Sunday, June 22, 2008

Menantu di cabar kosong kerusi Rembau dan letak jawatan Pemuda jika misi 16 September berjaya...

Berikutan rasa cemas yang amat sangat menantu Perdana Menteri Malaysia cuba perbagai cara untuk meyakinkan saki baki ahli parlimen supaya menyokong terus kepimpinan bapa mertuanya yang sudah sedia lemah. Terbaru dia telah mencabar Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat untuk meletakkan jawatan sebagai ketua umum jika tidak ada apa yang berlaku sehingga 16 September dan dalam kenyataan yang sama dia cuba meyakinkan dirinya dan penyokong dia bahawa tidak akan apa yang terjadi. sila klik untuk baca Kenyataan ini dikeluarkan selepas dia melawat Sabah dan memastikan tidak ada apa yang akan berlaku.
Sehari selepas mengeluarkan kenyataan tersebut ternyata menantu itu sedang tersentak kerana SAPP sebuah parti komponen BN telah mengumumkan akan memulakan langkah atau pasti akan menyokong sesiapa sahaja yang memulakan langkah mengemukakan undi tidak percaya kepada bapa mertuanya.
Kenyataan terbaru Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee yang menasihatkan menantu PM ini supaya kena banyak belajar lagi mungkin merupakan nasihat terbaik buat dia. sila klik untuk baca.
Sebenarnya menantu ini sedang cemas kerana semuanya yang tidak disangka terjadi begitu pantas. che'GuBard bersama barisan PAKATAN di Rembau dengan ini membalas cabaran menantu PM kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat dengan mencabar beliau untuk meletakan jawatan sebagai ahli parlimen Rembau dan jawatan dalam Pemuda Umno jika ' sesuatu ' berjaya berlaku sebelum 17 September 2008. Tetapi seperti biasa menantu yang hanya berani berkokok sendirian dan didepan penyokongnya ini pasti tidak berani menjawab cabaran ini seperti cabaran debat yang che'GuBard laungkan sejak pilihanraya lepas.
Seperti yang telah dijangka juga semua agensi kerajaan pasti akan diperkudakan sepenuhnya untuk menyelamatkan nyawa politik Abdullah Badawi dan BN itu sendiri, kerana ini bukan setakat kerana Abdullah dan keluarga sahaja tetapi untuk semua penjenayah lolar putih di Malaysia. Tun Dr Mahathir dan keluarga contohnya seminggu ini dan mungkin beberapa minggu mendatang sudah pasti akan mengurangkan serangan terhadap Abdullah serta pentadbiranya kerana takut jika seranganya akan menyebabkan BN itu sendiri tumbang dan dia serta keluarganya juga dalam bahaya.
Secara tiba - tiba selepas pengumuman yang menyentak jantung Abdullah oleh SAPP, BPR telah membuka kertas siasatan ke atas Yong Teck Lee yang kononya terbabit dengan rasuah bernilai RM 5 juta dan semalam juga Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menyatakan BPR tidak pernah bertindak bermotifkan politik. Ini satu pembohongan.... BPR sememangnya bertindak dengan motif politik kerana BPR tidak bebas dan berada di bawah ketiak Perdana Menteri.

Jika bercakap soal rasuah di kalangan pemimpin di Sabah kenapa tidak diangkat kes Musa Aman ? sila baca :

ditegaskan che'GuBard tidak membela sesiapa yang terpalit amalam korupsi cuma nak buktikan di sini betapa BPR itu hanya berkuasa menangkap ikan bilis dan jadi alat politik dalam isu kes kes besar.
Contoh lagi dalam kes kertas siasatan BPR yang diserahkan kepada peguam negara yang mengesahkan bahawa Rahim Thambi Chik (kini MKT Umno) didapati cukup bukti mensabitkan dia dengan tuduhan korupsi yang membenarkan dia mengumpulkan harta hampir RM 40 juta sehingga 31 Mei 1993. Namun dalam ruangan kesimpulan kertas siasatan itu dalam para 6.3menyatakan bahawa betapa dicadangkan kerana keselamatan negara (baca ; keselamatan BN) tuduhan boleh digugurkan jika Rahim Thambi Chik bersetuju meletakkan jawatan dalam kerajaan dan politik.
Perubahan kepimpinan sudah tidak boleh ditangguhkan, ia perlu diusahakan supaya benar terjadi. Semua harus menainkan peranan. Rakyat sudah tidak boleh ditipu lagi. Ketika rakyat diminta berjimat cermat dan ada yang hidup terhimpit derita pemimpin terus kaya raya. contohnya MB Negeri Sembilan hidup terus mewah dengan elaun hampir RM 30 ribu sebulan itu hanya yang sah yang bawah meja tak tahu lagi. sila klik untuk membaca lanjut
Bersama kita turun beramai - ramai pada 6 Julai 2008, Padang Timur,PJ(hadapan Amcorp Mall). Secara aman dan meriah tunjukkan kuasa rakyat !!!

9 comments:

  1. Anonymous11:28 PM

    Kalau DSAI letak jawatan kalau tak berlaku tak terasa sangat, sebab Penasihat sahaja, kalau Khairy, Parlimen kemana, pemuda kemana, Ayuh Khairy, kalau pandai cabar org, pandailah terima cabaran ini. Jangan main dengan api, kalau tiada number 994 kat handphone anda, kelak anda yang terbakar diri sendiri.

    Ayuh rakan2 sertai setiap perhimpunan 5 Julai ini untuk protes harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:44 PM

    Saudara CheguBard,

    Tulisan saudara menjadikan saya lebih bersemangat dan mengisi diri saya dengan harapan bagi masa depan negara.

    Tulisan saudara yang berani dan rujukan-rujukan internet yang saudara sertakan dalam tulisan saudara bagaikan arus laser yang tajam, sudah tentu Khairy terasa sakit membaca posting blog saudara ini.

    Terima kasih untuk sokongan saudara kepada Pakatan Rakyat. Saya bangga dengan prinsip-prinsip murni yang dipegang saudara.

    Tolong jangan hampakan kami, rakyat Malaysia. Teruskan usaha. Kami sentiasa bersama saudara.

    ReplyDelete
  3. Salam ; anak muda parlimen batu... saya menghormati kebebasan berpesatuan...tetapi dalam mobilisasi berdasarkan 'teori' dan pengalaman saya eloklah ditumpukan satu jawatankuasa yang telah dipersetujui sahaja...kerana kewujudan 2-3 jawatankuasa akan mengelirukan massa... kan sudah ada protes saya rasa elok kita bergabung dibawah protes sahaja...sekadar pandangan

    kepada raju...terima kasih atas sokongan tetapi anak muda perlu lebih berani bersama menyatakan pandangan dan turun ke jalan

    ReplyDelete
  4. Anonymous4:09 PM

    meneliti sosok saudara dari tulisan, ceramah dan gerak kerja mutaakhir ini...sesungguhnya tidak keterlaluan dikatakan kami tidak terlalu ralat kehilangan Ezam kerana kami masih ada cikgu badrul !!!

    ReplyDelete
  5. Anonymous7:56 PM

    salam.... Che'gu bard,

    Saya tahu che'gubard baik dengan Ezam, diharap che'gubard rahsiakan gerak kerja PAKATAN RAKYAT daripada EZAM, kerana dia dah jadi SESUMPAHMAN..... dah kena makan sumpah dah, CAKAP TAK SERUPA BIKIN, LARI DARIPADA PERJUANGAN SEBELUM DIPERBETULKAN.... anyway, pro-reform betul ke PAKLAH? memang ya!!! Minyak naik lepas EZAM masuk, memang reform terus....

    ReplyDelete
  6. Anonymous11:15 PM

    hehehe...organisasi yang ada pun tak boleh nak handle, kelam kabut, huru hara & caca merba... ada hati nak tubuh satu lagi organisasi konon ada peranan dalam mobilisasi gerakan massa...berentila berpolitik murahan lagi jijik...siapa makan cili dia yang terasa pedas, siapa makan duit parti dia yang berperut buncit..hahahaha

    ReplyDelete
  7. Anonymous9:53 AM

    knp chegu bard yg nk cabar KJ, kan cabarab itu ditujukan kepada DSAI?..lg baik jika DSAI yg mencabarnya semula...benci & dendam sungguh chegu bard kpd KJ..apa slh KJ kpd chegu bard ye?dia ada sekat rezeki, kebebasan chegu bard ke?

    Jgn jd bajingan chegu bard..sgt memualkan bila diteliti etika saudara sama seperti DSAI...tidak berpijak pada bumi yg nyata dan mengaku kelemahan sendiri...

    ikhlas...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,

    Sebenarnya saya dah bosan bila sebut sahaja KJ, saudara akan mengungkit pasal isu debat.

    Yang dah lepas tu sudah la saudara. Jangan kita sibuk meniup trompet sedangkan pancaragam dah berhenti bermain.

    ReplyDelete
  9. Anonymous6:41 PM

    sama le macam KJ bard cabar dia debat kat rembau dia takut alih isu nak debat ngan anwar lak masa election tu..hahaha.. aku rasa kau keliru bangang sebab kalau KJ usik bard then bard lawan tu maksudnya bard berjuang kerana KJ usik dia tapi now KJ punahkan negara lah...

    crower tu lak pancaragam apa ? hahahaaa.... nasib kj tu leh kuasai mahkamah kanggaroo kita nie kalau tak terkencing le balaci2 dia kena panggil dlm court

    ReplyDelete