Wednesday, June 04, 2008

Kenyataan : Mahkamah tolak untuk bicarakan Petisyen Keputusan PRU 12 Rembau

bersama YB Taufek dan barisan peguam


10 pagi ini (4 Jun 2008), Hakim Mahkamah Tinggi di Seremban telah menolak untuk membicarakan kes petisyen pilihanraya Rembau.

Petisyen ini dibuat berdasarkan 4 asas

  • Jumlah Kertas undi yang tidak sama amat ketara iaitu jumlah kertas undi dikeluarkan bagi parlimen berlebih dari jumlah semua kertas undi yang dikeluarkan diperingkat DUN di bawah parlimen Rembau. Ini sudah tentu tidak munasabah ada orang yang datng mengundi ambil kertas undi parlimen tetapi tidak ambil kertas undi DUN.

  • Hak agen calon keADILan mendapatkan salinan borang 14 dinafikan dengan perbagai alasan. Ini menyebabkan pihak keADILan gagal menghalang pengumuman kemenangan BN malam tersebut walaupun dari kiraan awal tidak rasmi keADILan dilaporkan menang. Ini merupakan penipuan terancang melibatkan SPR, walaupun didedahkan perkara ini Pengarah SPR Negeri telah mengeluarkan kenyatan menafikan perkara ini dan mengatakan semua pusat dibekalkan borang 14 yang cukup, tetapi hakikatnya terlalu banyak saluran yang khususnya keADILan menang borang 14 tidak diberikan dan antar alasanya ialah salinan tidak mencukupi. Proses kiraan dan penjumlahan undi amat diragui termasuk kejadian bagaimana kira kira jam 10 malam, 2 peti undi masuk ke pusat penjumlahan dengan disertai oleh kenderaan yang dinaiki Pengerusi BN Negeri.

  • Sepanjang tempoh pilihanraya terlalu banyak aduan mengenai keganasan dan perlanggaran undang - undang dibuat termasuk oleh calon keADILan sendiri tetapi pegawai - pegawai yang bertindak selaku SPR seolah gagal bertindak. Pegawai - pegawai yang menjalankan tugasan SPR semenjak dari permulaan PRU 12 di Rembau jelas menyebelahi atau didapati 'berusaha' memenangkan calon BN.

  • Kejadian pembelian undi dan kekeliruan dalm senarai permilih termasuk pengundi yang hilang dari senarai terdapat aduan mengenai perkara ini di hari mengundi.
Malangnya petisyen yang difailkan pada 25 April 2008 yang mula disebut di Mahkamah Tinggi Seremban (isnin lalu) telalu di tolak pagi ini oleh hakim kerana kononya pihak keADILan gagal membuktikan tuduhan tersebut mampu mengubah keputusan pilihanraya.

Secara peribadi keputusan ini sudah dijangkakan kerana BN sudah tidak mampu hilang mana - mana kerusi lagi dan mereka jelas tidak sanggup berdepan dengan mana - mana pilihanraya kecil jika berlaku. Cuma peliknya penolakan itu terlalu mudah. Bagaimana nak membuktikan jikalau tidak dibenarkan proses perbicaraan tersebut ?

Saya tidak mahu terperangkap dengan hujah teknikal. Saya ingin menarik semula fokus semua terhadap alasan saya turun 'bertempur di Rembau' dan cabaran debat saya yang masih tidak terjawab.

Saya memilih untuk bertanding melawan menantu Perdana Menteri kerana keyakinan yang tinggi dan menggalas harapan rakyat (khususnya golongan muda) yang menyedari hakikat betapa kita sedang diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang amat lemah dan kelemahan beliau sedang dipergunakan oleh menantu, anak dan keluarga serta kenalan beliau untuk mengaut keuntungan. Lebih parah lagi orang di kelilingnya begitu tamak sehingga tidak langsung mempedulikan mengenai risiko terhadap negara dan kedaulatan rakyat dan negara ini.

Cabaran debat say untuk membincangkan isu rakyat seperti pergabungan ECM Libra Avanue Capital, skandal penjualan Telekom dan Pantai Holding kepada pihak asing, penglibatan keluarga Perdana Menteri dalam skandal minyak untuk makanan di Iraq, penglibatan keluarganya juga dalm kegiatan jaringan penjanayah pengganas antarabangsa diselindungkan dengan 'pemenjaraan' BSA Tahir di bawah ISA dan puluhan isu lagi .....Cabaran debat saya masih gagal dijawab.

Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada panel peguam, penyokong dan semua yang terlibat. Walaupun apa keputusan mahkamah ia tidak menghalang untuk terus berkhidmat demi rakyat Rembau dan keseluruhanya. Usah khidmat masyarakat dan pembongkaran isu akan terus diperhebatkan. Di Peringkat Rembau, Bilik Gerakan Utama Pilihanraya Rembau yang masih tidak ditutup dalam peringkat akhir untuk dijadikan Pusat Khidmat Rakyat Rembau. Semenjak Pilihanraya juga gerak kerja di Rembau tidak dihentikan, kawasan yang dulunya kubu kuat Umno dan 'pembangkang' dilihat begitu lemah diRembau kini telah berbeza.

Jumlah keahlian bertambah mendadak. Pendedahan isu dan program khidmat telah berjaya membuka mata rakyat. Terlalu banyak isu di Rembau ini dari isu rumah terbengkalai, bangunan di diami tiada sijil layak duduki, kemiskinan tegar, kemudahan asas sehinggalah kepada masalah keciciran anak sekolah. Sehingga kini ada ramai pihak yang sudah mula mengeluh dengan prestasi wakil BN yang 'terpilih'. Rakyat juga menanti - menanti manifesto atau janji PRU dilaksanakan di Rembau.

Kepada penyumbang / dermawan seluruh negara yang sudi menyumbang untuk Pusat Khidmat di Rembau boleh terus menghubungi NorAzizi Aziz 0123696474.

Terdapat kenyakinan yang tinggi jika BN menggunakan taktik pilihanraya umum mengejut untuk menghalang penubuhan pakatan rakyat yang bakal berlaku dengan penghijrahan besar - besaran ahli Parlimen Bn ke dalam Pakatan Rakyat, kami di Rembau yakin Parlimen Rembau bakal bertukar tangan.

12 comments:

  1. Mahkamah Masih di bawah penguasaan golongan excutive..apakah itu alasan yang di gunakan sesetengah pihak bahawa Abdullah Badawi sedang lakukan perubahan?

    Najib pula akan teruskan perubahan tersebut?amat malanglah jika kita mengiyakannya...pada yang masuk UMNO,tahniah kerana berjaya menggolongkan diri bersama dgn kerajaan zalim pada rakyat.TAHNIAH!!!

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:54 PM

    Politik BN memang kotor! dan BN yang kotor itulah yang Saudara Ezam nak duduk bersama...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Saudara Badrul,

    Jika sekiranya saudara tidak terlalu mengharapkan keputusan Mahkamah untuk memihak kepada saudara, mengapa failkan juga Petisyen ?

    "Secara peribadi keputusan ini sudah dijangkakan kerana BN sudah tidak mampu hilang mana - mana kerusi lagi dan mereka jelas tidak sanggup berdepan dengan mana - mana pilihanraya kecil jika berlaku. Cuma peliknya penolakan itu terlalu mudah. Bagaimana nak membuktikan jikalau tidak dibenarkan proses perbicaraan tersebut ?"

    Dari "nada" saudara, saudara seolah-olah mengatakan bahawa keputusan tersebut telah sengaja "dibuat" untuk memenangkan pihak BN.

    Sekiranya keputusan Mahkamah berpihak kepada saudara, saya tertanya-tanya apakah ulasan saudara.

    Janganlah kita terlalu "taksub" dalam usaha kita untuk menegakkan kebenaran sehingga setiap perkara yang berlaku yang tidak berpihak kepada kita dikaitkan dengan "tangan-tangan yang tidak kelihatan oleh Kerajaan" ("the unseen hands").

    Terimalah keputusan Mahkamah tanpa perlu megeluarkan kenyataan-kenyataan seperti di atas.

    Sekian.

    ReplyDelete
  4. Anonymous4:35 PM

    chegu bard, terima saja kekalahan saudara dgn hati yg terbuka. Jgn asyik sibuk ingin memburukkan org lain walhal diri chegu bard sendiri yg tidak punyai contoh & tauladan yg baik utk para pemuda ikut.

    Semua reformasi saudara saya kagumi tapi tindakan saudara amat saya kesali..

    jika saudara di landasan yg betul, saudara tggu PRU yg akan datang..

    terima kasih...

    ReplyDelete
  5. saudara,

    andai kata kalaulah saudara memang betul2 kecewa dengan keADILan dan berhasrat untuk meninggal parti tersebut, saya pohon untuk saudara tidak SEKALI menyertai UMNO, akan tetapi menyertailah mana2 parti pembangkang yang lain. saya cadangkan saudara sertai PAS. wadah perjuangan PAS lebih tersusun dan insya allah diredoi oleh_Nya. saya cukup kesal dengan Ezam menyertai UMNO...sepatutnya jika beliau sudah berpatah arang dalam keADILan masuk sahaja mana2 parti pembangkang yg lain...saya sedih umno yang diibaratkan kapal yg bakal pecah/robek still dicarinya untuk bertaut....
    pohon difikirkan kembali cadangan saya ini....



    petikan dari KLpos :

    Eksklusif: "Saya kecewa dengan pemimpin, tapi setia pada parti," Badrul

    Rujukan : http://klpos.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=1396&Itemid=70

    ReplyDelete
  6. chegu bard,

    apa kata kita buat perhimpunan BERSIH.... paklah dah gila, naikkan minyak sampai 78 sen bagi petrol.....

    draft untuk sampaikan MEMORANDUM.....

    P/S: Ezam Apa Kabar? ada juga spekulasi menyatakan ianya ada kaitan dengan EZAM!!!

    ReplyDelete
  7. saya harap, perhimpunan membantah harga minyak naik dilakukan di seluruh negara pada hari jumaat iaitu selepas sembahyang jumaat....

    kalau PAKLAH rileks di MAHLIGAI dia aje, tapi RAKYAT sengsara!!!!!

    ReplyDelete
  8. chegubard,

    Kami tetap mengakumi dan hormat pada saudara selagi saudara berpegang pada tali perjuangan sebenar. Biar pun saudara tewas di PRU12 namun saudara adalah wira kami. Jangan sesekali menjejaki langkah sesat Ezam. Kunun nak buat reform dalam umno tapi nampaknya nak tentang DSAI pulak. Mana yg betul?. Munafik si Ezam.

    ReplyDelete
  9. azizantahir983:34 AM

    Bard,walau pun petition anda ditolak itu tidak berarti anda kalah...Teruskan perjuangan anda. Anak muda saperti anda mesti cekal menghadapi cabaran. Samoga anda akan berjaya..Lawan Tetap Lawan..Lawan sampai menang...

    ReplyDelete
  10. al capone12:24 PM

    ko bukan rakyat rembau..mcm2 program yang YB Khairy buat...pejabat parlimen rembau sentiasa sibuk dengan kehadiran orang ramai yg ingin berjumpa YB...

    ko tu kaki penipu..


    ceramah ko kat rembau mase PRu ade la dlm 6-7 orng yang dtg..yang lain tu petugas adil..hahaha..


    tapi bile berceramah mcm ade 10000 org yang dtg..pi rahhh

    ReplyDelete
  11. Takpe CikguBard, lawan tetap lawan.

    Memang tak boleh harap pada judiciary yand ada pada hari ini. Sabarlah. Kenaikan minyak pada hari ini akan membuat kedudukan UMNO bertambah parah. Mana ada logik naik harga pada hal Malaysia adalah nett exporter bahan petroleum. Net exporter ni retinya kita jual lebih dari belian.

    Tetapi oleh kerana desakan GLC dan individu kroni yang kaya raya, sebab harga makanan dan barangan naik menyebabkan margin keuntungan mereka merosot dengan mendadak, maka terpaksalah kerajaan BN akur.

    Jangan banding harga dengan negara pengimpot minyak, bandingkan dengan negara net exporter yang lain seperti Venezuela (38 sen per liter) atau Kuwait (1.20 sen per liter), barulah adil.

    Lawan tetap lawan. Hidup PR!

    ReplyDelete
  12. isu ni nampaknya telah berjaya di tutup dengan kenaikan harga minyak, semua orang berbicara tentang harga minyak dan menenggelamkan isu ini. nampak sangat
    'mereka-mereka' tak mau isu ini dibincangkan. nampaknya mahkamah masih lagi belum bebas ...
    nasib kamu lah Yang Arif tak arif..

    ReplyDelete