Thursday, May 19, 2011

WLeaks: Siapa 19 Napoleon Kecil Bersama Najib?

WikiLeaks dedah 19 ‘aktor berpengaruh’ dalam kitaran politik Najib

Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai “aktor-aktor berpengaruh” dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak — dua tahun selepas menjadi perdana menteri.

Najib kini berada di AS sempena lawatan kerja.

Maklumat kabel itu, yang ditulis oleh kaunselor politik Mark D. Clark untuk membantu Jabatan Negara AS meneliti pentadbiran dan keputusan-keputusan dasar Najib , adalah yang pertama diterbitkan menerusi Malaysia Today, kendalian Raja Petra Kamarudin, selepas ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Wikileaks, Isnin lalu.

Pengerusi Ethos Capital Rohana Mahmood mengetuai senarai personaliti korporat.

Maklumat yang diterbitkan menunjukkan Rohana ada hubungan dengan kebanyakan syarikat yang berhubung kait dengan Najib, yang sebelum ini merupakan menteri pertahanan.

Pada 2008 Najib dilantik sebagai menteri kewangan, portfolio yang disandang sehingga kini.

Antara 19 pemimpin bisnes yang disenaraikan, Rohana sangat berkait rapat dengan kepentingan-kepentingan komersial keluarga Najib.

Rohana bersama pembantu rapat Najib, Abdul Razak Baginda, yang dibebaskan daripada kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, menubuhkan Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia — badan pemikir yang menasihati beliau masa-masa lalu.

Pihak pembangkang seringkali mendakwa Altantuya, yang membantu dalam urusan pemerolehan kapal selam Scorpene bernilai RM3 bilion (AS$1 bilion), dibunuh disebabkan hubungannya dengan Najib, dakwaan yang dinafikan oleh perdana menteri.

Turut disertakan dalam senarai itu ialah pemilik MMC Corp Bhd, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp Bhd dan Pengerusi Hong Leong Group Quek Leng Chan.

“Syed Mokhtar Albukharry… mempunyai operasi bisnes yang signifikan dalam konstituensi Najib dan sektor pertahanan,” kata kabel itu.

The Malaysian Insider difahamkan Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Najib.

Syed Mokhtar memperluaskan empayar bisnesnya dengan memperoleh Pos Malaysia dan projek MRT Lembah Klang baru-baru ini.

Turut disenaraikan ialah:

6• Pengarah urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar;

7• Pengarah Khazanah Mohamed Azman Yahya, pengasas dan ketua eksekutif Symphony House Bhd;

8• Pengerusi dan ketua eksekutif Johan Holdings Bhd Tan Kay Hock, yang juga anggota Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA);

9• Shahril Shamsuddin dari Kumpulan Sapura;

10• Pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah dan bekas pengarah urusan MAS Nor Yusof;

11• Pengerusi dan pengarah urusan Konsortium Transnational Bhd Mohd Nadzmi Mohd Salleh;

12• Pengarah eksekutif CIMB Group dan bekas konsultan Unit Perancang Ekonomi Dr Gan Wee Beng;

13• Pengasas bersama Ethos Capital Omar Mustapha Ong, bekas pegawai khas Najib;

14• Pengarah urusan dan ketua eksekutif Paramount Corporation Bhd Teo Chiang Quan;

15• Pengarah urusan TH Group Bhd Lei Lin Thai;

16• Ketua eksekutif Mamee Double Decker Bhd Pang Tee Chew;

17• Ketua eksekutif Multi Vest Resources Bhd (MVest) Kenneth Eswaran, yang menurut kabel rapat dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor;

18• Ketua eksekutif Felda Holdings Bhd Bakke Salleh; dan

19• Ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera Lodin Wok Kamarudin.

Mesej kabel itu terdedah ini, yang ditulis sebelum Najib disahkan sebagai perdana menteri keenam pada April 2009, menyusul penerbitan siri pertukaran sulit antara Washington dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam Asia Sentinel membutirkan keprihatinan AS berhubung perbicaraan dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya.

Wednesday, May 18, 2011

Janji TPM Kecewakan 400,000 Orang Guru

Lebih dari 400,000 guru biasa kecewa dipinggirkan

Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Lok Yim Pheng berharap kerajaan akan menangani rintihan dan masalah serta memberikan mereka lebih banyak peluang kenaikan pangkat.

“Ironinya di sebalik membawa kegembiraan, pengumuman itu menimbulkan kebimbangan dan rasa sedih di kalangan guru kerana sejumlah besar daripada mereka seperti diketepikan,” katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Lok juga meminta guru-guru yang dipinggirkan ini tetapi menjadi “teras” pendidik peringkat akar umbi supaya bertenang dan meneruskan tugas-tugas murni mereka seperti biasa serta menyerahkan kepada kesatuan soal mengenai perjuangan menjaga kebajikan mereka.

Beliau berkata, pihak kesatuan yang mewakili 140,000 guru di seluruh negara akan berusaha untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secepat mungkin untuk memaklumkan sendiri mengenai rintihan dan masalah yang dihadapi oleh guru kelas biasa.

Ramai tak puas hati

Menurutnya, pihak kesatuan tidak akan menghampakan guru-guru ini kerana mereka merupakan “tonggak” pendidikan, di mana semua sekolah bergantung kepada kejayaan meraka melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

“Tanpa dedikasi guru-guru kelas ini, kalangan guru besar dan pengetua sahaja tidak akan dapat mengendalikan sekolah,” katanya.

Sementara itu, tinjauan rambang Bernamamengesahkan kenyataan kesatuan itu bahawa ramai guru pada dasarnya tidak berpuas hati dengan pengumuman kerajaan yang memberikan kelebihan hanya buat ketua-ketua sekolah.

Seorang guru yang dikenali sebagai Chandran, 45, yang berpengalaman 18 tahun mengajar berkata, beliau amat sayangkan karier sebagai seorang guru dan amat sayangkan muridnya, namun beliau merasa kecewa kerana merasakan dedikasinya selama ini seperti tidak dipandang.

“Saya biasanya pulang ke rumah sejam atau dua jam lebih lewat kerana saya lanjutkan masa mengajar di sekolah, khusus buat pelajar yang lemah, malah saya ambil inisiatif himpunkan mereka pada hujung minggu untuk membantu mereka dalam pelajaran, namun ini nampaknya tidak dihargai oleh pihak sekolah,” katanya.

Seorang lagi guru yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Tan berkata, beliau sedih dengan pengumuman itu, kerana beliau mahupun rakan-rakan sejawatannya tidak memperolehi apa-apa manfaat daripadanya.

Kami bekerja keras, tapi dedikasi kami seperti tidak dihargai,” katanya.

Siapa orang ketiga bersama Razak Baginda dan Altantuya ke Malta?


KUALA LUMPUR: Pemilik KS Ombak Laut Sdn Bhd, Abdul Razak Baginda dan warganegara Mongolia yang dibunuh dengan kejam Altantuya Shariibu pernah dikatakan bersama seorang lagi individu menaiki penerbangan ke Malta bagi urusan pembelian komisyen kapal selam Scorpene. Perkara itu didedahkan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang memetik kenyataan Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael.

Dalam laporan itu, Cynthia berkata, dua tiket penerbangan itu disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya.

“Siasatan mendapati Gifen- sebuah subsyarikat kepada DCNS berpengkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. Mereka jumpa bayaran e-tiket melibatkan Razak baginda, Altantuya dan seorang lagi,” kata Cynthia.

Maklumat lanjut mengenainya disiar menerusi Suara Keadilan, edisi ke 16 yang boleh diperoleh di pasaran mulai hari ini.

Suara Keadilan minggu lalu, mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.

Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.

Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Perimekar adalah syarikat yang dimiliki sepenuhnya KS Ombak Laut Sdn Bhd, di mana pemegang saham terbesarnya dimiliki isteri Abdul Razak.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13501

Sambut baik desakan Pemuda Umno tapi umpama ...

Solidariti Anak Muda Malaysia menyambut baik desakan Pemuda Umno Malaysia agar kerajaan tidak menaikkan harga petrol. SAMM cuba menilai dari sisi positif desakan ini, yang nampaknya serius kerana ketuanya juga melalui akaun laman sosialnya turut menyatakan "telah mengarahkan mana-mana Pemuda Umno Bahagian yang belum bermesyuarat untuk membawa usul jangan naik harga petrol ini." Ini menggambarkan seriusnya mereka dalam tindakan ini. SAMM menyakini usul desak tidak naik harga petrol ini akan menjadi usul utama Mesyuarat Agong Pemuda Umno Malaysia kali ini kerana arahan telah dikeluarkan. Ini kerana cuba memahami tradisi dalam Umno yang tanpa arahan mereka akan diam walaupun kenaikan harga minyak tetapi apabila arahan ini berlaku pasti mereka akan bawa usul ini kerana arahan.

Memahami Pemuda Umno sebagai sebuah organisasi politik yang bertanding dalam pilihanraya mungkin saja tindakan ini ekoran untuk meraih populariti kerana mereka sedar kemarahan rakyat kepada parti penguasa yang amat tinggi ekoran siri kenaikan harga yang seolah tidak mampu dikawal regim. Namun itu urusan mereka, bagi SAMM selaku organisasi yang cuba menjadi organisasi massa muda sudah tentu turut bersama desakan tersebut bukan sahaja tidak menaikkan tetapi menurunkan semula harga minyak dengan penstrukturan semula subsidi negara dengan mengurangkan bantuan korporat.

Namun dalam sisi yang lain ia seolah tindakan seekor kucing mendesak kawannya yang juga kucing untuk jangan makan ikan. Rakyat sudah tentu tidak lupa dengan tindakan ahli-ahli parlimen Bn termasuk ahli parlimen dari pemuda Umno yang pernah mengangkat tangan dalam sesi undi belah bagi dalam parlimen Malaysia (awal penggal ini) yang menyokong kenaikan harga bahan bakar yang merupkakan pada ketika itu tertinggi dalam sejarah negara.

Masalah sebenar negara ialah bukan harga pasaran dunia, selaku pengeluar minyak yang nilai kegunaan domestik masih jauh kurang dari yang dieksport maka sudah tentu kenaikan harga petroleum dunia boleh menjadi rahmat. Masalah utamanya ialah pembaziran dalam pengurusan, ketirisan, rasuah, salah guna kuasa dan pengaliran wang haram yang didalangi oleh mereka yang rapat dengan regim merupakan punca sebenar negara hilang daya saing dan daya mampan untuk menjaga kepentingan rakyat seperti mengawal harga bahan bakar.

SAMM memandang serius perkara ini, kenaikan seolah tidak dapat dibendung. Regim begitu lemah seperti hilang kreativiti mentadbir ekonomi sehingga membiarkan rakyat lemas dalam pasaran terbuka.

SAMM juga tidak menolak ini mungkin saja propaganda menjelang pilihanraya umum Menteri akan mengumumkan di mana kononya harga minyak akan dinaikkan tetapi oleh kerana desakan pemuda Umno maka harga minyak kekal. Lebih malang lagi seperti biasa selepas pilihanraya harga naik mendadak pula.

Tuesday, May 17, 2011

24 Mei : Program sehari Mazlan (Pengerusi ANAK) bersama bekas peneroka Felda Sendayan

Pada pengetahuan umum rakyat Malaysia, bekas peneroka Sendayan semuanya jutawan kaya dan raya hasil dari pengambil alihan tanah oleh Kerajaan. Sebenarnya ini persepsi salah, penduduk Sendayan kebanyakan masih terperap dengan perbagai masalah hasil dari proses pengambil alihan tersebut.

13 keluarga masih terus berjuang kerana tidak mahu terlibat dalam proses pengambil alihan dan tanah mereka telah dirampas menggunakan Akta Pengambil alihan Tanah dan dengan pampasan yang jauh lebih rendah seperti membalas dendam. Itu cuma secebis dari perbagai isu yang terperap di Sendayan.

24 Mei ini, Sdr. Mazlan Aliman, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) akan hadir ke Sendayan berdialog dan berbincang mengenai permasalan yang wujud serta ingin meneliti bagaimana ANAK mampu memainkan peranan.

Orang ramai khususnya penduduk sendayan dijemput hadir kerana ini kesempatan bermakna. Apapun fitnah regim kepada ANAK tetapi melalui organisasi inilah banyak nasib peneroka yang ditipu Felda terbela. ANAK telah berjaya membuktikan di mahkamah bagaimana Felda menipu dalam banyak hal sehingga menyeret Felda untuk membayar jutaan ringgit kepada peneroka.

Program 1 : Majlis Dialog Anak Felda Sendayan
Tarikh : 24.05.2011 (SELASA )
Masa :
5.00 petang
Tempat :
lot. 245, Bandar baru sendayan (Rumah Daud idris)

Panel : WAN ROHIMI
(peguam yang memenangkan kes Felda Kemahang),
MAZLAN ALIMAN
(Pengerusi ANAK) ,
CHEGUBARD & YB TAUFEK

Isu-Isu yang akan dibincangkan :

  • MASALAH KES TANAH 2 EKAR YANG MELIBATKAN KELUASAN, LOKASI,GERAN & SUDAH LAMA TERBIAR.
  • MASALAH KELUASAN LOT BANGLO YANG TIDAK MENCUKUPI SERTA KUALITI BANGLO YANG TIDAK MENEPATI HARGA SEBENAR
  • MASALAH ANAK-ANAK PENEROKA FELDA YANG TIDAK BOLEH MENCARUM DALAM KOPERASI PEMODALAN FELDA.(K.P.F). MENGAPA?
  • MASALAH TANAH PERKUBURAN ISLAM YANG TERTIMBUS AKIBAT PROJEK NAIK TARAF JALAN YANG TERBIAR TANPA SEBARANG MAKLUMAT
  • ISU PADANG SEKOLAH MENENGAH YANG MENJADI KAWASAN PERTANIAN.
  • MASALAH PENCEMARAN UDARA OLEH KUALITI ALAM
DAN BANYAK LAGI MASALAH & PERSOALAN YANG AKAN DIBANGKITKAN.


Program 2: Ceramah Perdana Isu Semasa & Felda

TARIKH : 24.05.2011 (SELASA ) Masa : 8.45 MALAM

Tempat : lot. 382, Bandar baru sendayan (Rumah TANGGAM)

Penceramah :

WAN ROHIMI WAN DAUD ; PEGUAM, WAKIL PENEROKA FELDA KEMAHANG
YANG MENANG TUNTUTAN
11 JUTA TERHADAP FELDA.

MAZLAN ALIMAN; PENGERUSI, PERSATUAN ANAK PENEROKA FELDA
KEBANGSAAN (ANAK )

che'GuBard ; PENGERUSI, SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA

YB TAUFEK ; ADUN Paroi

Hari belia atau ulang tahun penubuhan Kementerian belia ?

Pertubuhan bangsa - bangsa bersatu telah menetapkan 12 Ogos sebagai Youth Day atau Hari Anak Muda. Dimana hari ini seharusnya ditandakan sebagai penghargaan sumbangan anak muda dalam perbagai bidang di perbagai peringkat seluruh dunia. Namun Regim penguasa Malaysia telah memutuskan 15 Mei sebagai hari belia negara. Ia dirayakan semenjak 1964 lagi seiring dengan hari kewujudan Kementerian Belia 1964. Maknanya hari belia negara hanyalah hari sambutan ulangtahun penubuhan kementerian belia.

Menang ada banyak negara yang merayakan hari anak mudanya dengan tarikh yang berbeza kerana mengambil sempena perbagai peristiwa besar yang melibatkan anak muda. Contohnya Republik Rakyat China merayakan 4 Mei sebagai hari anak muda dengan mengambil sempena ' May Fourth Movement' peristiwa besar revolusi budaya anti kapitalis di negara mereka.

Manakala di India pula Youth Day disambut pada 12 Januari sempena ulangtahun kelahiran tokoh Swami Vivekananda yang dimana koleksi tulisan dan syarahan beliau menjadi inspirasi memandu perbagai organisasi belia hingga kini untuk terus berjuang demi masyarakat.

Di Iran pula Hari Anak Muda menjadi sambutan mirip keagamaan kerana ia dirayakan setiap 11 Sha'ban sempena hari Hazrat e Alie Akbar anak sulung Imam Hossein. Di Afrika Selatan pula Hari Anak Muda jatuh pada 16 Jun diambil sempena hari permulaan 'Soweto riots' 1976 yang merupakan peristiwa penting dalam perjuangan anti Apartheid.

Di Vanuezela 12 Febuari pula dipilih sebagai Hari Anak Muda bagi mengenang anak muda yang gugur dalam Battle of La Victoria, ketika Peperangan Kemerdekaan Vanuezela pada tarikh yang sama tahun 1814.

Hampir semua negara meraikan anak muda dengan menandakan satu hari sebagai hari anak muda dengan merakam peristiwa besar dalam negara mereka yang melibatkan kebangkitan anak muda. Pada hari anak muda di mana negara akan dirayakan dengan penuh suntikan semangat memberikan inspirasi kepada anak muda negara tersebut terus berjuang demi masyarakat. malah dikebanyakan negara kesempatan hari anak muda diambil kesempatan oleh kelompok anak muda untuk memobilisasi kekuatan anak muda menyuarakn tuntutan agar pemerintah lebih memberikan perhatian kepada golongan ini.

Namun di Malaysia hari beliau cuma ditandakan sebagai hari kabinet Malaysia mewujudkan Kementerian belia dan hari tersebut (15 Mei) dinamakan hari belia. Maka setiap tahun perayaan hari belia di Malaysia penuh bersifat kosmetik. Perayaan tahun ini saling tak ubah seperti hanya menaikkan belia ke atas perahu tanpa pendayung. Perayaan umpama fun fair tanpa roh anak muda. Antara kemuncak perayaan hari belia negara pula ialah regim membawa khas kumpulan artis antarabangsa K-Pop “Super Junior M”. Apa ertinya semua ini dan ke mana nak dibawa anak muda Malaysia ?

Persoalanya adakah terma Belia itu sama dengan terma anak muda ? Mamat Belia sudah pasti tidak sama dengan anak muda. Nampaknya semangat hari belia satu dunia kelihatan tidak selari dengan sambutan fun fair Hari Belia di Malaysia.

Selaras dengan itu Solidariti Anak Muda Malaysia tidak mengiktiraf Hari Belia Malaysia sebagai Hari Anak Muda, maka tidak ada sebarang kenyataan rasmi sempena Hari Belia diputuskan oleh SAMM.

Kerajaan reformasi berteraskan rakyat yang mungkin terbentuk hasil dari tumbangnya regim penguasa lama ini seharusnya melihat perkara ini secara serius.

che'GuBard,
Solidariti Anak Muda Malaysia.

Sunday, May 15, 2011

Pelaksanaan GST : rakyat makin terseksa

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) desak batalkan cadangan pelaksanaan GST segera.

Sedikit masa tempoh hari cadangan perbentangan pertama akta GST telah ditarik balik dari dibentangkan diparlimen Malaysia hasil dari ugutan satu mobilisasi rakyat besar akan dilakukan serentak dengan pembentangan tersebut.

Namun terbaru pengumuman Perdana Menteri, Najib Razak menyatakan tetap akan melaksanakan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) dengan menawarkan akan menurunkan cukai pendapatan. Nampaknya regim Barisan Nasional makin tidak mempedulikan rakyat dalam menguruskan ekonomi negara.

Perlu ditegaskan cukai pendapatan hanya dikenakan kepada mana - mana individu yang berjaya mengumpulkan pendapatan melepasi tahap tertentu atau mana - mana perniagaan yang berjaya mencatat keuntungan tinggi tertentu. Namun GST yang akan dikenakan kepada hampir semua barangan dan perkhidmatan akan menjerut hampir seluruh rakyat Malaysia. Seluruh rakyat akan terjerut dengan sistem cukai ini tidak kira bekerja atau tidak. Dari bayi, remaja, pelajar hingga warga tua dan yang tidak bekerja termasuk pesara akan terlibat menjadi pembayar cukai. dari cuma 2 juta rakyat yang harus membayar cukai kini kesemua rakyat lebih 27 juta akan terlibat membayar cukai. Jika GST dilaksana sepenuhnya. Masa kini hanya 10% dari jumlah rakyat yang layak dikenakan cukai tetapi berdasar cadangan Najib bebanan kepada 10% yang kaya ini dikurangkan dan dipindahkan kepada kesemua rakyat termasuk yang tidak bekerja.

Ini tentu menguntungkan lebih kerajaan dengan peningkatan mendadak pendapatan negara namun adakah ia satu tindakan bijak dengan menaikkan pendapatan negara tetapi menjerut rakyat ?

Ini menunjukkan kegagalan regim Bn untuk menjadi kreatif dan iniovatif dalam menjana ekonomi negara, yang mereka fikirkan hanya apabila negara tidak cukup wang maka dilihat rakyat untuk didera.

Tidak cukup lagikah wang kerajaan yang diperolehi melalui cukai perkhidmatan yang dinaikkan daripada 5% kepada 6%. Inipun sudah cukup menyentak rakyat, regim mencopet secara senyap dalam setiap bil utiliti rakyat.

Setiap pemegang kad kredit wajib dikenakan membayar RM50 untuk setiap kad. SAMM menegaskan jika kerajaan BN tidak mampu menjaga kebajikan rakyat, sila serahkan kuasa kepada pihak lain yang mempunyai perbagai pendekatan kratif dalam menjaga kepentingan rakyat dalam pen gurusan ekonominya.


SAMM mendesak agar cadangan GST ini dibatalkan. Negara hanya boleh dikira bersedia setelah purata pendapatan lebih tinggi dan perbezaan pendapatan lebih kecil. GST ialah sistem cukai regim kapitalis itupun hanya boleh dilaksanan untuk negara yang lebih maju dengan perbezaan pendapatan yang tidak besar, dan kebanyakan orang membayar cukai pendapatan.

Jika regim sudah tidak lagi mampu menguruskan ekonomi negara maka wajarlah rakyat mengundurkan mereka dari kerusi mempuk yang mereka nikmati selama ini. Yang rakyat tuntut akta gaji minima untuk melindungi pekerja tetapi yang diperolehi ialah cukai untuk semua yang menyeksakan.

Rakyat seharusnya disedarkan. Selepas ini tentu ramai ahli akedemik kangkung atau 'NGO' keladi yang akan mememik kononya GST ini bagus dan seumpamanya. Penurunan cukai pendapatan pula akan ditemuramah perbagai orang untuk menyokong diturunkan. Rakyat jangan tertipu.

Semua ini memperakui regim sudah kekurangan wang yang serius untuk menguruskan negara. Sepatutnya apabila keadaan ini berlaku regims eharusnya lebih berkhemah tetapi pembaziran dan ketirisan (rasuah) terus berlaku. Rosmah Mansor tidak lansung menunjukkan keinsafan untuk menghadkan perbelanjaannya, isu tidur di hotel bernilai lebih RM100,000 semalam ketika lawatan ke luar negara masih tidak terjawab.

Pemimpin regim amat kaya raya tetapi rakyat susah terus sengsara. Bayangkan kes anak ketua menteri Sarawak yang melibatkan tuntutan harta sepencarian oleh bekas isterinya di mahkamah syariah akibat bercerai menjangkau RM400 juta. Bayangkan jika pemimpin regim mengubah cara hidup sudah tentu rakyat mampu menjadi selesa, malangnya regim terus bermewah membela korporat kaya raya.

Orang kaya yang cukai pendapatanya dikurangkan kebanyakanya terlibat membelanja wang di luar negara tetapi rakyat miskin yang hampir seluruh hidupnya berada dan berbelanja di dalam negara akan terus disiksa dengan perbagai cukai seperti GST.

Akhirnya SAMM menyeru rakyat menggunakan kuasa rakyat untuk mendidik regim yang makin liar dan bongkak menindas.

Saturday, May 14, 2011

US tak puas bunuh Osama, mereka fitnah Osama dengan vcd bahan pula

Osama Ladin telah dibunuh oleh tentera Amerika melalui satu operasi sulit mereka yang kononya melibatkan orang dalam yang diupah mengkhianati Osama. Dalam satu operasi ketenteraan Osama yang tidak bersenjata ditembak dari jarak dekat berkali-kali hingga mati.

Walaupun Osama dibunuh tetapi populariti beliau terus meningkat. Maka US yang tidak puas hati telah melancarkan fitnah baru bagi memburukkan Osama yang mereka sendiri bunuh dengan kejam.

Unit komando yang menyerbu rumah didiami Osama bin Laden dekat Islamabad awal bulan ini dilaporkan turut menemui bahan-bahan pornografi termasuk video.

Laporan agensi berita Reuters yang memetik bekas pegawai-pegawai Amerika dan semasa berkata tidak jelas di bahagian mana di rumah agam itu, yang didiami Osama sekitar lima hingga enam tahun lalu, bahan-bahan pornografi itu ditemui.

Tidak pasti motif laporan mengenai penemuan pornografi ini dikeluarkan.

Kononya bahan pornografi itu antara bahan komputer yang dirampas oleh pasukan elit SEALs yang membunuh Osama.

Bahan-bahan yang dirampas dari pejabat Osama di tingkat kedua rumah agam itu termasuklah jurnal tulisan tangan, lima komputer, cakera padat dan 110 cakera pemacu.

Kesemua bahan itu kini dianalisis oleh sebuah pasukan diketuai CIA, lapor Associated Press.

Nampaknya cara kepala otak zionis ini sama saja dimana-mana pun !

PAS dan PKR Rembau anjur dialog pekerja


Hari Buruh dirayakan setiap 1 Mei setiap tahun. Namun dalam negara ini Pekerja tersu dihimpit dengan perbagai masalah. Khususnya pekerja industri telah dijadikan 'alat' menarik pelabur asing dimana pekerja Malaysia tidak dilindungi akta gaji minimun, pekerja industri elektronik tidak dibenar bergerak dan membentuk kesatuan sekerta peringkat nasional menyebabkan mereka semua tertinggal dalam perbagai masalah.

Sehubungan dengan itu PAS dan PKR Rembau akan menganjukan Majlis Dialog Pekerja. Majlis ini akan menampilkan YB Abdullah Sani selaku ahli Majlis MTUC dan Hj Muhamad selaku Timbalan Presiden NUBE. Majlis yang dijadualkan akan diadakan pada 21 Mei 2011, jam 5.00 petang akan diadakan di dewan D'Ark, Taman Sri Kasih ini terbuka kepada semua warga pekerja khususnya dalam bidang industri, kilang dan pekerja syarikat swasta.

Parlimen Rembau meliputi kawasan industri Senawang dan ramai pekerja khususnya golongan muda. Harap golongan ini boleh tampil dan mendengar penjelasan isu semasa libat pekerja dan dapat menyuarakan sendiri masalah dengan ruang sesi soal jawab.

InsyaAllah, pekerja bersatu melawan penindasan kapitalis !

Friday, May 13, 2011

Mengenali li'an dalam kes tuduhan zina

Apabila seorang menuduh isterinya berzina serta mendakwa bahawa dia dapat melihat aksi tersebut secara jelas tetapi tidak mampu mengajukan empat orang saksi kecuali hanya dirinya sendiri maka diwajibkan li'an di depan hakim syarie untuk membuktikan kebenaran dakwaannya dan menyelamatkan dirinya daripada had qazaf.

Dan turut li'an juga oleh tertuduh iaitu isteri bertujuan membersihkan dirinya daripada tuduhan serta menyelamatkan juga daripada had zina. Setelah selesai, maka terputuslah hubungan perkahwinan secara fasakh bukan secara talak dan haram merujuk kembali atau berkahwin semula sepanjang hayat mereka.

Selain tuduhan perzinaan, li'an juga ikut terlibat dalam kes seorang isteri yang melahirkan bayi dan suaminya tidak mengakui bahawa bayi tersebut adalah bayi mereka.

Li'an akan diuruskan oleh hakim syarie dengan mengarahkan suami berkata (sebanyak empat kali):

"Aku memberikan kesaksian dengan Allah bahawa sesungguhnya aku adalah orang yang benar dalam apa yang aku telah katakan tentang tuduhan perzinaan wanita ini". (Untuk kes tuduhan perzinaan).

"Aku memberikan kesaksian dengan Allah bahawa sesungguhnya aku adalah orang yang benar dalam apa yang aku telah katakan tentang penafian bayinya daripada-ku". (Untuk kes tidak mengakui anak).

Pada kali kelima suami akan diarahkan lagi oleh hakim syarie untuk berkata (sebanyak satu kali):

"Bahawa kutukan Allah ke atas aku jika aku adalah orang yang berbohong".

Selepas itu, hakim pula akan mengarahkan isteri berkata (sebanyak empat kali juga):

"Aku memberikan kesaksian dengan Allah bahawa sesungguhnya dia adalah orang yang berbohong pada apa yang telah katakan tentang tuduhan berzina". (Untuk kes tuduhan perzinaan).

"Aku memberikan kesaksian dengan Allah bahawa sesungguhnya dia adalah orang yang berbohong pada apa yang telah katakan tentang penafian bayi daripadanya". (Untuk kes tidak mengakui anak).

Dan pada kali kelima pula isteri akan diarah oleh hakim syarie untuk berkata (sebanyak satu kali):

"Bahawa kemurkaan Allah ke atas aku jika dia adalah orang yang benar".

Pengurusan kes tuduhan berkaitan perzinaan isteri ini adalah bersandarkan firman Allah yang bermaksud:

Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), padahal mereka tidak ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka kesaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar.

Dan (sumpah) yang kelima: bahawa laknat Allah atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta. Isterinya itu dihindarkan dari hukuman oleh sumpahnya empat kali atas nama Allah sesungguhnya suaminya itu benar-benar termasuk orang-orang yang dusta. Dan (sumpah) yang kelima: bahawa laknat Allah atasnya jika suaminya itu termasuk orang-orang yang benar (24: 6-9)

Wednesday, May 11, 2011

Sultan tukar Daulat Tuanku ke Allahu Akbar, rakyat dapat pahala

SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.

Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra.

Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan.

Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru.

Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam.

Dan sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan ataupun bahasa rasmi.

Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai ‘saya’ bukannya ‘beta’ sebagaimana lazim digunakan di dalam istana.

Berikut adalah petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V:

> Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan “Daulat Tuanku” yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan “Allahu Akhbar”. Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. itulah yang terbaik untuk rakyat saya.

Wawancara penuh pada pautan berikut http://www.mstar.com.my/mingguan/cerita.asp?file=/2011/5/9/mstar_mingguan/20110509122729&sec=mstar_mingguan

Kenaikan harga gula, kemana pergi subsidi yang dijimat ?

Harga gula sekali lagi dinaikkan semalam. Regim penguasa cuba mengelirukan rakyat dengan tidak menggunakan perkataan naik harga sebaliknya penyelarasan.azlan

Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei). Kenaikan harga gula kali ini kerana regim sudah tidak mampu mengeluarkan RM116.6juta sebagai tanggungjawab memberikan subsidi kepada rakyat. Langkah sedikit - demi sedikit ini adalah untuk melalikan rakyat agar sehingga satu tahap nanti rakyat akan terbiasa dengan harga pasaran terbuka. Rakyat akan hanyut dalam pasaran terbuka dunia kerana regim sudah tidak mampu melindungi rakyat.

Ini diakui oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, yang mengatakan dalam kenyataan pengumuman kenaikan harga gula dengan mengatakan langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat.

Seperti biasa teknik yang sama 'membodohkan rakyat' ialah dengan membandingkan dengan negara jiran. Walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan. Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG). Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur. Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram. Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan "5-dalam-1. Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas pada masa itu.

Dalam satu lagi kenyataan berasingan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengingatkan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan daripada kenaikan harga gula hari ini untuk menaikkan harga makanan. Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu Mahani Tan Abdullah berkata kenaikan harga gula tidak boleh dijadikan alasan untuk menaikkan harga makanan memandangkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram adalah minimum. "Kenaikan ini tidak seharusnya membebankan pengguna dan mereka seharusnya melihat dari sudut positif bahawa pengurangan penggunaan gula dapat mencegah dari penyakit seperti kencing manis," katanya kepada pemberita dan dilaporkan oleh beberapa agensi pemberitaan tempatan.

Selepas ini juga pasti akan ada Kutbah Jumaat yang bertajuk "kurangkan gula dalam minuman tambahkan manis dalam senyuman"

Persoalan


Industri gula ini telah menjadi industri yang dimonopoli oleh kelompok kroni tertentu yang rapat dengan regim. SAMM mendesak agar industri gula ini dibuka dari dimonopoli kelompok tertentu sahaja yang walau apa pun berlaku mereka tetap kaya dan untung.

Persoalan penting kini ialah regim boleh mengumumkan kenaikan tetapi peniaga kecil pasti akan terhimpit dengan kenaikan dan jika menaikkan harga terpaksa berdepan tindakan termasuk saman dari pihak regim yang akhirnya menguntungkan regim lagi dengan berjaya mengutip duit saman. Ini memberi makna regim melindungi kelompok peniaga korporat besar tetapi yang kecil marhaenis akan menjadi kambing hitam untuk disalahkan kerana menaikkan harga dan terus ditindas.

Kedua subsidi untuk mengawal harga sememangnya hak rakyat negara ini. Semangat ini terbina lama kerana ia sebahagian semangat apabila regim menggali dan mengaut keuntungan negara seperti petrolium dan rakyat dipulangkan hak mereka dalam negara yang dianugerah hasil bumi tuhan ini dalam bentuk subsidi. Namun mutaakhir ini oleh kerana pengurusan negara yang lemah serta membazir, rasuah yang berleluasa dan ketirisan yang melampau maka negara kekurangan wang sebagai tindak balas regim melihat subsidi rakyat sebagai cara paling mudah untuk menampung kelemahan urustadbir mereka.

Bagi kenaikan kali ini, regim hanya boleh menjimatkan RM 116.6 juta sahaja. Apalah nilai ini jika dibandingkan dengan kes - kes ketirisan, rasuah dan wang negara hilang yang dilaporkan (itu belum masuk yang belum terbongkar). Sebenarnya sedikit sahaja wang boleh diselamatkan tidak berbaloi dengan nilai pertambahan kesukaran hidup rakyat. Persoalan ke tiga ke mana wang penjimatan subsidi ini disalurkan.

Masih terngiang lagi ditelinga ketika Abdullah menjadi Perdana Menteri Malaysia negara dilanda kenaikan harga minyak yang antara tertinggi dalam sejarah atas alasan kononya untuk memperbaiki taraf pengangkutan awam. Yang pasti harga minyak naik, wang subsidi kerajaan 'selamatkan' juga telah habis tetapi pengangkutan awam meningkatkah tarafnya.... siapa biasa menggunakan komuter pasti paham derita ketika masa kemuncak bersesak dengan warga perbagai negara dengan perbagai bau serta aroma.

Isu kenaikan ini isu besar, regim cuba mengalihkan kegagalan pengurusan ekonomi kepada rakyat. Jika rakyat terus tergula dan akhirnya lali dengan kenaikan ini maka rakyat akan diserahkan terus terdedah ke pasaran harga terbuka. Ketika itu peranan regim kutip cukai dan sebagainya tetapi rakyat tak dilindungi untuk disembelih oleh sistem kapitalis dunia yang kejam.


SAMM menggesa seluruh rakyat supaya bangkit segera sebelum terlambat !

LGE: Kita Dukung Perlembagaan Persekutuan yang Kita Buat Secara HITAM PUTIH - Islam Agama Rasmi Persekutuan !

Tidak cukup dengan isu liwat, isu video seks pula menjadi pertaruhan yang akhirnya semakin tidak mendapat sambutan. Tidak cukup dengan isu perkauman, kini isu keagamaan pula menjadi modal menagih sokongan! Menakut-nakutkan rakyat dengan omong jahat memang sudah menjadi buah permainan mereka.
Di bawah adalah ketegasan DAP dalam menyatakan pendiriannya;
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menafikan pembabitan parti itu dengan sebarang agenda untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik Perdana Menteri daripada kalangan penganut agama itu.

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan bahawa DAP mendukung Perlembagaan Persekutuan termasuk memperakui Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Beliau berkata dakwaan kononnya DAP ingin mewujudkan negara Kristian adalah fitnah dan berniat jahat.

"Saya ingin mengulangi pendirian DAP... kita dukung Perlembagaan Persekutuan yang kita buat secara hitam putih. (Kita) sudah tandatangani semua dokumen bahawa kita sokong Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama Persekutuan Malaysia," katanya kepada pemberita di Georgetown.

Sementara itu, laporan polis terus dibuat terhadap Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi yang didakwa terlibat dalam satu pertemuan antara paderi-paderi dari seluruh negara di sebuah hotel di Jalan Macalister, Khamis lepas.

Enam laporan polis dibuat oleh Pemuda Umno Tanjung, Jelutong, Bayan Baru, Bukit Gelugor, Balik Pulau, dan Bukit Mertajam itu dibuat di Balai Polis Jalan

Patani, di Georgetworn kira-kira pukul 2.30 petang.

Selain itu, satu lagi laporan polis dibuat oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin di balai polis yang sama terhadap Lim berhubung kenyataannya dalam laporan akhbar yang mendakwa Umno dan Barisan Nasional sengaja menimbulkan isu berkenaan.

- Bernama
Apa lagi yang kurang? Adakah apa yang ditegaskan Lim Guan Eng akan mendapat sokongan MCA, dan GERAKAN ? Lihat baik-baik kenyataan di bawah;
"Saya ingin mengulangi pendirian DAP... kita dukung Perlembagaan Persekutuan yang kita buat secara hitam putih. (Kita) sudah tandatangani semua dokumen bahawa kita sokong Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama Persekutuan Malaysia," - LGE of DAP
Secara hitam putih, DAP dah tandatangan sokongan mereka bahawa Islam adalah agama persekutuan!! Adakah MCA dan GERAKAN buat perkara yang sama atau hanya sekadar 'hear say'??
Hanya kerana Barisan Nasional ingin mendapat sokongan secara rapid, sanggup menggunakan isu agama? Tergamak meletakkan ketegangan agama berada dipenghujungnya?
Rakyat tidak lagi mudah terbeli dengan permainan jahat BN!! Ini bukan era 80an, ini bukan lagi zaman tragedi Memali... Ini zaman kemusnahan sebuah kerajaan angkuh lagi zalim !!
Lawan tetap Lawan !! - edyesdotcom

Tuesday, May 10, 2011

Nilai RM meningkat dan Harga Minyak dunia turun tetapi di pengguna beli dipaksa beli minyak mahal

rakyat harus bangkit melawan penipuan regim

Harga minyak di Asia jatuh kepada AS$101 setong hari ini. Trend penurunan harga ini berlaku sejak seminggu dan dijangka berterusan buat beberapa ketika. Menurut laporan AP, penanda aras minyak mentah bagi Jun jatuh dalam lingkungan AS$1.65 kepada AS$100.90 setong bagi tempoh pertengahan dagangan elektronik Kuala Lumpur bagi Bursa Merkantil New York.

Dalam laporan lain pula, dilaporkan nilai matawang negara RM semakin meningkat berbanding Dollar US. Maka sewajarnya Malaysia meningkat nilai kuasa kewangan dan kuasa belinya.

Namun hakikat yang berlaku agak sedikit terbalik apabila ketika semua itu berlaku rakyat diperas untuk membeli harga bahan api dengan peningkatan harga. Apa sebenarnya sistem penyelarasan harga berdasarkan harga semasa dunia ini.

Yang sebetulnya regim sememangnya dalam proses 'melalikan' rakyat dengan menarik sedikit demi sedikit subsidi, negara sememangnya dalam keadaan pengurusan ekonomi lemah. Wang tidak ada maka subsidi akan ditarik sepenuhnya. Persoalannya ialah bagaimana dengan subsidi korporat ? Ternyata regim makin tidak mampu mentadbir ekonomi negara.

Ekonomi makin parah, rakyat terbiar lelah...kekuatan regim ialah apabila kepayahan dialih dengan menyajikan hiburan. Rakyat perlu bangkit dari terus digula-gulakan.

Monday, May 09, 2011

Memburu kuda Trojan (petikan MalaysiaTimes)

Artikel dibawah dari http://www.malaysiatimes.my/2011/05/09/memburu-kuda-trojan/ yang saya rasa menarik untuk dikongsi bersama.

Setiap pemimpin politik mempunyai strategi masing-masing bagaimana untuk membunuh karier politik mereka yang dianggap boleh mencabar mereka.

Kalau bagi kat Saddam Hussein…tembak saja. Ini musuh negara.

Kalau bagi kat Mahathir….ISA. Ini ancaman negara.

Kalau bagi kat Anwar…Trojan Horse. Ini pengkhianat perjuangan.

Sapa yang bagi interview kat Utusan atau TV3 adalah pengkhianat.

Ramai yang digelar pengkhianat dah lama keluar. Tapi, apakah PKR sudah bersih dari Trojan Horse?

Minggu lepas, kisah Chegu Bard naik ketangga teratas dalam isu semasa. Sampai masuk Utusan dan TV3. Hangpa tak baca Utusan dan tengok TV3? Jangan hipokrit la. Setiap hari aku dok tengok, semua orang dok cakap pasai Utusan. Utusan bohong, Utusan tipu. Macam mana hangpa tau dia bohong kalau hangpa tak baca?

Aku baca Utusan Online dua hari sudah, pasai ada orang suruh aku baca. Dia suruh aku tolong dia siasat siapa dia Trojan Horse dalam PKR yang bagi maklumat kat Utusan Malaysia. Biasa la…bila nak minta tolong, sahabat.

Aku gagal, sebab Utusan tak mau bagi tau sapa yang bercakap. Hangpa tolong aku sat. Pi la baca kat sini.

Sumber PKR negeri memberitahu, Chegubard yang juga Ketua Cabang PKR Rembau itu kini tidak lagi menghormati kepimpinan parti, malahan dilihat bersikap keterlaluan menghentam dasar parti.

“Ketika ini dia (Chegubard) dilihat semakin jauh dengan perjuangan parti, apatah lagi sebagai Ketua Cabang PKR Rembau, dia sudah hilang hormat kepada pemimpin parti negeri ini,” kata pemimpin itu ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sapa pemimpin PKR Negeri Sembilan yang membuat kenyataan dalam Utusan Malaysia? Bukan ka Utusan ni penipu, pembohong? Hangpa percaya tak? Aku tak percaya. Malah aku akan terkejut kalau betul-betul ada pemimpin PKR yang bercakap kepada Utusan.

Tapi bila aku baca The Star, berita tu pun ada juga. Baca kat sini.

“Negri Sembilan PKR leaders said Badrul Hisham, who is the Rembau division chief, had become too arrogant and no longer respected other state leaders. “He has drifted quite a distance away. He has not shown any respect to party leaders in the state,” said one party official.

Apa yang dilaporkan oleh Utusan, sebiji macam apa yang dilaporkan oleh Star. Utusan copy-paste ka?

Adakah aku hendak mempercayaai The star atau tidak? Setakat ni, belum ada fatwa dari Ketua Umum bahawa The Star tidak boleh dipercayaai. Walaupun ianya dimiliki oleh MCA yang dipimpin oleh Chua Soi Lek. Whoa!!! hangpa percaya kat Soi Lek no?

Aku pun respect kat Soi Lek, sebab bila video dia keluar, dia mengaku orang yang dalam video tu adalah dia. Gentleman.

Tapi the Star jugak tak mau bagi tau sapa yang ditemubual. Sapa pemimpin PKR Negeri Sembilan yang cakap kat the Star, tapi tak mau bagi nama?

“The official, who declined to be named, said Badrul Hisham had lately failed to attend many state PKR meetings.”

Cerita Chegu Bard nak keluar PKR dan masuk DAP mula-mula dispin oleh Malaysian Insider. Wartawan Malaysian Insider baca blog Chegu Bard, dan buat kesimpulan Chegu Bard berminat dengan DAP. Sedangkan artikel dalam Blog Chegu Bard itu bukan dia tulis, tapi ditulis oleh Aspan Alias.

Malaysian Insider kemudian membetulkan artikel tersebut, tapi berapa ramai yang baca pembetulan tersebut? Baca kat sini.

The blogger also said if DAP wished to show it is a multi-racial party, it should field some Malay candidates in elections.

“If DAP does this, then the party will receive support from a proportion of the Malays in the coming election,” Aspan wrote.

Badrul Hisham, who is PKR Rembau chief, had contested against Khairy Jamaluddin for the Rembau parliamentary seat in Election 2008 but lost to the Umno Youth chief.

* This article has been corrected to reflect that Badrul Hisham Shaharin was quoting another person in his blog post.”

Pembetulan ini hanya dibuat untuk versi Bahasa Inggeris, manakala versi Bahasa Melayu tidak berubah. So, Malaysian Insider pun kaki spin jugak. Tapi tak pa la. MI pun Khairy dengan Kalimullah yang punya.

Semua hu-ha pasai Chegu Bard keluar PKR nak masuk DAP ini bermula dengan kesilapan Malaysian Insider. The Star dan Utusan pi tanya kat pemimpin PKR Negeri Sembilan. Pemimpin PKR NS pun bukan main syok hentam Chegu Bard.

Aku terkejut la…kalau Chegu Bard nak keluar PKR. Kalau tengok dia buat kerja kat Sarawak, langsung tak nampak dia akan keluar. Lain la macam pemimpin lain…dok ikut pungkok Anwar saja.

Cuma sorang saja yang tak terkejut kalau Chegu Bard keluar PKR. Datuk Kamarul Baharin.

“I have nothing against him, but I must admit that I would not be surprised (if he leaves the party),” he said.

Setakat ni, aku masih lagi gagal mengesan siapa Trojan Horse yang buat interview dengan The Star dan Utusan. Tapi klu yang jelas…depa ada dalam kepimpinan PKR Negeri Sembilan. Sapa dia? Sapa tau..bagi tau kat Chegu Bard. Dia boleh belanja Nasi Lemak Ayam Golek Batu Gajah.

Saturday, May 07, 2011

Skandal Scorpene: Gelombang Perancis bermula

LAPORAN kemas kini tiga kumpulan hak asasi Malaysia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menjangkakan tuntutan mahkamah berkenaan rasuah yang difailkan ke atas syarikat senjata api tentera laut Perancis DCNS akan didengari di mahkamah terbuka dan perbicaraan akan bermula pada Mei atau Jun ini.

Ini akan membuka jalan bagi rakyat Malaysia untuk akhirnya mendapatkan akses kepada butiran yang boleh dipersoalkan mengenai perjanjian kapal selam RM6.7bilion yang ditandatangani oleh Kementerian Pertahanan mereka pada tahun 2002, dan terus dirahsiakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

DCNS merupakan vendor kapal selam tersebut dan Najib telah dituduh memberi keuntungan kepada teman rapatnya, Razak Baginda dengan komisen 114 juta euro melalui perjanjian tersebut.

“Terdapat bukti kukuh mengenai rasuah dan antaranya adalah maklumat baru mengenai rasuah baru yang didedahkan semasa penyiasatan.

“Sebahagian daripada ini boleh menjadi sesuatu yang sensitif atau memalukan kepada kerajaan Malaysia tapi ini adalah sebahagian daripada proses untuk membantu pembayar cukai Malaysia mendapatkan semula wang mereka yang hilang melalui perjanjian korup,” kata Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael kepada Malaysia Chronicle.

Pada Disember 2009, Suaram memfail tuntutan awal terhadap DCNS di mahkamah Paris untuk ‘rasuah aktif dan pasif, pertukaran untuk pertolongan dan penyalahgunaan aset syarikat’ selepas gagal membuat sebarang kemajuan dengan kerajaan Malaysia, yang enggan memberikan sebarang butiran walaupun tidak henti-henti didesak oleh ahli-ahli pembangkang di Parlimen.

Perjanjian yang dipersetujui antara Najib yang merupakan Menteri Pertahanan ketika itu, dan DCNS melibatkan penjualan dua kapal selam Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada kerajaan Malaysia.

Di bawah konvensyen OECD 2000 di mana Perancis merupakan ahli, mana-mana individu rakyat Perancis ataupun syarikat Perancis yang didapati terlibat dalam perjanjian korup dengan kerajaan asing boleh dihukum 10 tahun penjara dan didenda 150,000 Euro.

Keputusan ini memberikan ruang terhadap permohonan Suaram untuk mencuba dan mendapatkan kembali wang pembayar cukai yang hilang melalui transaksi yang salah.

“Kami telah memohon agar hakim siasatan untuk mempengerusikan perbicaraan terbuka. Ini akan membuat perbicaraan itu lebih bebas dan kami pasti akan mendesaknya untuk mengarahkan lebih banyak penyiasatan dan siasatan yang lebih terperinci,” kata Cynthia dipetik.

Sememangnya, seorang hakim yang dilantik kerajaan Perancis mungkin kurang neutral memandangkan DCNS yang berpengaruh ini merupakan salah satu syarikat terbesar di Perancis.

Seks dan pembunuhan C4 Altantuya

Aspek sensasi dari perjanjian taruhan tinggi ini adalah pembunuhan rakyat Mongolia berusia 28 tahun, Altantuya Shaariibuu, seorang penterjemah dan perantara yang dipercayai bertindak sebagai orang tengah kepada Razak Baginda dan syarikat Perancis tersebut.

Dia dibunuh di Kuala Lumpur dengan bahan letupan C4 di hutan cerang di Shah Alam setelah dia dikatakan cuba mengganggu Razak untuk bahagiannya daripada komisen tersebut.

Dua daripada bekas pengawal Najib telah dijatuhi hukuman gantung bagi pembunuhan itu, tapi perbicaraan mahkamah mereka telah dikecam sebagai tidak adil.

Bekas-bekas polis itu mendakwa mereka dibayar RM100,000 untuk membunuh Altantuya, tetapi testimoni ini telah ditolak oleh hakim perbicaraan Malaysia, yang juga menangkis segala usaha oleh peguam pembela untuk bertanya tertuduh, siapa yang memerintahkan mereka untuk membunuh Altantuya.

Akhbar Perancis – La Liberation melaporkan bahawa si rupawan Altantuya, yang boleh bercakap empat bahasa termasuk Russia, memberitahu kedua-dua pembunuh itu bahawa dia mengandung dan telah merayu agar dirinya tidak diapa-apakan sebelum mereka menembaknya di kepala, mengikat C4 di tubuhnya dan kemudian meledakkan bahan letupan yang hanya tersedia untuk tentera di Malaysia.

Seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Razakmenyatakan bahawa Najib yang bertemu Altantuya di pameran berlian di Singapura, dan mereka mempunyai hubungan sebelum beliau ‘melepaskan’ Altantuya kepada Razak.

Tetapi Altantuya akan dipertonjolkan dalam perbicaraan Perancis itu, bahagian yang lebih besar dari perbicaraan itu akan berpusat kepada kapal selam dan kos transaksi antara DCNS dan kerajaan Malaysia.

Kos perjalanan Razak dan Altantuya 2.5 juta Euro

Kemungkinannya, di antara saksinya adalah bekas pengurus pentadbiran dan kewangan DCNS, Gerard-Philippe Menayas, yang telah disoal siasat oleh polis Perancis melibatkan kes serupa di Pakistan. Gerard telah mengaku mempunyai bukti untuk menyokong sogokan yang terlibat dalam perjanjian Malaysia tersebut.

Pada mulanya, Amaris, anak syarikat DCNS dan Thales, telah disyaki membayar komisen sebanyak 114 juta euro kepada sebuah syarikat Malaysia bernama Perimekar, yang diterajui oleh isteri Razak.

Namun, maklumat terkini menunjukkan bahawa bukan Armaris tetapi kerajaan Malaysia yang telah membayar 114 juta euro kepada Perimekar, untuk membolehkan syarikat Perancis itu memintas konvensyen OECD.

Perlu diambil perhatian bahawa ia bercanggah dengan penjelasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin di Parlimen pada tahun 2006 di mana Zainal mengatakan bahawa kerajaan Malaysia yang telah membayar US$100 juta komisen bagi perjanjian untuk membeli tiga kapal selam tersebut.

Sementara itu, dua bukti baru yang telah ditemui, termasuk bayaran 30 juta euro oleh DCNS kepada salah satu syarikatnya sendiri dan bayaran 2.5 juta euro kepada perantara yang masih tak dikenali.

“Para penyiasat kami masih menyiasat perantara tersebut tetapi kami mendapati bahawa sebuah syarikat bernama Gifen telah ditubuhkan di Malta oleh seseorang bernama Jean-Marie Boivin untuk memudahkan pemindahan kewangan bagi tujuan membiayai perjalanan Baginda dan Altantuya,” tambah Gabriel.

* Rencana ini dipetik dan diterjemah dari Malaysia Chronicle.

Saya cuma insan kerdil dalam perjuangan yang besar

1. Ini bukan kali pertama isu keluar parti ditujah kepada che'GuBard, mungkin ada yang seronok dan mengharap sangat jika saya meninggalkan PKR.

2. che'GuBard masih Ketua Cabang PKR Rembau, ahli seumur hidup PKR.

3. Semalam (6 Mei, 2011) saya meninggalkan rumah di Seremban sekitar jam 4.00 pagi untuk berada di Utara bagi paginya untuk beberapa pertemuan untuk urusan perniagaan. 2.30 petang saya ke KOMTAR untuk membincangkan beberapa perkara termasuk penyusunan program Ramadhan bagi mendekati Anak Muda melalui SAMM. Semua kena bersiap kerana mungkin ini Ramadhan yang terakhir sebelum berdepan PRU ke 13. Melihatkan perkembangan sebelum ini Ramadhanlah bulan dimana Umno memanipulasi sentimen untuk menyerang Pakatan Rakyat. Kemudian terus bekejar ke Taman Angsana, Kulim untuk dialog sempena program jamuan petang. Sebaik sahaja selesai terus bekejar untuk program pertemuan selepas Maghrib sebelum ke Ceramah Umum di Kampung Siam, Lunas yang dihadiri lebih 1000 orang. Dalam pada masa jadual yang padat dan penuh dapat pula panggilan telefon 'mama' dikejarkan ke Hospital KPJ, Seremban dan dimasukkan wad. 7 Mei jadual juga padat di Utara yang sepatutnya diakhirkan dengan ceramah umum di Dewan Cina, Jln Pandak Ahmad di Batu Gajah. Mujur apabila bercakap melalui telefon 'mama' kata dia 'ok' cuma gastrik teruk dan letih sangat. Dia sendiri nasihat tak perlu balik teruskan program dah selesai baru balik, jangan hampakan aktivis parti yang dah susah payah susun program.

4. Sememang jadual padat turun menggerakkan penerangan dan penyusunan anak muda merupakan rutin biasa, dua minggu sehari baru ada rehat sehari untuk bersama keluarga. Malangnya dalam kesibukan begini tiba - tiba dihujani ratusan panggilan, sms, email dan seumpamanya bertanya pasal keluar parti. Ada yang dilayan tetapi banyak yang tak dilayan.

5. Di kesan antara puncanya ialah berita di The Malaysian Insider (TMI) yang menyiarkan mengenai persoalan che'GuBard mungkin meninggalkan parti. Link berita seperti dibawah :
6. Setelah saya sendiri membaca tulisan tersebut ternyata penulis/wartawan yang menulis tersalah petik posting dalam blog ini. Perlu saya tegaskan posting bertajuk DAP mahukan pemimpin Melayu yang berintergriti memimpin negara bukan tulisan saya ia ialah 'cuplikan terbitan semula' dari tulisan Aspan Alias di blognya. Saya harap TMI dapat membetulkan semula fakta tersebut. Posting tersebut dalam blog saya dihujung artikel itu saya tulis 'aspanaliasnet' dan saya linkkan semula kepada blog nya.

7. Cuma kekeliruan ini menyerlahkan sebenar sikap teman dan lawan. Pro Bn sudah tentu kecewa dan saya terus diserang kerana mulanya mereka mungkin seronok dengan berita che'GuBard keluar parti, namun ternyata mereka makan hati apabila mendengar kononya keluar PKR tetapi masih bersama PR.

8. Saya tidak nafi memang saya tidak disenangi oleh beberapa 'pemuka' dalam parti. Saya dituduh pengkhianat dan menyerang parti. Persoalanya apa pengkhianatan saya ? Adakah kerana bekerja tanpa henti tanpa menunggu arahan ? atau kerana saya tegas mendesak ketelusan dalam parti termasuk mendesak penyelesaian laporan penyelewengan ketika pemilihan menyebabkan saya dilihat kianat ?

9. Saya tidak nafi memang saya berdepan dengan perbagai masalah pasca pemilihan, saya mendesak keadilan dan ketelusan tetapi saya pula dianggap musuh. Saya pertikaian laporan 'diselesaikan' dengan lansung saya tak dipanggil mengadap mana-mana jawatankuasa.

10. Namun saya tetap bersabar kerana agenda besar menumbang Bn dan mendesak perubahan dalam negara. Saya tidak ke media arus perdana walaupun banyak kali berpeluang berbuat demikian. Saya juga dihubungi agensi regim yang mahukan laporan salinan laporan saya yang punya fakta jelas agar parti boleh disabit terganggu daftarnya...namun semua saya elakkan.

11. Pergerakan saya sentiasa mengundang cuak puak yang dengki. Program SAMM berbentuk karnival yang kami buat pada Febuari lepas mahu dibatal oleh pemuka PKR dengan menemui pihak Majlis Kerajaan Tempatan untuk tujuan kami tak dibantu atau dibatal lesen. Ada pula yang menjaja nama Ketua Umum PKR menemui penganjur yang bukan PKR supaya membatalkan program saya di sebelah utara Semenanjung. Ini berlaku berulang di beberapa tempat. Untuk rekod SAMM cuba bereksperimen dengan turun ke kawasan PRK sebagai NGO mendekati anak muda, Ketika sibuk di Tenang ada pula pemuka jahat yang cuba melagakan gandingan baik SAMM dan sebuah pertubuhan yang dinamakan ANAK (klik). Apa sebenarnya yang mereka mahukan? Namun semua tak dilayan saya terus bergerak, syukur masih ramai teman dalam PKR atau PR secara umumnya tidak mempedulikan perkara ini dan terus fokus. Tindakan 'busuk' mereka ini yang sebenar memalukan parti.

12. Rujuk semula berita TMI yang salah petik yang dinyatakan diatas. Ternyata berita tersebut menyebut sumber 'rakan di NS' (yang dipercayai seseorang dalam Perhubungan PKR NS yang tak senang dengan agresif cara saya bergerak) dan sumber dalaman ibu pejabat... dalam keadaan saya tidak melayan karenah media ada pemuka ini yang melayan media dengan perbagai tohmah.

13. Mereka ini sanggup menggunakan akhbar musuh untuk memuaskan nafsu politik mereka. Mereka sanggup bercakap dengan kertas tandas (meminjam cara Azmin Ali merujuk Utusan Malaysia). Klik sini saya cabar mereka ini keluar dan jangan berselindung disebalik kertas tandas dan menyamar dengan nama 'sumber'.

14. Kelemahan saya selaku ahli politik ialah saya tidak mampu bermuka dan bermanis kata sahaja. Bagi saya ini medan juang dan anak muda harus jadi kumpulan pendesak.

15. Kepada yang cuba menghubungi, menghantar sms atau email menyatakan sokongan saya amat hargai. Kepada yang menghantar masej caci dan maki juga dirai tetapi saya cuma menyatakan saya kerdil dalam dunia perjuangan yang besar. Sejak hari pertama saya melangkah saya telah tahu ia satu medan yang payah, namun demi cita - cita besar perubahan negara saya kayuh juga. Saya juga berharap agar kalau nak serang serang sahaja saya jangan sampai babitkan keluarga, anak serta isteri saya.... mereka banyak berkorban dengan hidup seadanya demi sama berjuang.

Sesiapa pun dijemput ikut rutin saya turun ke bawah jadual saya sila klik sini.

16. Jika saya mahukan jawatan banyak cara saya pasti memperolehinya, malah saya pernah menolak tawaran pun. Selaku anak muda saya yakin tidak salah mengimpikan sebuah gerakan yang sempurna dan untuk itu saya terus dan akan terus mendesak dan mengasak untuk perubahan itu.

Maaf kalau bercakap benar itu salah dan harap posting ini boleh menjelaskan. Kepada anak muda ayuh susun gerakan, perubahan perlu didesak bukan untuk ditunggu.

Friday, May 06, 2011

Kalau Altantuya hidup hari ini, u/thn kelahiranya.

Jika Altantuya Shaariibuu masih hidup, hari ini genap 32 tahun warganegara Mongolia itu, menyambut hari lahirnya.

Altantuya dibunuh dengan kejam di Mukim Bukit Raja berdekatan Shah Alam Selangor, antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Mayatnya diletupkan dengan bahan letupan C4, yang dikatakan hanya boleh diperoleh dari kementerian pertahanan. Cebisan mayatnya ditemui di Empangan Tasik Subang, di Hutan Simpan Puncak Shah Alam.

Ia menjadi kes berprofil tinggi, apabila rakan baik kepada perdana menteri, Abdul Razak Baginda ditahan dan didakwa dalam kes pembunuhan itu.

Razak didakwa bersubahat membunuh Altantuya, 28, dengan Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Konstabel Sirul Azhar Umar, 35, dari Unit Tindakan Khas (UTK) di pejabatnya di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, No. 148, Jalan Ampang antara pukul 9.54 pagi dan 11.05 pagi, 18 Oktober 2006.

Abdul Razak Baginda, yang juga merupakan seorang penganalisis politik, dikatakan mempunyai hubungan intim dan sulit dengan Altantuya.

Namanya turut dikenali sebagai seorang broker atas pembelian kapal selam Scorpene, oleh Tentera Laut Diraja Malaysia.

Perundingan dijalankan menerusi Perimekar Sdn bhd, untuk membeli dua kapal selam Scorpene dan Agosta- di bawah usahasama syarikat Sepanyol-Perancis, Armaris.

Perimekar dimiliki satu syarikat bernama Ombak Laut, yang dimiliki sepenuhnya Abdul Razak dengan menerima komisyen sebanyak €114 juta (RM510 million) bagi pembelian kapal selam berkenaan.

Pada 31 oktober 2008, Abdul Razak dibebaskan dari tuduhan bersubahat membunuh Altantuya kerana kononnya kes itu, tiada prima facie. Manakala tertuduh lain, Cif Inspektor Azilah Hadri, dan Koperal Sirul Azhar Umar diarah membela diri.

Sepanjang perbicaraan selama 151 hari, Sirul Azhar dan Azilah Hadri enggan mendedahkan muka , sebaliknya hanya memakai topeng.

Mahkamah Tinggi Shah Alam kemudian menjatuhkan hukuman mati pada kedua-duanya pada 9 April 2009.

Pada 3 Julai 2009, seorang penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam, bekas anggota polis cawangan khas dan pernah bertugas dengan Abdul Razak, menggemparkan negara apabila membuat pendedahan mengaitkan Najib Razak dalam kes pembunuhan itu.

Beliau membuat sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, mengumumkan akuan bersumpah yang dirangka bersama peguamnya, Americk Singh Sidhu sebelum membuat akuan bersumpah kedua sehari selepas itu- sekaligus menafikan pendedahan yang dibuat nya.


Akuan bersumpah ke-2 didakwa dibuat setelah berjumpa dengan Deepak Jaikishan, seorang ahli perniagaan permaidani yang rapat dengan Najib dan seorang berpangkat Datuk di The Curve, Damansara, yang kemudian didedahkan sebagai Nazim Razak, adik kepada Najib.

Kedua-dua individu itu didakwa mahu Balasubramaniam segera meninggalkan Malaysia sehingga Najib sah menjadi perdana menteri yang baru, ketika itu.

Bagaimanapun, Najib Tun Razak menafikan pembabitan beliau dengan Altantuya dan spekulasi tindakan untuk mempngaruhi supaya Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah tersebut.

Wednesday, May 04, 2011

DAP mahukan pemimpin Melayu yang berintergriti memimpin negara



Saya ditanya oleh beberapa orang adakah DAP benar-benar ingin mengambil alih negara ini dan pemimpinnya akan menjadi PM jika DAP berkuasa? Jawapan saya kepada soalan itu ialah; jika DAP berjaya menguasai Parlimen pemimpinnya akan menjadi PM dan mengetuai eksekutif negara.

Tetapi adakah itu akan terjadi? Jawapannya adalah TIDAK kerana DAP tidak pernah menurunkan jumlah calon yang cukup untuk mengambil alih negara jika semua calonnya menang di dalam pilihanraya umum. DAP memahami 'limitations' yang ada pada mereka.

Di Sarawak baru-baru ini, DAP hanya bertanding di 15 kerusi daripada jumlah 71 di dalam DUN Sarawak. Di Pulau Pinang sendiri DAP hanya bertanding di 19 kerusi sedangkan untuk mendapat majoriti yang ‘simple’ secara sendirian parti itu memerlukan 21 kerusi setidak-tidaknya. Tetapi DAP hanya menurunkan 19 calon dan memenangi kesemua kerusi yang ditandinginya.

Seperti juga MCA kehadirannya di dalam politik negara bukan untuk mengetuai kerajaan dan menjadi PM kepada negara ini. Di Perak, PAS hanya memenangi kerusi yang kecil bilangannya tetapi DAP yang telah memenangi kerusi yang banyak tidak mengambil kerusi MB kerana undang-undang tubuh negari itu hanya memperuntukkan jawatan MB itu untuk orang Melayu. Maka diberikan kerusi itu kepada Nizar Jamaludin daripada PAS.

Tetapi UMNO telah merampas kuasa melalui permainan politik kotor dan mengambil alih pentadbiran negeri Perak itu. Hanya UMNO sahaja memilih seorang MB yang tidak berapa Melayu sebagai MB negeri itu. Itu bukan salah DAP.

Dalam pilihanraya dahulu DAP telah bertanding kurang dari 50 kerusi Parlimen dan jumlah itu tidak sampai pun 25% daripada keseluruhan jumlah kerusi di Dewan Parlimen kita. Masing-masing bilanglah jumlah kerusi yang dipertandingkan oleh DAP di negeri-negeri lain. Jumlah calon mereka jika menang sekali pun tidak akan membolehkan DAP menjadi tunjang pemerintahan negara.

Hanya mereka bersatu dengan parti-parti yang mereka bersama di dalam ‘coalition’ alternatif untuk memerintah di Pulalu Pinang seperti juga yang berlaku semasa Gerakan memerintah dahulu. Bezanya dulu Gerakan yang didominasi oleh bangsa Cina dan sekarang diperintah oleh DAP parti ‘multi-racial’ yang didominasi oleh kaum Cina juga.

Persoalannya, apa yang menjadi masalah kepada orang Melayu di Pulau Pinang misalnya…atau kepada orang Melayu di seluruh negara? MCA tidak akan membolehkan bangsa Melayu untuk menjadi calonnya di dalam mana-mana pilihanraya sedangkan DAP boleh membenarkan calon daripada orang Melayu jika parti itu mahu menunjukkan dengan secara ‘real’ bahawa parti itu merupakan parti ‘multi-racial’. Jika DAP meletakkan calon Melayu di setengah kawasan, maka parti itu wajar menjadi alternatif kepada MCA. Apa lagi yang orang Melayu hendak memberikan sokongan kepada MCA lagi sedangkan parti itu tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada BN?

Malahan MCA sudah menjadi beban yang berat untuk dikendung bersama. Calon-calon MCA terpaksa diletakkan di kawasan yang didominasi oleh orang Melayu untuk mendapatkan sedikit peluang untuk menang, sedangkan DAP merupakan parti yang ‘reliable’ yang boleh membawa sokongan orang Cina jika kita bekerjasama dengannya. Tidak bolehkah BN memikirkan hal ini?

Kenapa tidak diusahakan untuk bekerjasama? Mungkin DAP boleh memberi kerjasama dengan BN tetapi yang menjadi ‘apprehension’ kepada parti itu ialah samada mereka berkeyakinan dengan keseluruhan kepimpinan BN khususnya UMNO yang ada pada hari ini.

Itulah sebabnya jika pemimpin UMNO mampu untuk berkorban demi parti dan bangsanya maka kerjasama itu tidak mustahil boleh dilakukan. Apabila kerjasama itu mampu dilakukan maka kita akan kembali kepada zaman negara mula mencapai kemerdekaan dahulu. Parti Cina mengambil sokongan orang Cina, parti Melayu meraih sokongan orang Melayu dan India mengambil sokongan orang India. Itulah Perikatan dahulu.

Yang masih menjadi masalah ialah orang Melayu sahaja. Orang Cina sudah sepakat berteduh di bawah DAP, Orang India nampaknya sudah kembali bersatu di bawah MIC dengan kompromi yang sedang dilakukan oleh parti itu dengan menyatukan kembali semua ahli-ahlinya yang telah dipecat oleh Samy Vellu dahulu dengan ahli-ahli yang sedia ada.

Pendeknya, orang Cina telah mengambil sikap dan telah pun menunjukkan pendirian mereka. Orang India pula mengambil sikap untuk terus bersama MIC. Hanya orang Melayu sebenarnya yang belum bersatu dan saya merasakan orang Melayu sedang melakukan ‘soul-searching’ dan belum lagi menampakan ‘urgency’ untuk menentukan sikap mereka.

Orang Cina dan India sudah bersedia dan sudah pun menentukan sikap yang baik untuk mereka. Ini negara demokrasi. Orang Melayu sememangnya tunjang kepada politik negara. Tetapi orang Melayu harus menunjukan ‘dispositon’ sebagai peneraju kepada politik negara. Sebagai tunjang, pemimpin Melayu mesti menunjukkan kepimpinan bersih yang hakiki untuk mendapat penghormatan oleh bangsa lain yang kita pimpin sekali.

DAP tidak anti Melayu. Tetapi momokan media dengan parti-parti yang berkuasa telah membuat orang Melayu mempunyai perasaan takut kepada dominasi DAP di kalangan bangsa Cina. Maka yang menggunakan sentimen racist ini adalah UMNO dan ini hakikat. Takkanlah saya keliru kerana saya juga pernah bergiat aktif dalam UMNO dan itu perkara yang di antara sesama Melayu memahaminya.

Jika DAP menunjukkan kepada rakyat bahawa parti itu adalah parti untuk semua kaum maka DAP sepatutnya meletakkan beberapa calon Melayu dan jika ini dilakukan oleh DAP maka yang pasti akan terjadi parti itu akan mendapat sokongan dari sebahagian pengundi Melayu di dalam pilihanraya yang akan datang.

Saban hari rakyat bertambah terbuka dan berfikir dan tidak lagi menerima bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh media perdana dan aktivis pro BN yang giat melalui alam cyber dan sebagainya. Zaman berubah dan siasah pun berubah. Sedangkan sungai pun berubah apatah lagi pemikiran manusia yang begitu sophisticated pada hari ini.

Yang menjadi ‘apprehension’ yang terbesar bagi DAP untuk bekerjasama pada pendapat ramai yang saya bertanya ialah DAP tidak berkeyakinan bahawa kepimpinan hari ini boleh melaksanakan tugas kenegaraan dengan penuh tanggungjawab dan telus.

Maka itu masalah UMNO. Tidak tahulah kita samada pahttp://www.blogger.com/img/blank.gifrti ini boleh melakukan perubahan kerana ianya memerlukan pengorbanan barisan kepimpinan untuk mempastikan UMNO ini relevan lagi kepada keperluan dan kehendak ramai.

Tetapi mahu tidak mahu UMNO mesti berubah untuk tidak menjadi parti yang dipinggirkan oleh rakyat pada masa akan datang. Kehendak rakyat lagi berperanan daripada kehendak pemimpin, kerana tanpa rakyat tiadalah pemimpin. Persepsi buruk yang ada pada UMNO harus dikikis dan ianya hanya boleh dilakukan dengan pertukaran barisan kepimpinan. - aspanaliasnet

M'sian Home Minister: No room for terrorists here ?

PUTRAJAYA: Malaysia is not a terrorist breeding ground because there is no room for them, said Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein (above).

“We know exactly what their targets are and at the moment, I can safely say they have no plans to make Malaysia a target,” he said after a courtesy call from Indian Foreign Minister S.M. Krishna at his office here yesterday.

Hishammuddin, when asked whether Malaysia faced a backlash following Osama bin Laden's killing on Monday, said the police had tightened security at strategic places like embassies and public areas.

He added the police's counter-terrorism unit received information from their counterparts from across the globe on a regular basis.

“As we speak now, there is no real concern. They (the terrorists) are mobile and sometimes do end up on our shores,” he said. “But, that does not mean we are breeding terrorists.”

Meanwhile, PAS Youth has condemned the al-Qaeda leader's killing.

Its Youth chief Nasrudin Hassan said it was a criminal offence as Osama had not been proven guilty in any court.

“America should not divert world attention from its act of terrorism in Iraq,” he said as he condemned Israel's terrorism in Palestine.

Nasrudin said Osama's murder had “opened the eyes of the world to fight the global superpower's atrocities”.

PAS' Titiwangsa MP Dr Lo' Lo Ghazali twittered, saying “Jenazah Osama pun mereka takut. Apa bukti Osama dah mati?” (They are even afraid of Osama's remains. What proof is there that Osama is dead?)

PKR's outspoken leader Badrul Hisham Shahrin, who is known as Chegubard, also twittered that “Kematian Osama xakn puaskn hati US dia tetap cari musuh baru supaya sentiasa ada alasan takut2kan dan tekan dunia...alFatehah buat Osama dll.” (Osama's death will not satisfy the US, it will continue to look for new enemies to give excuses and frighten the world.)

Also twittering was Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, who said that most Muslims rejected Osama's ideology of violence.

He added: “Our challenge: Struggle for freedom and justice (including Palestine, Iraq, Afghanistan).”

-The Star/Asia News Network

Program Jelalah Belia Selangor

Pada 29 April 2011, telah dilakukan siri 1 Jelajah Belia Selangor iaitu satu program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Merdeka Centre untuk mengumpulkan penggerak anak muda di Selangor dan dijadikan medan percambahan idea.

SAMM telah terlibat dalam program siri satu ini.

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail turut hadir dan
sudi menyampaikan hadiah untuk cabutan bertuah.
Yaser, mewakili SAMM mengambil cenderamata dan sijil khas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) diiktiraf sebagai Organisasi Anak Muda Peneraju Perubahan 2011 oleh Kerajaan Negeri Selangor atas komitmen tinggi dalam gerak kerja kemasyarakatan & anak muda.. Alhamdulillah.
Dalam sesi dialog
Sebahagian dari 'adik beradik' SAMM yang hadir

che'GuBard menyampaikan hadiah untuk cabutan bertuah
sesi makan masing - masing fokus
seramai lebih 150 aktivis penggerak anak muda hadir.

40 kemeja yang disiapkan pada hari tersebut untuk 'adik beradik' SAMM habis dan ada lak yang cuba merajuk kerana tak dapat... insyaAllah dalam rapat SAMM akan datang kita cetak banyak dan semua akan dapat.

Tuesday, May 03, 2011

Felda di Negeri Sembilan hadapi masalah air

Jika masalah ini berlaku di Negeri bawah pentadbiran Pakatan Rakyat tentu berhari - hari media arus perdana memainkan cerita dengan tajuk yang mengammbarkan betapa lemah Pakatan Rakyat dan terseksanya rakyat ....tetapi apabila ia berlaku di negeri bawah cengkaman Bn maka ia didiamkan sahaja.

Macamanalah Tan Sri Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan sekarang ini ADUN atau Wakil Rakyat Bagan Pinang (Port Dickson) boleh dilantik sebagai Pengerusi Felda. Masalah air yang berlarutan di Felda dalam Negeri Sembilan pun tak boleh nak selesai-selesai lagi sejak sekian lama.

Nasib kaulah orang Felda, nasib kaulah orang Negeri Sembilan.

Himpunan pelbagai masalah air di Negeri Sembilan bertajuk BN gagal tangani masalah air di N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html

Masalah ketiadaan air yang berlarutan di Felda Raja Alias

Aduan Rakyat, 3 Mei 2011

Saya penduduk kawasan FELDA Raja Alias yang bertempat di Bandar Sri Jempol, Negeri Sembilan. Masalah ketiadaan air yang berlarutan merunsingkan penduduk kampung. Masalah ini sudah melanda hampir setahun.

Kawasan kami sering kali terputus bekalan air sehingga 2-3 hari berturut-turut dan sehingga 1-2 kali seminggu. Bekalan air cuma ada 2-3 hari sahaja seminggu.

Kerja-kerja harian seperti membasuh, mandi, dan memasak terganggu sama sekali.

Lebih menyedihkan lagi, terlalu jarang sekali JBA Negeri Sembilan menghantar bekalan air ke kawasan kami apabila masalah bekalan air terputus berlarutan.

Contohnya 26 april 2011, sudah 2 hari kawasan kami terputus bekalan air dan tiada tanda2 bantuan.

Kami berharap masalah ini dapat diatasi oleh pihak kerajaan.

Kerajaan malaysia mengutamakan slogan satu malaysia dan melebihkan rakyat, Oleh itu, sy berharap sangat aduan saya dapat mengatasi masalah kami.. insyaAllah…

terima kasih.

Sumber Aduan Rakyat : http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-ketiadaan-air-yang-berlarutan-di-felda-raja-alias