Thursday, July 10, 2008

Ceramah DSAI di NS malam ini

Telah ditetapkan lawatan kerja DSAI ke NS akan diadakan pada 10 Julai 2008, Khamis. Pada mulanya ceramah dijadualkan akan diadakan di Taman Jasmin, Senawang. tapak tersebut bukan asing bagi program ceramah umum kerana telah banyak program diadakan dengan lancar dan tanpa kejadian tak di ingini. YB Nurul Izzah dan YB Fairus (Timbalan Ketua menteri Pulau Pinang) juga pernah berucap ti Padang di taman jasmin, senawang tanpa sebarang masalah.
Dua hari lepas setelah mengadakan pertemuan dengan pihak polis, 8,000 poster, 20,000 handbill dan 10 banner telah disediakan untuk mempromosikan ceramah DSAi di NS. Malangnya semalam kemungkinan atas tekanan politik pihak IPD seremban telah memaklumkan bahawa permit tidak akan dikeluarkan. Untuk mengelakkan suasana yang tegang dan tidak di ingini dan hasil perbincangan juga dengan pihak polis tapak program telah dialihkan ke dataran Muhibbah, Kg. ismail, Ampangan.
Seluruh rakyat N.Sembilan di jemput untuk bersama dalam program
Ceramah Perdana
bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Saifuddin Nasution Ismail, YB Antony Loke (DAP-Rasah/Lobak),YB Datuk kamarul (keADILan-teluk kemang), YB Taufek (PAS - Paroi), cheGubard (MPT keADILan) dan Haridass (pemimpin komuniti India setempat)
10 Julai 2008 - Khamis (bermula 8.00 malam)
Dataran Muhibbah, Kg. Ismail, Ampangan, Seremban. (jalan masuk ke kg. Joboi dari Jalan jelebu)
sebarang pertanyaan sila hubungi : 0123696474
Peta ke Dataran Muhibbah link berikut http://pasns.blogspot.com/2008/07/dataran-muhibbah.html

1 comment:

  1. Anonymous9:50 PM

    Hey butt,
    Kau, anwar, khalid, azizah adalah pengkhianat negara, perosak bangsa, penganggur tak de kerja yang miskin hanya ingin memporak perandakan negara..orang macam kau ni patut patut duduk di kandang babi yg paling kotor saja..

    Perangai anak haram menyusahkan rakyat malaysia untuk hidup aman dan tenteram untuk mencari rezeki dan beramal ibadat.

    Pilihanraya dah lama habis, sepatutnya kau dah ajak pengikut kau yang bodoh2 tu supaya berkerja tingkatkan ekonomi dan membangunkan umat islam yang dah lama miskin dan tertinggal di tanah air sendiri..

    kamulah manusia berkepala syaitan dan tak layak jadi pemimpin di mukabumi ni..
    aku sumpah kau jadi babi seumur hidup!!!!!!!!

    Pakcik Din

    ReplyDelete