Wednesday, January 05, 2011

Laporan Polis 'Kes Menteri Rogol Amah'

SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA (SAMM)

Kenyataan Media
5 Januari 2011

LAPORAN POLIS DESAK SIASATAN DAN TINDAKAN TERHADAP PENDEDAHAN KAIT MENTERI DENGAN KeJADIAN ROGOL PEMBANTU RUMAH

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini tampil mengambil peranan selaku warga negara yang bertanggungjawab untuk membuat satu laporan polis mengenai wujudnya laporan mengaitkan anggota kabinet Malaysia dengan kejadian merogol pembantu rumahnya warga Indonesia.

Dokumen dilampirkan. Kejadian sekitar tahun 2007 ini menjadi perhatian apabila didedahkan oleh wikileak dan kemudian dilaporkan semula secara agak lengkap di http://rockybru.com.my dan http://bigdogdotcom.wordpress.com/

Setelah carian lanjut dibuat saya memperolehi dokumen lengkap seperti dilampirkan dimana dengan jelas menyebut nama YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Laporan polis ini dibuat untuk mendesak PDRM membuka fail siasatan dan memulakan siasatan. SAMM mengambil tanggungjawab tampil untuk membantu PDRM memulakan siasatan berkenaan kes ini.

Seseorang tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah, dalam perkara ini mangsa pertama ialah Dr. Rais Yatim sendiri, beliau belum dibukti bersalah namun boleh dikatakan hampir semua blog dan cakap-cakap mulut sudah menyebut nama beliau sebagai terlibat kes rogol. Namun kesalahan beliau ialah terus membisu berdiam diri. Selaku Menteri 'budaya seni warisan' seharusnya beliau faham budaya rakyat Malaysia iaitu diam tanda setuju. Maka beliau tidak boleh menyalahkan rakyat yang mengaitkan beliau kerana beliau sendiri berdiam diri. Ini berbeza sekali apabila baru – baru ini dalam satu posting blog di http://rockybru.com.my mengenai skandal pemberian kontrak, Dr. Rais telah membuat laporan polis.

Penyiasatan polis boleh membantu Dr. Rais membersihkan namanya. Namun jika polis juga tidak menyiasat maka ia mengundang persoalan lebih besar iaitu kemungkinan wujud perlindungan istimewa terhadap kejadian jenayah yang dilakukan oleh Menteri.

YAB Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri harus segera menyatakan pendirian dalam perkembangan ini. Jika Dr. Rais terus berdiam Najib seharusnya menggantung Dr. Rais sebagai anggota kabinet sehingga siasatan selesai. Itupun jika Najib berani melakukan perkara tersebut untuk membuktikan beliau benar dengan proses transformasi penambah baikan negara.

Kes ini jika gagal ditangani dengan baik akan sekali lagi menjadi punca konflik Malaysia – Indonesia jesteru itu rakyat seharusnya tampil un tuk mendesak penyelesaiaan dan penyiasatan serta tindakan terhadap kes ini.

Pada mulanya SAMM ingin mendedahkan identiti 'mangsa' rogol tersebut, tetapi setelah difikirkan soal maruah mangsa dan lebih lagi apabila mendapat isyarat dari keluarga mangsa yang kuatir akan menerima nasib seperti Altantuya maka identiti mangsa dirahsiakan.

Samm mendesak agar siasatan yang telus dan bebas dijalankan oleh pihak berkuasa tanpa sebarang campur tangan pemimpin tertinggi seperti yang didakwa berlaku sebelum ini.

Di mana-mana negara di dunia sekalipun, tiada pemimpin yang boleh menghalang keadilan daripada ditegakkan tetapi malangnya di Malaysia, ada pemimpin tertinggi yang cuba melindungi kejadian rogol.

SAMM menyatakan sokongan atas nama kemanusiaan kepada pihak Kedutaan Indonesia, pihak berkuasa di Indonesia, pertubuhan NGO Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta dan pihak-pihak terlibat agar berusaha menegakkan keadilan bagi warganya yang teraniaya. SAMM sudah menghantar surat menyatakan kesediaan membantu.

Cuma persoalannya kini adakah kes Robengah ini akan terus kekal 'misteri' tanpa penyiasatan ? Jika ini berlaku maka anak muda wajar bersama menumbangkan Regim Bn ini kerana apa lagi harapan masa depan jika perogol dipertahan dan diberi jawatan Menteri !

Harap ia tidak jadi 18 kes berprofile tinggi yang pernah didedahkan kewujudanya oleh Dr.Rais ketika menjadi menteri Undang-undang yang terus disenyapkan kerana mendapat perlindungan istimewa.

Jika dalam masa 14 hari tidak ada tindakan susulan maka SAMM telah sedia untuk membuat tindakan susulan demi membela maruah negara dan keadilan kemanusiaan yang akan diumumkan kelak.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)






No comments:

Post a Comment