When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Wednesday, June 25, 2008
KENYATAAN MEDIA PROTES - 25 Jun 2008
Sunday, June 22, 2008
Menantu di cabar kosong kerusi Rembau dan letak jawatan Pemuda jika misi 16 September berjaya...
Jika bercakap soal rasuah di kalangan pemimpin di Sabah kenapa tidak diangkat kes Musa Aman ? sila baca :
Friday, June 20, 2008
Sedikit kecewa Tan Sri Rahim tak datang...
Alhamdunillah semua berjalan 'agak' baik sehingga ke hujung rancangan cuma hujah saya kerap tergantung dipotong oleh moderator yang agak berpengalaman nak dibezakan dengan saya yang kali pertama muncul dalam rancangan TV. Cuma saya agak sukar nak tidur malam tadi kerana saya punya jawapan alternatif atau penyelesaian kepada DEB yang gagal tetapi nampaknya peluang yang sepatutnya saya dapat untuk menggulung tak ada. Selepas Dato Mohamed Dahan gulung terus disudahkan oleh pengacara tanpa beri peluang saya gulung.
Masa 30 minit rupanya terlalu singkat untuk menghujahkan DEB yang gagal dari peringkat segi teori ekonomi lagi, realiti semasa dan alternatif yang ada.
Hujah pertama saya ialah membawa rakyat berfikir mengenai relaiti sebenar setelah DEB itu dilaksanakan semenjak peristiwa 1969 - kini. Carta diatas antara carta yang saya bawa semalam membuktikan bagaimana bumiputera itu jauh ketinggalan menjadi bangsa atau kelompok kelas tiga dalam Malaysia dari segi Pendapatan Isi rumah.
Carta yang kedua yang saya bawa ialah mengenai Hak Milik Modal Saham (Pada Nilai Tara) Syarikat Berhad. Dimana dalam carta ini saya fokuskan hak milik Bumiputera pada tahun 1990 ialah RM 20,8777.5 juta dan pada tahun 2004 pula ia menjadi RM 100,037.2 juta. Memang nampak meningkat tetapi jangan dibezakan dengan kelompok kaum lain jumlah angka itu jauh ketinggalan jika dibezakan dengan Hak Milik Rakyat Asing iaitu pada tahun 1990 berjumlah RM27,525.5 juta dan meningkat mendadak pula pada tahun 2004 kepada RM 172,279.6. Itu baru data 2004 kita sudah jauh ketinggalan dan kini diyakini angka milikan asing jauh lebih tinggi di bawah PM yang jelas dia dan keluarganya yang mudah dipengaruhi agen asing.
Maknanya 50 tahun lebih merdeka dan sejak peristiwa 1969 kita menggunakan DEB jelas ia gagal memacu kita untuk mencapai matlamat. Maka jika kita sudah sedar ia gagal mengapa kita harus terus menggunakan 'kenderaan'yang kita sedari gagal untuk menyampaikan kita kepada destinasi.
Kenapa gagal ?
Dato Onn Bin Jaafar (pengasan UMNO) sendiri dalam "Memorandum National Service For Malay" ada menyatakan "kuasa politik tanpa kuasa ekonomi ialah kuasa yang hanya umpama bayang bayang"
Maknanya begini teori DEB ialah kuasa politik = Melayu/Bumiputera dan Kuasa Ekonomi = Cina, maka keseimbangan tidak wujud kerana Melayu gagal menguasai ekonomi dan hidup susah. Maka DEB menggunakan kuasa politik untuk membuat dasar bagi menguasai kuasa ekonomi. Ini jelas bakal gagal dan salah dari aspek teori lagi.
Malam semalam saya membawa analogi DEB dalam sebuah keluarga. Ibu umpama kuasa politik yang menetapkan polisi bahawa anak harus belajar perbagai bidang, belajar muzik, belajar komputer, belajar kelas tarian, belajar Kelas Agama dan macam macam lagi yang jelas baik bagi anak. Tetapi bapa yang menjadi pemegang ekonomi akan mengatakan 'tidak ada duit' dan dengan 3 patah perkataan ini semua polisi akan gagal dilaksanakan, begitulah DEB.
Apa yang harus kita lihat ialah realiti semasa iaitu jurang kemiskinan antara kaya dan miskin. Saya bawakan semalam UNDP Report 2004 yang menunjukkan 10 % orang paling miskin dalam negara hanya menguasai 1.7 % agihan kekayaan negara tetapi 10% paling kaya pula memiliki 38.4 % hasil negara. Maknanya terdapat jurang yang sangat besar dalam agihan ekonomi negara dan jika dibezakan dalam rantau ini pun jurang berbezaan kaya dan miskin, Malaysia mencatatkan jurang yang paling besar.
Jika nak kata DEB gagal sepenuhnya memacu ekonomi melayu saya amat tidak setuju, tetapi ditegaskan melayu macam mana ? Melayu yang dipacu ialah melayu kapitalis elit politik yang dekat dengan kekuasaan. Dengan agihan AP kenderaan untuk bumiputera telah telah melahirkan kelompok elit kroni melayu yang sangat kaya raya, dengan menetapkan CEO melayu dalam syarikat GLC's telah menyebabkan wujudnya kelompok elits melayu yang kaya raya walupun rakyat hidup derita. Semalam saya membawa contoh bagaimana Kerajaan Bn membenarkan kenaikan 100% elaun CEO TNB (yang membawa jumlah kenaikan puluhan ribu ringgit) dalam keadaan krisis tenaga yang memaksa rakyat mengikat perut. Benar CEO Melayu kaya tetapi majoriti melayu...?
Atas nama melayu juga amalan korupsi bermaharajalela.... elit politik atau kapitalis melayu yang dekat dengan kekuasaan menguasai ekonomi dan peluang atas konsep DEB atas nama Bumiputera Melayu. Keadaan ini akan lebih parah kerana selepas mendapat hak pegangan mereka membuat keuntungan segera dengan menjualnya kepada kelompok kaum lain ataupun rakyat asing.
Semalam saya bawa banyak dokumen untuk saya tanyakan kepada Tan Sri Rahim Thambi Chik (tetapi kecewa di tidak datang) antaranya ialah kertas siasatan BPR keatas beliau yang mencatatkan bagaimana ketika kertas siasatan tersebut dilengkapkan pada 31.5.1993 beliau memiliki harta bernilai RM 39,782,772.69 juta. Kekayaan ini di kaut atas nama Melayu. Menarik dalam kertas siasatan tersebut BPR menyatakan bahawa bukti cukup lengkap untuk membuat pendakwaan walaupun selepas itu dihantar kepada Peguam Negara dan kes ini di sapu ke bawah permaidani atas arahan atasan dan yang paling menarik pula ialah dalm ruang kesimpulan kertas siasatan dibawah perenggan 6.3 menyatakan bahawa pendakwaan ini keselamatan negara (baca keselamatan Bn. maka mungkin ada budi bicara sekiranya tertuduh (Rahim Thambi Chik) melepaskan semua jawatan dalam politik dan kerajaan. Ini semualah membuktikan bagaimana ganasnya kekayaan negara disedut oleh kapitalis dan elitis politik atas nama Bumiputera Melayu dan DEB.
Orang Melayu malas ?
Wakil RahimThambi Chik semalam cuba mengatakan orang melayu perlu rajin dan berubah. Saya hampir tergelak dengan hujah itu. Orang melayu tidak malas...jangan jadikan sampel kes tertentu untuk menghukum majoriti, tetapi sistem ekonomi bertunjang DEB itu gagal. Contohnya orang melayu jadi nelayan tangkap ikan ...orang melayu kerja sawah tanam padi... tetapi bayangkan bila harga ikan melambung dan harga beras naik adak mereka menikmati kenaikan taraf hidup..jawapannya tidak malah hidup mereka makin terhimpit. Kenapa ? ini kerana aspek proses ekonomi yang paling penting iaitu pemasaran gagal diselesaikan. Bukan tidak dicuba tetapi gagal kerana korupsi. Saya sendiri pernah terlibat menghantar dokumen lengkap kepada BPR bagaimana agensi di bawah Kementeri Pertanian yang sepatutnya membantu petani dalam aspek pemasaran sendiri korup dan menjahanamkan petani. Dan sudah tentu mereka yang terlibat ialah orang - orang yang dekat dengan kekuasaan.
Hujah dan pandangan setakat ini banyak tertempu kepada Bumiputera Melayu itupun faktanya sudah mengerikan belum lagi ditarik perhatian melihat Bumiputera Sabah dan Sarawak yang lebih menyedihkan. Sedangkan hakikat sebenar hasil negara (dari sumber alam) majoritinya adalah sumbangan dari tanah borneo itu.
Thursday, June 19, 2008
mensabotaj Kerajaan PAKATAN Selangor atau kianati rakyat Selangor ?
Sebelum PRU lalu ramai pemimpin Bn dengan sombong mencabar rakyat agar membuktikan dengan undi ketika pilihanraya.
Bn tidak akan berhenti, mereka tidak faham isyarat rakyat. Md Taib, selaku Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah sehingga kini masih gagal menafikan berita Malaysiakini.com yang menyatakan bagaimana beliau menggunakan kemudahan (termasuk wang) kementerian dibawah beliau untuk menaja JKKK yang ditaja kerajaan Pusat untuk mensabotaj kerajaan Selangor.
Sebanar mungkin bagi Bn mereka cuba mensabotaj kerajaan PAKATAN tanpa dia sedar dia sedang mengkhianati dan mendera rakyat. Jika mereka sedarpun mereka pasti akan meneruskan usaha tersebut kerana nafsu politik rakus. Malah terbaru ada diberikatan betapa Bn bersama dengan orang bekas keADILan sedang dalam usaha serius mempengaruhi pemimpin PAS Selangor menyertai usaha mereka secara terus terang menyeberang atau sebagai pengacau dalam selimut.
Diyakini usaha mereka sia - sia. Rakan dalam PAS akan terus teguh berdiri bersama rakyat begitu juga DAP. Namun kerajaan negeri dan gabungan PAKATAN pula jangan ambil mudah teruskan usaha memperkasakan rakyat. Jangan ulang kesilapan Bn yang tamak dan rakus. Tidak dinafikan sudah ramai orang PAKATAN mula bincang pasal berniagaan itu tidak salah tetapi itu bukan sehausnya jadi tajuk utama.
Sekali lagi seru untuk semua pimpinan tumpu terus pada rakyat bukan masalah kecil yang melarikan perhatian. Jangan ulang kesilapan bagaimana Barisan Alternatif terpisah selepas PRU 1999 oleh kerana sesuatu pertikaian tak perlu.
Adalah lebih baik kita memberikan perhatian kepada derita hidup rakyat daripada sibuk mengharamkan Islam Hadhari yang sudah gagal dan membuat bantahan terhadap lenggok Ella atau gelek Mas Idayu. Percaya jugalah jika kita gagal memahami kenapa rakyat menolak Bn dalam PRU lalu kita juga akan menerima nasib yang sama.
Wednesday, June 18, 2008
Jemputan Debat 30 minit di Awani Astro
Hari ini che'GuBard mendapat satu jemputan untuk muncul dalam program debat 30 min. "Sudut Pandang" yang akan di siarkan secara lansung menerusi Astro Awani (Channel 501), 19 Jun 2008, jam 8.30 malam.Rancangan yang dikendalikan oleh Kamarul Baharin Haron ini dijangka akan menampilkan juga bekas ketua pemuda umno, Tan Sri Abdul Rahim Thambi Chik akan membincangkan persoalan ekonomi melayu.
Nantikan kemunculannya. Bagi sesiapa yang mahu berkongsi hujah boleh terus email kepada saya di chegubard@gmail.com
Semalam saya telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban berikutan arahan di bawah seksyen 111 kanun prosedur jenayah (Bab 6). Satu surat mengarahkan saya melaporkan diri di IPD Seremban selewatnya 17 Jun 2008 jam 3.30 petang telah disampaikan kepada bapa saya di kediaman beliau di Seremban. Mengengkari arahan ini disabitkan pula dibawah seksyen 173 kanun jenayah yang berkaitan peruntukan seksyen LLL (11) kanun prosedur jenayah.
Pada 8.15 malam saya telah hadir di IPD Seremban ditemani Setiausaha Bahagian Teluk Kemang dan selaku penyelaras (penaja) keADILan Rembau, Nor Azizi A. Aziz dan beberapa teman lain. Selepas kenyataan saya diambil oleh ASP Mohd Fadhli Daud, Pegawai Penyiasat Jenayah, IPD Seremban, saya telah meninggalkan IPD Seremban sekitar jam 9.30 malam dan terus bertolak ke Taman Angsamas, Rantau untuk mempengerusikan sendiri mesyuarat persiapan program Anti ISA anjuran Jawatankuasa (penaja) keADILan Rembau yang akan berlansung pada 22 Jun 2008,jam 8.00 malam di Taman Angsamas, Fasa 2, Rantau.
ASP Fadhli menyatakan ada dua laporan polis (yang dibuat oleh anggota polis sendiri) ke atas saya berkenaan dengan PROTES 6 Jun di Pasar Besar Seremban dan PROTES 14 Jun di Terminal One Seremban. Menurut ASP Fadhli beliau hanya ditugaskan menyiapkan kertas siasatan. Keputusan pendakwaan terletak pada orang atasanya dan jika disabitkan maksimum melibatkan hukuman denda dan penjara.
Secara peribadi bagi saya ini hanya asam garam dalam perjuangan, malah jika nak dibezakan dengan dugaan yang telah dilalui ia hanya satu yang kecil. Ini tidak sedikit pun melarikan fokus saya selaku jawatankuasa PROTES untuk menerangkan kepada rakyat mengenai kedudukan sebenar dan kegagalan kerajaan BN dalam isu kenaikan harga minyak dan terus bersama teman lain berusaha bersungguh - sungguh untuk menjayakan Himpunan Sejuta Rakyat 5 Jun Kuala Lumpur.
Monday, June 16, 2008
Minyak naik sapa untung....Rakyat susah tapi anak beranak PM terus cekik darah
Waran tangkap....
Kijang Care lancar misi bantu 'OKU tertipu' di Pakistan
Jurucakap misi bantuan ke Pakistan, Badrul Hisham Shaharin semasa mengadakan sidang media di Pejabat PAS, Jalan Raja Laut sebentar tadi berkata, Siti Aishah Abdul Hamid didakwa telah ditipu oleh satu sindiket yang akhirnya menyebabkan wanita OKU itu ditahan di Paksitan 24 Mei lalu.Turut hadir ialah, suami Siti Aishah, Jaffar wakil Kijang Care, Alex Ong dan Anissofian Amran; wakil NIEI, Amin Iskandar selain barisan peguam Kijang Care yang diketuai, Mohd Khairuddin Othman (MK Othman&co).
Kijang Care adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa.
Untuk rekod, Kijang Care telah berjaya membawa pulang seorang pelajar Malaysia, Che Sitri Nor Azreen Che Ishak (penduduk Rantau, Negeri Sembilan) selepas dilarikan warga Indonesia ke Lombok Timur baru-baru ini.
Mengulas lanjut kes Siti Aishah, Badrul Hisham berkata, wanita OKU itu ditahan atas dakwaan membawa dadah seberat 950 gram di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah Karachi, ketika mahu berlepas dari Pakistan ke Malaysia.
Siti Aishah sebenarnya diperdaya oleh satu sindiket antarabangsa yang kini beroperasi di Malaysia dengan pelbagai taktik untuk menjadikan wanita di negara ini agen mengedar dadah ke beberapa negara, katanya.
Siti Aishah dikatakan telah ditawarkan hadiah berupa percutian ke Pakistan oleh sindiket tersebut yang seterusnya memperdaya wanita keturunan Melayu Pulau Pinang itu untuk membawa dadah.
Kini, Siti Aishah yang mengalami masalah kesihatan antaranya darah tinggi dan masalah tulang reput ditahan bersama lima lagi wanita lain atas dakwaan mengedar dadah, kata Badrul Hisham.
Justeru, kata Badrul Hisham Kijang Care hari ini menghulurkan bantuan bagi menyelamatkan wanita OKU tersebut yang menjadi mangsa penipuan sindiket antarabangsa.
Dalam sidang media tersebut, Badrul Hisham yang juga Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) mengumumkan pelancaran tabung misi bantuan ke Karachi.
Badrul Hisham menyeru dan merayu rakyat Malaysia yang berkemampuan untuk menghulurkan bantuan bagi mengantar pasukan peguam dan Kijang Care untuk menyelamatkan Siti Aishah di sana.
Beliau juga memaklumkan, pihak Kijang Care terus-menerus berurusan dengan Konsulat Malaysia di Karachi, bagi mendapatkan perkembangan berhubung keadaan Siti Aishah di sana.
"Kita mahu ke Pakistan dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklumat sebenar dan memberi khidmat nasihat guaman kepada Siti Aishah," ujarnya.
Ujar Badrul, bagi individu yang mahu menghulurkan derma bolehlah menghulur bantuan kepada akaun Kijang Care (Maybank) (nombor akaun : 512240600597) atau menghubungi Anissofian Amran (019-2357231).
Sementara itu, Peguam yang mewakili Kijang Care, Khairuddin Othman menyatakan, kes Siti Aishah ini sama seperti kes-kes wanita Malaysia yang ditahan di China dan beberapa negara lain berikutan terpedaya dengan sindiket antarabangsa.
Ujar beliau, perkara ini terjadi antaranya akibat kelemahan pasukan risikan dan pihak berkuasa dalam mencegah sindiket ini dari terus beroperasi di negara ini.
Namun, beliau turut menasihatkan warga Malaysia supaya berhati-hati dengan pelbagai taktik sindiket asing yang kini mensasarkan wanita Malaysia sebagai 'agen dadah' mereka ke negara-negara lain.
Sementara itu suami Siti Aishah, Jaffar pula merayu rakyat Malaysia yang prihatin kepada masalah isterinya itu sedaya mungkin membantu dari sudut kewangan bagi melicinkan misi ke Karachi dalam masa terdekat.
Beliau melahirkan kebimbang jika Siti Aishah lewat di temui di Karachi dan lewat mendapatkan khidmat guaman, isterinya itu akan menjadi antara wanita yang senasib dengan wanita Malaysia yang tertipu di China dan beberapa negara lain yang akhirnya menerima hukuman berat di negara terbabit.
Katanya lagi, sejak laporan mengenai Siti Aishah ditahan di Karachi tersiar, beliau menghadapi masalah dengan keluarga mertuanya yang menganggap beliau tifdak pandai menjaga isterinya itu.
Beliau juga berharap semua pihak memahami situasi yang dilalui kini tanpa sebarang prejudis. _
Saturday, June 14, 2008
che'Nur Zaima Jahida masuk hospital
Tuesday, June 10, 2008
PM umum pelan kurang beban rakyat (geli janggut dengar)!

Yang atas gaji dekat RM27,000 sebulan. Yang bawah dekat RM30,000 sebulan? Itu baru gaji. Lain-lain elaun dan tuntutan rasmi berapa pula? Gaji staf...gaji pemandu...Ya Rabbi membazirnya kerajaan BN ni??Apa kerja mereka? Walhal tugas mereka sudah ada Menteri yang bertanggong jawab?Lepas tu ada 'seruan emas'....."Rakyat kena ubah gaya hidup, kena berjimat cermat...jangan membazir"Kalau harga minyak dunia naik maka negara kita akan bertambah kaya. Analogi yang lain, kalau kita ada dusun durian, tentu kita dan keluarga gembira kerana harga buah durian mahal.
Anak kita boleh makan dengan puas dan kita pula boleh dapat wang banyak. Tetapi pemimpin BN-Umno pula pelik apabila harga minyak dunia naik, rakyat pula menderita terutama mereka yang berpendapatan rendah.
2.Harga minyak kita lebih murah jika hendak dibanding dengan negara Asean yang lain.
Jangan banding dengan Thailand, Indonesia. Perlu banding dengan Brunai kerana harga minyak di negaranya RM1.20 seliter.
Buah Oren dengan epal tidak boleh buat perbandingan. Perlu dingat juga, walaupun Indonesia, Thailand minyaknya mahal, tetapi barang keperluan harian dan pakaian serta barang yang sudah siap murah seperti makanan, pakaian, alat perabot semuanya murah.
Di negara kita semuanya mahal daripada minyak sampai kepada keperluan yang lain. Yang murah hanya maruah pemimpin Umno-BN sahaja.
3. Minyak di Singapura lebih mahal daripada Malaysia.
Singapura bukan negara pengeluar minyak.
Tambahan pula pendapatan rakyatnya tinggi, contohnya pencuci lantai gaji hampir RM2000 ringgit di Malaysia, hanya RM600. Begitu juga pengangkutan awam antara yang terbaik di dunia, di Negara Malaysia Hadhari paling teruk.
Di negaranya tol hanya dikenakan waktu tertentu sahaja, sedangkan di Malaysia siang malam, 'non stop'.
4. Wang subsidi petrol RM56 bilion akan digunakan untuk pembangunan. Kita hendak tanya ke mana wang subsidi ini akan pergi.
Adakah hendak belanja untuk Monsun Cup yang menghabiskan wang rakyat RM 250 juta, Formula 1 yang berapa kerat rakyat yang mampu hendak menonton. Sedangkan belanja untuk Formula 1, tahun 2004-RM98.4 juta, tahun 2005-RM110.7j, 2006-RM121.8j, 2007-130.5j.
Belanja konduktor Malaysian Philharmonic Orchestra sebanyak RM3.5 juta sebulan yang diambil daripada wang Petronas. Apakah ini yang dimaksudkan untuk pembangunan.
Ketika minyak naik 30 sen kerajaan mengumumkan RM4 bilion subsidi akan digunakan untuk memperbaiki pengangkutan awam. Kita tidak nampak pengangkutan awam bertambah baik malahan makin teruk.
5. Ucapan lidah bercabang pemimpin negara, kesian rakyat kerana minyak naik. Ucapan hanya hendak menyejuk hati rakyat.
Kalau mereka kesian kepada rakyat mereka mesti memikirkan masalah rakyat. Pak Menteri tidak kisah elaun dan gaji hampir RM56 ribu sebulan. Minyak naik RM5 seliter pun mereka tidak kisah.
6. Pemimpin Umno-BN berkempen supaya beli barang murah.
Kita hendak tanya kedai mana ada jual barang murah. Kalau ada barang keperluan yang murah boleh dibeli di pejabat Umno baguslah.
7. Hendak ambil tindakan kepada peniaga yang jual barang mahal.
Pemimpin Umno/BN kata jual dengan harga lama masih untung. Mana ada peniaga hendak jual barang murah kalau modal sudah mahal.
Kalau minyak naik, semua barang akan naik, kerana barang bukan bawa dengan beca roda tiga.
Persatuan Lori sudah mengumumkan bahawa mereka akan naik tambang kos pengangkutan 35 peratus. Kerana lori 10 tan dulu hanya perlu untuk minyak RM3000 sebulan sudah mencecah naik kepada RM5000.
8. Kenyataan pemimpin Umno yang hendak membodohkan rakyat supaya jangan marah apabila minyak naik.
"Kita bimbang sekiranya minyak murah rakyat tak cermat dan minyak akan kurang,"kata Perdana Menteri.
"Belanja secara berhemah,"kata Datin Rosmah Mansur. sila klik untuk baca Pembaziran Rosmah
"Ubah gaya hidup...membazir Islam marah,"kata Dato' Seri Najib. sila klik untuk baca bagaimana Najib bercuti ?
Datuk Seri Shahidan Kasim sewaktu minyak naik 30 sen dulu dia suruh pegawai kerajaan naik basikal.
Saya hendak cadangkan supaya pemimpin Umno-BN ambil cermin suluh muka baru boleh nasihat rakyat.
Inilah rupa pemimpin yang memerintah negara kita hari ini. Ya Allah selamatkanlah negara.
PROTES di Seremban
PROTES di Pulau Pinang
Demo Minyak menjelang 12 Julai

Program ini akan berlangsung selepas solat Jumaat. Cadangan asal, perhimpunan akan bermula dari Bangunan Citibank. Walaubagaimana pun, bagi menggalakkan penyertaan lebih ramai rakyat maka tapak mula perhimpunan aman ini ditukarkan ke Masjid Kg. Baru hingga ke Bangunan Suria KLCC.
Bagi mereka yang bukan muslim, disarankan menunggu di sepanjang laluan yang ditetapkan.
Para peserta perhimpunan digalakkan membawa sepanduk atau bahan-bahan demontrasi yang tidak membahayakan dan tidak menggangu ketenteraman awam. Para peserta juga dinasihatkan membawa air mineral bagi persediaan awal agar tidak terlalu letih dan kehausan.
Diharapkan golongan belia dan seluruh rakyat dari serata pelusuk negara dapat sama hadir bagi menunjukkan bantahan dan protes terhadap kenaikkan harga minyak yang melampau kali ini. Inilah masa untuk kita bergandingan tangan menunjukkan bahawa kuasa dan suara rakyat itu wajib didengar dan diambil perhatian.
Sekarang buka masa untuk kita berpeluk tubuh dan redha begitu sahaja. Hari ini Kerajaan BN naikkan 78sen untuk petrol dan RM1 untuk diesel, tapi jika kita tidak keluar membantah, kemungkinan besar pada bulan Ogos, Kerajaan akan menaikkan lagi kepada suatu harga yang kita tidak mampu untuk miliki.
Selain itu, bantahan kali ini lebih penting kerana ianya akan memberikan satu tekanan agar Kerajaan menilai semula keputusan menaikkan harga minyak dan tarif elektrik yang berkuatkuasa pada 1 Julai nanti.
Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Hadirlah beramai-ramai untuk kita laksanakan tanggungjawab kita sebagai rakyat yang berdaulat dan memiliki hak yang wajar diperjuang dan dihormati.
Debat Salahuddin-Shahril tentang harga minyak di TV1 esok
Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub akan muncul di kaca televisyen menerusi rancangan "Bersemuka" TV1 bagi mendebatkan isu kenaikan harga minyak, esok.
Salahuddin akan berbalas hujah dengan Menteri Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahril Samad berhubung rasional kerajaan menstrukturkan semula harga bahan api sehingga mengakibatkan kenaikan mendadak harga runcit petrol dan diesel 5 Jun lalu.
Rancangan "Bersemuka" itu akan disiarkan secara langsung oleh TV1 mulai jam 9.30 malam.(petikan harakahdaily)
Monday, June 09, 2008
PROTES buka blog selaras bantahan
Tarikh: 12 Julai 2008 (Sabtu)
Masa: Jam 3 petang
Tempat: KLCC
Dianjurkan oleh: Gabungan Membantah Kenaikan Harga Minyak (PROTES)
Rakyat Malaysia telah dikejutkan pada 4 Jun 2008 apabila kerajaan Barisan Nasional mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen. Ini merupakan satu peningkatan 40.6% daripada harga sebelum ini.
Kerajaan BN juga telah mengumumkan satu polisi baru di mana pengguna kereta kurang daripada 2000cc akan diberi RM600 setahun sementara penunggang motosikal pula diberi RM120 setahun. Polisi baru ini adalah kononnya untuk membantu rakyat kurang berada. Namun demikian, jika perhitungan mudah dibuat, elaun ini jelas tidak cukup untuk menampung kos kenaikan yang begitu ketara.
Alasan utama yang diberikan oleh kerajaan adalah bahawa harga minyak di pasaran dunia semakin meningkat. Ini alasan yang buruk kerana Malaysia ialah sebuah negara pengekspot minyak. Peningkatan harga minyak di pasaran dunia sebenarnya menguntungkan PETRONAS meskipun harga minyak yang diimpot dari negara lain juga meningkat.
Mereka yang pro-kerajaan mungkin akan memberi statistik harga minyak tinggi di negara yang tidak menghasilkan petroleum (negara pengimpot). Jangan tertipu dengan helah ini! Jika dibandingkan dengan negara pengekspot minyak lain di dunia, Malaysia jelas mempunyai harga minyak tempatan antara yang tertinggi.
Rakyat Malaysia perlulah melakukan sesuatu untuk menunjukkan kepada kerajaan BN bahawa kita tidak setuju dengan kenaikan harga minyak ini. Oleh yang demikian, PROTES menganjurkan satu perhimpunan aman yang akan diadakan bulan depan. Rakyat jelata mestilah turun beramai-ramai untuk membantah tindakan kerajaan BN yang tidak wajar dan membuktikan bahawa kuasa sebenar berada di tangan rakyat.
Marilah kita sama-sama membantah kenaikan harga minyak. Marilah kita PROTES SAMPAI TURUN!
Thursday, June 05, 2008
Respon Kenaikan Harga Minyak
Semalam Perdana Menteri Malaysia yang paling lemah dalam sejarah telah mengumumkan kenaikan harga minyak secara mendadak.
- Pengumuman kenaikan semalam membuktikan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah menipu dalam kempen pilihanraya yang lepas. Pada 25 Febuari semasa melancarkan Manifesto BN PRU 12 beliau menafikan minyak akan naik selepas PRU dan bebberapa kali menyebut bahawa minyak tidak akan naik 'tahun ini' dalam ucapan PRUnya. Jelas manifesto dan janji Pengarah Pilihanraya BN tipu !
- Kenyataan menyelamatkan subsidi minyak untuk dimasukkan ke Tabung Makanan Negara amat diragui kerana ketika kenaikan terakhir minyak yang kononya menyelamatkan RM4.4 billion untuk disalurkan demi memperbaiki sistem pengangkutan awam jelas gagal. Tiada sebarang pembangunan meningkatkan pengangkutan awam yang konkrit di buat. Semasa membentangkan Bajet 2008, kerajaan telah memperuntukkan RM12 bilion hasil daripada penjimatan subsidi petrol serta diesel untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam dan penubuhan Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam (KWAPA) namun hasil yang diharap-harapkan belum tercapai. Yang jelas dalam pakej tersebut syarikat berkepentingan keluarga Perdana Menteri yang membuat untung kerana dianugerah kontrak kerajaan atas nama usaha meningkatkan pengangkutan awam. Dan ini pasti berlaku lagi kali ini.
- Kenaikan minyak akan mengheret kenaikan harga barangan keperluan dan perkhidmatan lain juga. Hujah kerajaan kononya akan mengawal atau ada cara mengawal harga juga karut , semalam sahaja jelas kerajaan gagal mengawal stesen minyak apabila lewat petang banyak stesen minyak yang tutup kononya atas alasan habis minyak tetapi kembali menjual minyak selepas jam 12 tengah malam dengan harga baru untuk membuat untung lebih. Kerajaan begitu lemah sehingga pemilik stesen minyak juga tidak menghormati kerajaan dan mengambil kesempatan terhadap penguna.
- Rebet tunai satu cara yang mengarut. Bayangkan bagaimana jika orang yang kaya memiliki kenderaan lebih dari satu maka kenderaan yang kurang digunakan juga mendapat rebet tunai. Sebaliknya orang yang tak berkemampuan yang hanya ada satu kenderaan menggunakan sepenuhnya kenderaan itu tentu malang bagi mereka.

contoh kiraan rebet tunai
Jenis Kenderaan : Proton Pesona
Kapasiti Tangki : 50 liter
Kekerapan minima isi minyak : 4 kali tangki penuh sebulan
Jumlah penggunaan sebulan : 50 L x 4 kali = 200 liter
Harga lama (RM1.92 per liter)
200 L x RM 1.92 = RM 384/sebulan x 12 bulan = RM 4608
Harga baru (RM2.70 per liter)
200 L x RM 2.70 = RM540/sebulan x 12 bulan = RM 6480
Maknanya beza setahun ialah RM 1872 tetapi rebet hanya RM 625.
- Tindakan ini yang umpama hadiah kepada rakyat yang mengekalkan BN sebagai kerajaan Pusat (walaupun dengan kemenangan yang boleh diragukan) tidak boleh di diamkan. Rakyat atau mana - mana organisasi digalakkan mempertingkat usaha kempen kesedaran dan bantahan terbuka. Protes - protes aman digalakkan khususnya di luar Kuala Lumpur.
- Rakyat perlu disedarkan kenaikan semalam bukan kemuncak, bulan Ogos ini harga minyak akan diapungkan mengikut pasaran dunia. Harga minyak negara tidak boleh dibandingkan dengan negara bukan pengeluar minyak, kerana sebagai negara pengeluar minyak jelas Malaysia antara negara yang menikmati keuntungan besar hasil minyak dan gas tetapi mendera rakyat dengan harga yang tinggi. Kerajaan kapitalis BN ini jelas bertindak 'double standard' kerana rakyat dikerah mengikut parasaran dunia tetapi koporat kaya seperti pengeluar tenaga bebas (IPP) dan TNB akan terus diberi subsidi dan kenaikan tarif yang menguntungkan mereka tetapi menzalimi rakyat. Harga kereta Malaysia contohnya tidak mengikut pasaran dunia mahal ada yang lebih 3 kali ganda pasaran dunia ini hanya untuk memastikan rakyat terus di dera tetapi kapitalis besar untung sakan.
- Seperti biasa setiap kali kenaikan rakyat di kerah berjimat.... tetapi bayangkan ketika rakyat derita malangnya elit politik terus menikmati hidup mewah. Contohnya didedahkan di Parlimen baru - baru ini bagaimana penasihat PM dibayar RM 1 juta wang rakyat.

PROTES akan mengadakan 'road show' seluruh negara menerangkan berkenaan isu ini dan untuk mobilisasi ke arah 12 Julai 2008.
Gambar dan grafik di petik dari Malaysiakini, Harakah
Wednesday, June 04, 2008
Mahkamah tolak bicara Petisyen, Badrul cabar jawab debat
SEREMBAN, 4 Jun (SK)- Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki pagi ini telah menolak bagi membicarakan kes petisyen untuk mencabar kemenangan Menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin di Parlimen Rembau dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.
Pada 25 Mac lalu, Petisyen tersebut telah difailkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan yang juga calon di Rembau, Badrul Hisham Shaharin.
Menurut Badrul dalam blognya, keputusan berkenaan ditolak kerana pihak KeADILan gagal membuktikan petisyen tersebut.
Badrul berkata, keputusan ini memang telah dijangka oleh beliau walaubagaimanapun ianya tidak menjangka akan ditolak dengan begitu mudah.
“Secara peribadi keputusan ini sudah dijangkakan kerana BN sudah tidak mampu hilang mana - mana kerusi lagi dan mereka jelas tidak sanggup berdepan dengan mana - mana pilihanraya kecil jika berlaku,” katanya di Chegubard.blogspot.com.
Tambahnya lagi, beliau tidak akan terperangkap dengan hujah teknikal, namun jelasnya kini apa yang perlu dijadikan fokus adalah cabaran debat beliau yang masih belum terjawab.
“Cabaran debat saya untuk membincangkan isu rakyat seperti pergabungan ECM Libra Avanue Capital, skandal penjualan Telekom dan Pantai Holding kepada pihak asing, penglibatan keluarga Perdana Menteri dalam skandal minyak untuk makanan di Iraq, penglibatan keluarganya juga dalm kegiatan jaringan penjanayah pengganas antarabangsa diselindungkan dengan ‘pemenjaraan’ BSA Tahir di bawah ISA dan puluhan isu lagi …..Cabaran debat saya masih gagal dijawab,” menurutnya lagi.
“Saya ingin menarik semula fokus semua terhadap alasan saya turun ‘bertempur di Rembau’ dan cabaran debat saya yang masih tidak terjawab,” tambahnya
Katanya lagi, beliau memilih untuk melawan Khairy adalah diatas keyakinan yang tinggi dan menggalas harapan rakyat,khususnya golongan muda, yang menyedari hakikat betapa kita sedang diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang amat lemah.
“Kelemahan beliau sedang dipergunakan oleh menantu, anak dan keluarga serta kenalan beliau untuk mengaut keuntungan. Lebih parah lagi orang di kelilingnya begitu tamak sehingga tidak langsung mempedulikan mengenai risiko terhadap negara dan kedaulatan rakyat dan negara ini,”menurutnya lagi.
Dalam kepercayaan jika berlaku pilihanraya mengejut, Badrul menyatakan keyakinan tinggi bahawa Barisan Nasional akan kehilangan kerusi di Parlimen Rembau.
“Terdapat kenyakinan yang tinggi jika BN menggunakan taktik pilihanraya umum mengejut untuk menghalang penubuhan pakatan rakyat yang bakal berlaku dengan penghijrahan besar - besaran ahli Parlimen Bn ke dalam Pakatan Rakyat, kami di Rembau yakin Parlimen Rembau bakal bertukar tangan,” katanya.
“Jumlah keahlian bertambah mendadak. Pendedahan isu dan program khidmat telah berjaya membuka mata rakyat. Terlalu banyak isu di Rembau ini dari isu rumah terbengkalai, bangunan di diami tiada sijil layak duduki, kemiskinan tegar, kemudahan asas sehinggalah kepada masalah keciciran anak sekolah. Sehingga kini ada ramai pihak yang sudah mula mengeluh dengan prestasi wakil BN yang ‘terpilih’. Rakyat juga menanti - menanti manifesto atau janji PRU dilaksanakan di Rembau,” tambahnya lagi.
Selain itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada panel peguam, penyokong dan semua yang terlibat.
“Walaupun apa keputusan mahkamah ia tidak menghalang untuk terus berkhidmat demi rakyat Rembau dan keseluruhanya. Di Peringkat Rembau, Bilik Gerakan Utama Pilihanraya Rembau (yang digunakan pada pilihanraya lepas) tidak ditutup (dan) dalam peringkat akhir untuk dijadikan Pusat Khidmat Rakyat Rembau,”katanya.
Beliau juga meminta agar mereka yang sudi untuk menyumbang sebarang betuk bantuan bagi Pusat Khidmat di Rembau untuk menghubungi NorAzizi Aziz di talian 0123696474.
Antara petisyen berkenaan ialah;
* Jumlah Kertas undi yang tidak sama amat ketara iaitu jumlah kertas undi dikeluarkan bagi parlimen berlebih dari jumlah semua kertas undi yang dikeluarkan diperingkat DUN di bawah parlimen Rembau. Ini sudah tentu tidak munasabah ada orang yang datng mengundi ambil kertas undi parlimen tetapi tidak ambil kertas undi DUN.
* Hak agen calon keADILan mendapatkan salinan borang 14 dinafikan dengan perbagai alasan. Ini menyebabkan pihak keADILan gagal menghalang pengumuman kemenangan BN malam tersebut walaupun dari kiraan awal tidak rasmi keADILan dilaporkan menang. Ini merupakan penipuan terancang melibatkan SPR, walaupun didedahkan perkara ini Pengarah SPR Negeri telah mengeluarkan kenyatan menafikan perkara ini dan mengatakan semua pusat dibekalkan borang 14 yang cukup, tetapi hakikatnya terlalu banyak saluran yang khususnya keADILan menang borang 14 tidak diberikan dan antar alasanya ialah salinan tidak mencukupi. Proses kiraan dan penjumlahan undi amat diragui termasuk kejadian bagaimana kira kira jam 10 malam, 2 peti undi masuk ke pusat penjumlahan dengan disertai oleh kenderaan yang dinaiki Pengerusi BN Negeri.
* Sepanjang tempoh pilihanraya terlalu banyak aduan mengenai keganasan dan perlanggaran undang - undang dibuat termasuk oleh calon keADILan sendiri tetapi pegawai - pegawai yang bertindak selaku SPR seolah gagal bertindak. Pegawai - pegawai yang menjalankan tugasan SPR semenjak dari permulaan PRU 12 di Rembau jelas menyebelahi atau didapati ‘berusaha’ memenangkan calon BN.
* Kejadian pembelian undi dan kekeliruan dalm senarai permilih termasuk pengundi yang hilang dari senarai terdapat aduan mengenai perkara ini di hari mengundi.
Kenyataan : Mahkamah tolak untuk bicarakan Petisyen Keputusan PRU 12 Rembau
Petisyen ini dibuat berdasarkan 4 asas
- Jumlah Kertas undi yang tidak sama amat ketara iaitu jumlah kertas undi dikeluarkan bagi parlimen berlebih dari jumlah semua kertas undi yang dikeluarkan diperingkat DUN di bawah parlimen Rembau. Ini sudah tentu tidak munasabah ada orang yang datng mengundi ambil kertas undi parlimen tetapi tidak ambil kertas undi DUN.
- Hak agen calon keADILan mendapatkan salinan borang 14 dinafikan dengan perbagai alasan. Ini menyebabkan pihak keADILan gagal menghalang pengumuman kemenangan BN malam tersebut walaupun dari kiraan awal tidak rasmi keADILan dilaporkan menang. Ini merupakan penipuan terancang melibatkan SPR, walaupun didedahkan perkara ini Pengarah SPR Negeri telah mengeluarkan kenyatan menafikan perkara ini dan mengatakan semua pusat dibekalkan borang 14 yang cukup, tetapi hakikatnya terlalu banyak saluran yang khususnya keADILan menang borang 14 tidak diberikan dan antar alasanya ialah salinan tidak mencukupi. Proses kiraan dan penjumlahan undi amat diragui termasuk kejadian bagaimana kira kira jam 10 malam, 2 peti undi masuk ke pusat penjumlahan dengan disertai oleh kenderaan yang dinaiki Pengerusi BN Negeri.
- Sepanjang tempoh pilihanraya terlalu banyak aduan mengenai keganasan dan perlanggaran undang - undang dibuat termasuk oleh calon keADILan sendiri tetapi pegawai - pegawai yang bertindak selaku SPR seolah gagal bertindak. Pegawai - pegawai yang menjalankan tugasan SPR semenjak dari permulaan PRU 12 di Rembau jelas menyebelahi atau didapati 'berusaha' memenangkan calon BN.
- Kejadian pembelian undi dan kekeliruan dalm senarai permilih termasuk pengundi yang hilang dari senarai terdapat aduan mengenai perkara ini di hari mengundi.
Secara peribadi keputusan ini sudah dijangkakan kerana BN sudah tidak mampu hilang mana - mana kerusi lagi dan mereka jelas tidak sanggup berdepan dengan mana - mana pilihanraya kecil jika berlaku. Cuma peliknya penolakan itu terlalu mudah. Bagaimana nak membuktikan jikalau tidak dibenarkan proses perbicaraan tersebut ?
Saya tidak mahu terperangkap dengan hujah teknikal. Saya ingin menarik semula fokus semua terhadap alasan saya turun 'bertempur di Rembau' dan cabaran debat saya yang masih tidak terjawab.
Saya memilih untuk bertanding melawan menantu Perdana Menteri kerana keyakinan yang tinggi dan menggalas harapan rakyat (khususnya golongan muda) yang menyedari hakikat betapa kita sedang diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang amat lemah dan kelemahan beliau sedang dipergunakan oleh menantu, anak dan keluarga serta kenalan beliau untuk mengaut keuntungan. Lebih parah lagi orang di kelilingnya begitu tamak sehingga tidak langsung mempedulikan mengenai risiko terhadap negara dan kedaulatan rakyat dan negara ini.
Cabaran debat say untuk membincangkan isu rakyat seperti pergabungan ECM Libra Avanue Capital, skandal penjualan Telekom dan Pantai Holding kepada pihak asing, penglibatan keluarga Perdana Menteri dalam skandal minyak untuk makanan di Iraq, penglibatan keluarganya juga dalm kegiatan jaringan penjanayah pengganas antarabangsa diselindungkan dengan 'pemenjaraan' BSA Tahir di bawah ISA dan puluhan isu lagi .....Cabaran debat saya masih gagal dijawab.
Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada panel peguam, penyokong dan semua yang terlibat. Walaupun apa keputusan mahkamah ia tidak menghalang untuk terus berkhidmat demi rakyat Rembau dan keseluruhanya. Usah khidmat masyarakat dan pembongkaran isu akan terus diperhebatkan. Di Peringkat Rembau, Bilik Gerakan Utama Pilihanraya Rembau yang masih tidak ditutup dalam peringkat akhir untuk dijadikan Pusat Khidmat Rakyat Rembau. Semenjak Pilihanraya juga gerak kerja di Rembau tidak dihentikan, kawasan yang dulunya kubu kuat Umno dan 'pembangkang' dilihat begitu lemah diRembau kini telah berbeza.
Jumlah keahlian bertambah mendadak. Pendedahan isu dan program khidmat telah berjaya membuka mata rakyat. Terlalu banyak isu di Rembau ini dari isu rumah terbengkalai, bangunan di diami tiada sijil layak duduki, kemiskinan tegar, kemudahan asas sehinggalah kepada masalah keciciran anak sekolah. Sehingga kini ada ramai pihak yang sudah mula mengeluh dengan prestasi wakil BN yang 'terpilih'. Rakyat juga menanti - menanti manifesto atau janji PRU dilaksanakan di Rembau.
Kepada penyumbang / dermawan seluruh negara yang sudi menyumbang untuk Pusat Khidmat di Rembau boleh terus menghubungi NorAzizi Aziz 0123696474.
Terdapat kenyakinan yang tinggi jika BN menggunakan taktik pilihanraya umum mengejut untuk menghalang penubuhan pakatan rakyat yang bakal berlaku dengan penghijrahan besar - besaran ahli Parlimen Bn ke dalam Pakatan Rakyat, kami di Rembau yakin Parlimen Rembau bakal bertukar tangan.









