Saturday, July 05, 2008

Bersumpah ?

Menyambung tulisan sebelum ini. Dalam temuramah saya dengan Tabloid Wasilah semalam juga saya menyentuh mengenai "Kenapa Anwar Ibrahim tidak bersumpah?"
Ramai yg tanya saya berkenaan sumpah saperti yg dicadang oleh SS Mufti Perlis. Buat makluman, semasa berucap di Stadium Malawati DSAI telah pun bersumpah menafikan tuduhan tsb. Malahan pada 19 Sept 1998 pun DSAI bersumpah juga di Batu Pahat semasa dituduh oleh Azizan.

Sebenarnya saya secara peribadi tidak bersetuju dengan sumpah bersumpah ni. Ini adalah amalan yang tidak sabit dari syariat Islam ataupun sunnah Nabi. Saya agak terkejut SS Mufti Perlis, yang juga sahabat saya mengemukakan cadangan tersebut. Tidak ada mana-mana hadis yang menunjukkan bersumpah ini amalan Nabi. Sebenarnya bersumpah dengan junjong kitab ini adalah amalan bukan Islam. Contohnya orang Kristian.

Di dalam amalan Islam, sumpah ini adalah dalam bentuk bayyinah. Iaitu apabila seseorang dikenakan pertuduhan dalam Mahkamah Syariah dengan sesuatu tuduhan (saperti suami menuduh isteri berzina) maka menurut syariat iaitu usul fiqh bahawa beban bukti ke atas yang mendakwa..manakala bersumpah untuk yang kena tuduh. Ini adalah sebahagian daripada sistem keterangan dalam syariat Islam.

Contohnya apabila seorang isteri dituduh berzina oleh suaminya dan dia tiada saksi untuk membela diri..maka dia boleh bersumpah isti'azah menafikannya; yg jika dia bersumpah maka Mahkamah akan meminta suaminya turut bersumpah. Sekiranya suaminya bersumpah menegakkan dakwaannya, maka Mahkamah akan neutralise kes. Si isteri akam dibebaskan dari tuduhan zina dan suami akan dibebaskan dari tuduhan qazaf (menuduh tanpa saksi). Tetapi kalau suami enggan bersumpah, maka isteri itu akan dibebaskan tetapi suami mungkin dikenakan tuduhan qazaf.

Tapi yang pentingnya sumpah isti'azah ini hanya boleh dibuat dalam Mahkamah didhadapan seorang Hakim yang melaksanakan undang-undang Islam. Persoalannya adakah kita mengamalkan sistem syariat Islam tersebut. Jelas jawapannya tidak. Maka prasyarat untuk bersumpah itu tidak ujud dalam negara Darul Hadhari kita ni. Janganlah kita terikut-ikut cara bukan Islam ini. Malahan saya berpendapat kalau benar mahukan Anwar bersumpah..kenakanlah pertuduhan terhadap beliau di Mahkamah Syariah yang benar-benar menjalankan hukum-hakam Islam.
Persoalan che'GuBard ialah lepas sumpah apa akan jadi lepas tu...? Selepas bersumpah dalam masjid atau junjung quran maka esok Utusan Meloya akan keluar besar Anwar perguna agama cuci tuduhan?
Sumpah hanya boleh diucap depan hakim yang menjalankan hukum Islam. Wahai Ketua Putera, yang tinggi moral dan perkerti bukan sumpah junjung Al Quran tetapi Anwar perlu diadili menggunakan hukum Al Quran. Jika Anwar sudah bersumpah depan Hakim yang diberi kebebasan melaksanakan hukum Islam dan jelas penuduh tidak boleh membuktikan tuduhan fitnahnya maka hukuman hudud harus dijatuhkan ke atas pembawa pertuduhan itu.
Wallahua'lam. Saya bukanlah insan sesempurna Azzez, Ketua Putera Umno yang tinggi moral baik budi pekerti untuk memberikan komen dalam isu agama ini tetapi sekadar berkongsi pengetahuan yang cetek.

10 comments:

  1. Anonymous1:58 PM

    kalau tak tau psl agama, jgn ckp. kalau kenyataan ni diberi oleh chegu bad utk mengulas kenyataan mufti, saya rasa ia bagaikan langit dgn bumi.

    mmg sumpah tidak baik tetapi jika dlm keadaan sebegini, ia lebih baik dilakukan demi menjaga maruah org yg dituduh & org yg menuduh. sumpah ni sumpah laknat dan ingat ayat kun fayakun dari Surah Yassin. jgn jadikan suasana lebih parah dan saya yakin Mufti juga tidak mahu perkara yg lebih buruk dari berlaku.
    Wallahuaklam

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:30 PM

    lu pikirler ... kalau tak suka takkan la 9 kali kena liwat ...budak saiful ni besar takkan tak leh tumbuk je muka anwar yang dah 60 thn tu kalau dia kena paksa tonggeng....

    aku suka betul ayat che'GuBard wahai ketua putera umno yang tinggi moral dan pekerti... woi azez lu pikir le sendiri perangai lu sebelum lu komen2 nie... hahaha ust azez

    ReplyDelete
  3. Enchelegit2:51 AM

    "Saya agak terkejut SS Mufti Perlis, yang juga sahabat saya mengemukakan cadangan tersebut. Tidak ada mana-mana hadis yang menunjukkan bersumpah ini amalan Nabi. Sebenarnya bersumpah dengan junjong kitab ini adalah amalan bukan Islam. Contohnya orang Kristian." - Quote from your article... Apa yang kamu maksudkan apabila kamu menyatakan "Contohnya orang kristian"? Kalau tak tahu pasal agama lain tak perlulah dinyatakan. Bagaimana kalau orang lain bagi contoh tersebut kepada kita...silap-silap seluruh negara penuh dengan demo. Chegu, tak ada agama yang mengajar umatnya membuat perkara yang salah. Samada dari barat mahupun dari timur. Cuma manusia sendiri yang menafikan kebaikkan dan keagungan agama yang dianuti oleh orang lain. Walaubagaimana pun saya maafkan chegu.

    Selama ini saya sangat menghargai peribadi dan perjuangan Chegu. Dari apa yang saya selalu dengar dan baca mengenai chegu, CheguBard ini adalah seorang yang liberal dan baik dengan sesiapa saja. Saya ingin melihat suatu hari nanti chegu menjadi seorang pemimpin yang akan duduk di parlimen. Sebab Malaysia yang terdiri dari berbilang bangsa dan agama memerlukan orang yang baik dan adil seperti chegu bukannya orang yang ego seperti...sesetengah pemimpin.

    "Love your enemy as you love yourself, love others as you love yourself dan forget and forgive". If we able to forgive and love each other, I'm sure we will live hormoniously in this wonderful world.

    ReplyDelete
  4. Anonymous11:47 AM

    "Selalunya pengamal homoseks ni akan merahsiakan perbuatan mereka. Tp kes Saiful ni berbeza, mcm tak rasa malu langsung. Kalau nak kata kena liwat cara paksa mmg x masuk akal. Lagipun Anuar dah 60 lebih. Bz dengan karier politik, ada masa lg ke nak buat kerja mungkar ni?"

    ReplyDelete
  5. Saudara,

    Sila baca MIngguan Malaysia hari ini untuk penerangan yg lebih jelas dari Mufti Perlis.

    Kalau sudah 2 kali buat apa slahnya buat lagi sekali kalau boleh buat siaran langsung.

    Kalau Beranilah

    ReplyDelete
  6. Anonymous12:02 AM

    Bad..........

    Ulasan ko mmg mengkagumkan aku...ko mmg dah berubah...
    aku paling kagum dgn artikel ko ni...

    ok bad...pada aku sumpah tak sumpah ini perkara no 10

    YANG PENTING STU MALAYSIA TAK PERCAYA DSAI BUAT MACAM TU, BIARLAH MEDIA KATA APA, TAPI RAKYAT BAWAHAN MEMANG TAK PERCAYA............

    ReplyDelete
  7. Mankanan12:01 PM

    Bab bersumpah ni saya tak berani komen sebab melibatkan hal agama. Saya takut tersilap cakap.Padah jadinya..Berbalik pada isu Amwar ni, kami, rakyat hanya inginkan penjelasan yang benar tntang kes ni. PKR pun tak boleh tuduh BN yang rancang tuduhan terhadap Anwar ni. Korang pun tahu Anwar ni 'bijak pandai' orangnya. Tak pernah ke korang terfikir kemungkinan bahawa Anwar sendiri yang menjadi 'orang' di sebalik cerita ni. Mungkin beliau sendiri yang create cerita liwat ni untuk mengeruhkan lagi keadaan.. Saya tak tuduh tapi cuma terfikir je...

    ReplyDelete
  8. Salam... ingin saya tegaskan di sini

    pertama apa yang saya tulis ialah apa yang saya yakini tetapi oleh kerana ianya disiarkan umum maka semua poleh berdebatkan.

    kedua tujuan tulisan saya bukan menghina mana mana agama dan kaum.... saya menghormati semua agama dan kaum... malah itu jua dituntut Islam... kenyataan saya yang menyatakan 'bersumpah menggunakan kitab suci amalan kaum kristian' ialah satu fakta dan ia berdasarkan sirah... saya tidak lihat mana unsur penghinaan...

    ketiga... hujah Islam tidak terpakai dalam keadaan guna suku sana suku sini ... kalau benar bicarakan ikut undang undang Islam...

    keempat walllah huallam... serahkan pada Allah dan ulama' mursyid.. hari ini juga mufti perak keluar lagi kenyataan... harap isu perdebatan agama ini perlu didepani dengan santun dan bijak supaya lebih subur.

    ReplyDelete
  9. Salam... ingin saya tegaskan di sini

    pertama apa yang saya tulis ialah apa yang saya yakini tetapi oleh kerana ianya disiarkan umum maka semua poleh berdebatkan.

    kedua tujuan tulisan saya bukan menghina mana mana agama dan kaum.... saya menghormati semua agama dan kaum... malah itu jua dituntut Islam... kenyataan saya yang menyatakan 'bersumpah menggunakan kitab suci amalan kaum kristian' ialah satu fakta dan ia berdasarkan sirah... saya tidak lihat mana unsur penghinaan...

    ketiga... hujah Islam tidak terpakai dalam keadaan guna suku sana suku sini ... kalau benar bicarakan ikut undang undang Islam...

    keempat walllah huallam... serahkan pada Allah dan ulama' mursyid.. hari ini juga mufti perak keluar lagi kenyataan... harap isu perdebatan agama ini perlu didepani dengan santun dan bijak supaya lebih subur.

    ReplyDelete
  10. salam Che Gu Bard,

    saya ada menghantar ulasan mengenai artikel ini tentang sumpah DSAI dalam klip rakaman ucapan beliau di Stadium Melawati.

    Sayang sekali, Che Gu Bard mengambil keputusan tidak menyiarkan komen saya. Tidak sekalipun komen saya menyentuh peribadi DSAI cuma apa yang tertulis adalah pemerhatian saya sebagai seorang rakyat Malaysia.

    Adakah Che gu Bard menidakkan demokrasi bersuara dalam blog Che Gu Bard sendiri? Jika di sini pun sudah tidak demokrasi bersuara bagaimana pula hendak menegakkan kebebasan suara apabila memerintah kelak? Tepuklah dada.

    Saya yang merendah diri dan mahukan penjelasan che gu demi 'keadilan' kebebasan suara saya.

    terima kasih

    ReplyDelete