Sunday, July 13, 2008

Jemputan Solat Hajat di Rumah DSAI - Polis kini berada di Bukit Segambut

Datuk Hashim Yahya, bekas Mufti Wilayah Persekutuan akan mengimamkan Solat Maghrib dan solat hajat di kediaman Anwar Ibrahim. Semua dijemput hadir bersama. Anwar dan barisan peguam akan turut hadir untuk memberikan maklumat terkini.
Dalam perkembangan terbaru, ketika ini Anwar Ibrahim dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur telah dihubungi dan diberitahu bahawa seramai 15 orang pegawai polis berada di kediamanya di Segambut untuk menghantar satu surat (kemungkinan makluman waran atau arahan hadir ke Balai Polis).
Bersama kita berdoa. Penyokong di minta tenang dan sentiasa berusaha mendapatkan maklumat terbaru dari sumber yang sahih.
Kediaman Anwar beralamat di No 13, Jalan 3/61, Bukit Segambut.
Adakah DSAI akan ditahan paling tidak sementara untuk menghalang DEBAT Minyak....?
Isnin Anwar Ibrahim akan ke Balai Polis Travers untuk memberikan kenyataan seperti yang dikehendaki polis pada jam 2 petang.

4 comments:

  1. Anonymous7:04 PM

    Pastikan sentiasa berdoa semoga pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dilindungi sentiasa oleh Allah S.W.T.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    ReplyDelete
  2. Anonymous6:55 AM

    Antara Pak Lah, DSAI dan Dr Mahathir.
    Cakap Pak Lah penuh dgn pembohongan, message kosong. DSAI pulak lebih byk mengutuk sana sini, mengumpat & mencarut. Bingit telinga bila mendengar ceramah beliau. Dr Mahathir pulak lebih banyak memberi penerangan, mencari jalan penyelesaian. Saya melihat jasa beliau selama menjadi PM. Kita harus menerima hakikat jasa beliau kepada Msia.

    ReplyDelete
  3. Anonymous1:20 PM

    Jumpa malam tu masa solat maghrib tapi lepas isya tengok cikgu dah ilang ingat nak jumpa borak panjang pasal Ezam dan kunco kunco nya ... tapi cikgu dah takder...katanya ke teluk kemang ada ceramah..tahniah cikgu bergerak laju....

    ok tolong jawab email saya... saya nak jumpa cikgu nak serah beberapa bukti korup dan penipuan kawan2 ezam....mereka kaki kencing org

    ReplyDelete
  4. Anonymous8:53 PM

    tokdet mmg byk jasa dgn rakyat malaysia,sama byk yg korup dgn pembangunan negara.mcm lambang bn la...dacing..!!
    paling best jasa tokdet sumbat DSAi ke sg buloh.aku suka dgr pngakuan tokdet bt pngakuan brbunyi mcm ni.
    "Anwar bkn ada slh apa,tp sy sj sumbat dia dlm pnjara..".
    xpercaya???
    blh cr dlm youtube....


    aku tkut debat mlm ni xjd psl Anwar dh kna tahan dgn anjing2 KERAjaan REJIM DOLAH BODOwi....


    tlg explain psl si ezam ni,knp dia jd gunting dlm lipatan rakyat...

    ReplyDelete