Thursday, July 10, 2008

Bala & Bala : Zulkifli, Exco Angkatan Muda keADILan

Buat pertama kalinya saya mengucapkan tahniah kepada seluruh warga kerja Buletin Darul Tahzib yang brjaya menerbitkan keluaran pertama edisi bulanan untuk tatapan warga Pulau Pinang khasnya & umumnya rakyat Malaysia yang sering kali inginkan maklumat terkini atau pengisian dalam membandingkan maklumat-maklumat tersebut sama ada ianya benar atau diputar belit bagi pertimbangan pembaca sekalian.

Rakyat Malaysia serta seluruh hidupan di atas planet yang bernama bumi di gemparkan dengan satu akuan bersumpah (SD) dari seorang penulis blog www.malaysia-today.net yang cukup terkenal sehingga di lokap kerana beberapa artikel serta komen para pembaca di dalam blog beliau yang di katakan cubaan menghasut.Tubuh itu juga pernah di kurung selama 2 tahun di kamunting kononnya batang tubuh itu telah merancang untuk menggulingkan kerajaan Malaysia dengan persiapan bahan letupan & senjata bagi merancang peperangan dengan DYMM Yang Dipertua Agong.Mungkin kali ini bezanya serangan Raja Petra ialah Akuan Bersumpah yang di buat di depan pesuruhjaya sumpah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai pembabitan Rosmah Mansur bersama 3 individu lain dalam kes pembunuhan wanita monggolia yang menjadi perhatian seantero dunia kerana ianya kes berprofile tinggi & cara pembunuhan yang amat kejam dengan menggunakan bom C4.

Isu ini menjadi buah mulut semua orang walaupun bukan bertugas sebagai anggota tentera,pak man,hamid waima mak janda leha pemilik warung di hujung kampung tempat penduduk sekitar kampung bertemu & berbual kosong setelah penat turun ke laut atau membajak sawah padi.masing-masing sibuk memperkatakan apa itu C4 serta fungsi & cara-cara meletupkan C4 mengalahkan sarjan tentera di kantin dalam kementerian pertahanan.

Tiba-tiba tanpa di undang,hadir seorang manusia yang pernah bertugas dalam pasukan polis & menjadi penyiasat persendirian kepada Razak Baginda iaitu Balasubramaniam,di kad pengenalan beliau tercetak WARGANEGARA bagi setiap insan yang berstatuskan rakyat Malaysia.Hadir beliau kali ini dengan satu lagi akuan bersumpah yang membabitkan mangsa pembunuhan yang sama iaitu Altantuya.wanita ini tiada saudara mara,datang ke Malaysia bersama teman & sepupu beliau dari monggolia,niatnya hanya mencari dua kenalan yang bernama Razak Baginda serta Najib Razak untuk menuntut baki komisen USD500,000 (hampir RM2juta).Hubungan dua orang tersebut bukanlah antara anak & bapa tetapi tak lebih daripada seorang pemikir yang bertugas kepada majikannya bagi menaikkan karrier politik bosnya.

Mangsa pembunuhan tetap sama cuma beza akaun bersumpah Bala dengan penulis blog Raja Petra hanya individu yang terlibat.Kalau Raja Petra membabitkan nama Datin Seri Rosmah Mansur,manakala Bala pula membabitkan nama Datuk Seri Najib Tun Razak.Berbeza pada nama tetapi hubungan mereka ini ialah suami isteri.Hubungan mereka ini akan membuatkan pegawai-pegawai pejabat agama akan di maki sekiranya menyerbu bilik hotel penginapan suami isteri Najib & Rosmah untuk di sabitkan atas tuduhan kes khalwat kerana mereka ini sah dalam undang-undang islam untuk duduk berdua-duaan dalam satu bilik.Cuma salah mereka dari segi undang-undang islam seperti tuduhan yang di lemparkan dalam kedua-dua akaun bersumpah tersebut iaitu RASUAH-SEKS-BUNUH.

Sehingga sekarang ini Rosmah tidak mengendahkan akuan bersumpah Raja Petra,bukan sahaja untuk menyaman atau mengambil apa sahaja tindakan untuk membersihkan namanya bahkan untuk jentik Raja Petra pun si isteri yang bernama Rosmah ini tak berani buat.Sehingga sekarang Raja Petra mengesahkan beliau mempunyai bukti yang cukup & penting untuk mengheret Rosmah ke mahkamah serta ke dalam sel Sg. Buloh atau ke penjara kajang.

Bala pula setelah membuat akaun bersumpah 1 bersama peguam beliau & Ketua Umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim dengan penuh senyuman yang boleh membuka hati gadis sunti terpikat melihat keceriaan Bala bahkan beliau cukup tegas menjawab soalan yang di ajukan oleh para wartawan di tingkat 1 ibupejabat parti keadilan mengalahkan peguamnya sendiri mengesahkan bahawa Akuan Bersumpah tersebut adalah benar.

Keesokan hari,Bala yang sehari sebelum itu sentiasa ceria & tersenyum tiba-tiba nampak cukup pucat,keletihan & amat sungul bagaikan terkena BALA’ yang cukup dasyat hingga tidak menjawab sebarang pertanyaan dari wartawan seperti baru lepas di kejar jembalang,membisu seribu bahasa tampil dengan peguam baru & akaun bersumpah 2 dengan menarik kembali nama Datuk Seri Najib Tun Razak seperti tercatat dalam akaun bersumpah 1.Hairan bin Ajaib,rakyat Malaysia terus menerima kejutan demi kejutan,bukan sahaja penukaran akuan bersumpah tetapi Bala menerima BALA’ kerana menghilangkan diri atau di hilangkan.Adakah Bala mengurungkan diri bersama anak isteri atau Bala menerima BALA’ di kurung selepas nama yang dikaitkan dalam akuan bersumpah 1 adalah manusia yang menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia sekarang iaitu orang no 2 di Malaysia selepas Perdana Menteri.Rasanya sudah ramai yang hadir ke hospital membuat pemeriksaan jantung kerana tempias kejutan ini.

Bukan sahaja Bala yang terkena BALA’,rakyat Malaysia & dunia terkena BALA’ ugutan,BALA’ kejutan,BALA’ penipuan & segala BALA’ yang entah berapa lama lagi akan rakyat terima.Sesungguhnya sebagai orang islam atau mana-mana individu yang berpegang teguh kepada agama yang di anuti,dekatkan diri kepada Tuhan & berdoa untuk di jauhkan dari semua BALA’ ini terutamanya dari yang MAHA ESA kerana BALA’ yang di turunkan olehnya tidak tertanggung oleh mana-mana makhluk ciptaannya.

Rakyat selepas ini akan berfikir panjang untuk membuat akuan bersumpah,rakyat tidak sanggup membuat akaun bersumpah jika tragedinya bakal di hadapi sama seperti Bala terima BALA’ ugutan,BALA’ hilang & lain-lain BALA’ tak dijangka.Khabar angin sekarang ini bertiup cukup kencang Bala yang sedang mendapat BALA’ telah di kurung di sebuah banglo milik kenamaan di Pulau Langkawi & di kawal lebih 30 orang daripada anggota keselamatan agar Bala ini tidak membawa BALA’ pula kepada manusia yang bernama Najib Razak & Isteri atau Razak Baginda,Jadi jika ada yang ingin menjadi James Bond 007 menyiasat kebenaran tersebut harap lebih berhati-hati kerana ingin di ulangi sekali lagi,ianya KHABAR ANGIN entahkan benar…entahkan tidak...ENTAHLA

Harap-harap biarlah ianya hanya sekadar khabar angin kerana jika benar Bala & anak isteri berada di lokasi tersebut,rakyat mendapat lagi BALA’ iaitu BALA’ penipuan kerana Pengarah Jabatan Jenayah PDRM percaya Bala telah berada di Negara jiran dari maklumat rakan setugas di Negara jiran.Maklumat yang menipu & rakyat pula di tipu kerana Bala ke Negara jiran tanpa rekod imigresen sepertilah mangsa Altantuya yang terbunuh hilang rekod imigresen Malaysia yang boleh di gunakan di mahkamah untuk mengesahkan rekod perjalanan mangsa bersama siapa & ke mana waktu itu.

Oleh itu,terimalah satu-satu maklumat atau berita dengan penuh berlapang dada & berfikir menggunakan akal menilai dari semua aspek sebelum menelan mentah-mentah berita yang kita dengar agar tidak terkena BALA’ salah maklumat.Sehingga sekarang bancian yang di buat oleh berita web no 1 Malaysia www.malaysiakini.com 92% pembaca mengundi untuk menerima pakai akuan bersumpah 1 Balasubramaniam.Jadi fikirkanlah.

3 comments:

  1. Anonymous5:12 PM

    Assalamualaikum,

    Setuju dengan pndapat saudara di dalam artikel saudara di mana sesuatu maklumat ataupun berita perlulah diterima dengan penuh lapang dada dan difikirkan menggunakan akal dengan sewaras-warasnya untuk menilai semua aspek dan segi maklumat sebelum memberi sebarang komen ataupun spekulasi agr ia tidak menjadi unsur-unsur fitnah yang boleh membawa bala kepada diri kita sendiri.

    ReplyDelete
  2. tengok Bala, teringat bagaimana Sukma dan Dr Munawar kena dulu..ingat tak bicara bangang 30 minit?

    ReplyDelete
  3. Anonymous1:42 AM

    Huzaifah kesian kat BALA..BALA betui dah kena BALA' akibat menyatakan kebenaran yg mmbuat si NAJIB N ROSMAH MONGGOLIA bakal mndapat BALA'.
    kalau tak dapat kat dunia ni pun takpa tapi kat AKHIRAT nnti sendiri mau ingat la kawan.
    tp la ni ALLAH bayaq cash,tunggu dan lihat ja nanti.
    kebenaran akan mengatasi kebatilan..
    ALLAHUAKBAR..SUBHANALLAH..

    ReplyDelete