Sunday, January 09, 2011

PAKATAN RAKYAT TIDAK PERNAH IKTIRAF Khairy Jamaludin

SEREMBAN - Setiausaha Keadilan Cabang Rembau, Norazizi A. Aziz hari ini menyelar kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang menyatakan bahawa Pakatan Rakyat mengiktiraf kewibawaan Khairy Jamaludin yang menyatakan hasrat tidak mahu mempertahankan parlimen Rembau.

"Mustahil Pakatan Rakyat mahu mengiktiraf Khairy Jamaludin sedangkan UMNO sendiri jelas meminggirkan Khairy. Lagipun apa sumbangan dan jasa Khairy kepada rakyat yang boleh diiktiraf?".

Menurut Norazizi, tindakan Nasarudin mempelawa Khairy menyertai PAS bukan atas dasar pengiktirafan tetapi adalah atas rasa belas kasihan melihat Khairy teruk dibuli didalam UMNO.

"Saya tidak berminat untuk mencampuri urusan dalaman UMNO namun semua orang tahu yang Khairy dipinggirkan apabila tidak dilantik ke jawatan menteri mahupun jawatan timbalan menteri padahal naib Ketua Pemuda mahupun pesaing beliau dalam jawatan Ketua Pemuda UMNO telah mendapat tempat timbalan menteri. Ketika itu alasan Khairy adalah perlu memberikan fokus terhadap golongan anak muda. Namun setelah berlaku rombakan, Khairy tetap diketepikan dan inilah yang mengecewakan beliau sebenarnya."

Menurut beliau lagi, jarang berlaku dalam sejarah umno di mana seorang pemegang jawatan Ketua Pemuda UMNO tidak mendapat jawatan menteri kabinet.

"Bagi saya, Pemuda UMNO di dalam era Khairy ini adalah yang paling lemah dalam sejarah kerana kita tidak nampak sebarang perjuangan yang berasaskan kepada mendahulukan kepentingan rakyat. Program dan aktiviti Pemuda UMNO lebih kepada sekadar mendapatkan publisiti tanpa mendasari denyut dan nadi kesusahan rakyat. Pemuda UMNO dalam era terdahulu lebih kepada kuasa pendesak dalam UMNO sendiri namun Pemuda UMNO di era Khairy lebih kepada menjadi "tukang angguk" kepada segala keputusan pihak atasan UMNO. Khairy juga gagal memainkan peranan beliau sebagai ahli parlimen Rembau apabila beliau gagal menunaikan janji pilihanraya PRU 12 yang lepas. Mana hospital Rembau? Mana hilang Pusat tuisyen emas untuk pelajar miskin Rembau? Mana Uitm Rembau? dan mana lapangan terbang yang dijanjikan? Rakyat Rembau masih menunggu.."

Norazizi juga menyatakan bahawa beliau tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan Khairy ini adalah untuk memancing rasa simpati pimpinan atasan UMNO agar memberi perhatian terhadap beliau namun sehingga kini tiada sebarang respon terhadap tindakan beliau yang merajuk setakat ini.

"Pesanan saya pada beliau hanya satu ; tiada istilah merajuk dalam kamus seorang pejuang rakyat."

3 comments:

  1. salam.
    bg saya biarlah dia pegi sbb tiada peranan dlm pemuda umno malah umno sendiri pun jika tak ada sekarang pun malaysia akan lebih maju,lebih adil n banyak masa digunakan pemimpin untuk memikirkan tentang kesejahteraan rakyat.umno moden berbeza dgn umno dahulu yg lebih ikhlas dan berjuang utk rakyat.

    ReplyDelete
  2. Khairy Jamaluddin, said that whether he will contest in the coming general election is a decision involving only Datuk Seri Najib Tun Razak and himself.

    ReplyDelete
  3. Anonymous5:38 PM

    Macam biasa, PKR akan terus berdolak dalih. Tak pernah tidak PKR berani berkata benar.

    Nasarudin sendiri telah mempelawa Khairy menyertai PAS. Apa lagi nak kata? Kalau orang tak suka, buat apa nak ajak masuk parti? Alasan diberi? Kesian.

    Bukan ke PR ni tak nak terima langsung ‘sampah’? Mesti ada sebab mengapa Nasarudin ajak Khairy sertai PAS. Nasarudin pun bukan calang-calang orang.

    Tapi macam biasa, PKR terus berdolak dalih. Sila teruskan geng PKR

    ReplyDelete