Friday, July 11, 2008

Debat "hari ini menang esok minyak turun"

Dalam pilihanraya yang lepas Bn seolah 'senak perut' dengan asakan PAKATAN dan kebangkitan rakyat yang menolak Bn. Antara tawaran PAKATAN yang di umum oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah tawaran menurunkan harga minyak. Bn cuba menggunakan media menyakinkan rakyat betapa harga minyak ini tidak boleh diturunkan kerana ditentukan pasaran dunia. Namun kerana keyakinan ramai terhadap pengalaman dan 'track record' Anwar Ibrahim yang pernah duduk di kerusi pemangku PM serta Menteri Kewangan Bn seperti hilang punca malah serangan yang mengatakan bahawa jika Bn menang minyak pasti naik lagi menyebabkan Bn lebih gelabah. Maka ketika Majlis Pelancaran Manifesto Bn PRU 12, Pengarah Pilihanraya Bn, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberikan jaminan bahawa walaupun Bn menang minyak pasti tidak dinaikkan tahun ini (2008).
Namun selepas menang ternyata dan seperti biasa Bn membohongi rakyat. Minyak dinaikkan juga tahun ini malah kenaikanya paling tinggi dan kejam dalam sejarah. Rakyat tak kira apa bangsa begitu tertekan dengan kenaikan minyak ini yang mengheret semua barangan dan perkhidmatan turut naik. Kos hidup dan inflasi naik mendadak.
Maka sekali lagi rakyat melihat tawaran Anwar Ibrahim"hari ini menang esok minyak turun", harapan rakyat agar kerajaan PAKATAN benar - benar tertubuh dalam masa terdekat cukup tinggi demi memberikan sedikit keselesaan pada kesakitan rakyat kini. Rakyat sudah bosan dengan hujah retorik Bn dan penipuan Bn. Jelas Bn dan Najib menipu untuk memenangi pilihanraya.
Seluruh kabinet Bn cuba pertahankan tindakan menaikkan harga minyak. Seluruh agensi dan cabang kerajaan dipergunakan untuk menyakinkan rakyat. Maka Anwar telah menyatakan cabaran kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk berdebat secara terbuka dalam isu minyak ini. Kata Anwar jika Pm takut berdebat berseorangan dia boleh berdebat dengan duet PM dan TPM malah jika duet tidak cukup boleh bawa setengah anggota kabinet untuk berdebat. tegas Anwar lagi bukan sombong tetapi kenyatkinan kita tinggi kerana kita punya formulanya dan isu ini cukup penting kerana rakyat sedang menderita.
Hampir seluruh kabinet terkedu dengan cabaran ini. Akhirnya Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabry Chik telah menyahut cabaran Anwar. Debat dianjurkan Agenda Daily (sebuah web portal) yang diadakan pada 15 Julai 2008 jam 8.00 malam ini juga akan di siar secara lansung melalui TV3 dan Awani Astro (501). Dewan boleh menempatkan 700 orang tetapi atas alasan keselamatan hanya 200 orang sahaja boleh masuk. 50 jemputan Anwar Ibrahim , 50 Jemputan Menteri Penerangan dan 100 jemputan penganjur.
Menteri Penerangan menjadikan debat ini lebih menarik kerana menurutnya dia pertaruhkan jawatan Menteri jika dia gagal dalam debat kali ini.
Bagi che'GuBard debat ini agak terlambat kerana rakyat sudahpun dibebani kenaikan harga minyak dan kurang menarik kerana hanya Menteri Penerangan yang berani. Tetapi jauh dari ini seluruh rakyat ternanti kemunculan 'live' setelah 10 tahun wira rakyat, Anwar Ibrahim dan kali insyaAllah jutaan rakyat akan menyaksikan formula penurunan harga minyak itu.

4 comments:

  1. Anonymous2:39 PM

    apa nak debat2 buang masa.... kalau betul anwar ada cukup Mp nak sokong dia jadi Pm ambik je negara nie turun kan minyak tu....

    cepat rakyat dah tak tahan dah nie

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:49 PM

    mmg sdh agak lewat tp msih blum trlambat..
    cuma yg agak memalukan kerana REJIM PAKLAH hanya menghantar 'askar jalan kaki' sbgai wakil..
    jelas menunjukkan sifat 'bacul' REJIM PAKLAH itu sndiri..
    shabry yg cuba mnunjukkan 'kesetian'nya hanya digunakan sbgai perisai manusia oleh paklah..

    persoalannya skrg,akan terjadikah perdebatan ini nnti?
    skranya brlangsungnya debat ini,adakah ianya dapat dijalankan dgn adil??
    sejarah politik Malaysia belum pernah pemimpin pembangkang(yang mewakili suara rakyat bawahan yang selama ini ditindas umno/bn)diberikn gelanggang pertarungan yg adil..

    .........dari HUZAIFAH

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:00 PM

    Apa punya PAKLAH, hantar budak hingusan pergi debat. Kalau anwar hantar budak darjah 4 pun belum tentu Shabeery tu menang, mana tak nya lain yg ditanya lain yg dijawab. Aku rasa semua menteri UMNO/BN semuanya BODOH mcm nih. Yang aku pelik bila Shaberry ni melalut dengan hujah tak ada fakta, audience bole tepuk tangan tanda sokongan. Apa ke BODOH jugak audience yang dijemput itu, dengar hujah Shabeery yang TAK BERILMU langsung tu pun boleh tepuk tangan tanda sokongan. Dulu pun aku penyokong UMNO tapi selepas Anwar difitnah/hina aku sedar UMNO ini parti KEJI sampailah sekarang lagi la HINA. Kami semua orang2 ISLAM mendoakan agar ALLAH turunkan AZAB yang amat berat kepada semua PEMIMPIN UMNO dan penyokong dan tali2 barut UMNO di akhirat kelak.

    PS-Takpa la wahai org2 UMNO, hari ni hangpa gelak, tipu, putar belit, bolot hak rakyat, ingat ALLAH itu MAHA ADIL . Sesungguhnya satu hari nanti bila tiba akhirat kelak, masuk la kamu (ORG2 UMNO) dalam neraka JAHANNAM.

    ReplyDelete
  4. Anonymous2:00 PM