Thursday, July 17, 2008

Cubaan melengkapkan skrip besar tidak berjaya !



Seminggu ini benar - benar sibuk dan tak punya cukup masa untuk menulis. Maaf banyak email dan komen juga berkenaan 'coretan' tidak siap ini.
Pada masa menulis tajuk dan meletakkan gambar ini banyak yang hendak 'coretkan' namun setelah berhari - hari tertinggal mood dan maklumat sedikit celaru untuk menyusun semula coretan.
Ketika rakyat sedang 'sakit'mengira wang syilling untuk berbelanja, ketika rakyat baru sahaja tertipu dengan janji Pengarah Pilihanraya Bn (Najib Tun Razak) yang menyatakan bahawa minyak tidak akan naik tahun ini ketika pelancaran manifesto Pilihanraya Bn.... dan ketika rakyat sedang menanti 'proses pengambil alihan' kerajaan persekutuan dari Bn kepada PAKATAN untuk menanti harga minyak dan beban rakyat diredakan.... ketika itulah pada Sabtu 28 Jun, Malaysia digemparkan dengan laporan polis Saiful pembantu DSAI yang menyatakan beliau telah diliwat sebanyak 9 kali oleh DSAI dan kali terakhir ialah pada 26 Jun.
Rakyat panik kenapa ini berlaku ? Jika dahulu Azizan mengatakan dia terpaksa membenarkan dirinya diliwat oleh DSAI yang dibantu Sukma kerana takutkan kedudukan DSAI yang menjadi orang no.2 dalam kerajaan, tetapi kini apa pula alasan Saiful. Dia yang jauh lebih gagah fizikalnya, lebih tinggi dan mempelajari ilmu silat (menurut maklumat blognya), tetapi bagaimana pula seorang yang tua 61tahun dan sakit tulang belakang tanpa kuasa dan terlalu ramai lingkungan yang rapat dengan kekuasaan yang mahu 'mematikannya' mampu untuk memaksa Saiful untuk benar di liwat tanpa kerelaan sebanyak 9 kali...?
Ini konspirasi....ulangtayang skrip 1998... kenapa 1998 berlaku ...? 1998 berlaku kerana pada ketika itu DSAI sudah selangkah dari tampuk kuasa... dan ramai pada ketika itu tidak mahukan beliau berada di kerusi no. 1 itu... pertembungan idea pentadbiran dengan Dr. Mahathir khususnya dari aspek pengurusan ekonomi pula telah menjadi alasan yang kuat untuk DSAI disingkirkan segera.
Kenapa skrip 1998 di ulang kembali 2008 ? jawapan yang tetap sama kerana DSAI sudah kelihatan hampir di tampuk kuasa...cuma kali ini berbeza... pertempuran 1998 ialah antara konspirator yang dipayungi oleh orang no. 1 tetapi kini berbeza.... kerana berlaku antara dua orang yang sedang berlumba untuk kerusi no.1...
Selepas pilihanraya 2008, keadaan iklim politik negara berubah, tsunami politik yang menumbangkan 5 negeri dirampas 'kuasa rakyat' ada dua sebab 'politik' pertama ialah kerana populariti DSAI dan yang kedua kerana kelemahan Abdullah yang parah. Ini di tambah dengan keperitan hidup rakyat. Makanya selepas pilihanraya mula ada beberapa ahli parlimen Bn yang berjumpa secara sulit dengan DSAI untuk berbincang mengenai masa depan negara. Mereka menginsafi betapa negara sedang dalam keadaan lemah dan diambang krisis dan perlu diselamatkan. Maka ini datangnya 'ilham' 16 September membentuk kerajaan baru. Ia bukan sekadar ilusi ciptaan dan pihak 'kekuasaan' melalui perisikan mereka yang canggih sudah tentu tahu mengenai perkara ini.
Suka atau tidak suka Abdullah sememangnya sudah duduk sebagai Pm cuma bila dan bagaimana dia akan diturunkan menjadi persoalan. Tetapi semua mata sedang memerhati siapa penggantinya..? Adakah penggantinya mampu memacu semula negara yang semakin parah...? Orang melihat Anwar dan Najib..
Najib sememangnya perlahan... itu yang menyebabkan Dr. Mahathir marah padanya.... kini pula dia sedang bangga kerana Abdullah telah mengumumkan akan memilihnya sebagai pengganti tetapi 2 tahun lagi... selepas kenyataan Abdullah itu sekali lagi Dr.Mahathir menegaskan Najib lambat dan berdasarkan banyak perkara mungkin tak ada peluang jadi PM. Dahulu ketika pertembungan team A dan team B...Najib awalnya berada di kalangan team B... tetapi masih play safe.. DSAI melihat Najib terkontang kanting terus menghulur tangan mengosongkan kerusi Ketua Pemuda untuk Najib dan selepas itu Najib menyokong Dr.Mahathir meninggalkan team B. Najib memang dari dahulu selalu playsafe dan takut bersaing.
Tetapi kini berbeza... persaingnya kini DSAI telah jauh ke depan... kemungkinan DSAI mengambil alih kerajaan hampir 'terang'. Apa yang lebih mencemaskan Najib ialah DSAI atau tidak pun orang - orang dikalanganya seperti memiliki bukti banyak 'jenayah' beliau, isteri dan kawan rapatnya. Jika DSAI dibenar duduk sebagai no. 1 bukan sahaja karier politiknya mati tetapi risiko menghabiskan sisa hidup dibalik geriji besi juga wujud.
Sesuatu perlu dilakukan ! Dia (Najib) bernasib baik kerana saki baki konspirator lama ada di tampuk kuasa tertentu.
Musa yang menjadi tukang usung tilam (dalam skrip 1998) yang pernah mengaku dalam mahkamah mampu bercakap bohong demi arahan tugas kini sudah menjadi Ketua Polis Negara. Gani Patail yang menjadi pendakwaraya utama dalam skrip 1998 kini sudah bergelar Peguam Negara. Kedua dua konspirator ini sudah tentu 'panas punggung' kerana DSAI sudah mula mendedahkan bukti penglibatan dua watak ini dalam memalsukan bukti dan keterangan dalam skrip 1998.
Najib kali ini sudah tentu tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan kerjasama dua watak ini lagi untuk drama ulangan 2008.
Mengimbau sedikit kebelakang iaitu intipati penghakiman Datuk Hishammudin Yunus dalam kes Saman "Buku 50 Dalil kenapa Anwar tidak boleh menjadi PM?" menyatakan penulis buku ini (arwah Khalid Jafri) jelas menjadi alat pihak tertentu untuk mengeluarkan buku tersebut bagi membunuh karier politik Anwar Ibrahim. Malah penyebaran buku tersebut secara berluasa dan bebas peringkat awalnya seolah membuktikan ada 'perlindungan' dalam penerbitan buku tersebut.
Skrip 2008 juga tidak susah hendak dihuraikan. Ia konspirasi. Ada perjumpaan Saiful dan Najib sebelum Saiful datang dan menawarkan diri sebagai sukarelawan pilihanraya bagi membantu kerja pejabat DSAI. Ada perjumpaan Saiful, Rosmah, Najib dan Pembantu Khas Rosmah selepas itu juga. Ada pertemuan 'sulit' Saiful dengan bekas pemimpin keadilan yang bersumpah sumpah untuk menjatuhkan Anwar. Ketika Saiful dikatana dalam perlindungan Polis 15 hari lepas sebelum dia memadamkan talian telefonya server maxis mengesan sim cardnya digunakan di PWTC.
Tetapi skrip kali ini sudah tentu lebih 'cerdik' dari skrip lama. Kesilapan seperti tuduhan kejadian di Trivoli Villa sedangkan pada ketika tarikh tuduhan Trivolli Villa belum wujud pasti tidak berlaku.
Anwar dikehendaki hadir ke IPK KL kononya untuk rakaman kenyataan. Seperti ramai telah maklum malah telah disiarkan di muka depan sebuah tabloid Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM juga telah mengumumkan bahawa 16 Julai, 2 petang ialah tempoh akhir Anwar harus hadir di IPK KL atau akan ditangkap.
Setelah mengagumkan Malaysia dengan hujah dan kesungguhan dalam menyampaikan fakta mengenai bagaimana harga minyak boleh diturunkan esok awal pagi (16 Julai) Anwar berkejar ke BPR Putrajaya memenuhi janjinya untuk memberikan kenyataan dan bukti mengenai 'korupsi' Musa Hassan dan Ghani Patail. Pertemuan dengan BPR terpaksa di singkatkan kerana peguam (malah berdasarkan maklumat BPR sendiri menelefon IPK KL) gagal mendapatkan penangguhan satu atau dua jam lewat sedikit untuk hadir di IPK KL kerana urusan rakaman kenyataan di BPR Putrajaya belum habis.
11.30 pagi bertolak keluar dari BPR Putrajaya, Anwar bercadang pulang dahulu ke rumah untuk menyimpan fail-fail berkaitan kes BPR dan mengambil fail - fail berkaitan kes 'liwat' pula. Oleh kerana cukup masa maka makanan disiapkan di rumah untuk dijamah sebelum solat Zuhor dan kemudian bertolak ke IPK KL yang terletak kira - kira 10-15 minit perjalanan dari kediamanya di Bukit Segambut.
Malangnya kira - kira 200 meter dari kediamanya konvoi Anwar Ibrahim disekat dan di kepung dengan puluhan anggota UTK bertopeng dan bersenjata. Tidak kurang dari 18 kenderaan polis terlibat.
Ramai tertanya - tanya kenapa ini berlaku ? Kenapa perlu lakukan sesuatu yang sememangnya pasti mengundang imej yang buruk kepada polis dan membangkitkan kemarahan penyokong DSAI...?
Semenjak dua minggu sebelum peristiwa tangkapan ala gestapo itu sememangnya latihan keselamatan rapi sudah dibuat, melibatkan tentera dan polis. Kali terakhir tentera berada di tengah bandaraya ialah 1969.
Wujud satu teori politik yang mengatakan bahawa pengulangan skrip 1998 ini sebenarnya ialah babak kecil dalam skrip besar. Skrip besarnya ialah pengulangan kisah bagaimana Tun Razak melakukan 'Rampasan Kuasa' dari Tunku Abdul Rahman.
Kajian / hipotesis oleh Kua Kia Soong terhadap Peristiwa 13 Mei mendapati bahawa nasionalis Tun Abdul Razak cuba melakukan rampasan kuasa terhadap Tunku Abdul Rahman dengan sokongan daripada Dato' Harun bin Idris, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Ghazali Shafie.
Pada ketika itu wujud pergeseran kaum, keadaan tidak menentu. Tunku diperlihatkan lemah oleh media dan agen-agen yang dikuasai Tun Razak. Kononya keadaan amat kritikal jika Tunku dibiarkan terus menerajui Umno maka Umno dalam bahaya. Begitu juga kini imej Abdullah begitu tidak porpular.... ramai mula yakin jika Abdullah terus ditampuk kuasa diragui Umno hilang 'gripnya'. Cuma yang perlu ialah wujudkan kekecohan dan ketengangan kalangan rakyat.
Anwar dan kelompok penyokong tegarnya mungkin dilihat Najib mampu memenuhi krateria keperluan untuk melengkapkan skripnya kerana ramai percaya pendokong reformasi tidak punya disiplin. Maka kerana itulah perlunya skrip 1998 diulang selain dari memperlahankan kelajuan DSAI pengulangan ini juga untuk melengkapkan skrip besar iaitu rampasan kuasa terhadap Abdullah.
Tetapi semuanya setakat ini gagal, penyokong terus tenang dan berada pada tahap keyakinan tinggi. Ketika ditahan itulah pesanan DSAI melalui Nurul Izzah yang disampaikan berkali - kali kepada cheGuBard. Alhamdunillah semua terkawal dengan baik. Cuma satu tangkapan. Nora ditangkap itupun kerana dia tak tahan sangat nak menjawab mulut kurang ajar polis yang bertugas malam itu. Biasalah Nora.... tapi bukan salah Nora kalau cheGuBard perempuan dan diberikan usikan kurang ajar seperti itu juga akan melenting dan tersembur maki juga. Kerana perhimpunan tersebut tidak dirancang maka pasukan peguam tidak terbentuk. Nora terpaksa bermalam di lokap dan terima kasih kepada Athirah (setiausaha DMPP) kerana menguruskan peguam dan jaminan polis Nora. Cuma agak terkilan dengan mulut lancang seorang peguam ahli keADILan yang ketika dihubungi teman bukan setakat tidak mahu membantu tetapi menuduh pula kononya Nora orang bekas pimpinan keADILan yang sudah masuk Umno. Kejadian ini amat saya selaku aktivis reformasi jalanan dan pimpinan keADILan kesali.
Namun apapun politik kian panas dan menarik !!! Rakyat kian bosan kerana terseksa... mereka tak mahu sensasi tetapi pembelaan...... tawaran 'keselesaan hidup' oleh PAKATAN perlu dilawan dengan perlaksanaan agenda pembelaan rakyat oleh Kerajaan Bn bukan dengan fitnah dan konspirasi.

18 comments:

  1. Anonymous7:50 PM

    'skrip tun razak rampas kuasa akan diulang oleh anaknya' dan gerakan reformasi ke 2 di isytihar bermula?

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:23 PM

    *i'm in, abang bard.*

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:05 PM

    Skrip apanya? Kalau skrip Anwar tu, saya rasa beliau berjaya menambah skrip dalam sandiwara beliau iaitu tidak membenarkan pihak polis ambil DNA, bila ada cadangan untuk menggunakan CSI dari luar, beliau tambah skrip untuk menolak unjian tersebut.. Tak taulah, lepas ni apa agaknya apa yang akan beliau tambah dalam 'skrip besar' beliau...

    ReplyDelete
  4. Anonymous4:09 PM

    sudah2 lah tu bad. ekau jgn huru-haro kan keadaan lg....DAP amik peluang ajo nak naik skarang....kalu ekau nak protes. tlg protes projek babi mega kat sepang tu lg baik..sobsb tu kawasan melayu...

    ReplyDelete
  5. Aku setuju tu chegu...
    Perulangan skrip tu mmg betul..kita pun boleh nampak kepala najib skrg ni pun dah sama gondol macam Tun Razak era 1969 tu..
    Copek2 bontang skrip tu...

    suk n9..

    ReplyDelete
  6. Salam...cadangan saya agar Parlimen Kulim Bandar Baru DSAI bertanding..!!! Kalau Parlimen Permatang Pauh, rekod Presiden PKR merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia akan tercalar..ya la jika DSAI nak brtanding kerusi tu, DS Wan Azizah kena la letak jawatan..malahan majoriti PRU yang sudah cukop tinggi..kan rugi nama-nya tuu...ataupun Bandar Tun Razak, yang tu mungkin tidak mengapa kerna Tan Sri Khalid masih ada DUN Ijok jika di lepaskan Parlimen Bandar Tun Razak kepada DSAI. Kepada pucuk pimpinan Parti, dengarlah pandangan ikhlas ahli marhaen ini.

    ReplyDelete
  7. Anonymous11:35 AM

    komen la sikit sebanyak bro ... u r inside pkr ... so u must know many things going on with pkr, pakatan rakyat, and one more thing regarding your appointment to replace anwar brother at KDEB...

    http://nmjnh.wordpress.com/2008/07/22/fabricated-evidence-against-anwar-about-to-be-unveiled/

    ReplyDelete
  8. Anonymous4:38 PM

    bard ni penipu sebenarnya sbb tu anwar cadangkan kpd khalid jd sesorg kat KDEB tu sbb bard ni mana ada kejer...

    mintak duit kat rakyat lagi ada lah..

    blog bard ni pun dh bosan..

    mungkin sesuatu sdg berlaku di dalam PKR ngan PR..nnt kan lah..

    bosan dgn laungan chegu bard pembohong ni...

    ReplyDelete
  9. Anonymous10:38 PM

    Muka bat pun memang takde tokoh pemimpin yang baik, cuma nak publicti murahan jo..gamba sano gamba sininak tumjuk muko jo..nak jadi tekonal konon..ptui

    eelee, poi mampus la ekou jang, nyampah den kek orang penipu ni..

    Pak Lang Onn

    ReplyDelete
  10. Anonymous8:05 PM

    Tahniah satu analisis yang senang difahami.....

    ReplyDelete
  11. Anonymous1:02 AM

    Semoga Chegubard dan rakan2 teruskan perjuangan untuk memartabatkan nama Malaysia di mata dunia dan semoga keadilan akan dapat ditegakkan dengan seberapa segera. Rakyat Malaysia amat memerlukan pemimpin yang benar2 ikhlas membela nasib mereka bukannya pemimpin yang hanya tahu menabur janji kononnya pembela bangsa Melayu tapi merekalah yang selama ini menjadikan bangsa Melayu dipandang rendah dan hina akibat perbuatan rasuah mereka, jenayah dan pelbagai lagi salahlaku yang semakin berleluasa justeru mereka kebanyakannya berkiblatkan kebendaan semata.

    ReplyDelete
  12. Hari Penamaan Calon 04.09.08

    Datuk Seri Abdullah Badawi yang terkenal dengan berbagai kejutan sekali lagi memecahkan rekod terkejutnya dengan mengadakan dua pilihanraya umum dalam tahun yang sama setelah dia berjaya menyakinkan jemaah menterinya.

    Hari ini 25hb July 2008. Pada 01.09.08 Parlimen akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihanraya umum.

    Tarikh 04.09.08 adalah hari penamaan calon dan pada 13.09.2008 adalah hari pembuangan undi.

    Pilihanraya umum ini terpaksa diadakan oleh Barisan Nasional demi menyelamatkan pengkhianat, pencuri, perompak dan kaki bodek yang berada dalam umno daripada kehilangan kuasa.

    Kebimbangan kehilangan kuasa ini membuak-buak apabila Bahagian Risikan Politik UMNO mengesahkan bahawa plan induk Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan Pusat pada 16 September 2008 telah dirancang rapi dan akan benar-benar berlaku.

    http://www.kerajaanrakyat.com/

    ReplyDelete
  13. Salam...che'bard...link ke blog aku hang kena adjust sikit ( Perisik Rakyat )...hat lama dah bungkuih kene C4 dek musuh-musuh durjana...stakat 2 bulan ni dah 2 kali dah depa lancar C4 dekat blog aku hahaha...ni link baru ke blog aku :

    http://perisik-rakyat.blogspot.com/

    kirim salam ngan geng2 paroi!

    ReplyDelete
  14. Salam chegubard...
    Tahniah...kerana anda merupakan salah seorang pemikir politik dapat memberikan gambaran dan pandangan luas serta berani terhadap senario politik yang melanda negara kita sekarang.
    Kebanyakan rakyat Malaysia hanya menerima apa yang tertulis di dlm dada2 akhbar dan blog serta apa yg dilihat samada secara langsung mahupun dari kaca tv tanpa menganalisis serta mengupas setiap kejadian dalam konteks untuk memahami percaturan politik terancang pihak tertentu. Kesan daripada itu, akan wujud satu pendirian diri yg tidak tetap ataupun berkepentingan.
    Semoga saudara terus mengupas segala isi2 samada dari segi sejarah,teori mahupun tindakan yg telah dan akan dijalankan oleh mereka yg terdesak pada masa ini.Masanya telah tiba untuk kita merasai nikmat sebagai rakyat yang merdeka di negara sendiri. Wasallam- Panglima-

    ReplyDelete
  15. bro...link ke blog aku ( perisik rakyat ) dah tukar bro...yang lamanye dah kene C4 dek puak2 KJ ( aku agak la )...ni link baru

    http://perisik-rakyat.blogspot.com/

    kesian budak2 ramai tak dapat surf...nanti tlg renew balik link tu kat "friend of blogger" hang...

    adios...background hang semat la...mana hang bli?hahaha

    ReplyDelete
  16. Anonymous1:21 PM

    Chegubard,

    Jgn lupa PROTES bulan Ogos ni..harga minyak dah turun..UMNO bole pulak buat bodo je..

    PROTES SAMPAI TURUN!!!

    ReplyDelete
  17. Syabas Bad... Satu penelitian dan pemikiran politik yg kehadapan dari kajian sejarah peradapan poltik masa lampau. Pertahankan prinsip membentuk siasah keadilan dgn ketelusan. Rasiko dan cabaran cukup kuat, tapi, insyaALLAH !! Bad mungkin dlm senarai ALLAH yg yg di beri nikmat berbentuk ujian. Sayangkan perjuangan ini jgn trsasar, Bad wajib membentuk dan menegur tapi jgn sampai diri sendiri tergelincir. Jadikan setiap ceramah Bad adalah dakwah, jauhkan sifat kasar dan maki hamun. Di luar, masih ramai yg tidak berilmu dan harus di dekati dgn kebijaksanaan. Salam Reformasi @@ PAKTAM jEMAPOH.

    ReplyDelete