Tuesday, January 18, 2011

Harap Sinar harian betulkan kesilapan

Sinar Harian semalam

akhbar Sinar Harian semalam telah menyiarkan berita yang menyiarkan kenyataan saya mengenai senarai pengundi meragukan dalam Dun Tenang. Saya kira kenyataan saya itu dipetik dari tulisan blog saya http://chegubard.blogspot.com

Amat hargai usaha Sinar Harian memetik blog saya dan memberikan perhatian kepada pendedahan tersebut. Namun saya ingin membetulkan fakta mengenai jawatan saya. Saya bukan penolong setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat.

Memang betul Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat telah mengumumkan nama saya dilantik ke jawatan itu pada Mesyuarat MPP yang pertama selepas sesi pemilihan 2010 selesai tetapi saya telah menolak jawatan tersebut kerana yang saya mahukan ialah siasatan bukan jawatan.

Penolakan jawatan tersebut saya buat sebaik sahaja masa dua minggu yang dijanjikan YB Saifudin Nasution Ismail berakhir. Dalam satu sidang media ketika Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat, YB Setiausaha Agung sendiri yang menyebut dua minggu untuk selesaikan dan umumkan hasil siasatan semua aduan termasuk secara jelas menyebut nama saya.

Penolakan saya bagi mendesak ketelusan dalam KEADILAN, kerana sayangkan KEADILAN lah saya menegur dan kerana sayangkan negara saya mahu KEADILAN menjadi sesempurna mungkin sebelum measuki Putrajaya.

Tindakan penolakan saya ini menerima perbagai reaksi dari anggota dan rakyat umumnya. Namun majoritinya positif mendokong usaha mendesak ketelusan dalam parti. Malangnya sehingga ke hari ini saya dan teman-teman masih menanti bukan keputusan siasatan aduan penyelewengan Pemilihan 2010 tetapi tidak langsung kedengaran usaha siasatan dimulakan.

Semalam dan pagi ini saya mendapat respon sekali lagi yang perbagai, ini mungkin kerana tindakan salah lapor Sinar Harian yang menulis saya bercakap selaku Penolong Setiausaha Agung Parti. Saya dengan ini memohon Sinar Harian membetulkan kekeliruan ini.

Untuk pengetahuan semua dalam jawatan politik saya hanya Ketua Cabang KEADILAN Rembau dan dalam gerakan anak muda saya selaku Penyelaras dan Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM sebuag gerakan anak muda tanpa hiraki).

No comments:

Post a Comment