Friday, January 14, 2011

Kenapa Ummi tak saman Azmin ?


SHAH ALAM 14 JAN: Kemunculan Ummi Hafilda Ali (adik Azmin Ali) yang mahu menyaman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bebarapa lagi tokoh politik dilihat hanya untuk mencari publisiti.

Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau yang lebih dikenali sebagai che'GuBard berkata tindakan Ummi yang menyaman pelbagai pihak tetapi tidak menyaman Azmin membuktikan Ummi sendiri tidak konsisten dalam dakwaannya.

"Dia saman Annwar, dia saman Kak Wan, dia saman Pas, dia saman Karpal Singh tapi saya tengok benda ini tak konsisten. Dalam isu Pas dia saman Pas, dia kata dia jumpa Mat Sabu, dalam perkara lain dia saman Anwar, saman Wan Azizah sebab mengetahui perkara sebenar tetapi dia tak saman Azmin jadi saya tengok Ummi sediri tidak konsisten," tegas beliau.

Beliau yang juga pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata persoalannya bukan berkisar kepada dakwaan Ummi tetapi mengapa perlu muncul pada masa di mana pilihanraya dijangkakan akan diadakan.

"Persoalannya macam ini, dia melibatkan banyak pihak, isu saman in sebenarnya semua orang boleh saman sesiapa sahaja tetapi hakikatnya, kenapa sekarang? 'Timing' dan macam mana cara itu dibuat, disensasikan itu lebih penting," jelas beliau lagi.

Katanya, tindakan Ummi adalah sebahagian daripada permainan politik dengan Ummi sebagai salah satu daripada alat politik mereka yang berkepentingan dalan kejatuhan Anwar dari medan politik negara.

"Kali itu pilihanraya Galas, muncul Rahimi, kali ini Tenang ini pula muncul Ummi Hafilda, ini semua benda biasa dan permainan biasa. Cuma harapan kita ialah rakyat jadi cerdik dan melihat perkara ini yang diulang-ulang merupakan satu pembohongan," kata che'GuBard.

Beliau menjelaskan keadaan ini sama seperti semasa kes Fitnah 1 Anwar pada tahun 1998 dan beliau mengesyki 'skrip lama' akan digunakan kembali kerana Perdana Menteri yang juga Presiden Umno dilihat semakin takut dengan pembangunan Anwar.

"Skrip lama akan digunakan balik dan keputusan lama akan terjadi semula. Najib dalam keadaan terkapai-kapai untuk menyudahkan apa yang dia mulakan dalam kes fitnah 2 kali ini. Oleh itu saya cukup berkeyakinan ini semua berlaku kerana dalam keadaan pilihanraya yang terlalu hampir, ketakutan Najib kepada Anwar Ibrahim dan Najib nak menyudahkan skripnya terhadap Annwar Ibrahim," katanya lagi.

Chegubard seterusnya berkata Ummi hanya menyampaikan skrip yang diberi kepadanya dan jika dilihat kembali kes Fitnah 1, Ummi merupakan saksi utama tetapi tiada apapun pembuktian dibuat oleh Umi kecuali menarik publisiti dan memanipulasikan pelbagai isu.

"Ummi Hafilda boleh muncul kembali dan pemain-pemain lain pun mungkin boleh muncul lagi, dan terus mengukuhkan lagi 'political conspiracy' tapi mereka, mereka boleh kembali, datang, muncul buat sidang media dan sebagainya tetapi seperti yang saya sebut tadi saya rakyat telahpun membuat keputusan," kata beliau.

Katanya lagi, rakyat telahpun memberi penghakiman terhadap Anwar dengan memberikan kemenangan besar kepada Pakatan rakyat pimpinan Anwar, yang mana membuktikan bahawa rakyat menolak sebarang pertuduhan yang berniat jahat dan berunsur politik terhadap Anwar.

"Ummi Hafilda boleh ulang tayang, lagi kali ketiga dia nak datang ulang tayang pun tak ada masalah, sebab saya yakin rakyat telahpun membuat penghakiman terhadap Anwar," kata beliau lagi.

Cuma kali ini selain berdepan mereka kita perlu membuktikan dengan mandat sedikit yang diberikan oleh rakyat kita benar mampu melakukan apa yang kita sering cakapkan.

6 comments:

  1. Mai la dtg kg gua,biar gua buat dak Ummi ne menangis mcm dia kena bambu dgn kami masa kes 1998 dulu..
    Kes Anwar 1998 tuh dh tutup dh,dh menang rayuan dh pon..
    Jd bukti2 menatang apa lg nak dikemukakan??
    Bukti yg menyatakan kefasikkan Ummi yg x tau2 nk bertaubat neh???
    Sedap mulut jer suruh org bertaubat,ckp x kena bayar bole la ko..
    Igt la sket yg Allah maha melihat dan maha mendengar dan sekali-kali tidak pernah lalai dari mengawasi kelakuan hamba2nya..

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:29 PM

    Taubat lah Ummi sebelum terlambat !!!

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:56 PM

    Tapi Ummi berani bersumpah. Saiful pun bersumpah. Anwar takut nak bersumpah. Nampak sangat takut. Berani kerana benar takut kerana salah.

    ReplyDelete
  4. Anonymous6:51 PM

    SURAH AT-TAUBAH

    -95-Mereka akan bersumpah dengan Allah, terhadapmu, bila kamu kembali kepada mereka, supaya kamu berpaling dan pada mereka (membiarkannya. Sebab itu berpalinglah kamu dan pada mereka,sesungguhnya mereka itu keji dan tempat mereka dalam neraka jahannam, sebagai balasan apa2 yang telah mereka usahakan.

    -96- Mereka bersumpah terhadapmu, supaya kamu suka kepada mereka. Jika kamu suka kepada mereka sesungguhnya Allah tiada suka kepada kaum yang fasik itu.

    Hikmah yg boleh diambil ialah :-

    Org munafik suka bersumpah (dan sumpah itu palsu) maka kita harus waspada untuk tidak sering bersumpah,karena mudah saja tergelincir kepada kedustaan.

    Sekian.

    ReplyDelete
  5. Anonymous6:51 PM

    Sumpah orng sekarang tak jalan sebab Allah nak tengok hebatnya mereka ...tapi bila sampai janji Allah sesaatpun mereka tak dapat melarikan diri...sumpah firaun dah tak pakai....saya yakin tak kan Anuar buat benda-benda seperti itu biasalah tugas UMNO....FITNAH, HINA CARI SALAH ORANG PROVOKASI, DLL

    ReplyDelete
  6. ANDATU/UMI ni cari makan, faham fahamlah.

    ReplyDelete