemegang jawatan presiden dihadkan kepada 3 penggal sahaja
  • setiap ahli diberi kuasa untuk mengundi buakn lagi kepada perwakilan
untuk menjadi 'medan' tapisan pemimpin keADILan maka tempoh tidak boleh memegang jawatan selama setahun (kecuali dengan pindaan MPT) diperkenalkan kepada semua ahli baru.
sila klik sini untuk melihat komen che'GuBard dalam TvAntara mengenai pindaan perlembagaan.
Mungkin ramai yang tak perasan, kewujudan tenaga baru disebalik kelancaran kongres kali ini. Unit Ehsan sebuah organisasi 'anak muda' yang menumpukan kerja sukarela dan kebajikan telah menghadirkan kira - kira 50 anak muda sebagai sukarelawan bagi membantu pendaftaran, pengawal lalulintas dan keselamatan.
Unit Ehsan yang sudah wujud secara rasmi di Pulau Pinang, akan diwujudkan di seluruh negara dalam masa terdekat ini. Semasa kongres jelas kelihatan petugas berbaju hitam yang tertera Unit Ehsan Pulau Pinang, Unit Ehsan Negeri Sembilan, Unit Ehsan Johor dan Unit Ehsan Malaysia.

Umno yang menjahanamkan tanah Melayu


Seramai 47 pemilik tanah adat yang terbabit dengan pembinaan landasan kereta api berkembar menyatakan pendirian tidak akan berpindah sekiranya tuntutan mereka mendapat ganti rugi setimpal serta tanah gantian, tidak dipenuhi.

Kesemua mereka membabitkan tiga kampung di sini sepakat supaya kerajaan mengambil kira tuntutan mereka terlebih dahulu sebelum pengambilan tanah itu boleh dilakukan oleh pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Tiga kampung terbabit , Kampung Chembong Halt, Waris Tebat dan dan Chuai Hilir, di sini.

Mereka menuntut nilai ganti rugi haruslah setimpal dengan harga semasa tanah dan rumah ataupun setidak-tidaknya memindahkan mereka ke satu kawasan tanah yang lebih baik sebagai perpindahan baru.

Wakil penduduk, Che Tak Amat berkata, pendirian yang diambil adalah untuk menuntut hak mereka sebagai tuan tanah yang selama ini merasakan diri diperkotak-katikkan pihak tertentu.

Menurutnya, nilai ganti rugi yang akan dibayar ternyata tidak setimpal sehingga menyebabkan mereka tidak berpuas hati dan menganggap pihak terbabit mempergunakan mereka untuk mendapatkan keuntungan.

“Nilai yang ditafsirkan terlalu rendah berbanding nilai pihak swasta yang dilantik. Kami penduduk kampung tidak akan berganjak sekiranya ganti rugi yang dibayar ini tidak setimpal,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semasa pertemuan dengan penduduk kampung Waris Tebat, di sini semalam.

Pada pertemuan itu, lebih 12 wakil penduduk kampung hadir bersama Ketua Keadilan Bahagian Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

Menurut Che Tak, sekiranya mereka menerima tawaran yang diberikan pihak KTMB itu, ia bukan saja merupakan kerugian besar buat pemilik tanah terbabit, tetapi mereka mungkin menghadapi masalah untuk membeli tanah atau rumah lain kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi.

“Seandainya penduduk bersetuju dengan ganti rugi yang mereka mahu berikan itu, ia sememangnya tidak mencukupi untuk mereka membeli tanah dan membina rumah kembali memandangkan harga yang diberikan terlalu rendah,” katanya.

Bagaimanapun katanya, bantahan penduduk itu bukan bererti mereka mahu menolak pembangunan, tetapi mereka juga perlu memikirkan diri mereka sendiri supaya pembangunan itu nanti tidak menindas serta mengetepikan hak mereka.

Sementara itu, beliau berkata, status pengambilan tanah itu juga menjadi tanda tanya berikutan belum ada sebarang notis perpindahan dan pembayaran yang bakal mereka terima.

“Apa yang saya harapkan pihak kerajaan campur tangan dengan memberikan kerjasama dan bantuan kepada penduduk dalam menuntut keadilan agar kami tidak teraniaya,” katanya.

Beliau turut menyatakan kekesalan kerana nasib mereka itu didakwa tidak mendapat perhatian pemimpin setempat menyebabkan mereka berasa seolah-olah dianiaya.

Dalam pada itu, Badrul Hisham berkata, pihaknya akan membantu penduduk di situ menuntut hak mereka menerusi memorandum akan dihantar ke Parlimen dan Istana menggesa kerajaan mengambil tindakan menyelesaikan masalah pemilik tanah itu segera.

sila klik sini untuk siaran TvAntara mengenai isu pengambil alihan tanah ini.

Video pendedahan 'Siapa Rosmah ?'



Ini merupakan siri kedua pendedahan video "Siapa Rosmah?" dikatakan menurut sumber video pendedahan siri 3,4 dan seterusnya akan di upload berperingkat - peringkat.

Selamat Ulang tahun che'Guevara

Sudah 4 hari tidak melayari internet. Maka seperti terlambat untuk membuat posting ini.

Semalam 14 Jun ialah tarikh kelahiran seorang tokoh revolusiner. 14 Jun 1928 telah lahir seorang manusia Ernesto Che Guevara di Argintina. 81 tahun yang lalu pada tarikh hari ini lahir seorang tokoh yang menggemparkan dunia dengan idealismenya anti penjajahannya.

Walaupun adalah warga Argentina, Che lebih disayangi dan diingati di Cuba kerana beliau telah membantu Revolusi rakyat yang dipimpin oleh Fidel Castro untuk melawan diktator Batista.

Selepas menang Revolusi Cuba, oleh kerana Che adalah seorang yang berpegang kepada ideologi “internasionalisme” telah pergi ke Bolivia untuk membantu perjuangan rakyat disana bagi membebaskan dari cengkaman Imperialisme Amerika Syarikat.

Che di bunuh setelah ditangkap oleh pakatan tentera Bolivia dan CIA Amerika Syarikat ketika sedang bersama-sama rakyat Bolivia yang berjuang melawan kerajaan boneka Amerika Syarikat.

Hari ini setelah begitu lama Che Guevara meninggalkan dunia nama beliau masih harum dan terus disebut. Beliau masih lagi menjadi “ikon” kepada gerakan-gerakan anti imperialisme dan penjajahan.

Walaupun singkat kehidupanya hanya 39 tahun sudah cukup menggegar dunia.

Hiduplah terus kamu che'Guevara seperti mana kapitalis tidak mahu kamu hidup.

DESAK AMBIL TINDAKAN TERHADAP SUMBANGAN WANG DARI MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN KEPADA SPRM

Kenyataan Media
12 Jun 2009

Kami punya maklumat Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan telah menghantar sepucuk surat untuk memohon sumbangan menampung perbelanjaan kewangan dan seumpamanya bagi menghantar kakitanganya untuk menyertai pertandingan sukan yang diadakan pada 11 – 16 Jun 2009.

Menteri Besar Negeri Sembilan telah memberikan RM 20,000 berbentuk cek (selain itu tidak dapat dipastikan) dan telah dimasukkan ke akaun Kelab Sukan SPRM NS di Bank Islam, Seremban dan kini cek tersebut telah ditunaikan.

Ini jelas melanggari etika. Memohon, menyumbang dan menerima sumbangan ini telah menjadi kesalahan dari segi etika. Menteri Besar Negeri Sembilan dan SPRM mempunyai pertembungan kepentingan (conflict of interest).

Contohnya, andaikan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan sebuah negeri memohon bantuan kewangan dari sebuah syarikat pengangkutan untuk aktiviti kakitanganya, dan sumbangan diberikan dalam jumlah yang besar, bukankah selepas itu anggota JPJ setempat mengalami masalah 'serba salah' dalam menjalankan tanggungjawab.

Begitulah contohnya. Menurut maklumat yang diterima ini bukanlah kali pertama berlaku. Jika ini berlaku dalam organisasi lain sudah pasti sibuk pegawai tinggi SPRM mengerahkan kakitangan mereka menyiasat itu dan ini. Membuat kenyataan terbuka dan sebagainya menunjukkan mereka kononya telus dan bersungguh membuat kerja.

Namun apa yang berlaku ini merupakan amalan dan contoh yang sungguh salah dan tidak sepatutnya berlaku.

Maka bukanlah persepsi yang salah mengatakan hampir semua kes yang dibangkitkan dalam laporan rasuah terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan berkesudahan dengan kes ditutup.

Terlalu banyak laporan 'rasuah dan salah guna kuasa' telah dibuat ke atas Menteri Besar Negeri Sembilan. Dari laporan campur tangan adik beradiknya dalam pentadbiran kerajaan, salah guna kuasa, politik wang beliau dan kawan – kawanya langsung seolah tidak mendapat perhatian dan disenyapkan. Laporan bukan sahaja diajukan oleh individu atau kumpulan yang dikenali sebagai pembangkang tetapi mereka yang juga dari kumpulan 'kerajaan' juga tidak dilayan.

Tindakan segera harus diambil !

(sila klik sini untuk menonton liputan TvAntara mengenai perkara tersebut)

Thursday, June 11, 2009

Pengarah SPRM NS salah terima "sumbangan" RM dari MB NS

nantikan pendedahan !!!!!!!!

semua di jemput ke

Sidang Media :
Mendedahkan Pengarah SPRM Negeri Sembilan menerima
'sumbangan' RM dari Menteri Besar Negeri Sembilan


12 Jun 2009 (Jumaat)
10.00 pagi
Pejabat Perhubungan Keadilan Negeri Sembilan,
Jalan Rahang, Seremban
pertanyaan : 06-767 7278 /79

PDRM harus bertindak jika masih punya maruah...


Sila baca kenyataan bersumpah beberapa orang pegawai Polis di bawah ini ;
Kenyataan ini perlu dipandang serius dan cheGuBard amat - amat kecewa dan cemas dengan apa yang didedahkan. Kenyataan ini yang mendedahkan terdapat 'perlindungan istimewa' terhadap sesetengah kumpulan kongsi gelap yang mempunyai hubungan dengan Pegawai Tertinggi PDRM. Kewujudan kenyataan bersumpah ini cukup untuk menggoyah keyakinan rakyat terhadap institusi yang seharusnya menjadi penguatkuasa undang - undang.

Ini bukan sekadar isu tuduhan rasuah atau salah guna kuasa biasa. Ianya melibatkan ancaman serius terhadap keselamatan negara.

Ketua Polis Negara dan pegawai Polis yang dinyatakan dalam laporan akuan bersumpah tersebut perlu digantung tugas serta merta dan satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan.

Isu 'along' , kongsi gelap dan jenayah yang berleluasa perlu ditangani segera. Semua ini bukan sekadar perang di media untuk mewujudkan persepsi rakyat tetapi ia perlu dilakukan dengan kesungguhan termasuk pembersihan organisasi PDRM itu sendiri.

che'GuBard
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia.
10 Jun 2009

Wednesday, June 10, 2009

Umno terlibat dalam pemalsuan pengenalan ?

Gempar penemuan di sebuah tempat pembuangan sampah di Johor telah menemukan dengan 14 keping Kad Pengenalan warga negara Malaysia.

Leboh menarik penemuan di tempat sampah ini ialah sampah - sampah dari seolah bilik gerakan atau pejabat Umno, kerana turut dijumpaai beberapa dokumen dan barangan berlogo Bn dan Umno yang sudah menjadi sampah.

Polis (kalau bukan kayu) seharusnya menyiasat perkara ini ? bagaimana mungkin 14 kad pengenalan terbuang sebegini rupa.... mungkin ini boleh mengaitkan dengan modus operasi pengundi hantu dan lain perbuatan jenayah.

Sila klik sini untuk membaca lanjut.

Video pendedahan 'Siapa Rosmah ?'

Baru mendapat email lewat semalam yang meletakan link http://selamatkanumno.blogspot.com

Email tersebut mengandungi video di bawah



menurut penghantar email video yang dinaikkan dalam youtube itu cuma 'sedutan ringkas' dari satu video panjang yang akan diterbitkan dalam masa terdekat.'

Syabas (puncak niaga) penaja Perhimpunan Agong PAS ? 2

Tidak terkejut apabila menonton video ucapan YB ir Khalid Samad (perwakilan Shah Alam) yang memberikan komen mengenai kehadiran Syabas (Puncak Niaga) sebagai antara penaja utama Perhimpunan Agong PAS baru - baru ini.

Ini sememangnya kerja licik kapitalis seperti mereka ini.

Syabas yang secara majoritinya dimiliki oleh Puncak Niaga milik Tan Sri Rozali.Tan Sri Rozali ini ialah agen kapitalis Bn, yang mengaut keuntungan dari dasar penswastaan yang menzalimi rakyat. Dia merupakan kawan rapat malah ada yang mengakatan dia ialah proksi Senator Muhammad Muhd Taib (satu ketika dahulu). Berdasarkan penduduk Sungai Buaya dia juga ialah antara penipu besar yang telah memperdayakan peneroka Sungai Buaya yang sehingga kini kes tanah penduduk Sungai Buaya terbiar tanpa penyelesaian ?

Kini dia melalui Puncak Niaga yang mengawal Syabas telah mengaut keuntungan yang menjadikanya mega jutawan kerana diberi hak untuk 'mengawal dan memiliki' air Selangor dan Wilayah Persekutuan. Mengikut rekod hanya sebagai C.E.O Syabas Rozali meraih RM 5.1 juta setahun. Itu belum masuk salah guna kuasa di mana Rozali meraih keuntungan melampau dengan mengawal kontrak pembekalan berkaitan pembaikan dan penaiktrafan pembekalan air di Selangor yang diagih sesama syarikat mempunyai kepentingan dia sendiri.

Dia juga antara yang sering menaja perbelanjaan Bn/umno ketika pilihanraya dan program - program lain.

Rozali jugalah yang sedang dalam usaha menggagalkan dengan serius perlaksanaan negeri berkebajikan Selangor.Ketika Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sedang berperang hebat dengan Puncak Niaga untuk merebut hak air untuk dikembalikan kepada rakyat, tiba - tiba selaku parti sekutu PAS menerima tajaan dari Tan Sri Rozali. Kesombongan Tan Sri Rozali menolak dasar kebajikan telah enggan bekerja sama untuk meberikan air percuma kepada rakyat. Kerajaan negeri terpaksa membayar hampir RM12 juta sebulan tanpa mengelak sedikitpun kepadanya untuk membolehkan rakyat menikmati air percuma. Mujur ada syarikat anak kerajaan negeri seperti KDEB di bawah teraju Datuk Karim Munisar yang prihatin untuk menyerap pembayaran tersebut menjadi sebahagian dari perancangan jangka masa panjang sebahagian dari proses mengembalikan air kepada rakyat yang dimana regim terdahulu telah menggadaikan hak asas rakyat ini.

Kini Rozali sedang bertukar wajah. Dia rapat dengan sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat dengan bertukar warna ala sesumpah. Mungkinkah dia bertukar sebentar ke warna hijau untuk menghancurkan perpaduan rakyat demi kelansungan keuntungan peribadi dan dalam jangka masa panjang mengembalikan Umno pro kapitalis sebagai pemerintah negeri.

Ingatlah tidak kira kepada siapa ....musuh 'sial' seperti ini sedang menyelinap antara kita. Ucapan YB ir Khalid mengenai sejarah perang harus dijadikan iktibar.

Janganlah kita bangga sangat dengan 'hullamakk' tetapi ingatkah kita 'Nakasonny' yang mampu bertukar kulit menjadi totok Umno walaupun masih ada rumah di markas Taman Melewar.

Ingatan ini ditulis selaku anak muda aktivis jalanan biasa.

Adakah cukup 'hullamak' kita apabila ketika rakyat memenangkan kita kerana menolak dan benci dengan Bn sebaliknya bila ada sedikit kuasa kita mula lupa kita ingat kita cerdik dan mahu bincang dengan Bn untuk punya kuasa yang lebih. Sila rujuk video rakaman ucapan Ust. Ahmad Awang.

Ingat Rasul junjungan besar Muhammad s.a.w pernah ditolak oleh 'satu' kaum kerana baginda bukan datang dari kaum tersebut. Sirah Rasullullah seharusnya mengajar kita erti menolak sentimen perkauman. Sebaliknya kegemilangan Islam ialah ketika Islam berjaya menyatukan semua kaum dan agama bersatu dibawah panji KEADILAN.

Sudah hentikan idea 'perpaduan'... mendekati dakwah dan mengajak masuk lain dari kita bersama mereka....

SEKALI LAGI MENGINGATKAN DIRI....YANG KITA ADA SEDIKIT HARI INI IALAH BUKAN KERANA KEKUATAN MANA - MANA PARTI TETAPI (DENGAN IZIN ALLAH) IA KERANA RAKYAT YANG MENOLAK Umno DAN Bn DAN MELIHAT ADA SINAR DENGAN PAKATAN RAKYAT.

keADILan ada kelemahanya, sudah pasti DAP tidak sempurna, PAS juga ada kurangnya.... selaku bersaudara bukankah lengkap melengkapi itu elemen penting.... yang penting kepentingan RAKYAT !!!

juga boleh turut di baca sila klik sini

Tuesday, June 09, 2009

Ada pimpinan tertinggi PAS yang nak buat kerajaan Bn - PAS di Perak ?

sila rujuk dan dengar bermula dari rakaman minit ke 3.55

Syabas (puncak niaga) penaja Perhimpunan Agong PAS ?



Sokong Guan Eng - i Awards

Memberikan ganjaran kepada pemberi maklumat bukan satu benda yang baru. Kastam DiRaja Malaysia telah pun lama mengamalkan 'ganjaran' kepada pemberi maklumat, ini berasaskan jumlah nilai rampasan hasil dari maklumat tersebut.

Terbaru ialah Ketua Menteri Pulau Pinang telah mengumumkan i Awards atau Anugerah Integriti. (sila klik sini berita lanjut mengenainya).

Banyak wang rakyat telah diselewengkan di bawah Regim Bn di Pulau Pinang dahulu dan banyak juga yang kalau diusahakan betul - betul dapat dikembalikan semula kepada kerajaan negeri. Contohnya dalam isu premium tanah, royalti pasir dan batuan serta banyak lagi cukai yang telah disengaja silap kirakan. Ia membawa jumlah berbilion sebenarnya.
Maka apa salahnya jika pemberi maklumat yang merisikokan diri dengan perbagai cara diberi sikit habuan.

che'GuBard cadangkan penerima pertamanya ialah Amizuddin Ahmat, bekas Ahli Majlis MPSP yang telah mendedahkan mengenai kepincangan pengiraan royalti kuari di Pulau Pinang. Hasil dari serangan dan pendedahanya maka telah mengembalikan sekurang kurangnya RM6.1 juta wang yang hilang kepada kerajaan Pulau Pinang.

Risiko yang dihadapinya tidak lah sampai nak kena tembak mati dengan 'tonto' tetapi ketegasan beliau menyerang penyelindung rasuah telah disalah ertikan beliau menyerang parti dan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, sehingga beliau telah hilang kerusi Ahli Majlis dan dipandang serong. Namun bagi beliau yang sememangnya dari asal bersama menggerakkan keADILan di Pulau Pinang, pernah menjadi Ketua Pemuda Keadilan Negeri Pulau Pinang dan kemudian menjadi Exco Angkatan Muda Pusat semua itu hanya recam perjuangan.

Merujuk tulisan dalam kolum che'GuBard di perakekspress.com (sila klik sini untuk baca) yang juga menyinggung mengenai isu di Pulau Pinang, telah mengundang banyak email komentar hari ini. Menang tajuknya agak bersifat 'provokasi' (Kerajaan Pulau pinang Goyah?) tetapi kepada semua sila terus membaca penuh tulisan santai tersebut. Isunya ialah 'segerakan usaha memperkasakan kuasa rakyat', kemelut ahli majlis berlaku kerana kita meneruskan sistem yang diwariskan oleh regim Bn dahulu.

Pilihanraya kerajaan tempatan yang memberi ruang rakyat mengundi siapa yang mereka mahu untuk layak duduk di kerusi ahli majlis kerajaan tempatan telah diharamkan oleh Regim Bn kerana pihaknya kalah terlalu banyak kerusi. Maka kuasa rakyat untuk memilih kerajaan tempatan telah diragut.