Friday, July 11, 2008

Kj mampu warisi sikap 'flip flop' bapa mertuanya ; Islam Hadhari sedang dibicarakan

Khairy Jamaluddin nampaknya semakin hari - semakin menunjukkan kemampuanya dalam mewarisi 'flip flop' bapa mertuanya.

Bayangkanlah dalam isu besar politik negara dan dalam masa tidak sampai 14 hari beliau telah mengeluarkan komen dalam isu yang sama tetapi perpekstif yang jauh berbeza.

Ketika sehari selepas kegemparan laporan Polis oleh bekas kakitangan sementara pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kes liwat. (29 Jun) Dia tanpa berlengah seperti biasa tanpa mengetahui duduk perkara dan demi publisiti beliau telah memberikan komen kemungkinan Saiful diarahkan Anwar untuk membuat laporan polis untuk tujuan gimik politik dan menarik simpati. Kenyataan sensasi beliau ini ternyata 'mengena' apabila tersiar di muka depan Utusan.

Namun selepas kenyataan Ketua Putera Umno, Abd. Azez yang menyatakan Anwar wajib bersumpah demi membersihkan namanya. Khairy sekali lagi membuat 'konar' apabila dia pula menyambung suara Abd. Azez dengan mengatakan Anwar tidak berani bersumpah dan mencabar Anwar bersumpah.

Dua kenyataan dalam masa terdekat ini jelas menunjukkan nampaknya rakyat tidak akan rindu dengan perangai 'flip flop' kerana Khairy sudah menunjukkan kebolehan untuk mewarisi perangai itu. Itupun kalau dia mampu bertahan tanpa 'perlindungan' Abdullah dikhuatiri juga dia akan sama rebah bersama Abdullah.
Anwar telah menegaskan ia sedia bermuhabalah / bersumpah atas nasihat ulama dan di depan hakim yang mampu menjalankan hukum Islam dengan bebas. Ulama besar dunia Sheikh Dr. Taha Jabir juga turut telah memberikan pandangan dalam isu ini juga. Namun tindakan Anwar atas nasihat beberapa ulama dan pakar perundangan merujukkan kes ini ke Mahkamah Syariah menjadikan kes ini lebih menarik.
Kini bukan sahaja Anwar diletakkan di kandang perbicaraan tetapi Islam Hadhari ciptaan Perdana Menteri sebenarnya sedang dibicarakan di mata rakyat. Anwar sudah memulakan langkah kes ini berkait rapat dengan syariah, maka mahkamah syarikah tempat yang sesuai. Cuma mungkinkah Islam Hadhari ini punya cukup keberanian dalam menjalankan perlaksanaan hukum Islam.

3 comments:

  1. Anonymous2:40 PM

    KJ nie memang senget... dia ni gile glamer main cakap jer apa yang terpkir kat kepala otak dia tu

    ReplyDelete
  2. pecintakeamanan4:02 PM

    Assalamualaikum,

    Semua rakyat pun dah tau KJ bersifat sedemikian. Oleh kerana sikap dia sedemikan AAB mendapat imej yang buruk.

    Kadang-kadang disuatu masa saya merasa kasihan untuk orang tua AAB itu.

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:09 AM

    apa yg nk diherankn,inilah sifat org umno.dangkal,dungu n jahil adalah sifat org umno yg mnjadi kebanggaan penyokong n pendokong yg terus memuja organisasi pengkhianat trhadap bangsa,agama n negara.....
    ....mereka2 ini bkn hanya memperbodoh n diperbodohkn diri mrka sndri tp turut menyeret rakyat yg 'berakal' menerima musibah yg dihadiahkan oleh REJIM HADHARI akibat ke'bodoh'an penyokong2 rejim ini yg tlh mmberi kuasa pd PENGKHINAT2 ini.............

    ReplyDelete