Khamis lepas che'GuBard telah mendapat panggilan telefon dari seorang pegawai Polis dari IPD Seremban yang meminta che'GuBard hadir ke IPD Seremban untuk diambil kenyataan berkenaan PROTES kenaikan harga minyak di Pasar Besar Seremban 6 Jun lepas.
Oleh kerana tugasan yang banyak dan che'Nur Zaima Jahida pula masuk hospital maka tidak ada masa untuk hadir ke IPD untuk tujuan tersebut. Hari ini khabarnya melalui satu surat yang dihantar oleh anggota polis beruniform di rumah ibu/bapa di Bukit Chedang menyatakan che'GuBard perlu serah diri ke IPD Seremban berkaitan satu laporan polis yang telah dibuat.
InsyaAllah esok kira - kira 10 pagi; che'GuBard akan hadir ke IPD Seremban untuk tujuan tersebut.
p/s ; Rasa - rasanya apabila sekumpulan mamak yang mengaku melayu membuat tunjuk perasaan mempertahankan DEB di Pulau Pinang, mereka dipanggil atau tidak untuk ambil kenyataan dan diambil tindakan ke atas mereka...? atau ketika menantu dengan aksi tangan patahnya tunjuk perasaan rempuh polis di KLCC kononya anti US lepas itu dia kena tak ambil kenyataan oleh polis..?
Ada tak laporan polis agaknya?
ReplyDeleteAgaknya, orang yang buat laporan poli tu sudah puas hati dengan RM625 kot?
Takpe Pejuang...teruskan tanpa gentar!!!
Tak payah lapuran pun diorang boleh tangkap. Tapi kalau orang UMNO buat hal ... tak der lapuran tak boleh pulak buat tangkapan. Polis tak berubah lagi perangai?
ReplyDelete