Thursday, June 05, 2008

Respon Kenaikan Harga Minyak

Semalam Perdana Menteri Malaysia yang paling lemah dalam sejarah telah mengumumkan kenaikan harga minyak secara mendadak.

11.30 pagi ini beberapa teman - teman mewakili parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) telah bertemu atas nama 'PROTES' di Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Pertemuan yangturut melibatkan pertubuhan mahasiswa itu telah memutuskan satu perhimpunan yang mensasarkan 100,000 rakyat akan berkumpul di KLCC pada 12 Julai 2008 membantah kenaikan ini.


Tuntutan PROTES ialah kerajaan segera menarik kenaikan harga minyak.

Dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut saya menegaskan
  • Pengumuman kenaikan semalam membuktikan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah menipu dalam kempen pilihanraya yang lepas. Pada 25 Febuari semasa melancarkan Manifesto BN PRU 12 beliau menafikan minyak akan naik selepas PRU dan bebberapa kali menyebut bahawa minyak tidak akan naik 'tahun ini' dalam ucapan PRUnya. Jelas manifesto dan janji Pengarah Pilihanraya BN tipu !

  • Kenyataan menyelamatkan subsidi minyak untuk dimasukkan ke Tabung Makanan Negara amat diragui kerana ketika kenaikan terakhir minyak yang kononya menyelamatkan RM4.4 billion untuk disalurkan demi memperbaiki sistem pengangkutan awam jelas gagal. Tiada sebarang pembangunan meningkatkan pengangkutan awam yang konkrit di buat. Semasa membentangkan Bajet 2008, kerajaan telah memperuntukkan RM12 bilion hasil daripada penjimatan subsidi petrol serta diesel untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam dan penubuhan Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam (KWAPA) namun hasil yang diharap-harapkan belum tercapai. Yang jelas dalam pakej tersebut syarikat berkepentingan keluarga Perdana Menteri yang membuat untung kerana dianugerah kontrak kerajaan atas nama usaha meningkatkan pengangkutan awam. Dan ini pasti berlaku lagi kali ini.

  • Kenaikan minyak akan mengheret kenaikan harga barangan keperluan dan perkhidmatan lain juga. Hujah kerajaan kononya akan mengawal atau ada cara mengawal harga juga karut , semalam sahaja jelas kerajaan gagal mengawal stesen minyak apabila lewat petang banyak stesen minyak yang tutup kononya atas alasan habis minyak tetapi kembali menjual minyak selepas jam 12 tengah malam dengan harga baru untuk membuat untung lebih. Kerajaan begitu lemah sehingga pemilik stesen minyak juga tidak menghormati kerajaan dan mengambil kesempatan terhadap penguna.

  • Rebet tunai satu cara yang mengarut. Bayangkan bagaimana jika orang yang kaya memiliki kenderaan lebih dari satu maka kenderaan yang kurang digunakan juga mendapat rebet tunai. Sebaliknya orang yang tak berkemampuan yang hanya ada satu kenderaan menggunakan sepenuhnya kenderaan itu tentu malang bagi mereka.

contoh kiraan rebet tunai
Jenis Kenderaan : Proton Pesona
Kapasiti Tangki : 50 liter
Kekerapan minima isi minyak : 4 kali tangki penuh sebulan
Jumlah penggunaan sebulan : 50 L x 4 kali = 200 liter

Harga lama (RM1.92 per liter)

200 L x RM 1.92 = RM 384/sebulan x 12 bulan = RM 4608


Harga baru (RM2.70 per liter)


200 L x RM 2.70 = RM540/sebulan x 12 bulan = RM 6480


Maknanya beza setahun ialah RM 1872 tetapi rebet hanya RM 625.

  • Tindakan ini yang umpama hadiah kepada rakyat yang mengekalkan BN sebagai kerajaan Pusat (walaupun dengan kemenangan yang boleh diragukan) tidak boleh di diamkan. Rakyat atau mana - mana organisasi digalakkan mempertingkat usaha kempen kesedaran dan bantahan terbuka. Protes - protes aman digalakkan khususnya di luar Kuala Lumpur.

  • Rakyat perlu disedarkan kenaikan semalam bukan kemuncak, bulan Ogos ini harga minyak akan diapungkan mengikut pasaran dunia. Harga minyak negara tidak boleh dibandingkan dengan negara bukan pengeluar minyak, kerana sebagai negara pengeluar minyak jelas Malaysia antara negara yang menikmati keuntungan besar hasil minyak dan gas tetapi mendera rakyat dengan harga yang tinggi. Kerajaan kapitalis BN ini jelas bertindak 'double standard' kerana rakyat dikerah mengikut parasaran dunia tetapi koporat kaya seperti pengeluar tenaga bebas (IPP) dan TNB akan terus diberi subsidi dan kenaikan tarif yang menguntungkan mereka tetapi menzalimi rakyat. Harga kereta Malaysia contohnya tidak mengikut pasaran dunia mahal ada yang lebih 3 kali ganda pasaran dunia ini hanya untuk memastikan rakyat terus di dera tetapi kapitalis besar untung sakan.

  • Seperti biasa setiap kali kenaikan rakyat di kerah berjimat.... tetapi bayangkan ketika rakyat derita malangnya elit politik terus menikmati hidup mewah. Contohnya didedahkan di Parlimen baru - baru ini bagaimana penasihat PM dibayar RM 1 juta wang rakyat.

PROTES akan mengadakan 'road show' seluruh negara menerangkan berkenaan isu ini dan untuk mobilisasi ke arah 12 Julai 2008.

Gambar dan grafik di petik dari Malaysiakini, Harakah

10 comments:

  1. c.bard,

    kasi tampal..

    http://img126.imageshack.us/img126/7427/protesminyakva1.gif

    ReplyDelete
  2. Selamat berjuang Chegubard. Saya dan rakan kagum dengan saudara yang mempunyai prinsip dan tidak kejar pangkat, kedudukan dan kuasa.
    Inilah dia perjuangan yg Lillahitaala.

    ReplyDelete
  3. Ni perhimpunan legal ke? Silap2 masuk jail. Tak nak aku.

    Kenapa tak pikir cara yang lebih proaktif nak menangani masalah ni selain demo. Jangan main-main dengan masa depan negara.

    ReplyDelete
  4. kedaung1:00 PM

    memang kenaikan harga ini sangat memeritkan. tp diharapkan pemimpin2 PR bersikap lebih realistik dengan mencadangkan pelan2 atau cara2 utk menyelesaikan masalah ini. cara berhimpun pada saya bukanlah jalan terbaik, lebih baik dibentangkan pendapat2 dengan cara lebih tersusun, tunjukkan keprihatinan anda terhadap nasib rakyat, dan bukannya membakar semangat marah rakyat. semoga segala usaha akan membuahkan hasil yang dapat dinikmati oleh seluruh rakyat malaysia

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum saudara Badrul,

    Dalam isu sebegini memang sepatutnya tindakan untuk menekan Kerajaan BN diambil oleh rakyat.

    Tindakan Kerajaan BN untuk menaikkan harga minyak tidak mencerminkan sifat mesra rakyat tatkala rakyat sedang bergelut dengan permasalahan peningkatan harga makanan.

    Sekiranya peningkatan harga minyak tidak dapat dielakkan, ianya hendaklah dibuat tetapi dengan matlamat bahawa ianya tidak membawa keperitan terhadap rakyat. Kenaikkan mendadak sebanyak 40% cukup perit untuk ditelan oleh rakyat.

    Tidak perlulah saya komen panjang tentang kesan akibat kenaikkan harga minyak kerana saya telah banyak menyatakan pendapat saya di laman-laman blog lain.

    Cuma apa yang saya hendak katakan di sini adalah Pak Lah telah dengan sendirinya membuka pintu keluar dari arena politik bagi dirinya dan pintu keluar ini bukan sahaja untuk beliau, kemungkinan besar untuk Kerajaan Barisan Nasional secara amnya.

    ReplyDelete
  6. Cikgu Din Sakura10:21 PM

    Elok jugalah di tuntut supaya akaun Petronas boleh diteliti oleh rakyat, termasuk perjalanan pengurusannya, yang dikatakan mengikut kehendak Amno. Juga temasuklah GLC2 yang selalu merugikan rakyat tetapi menguntungkan kroni2 BN.

    Kenaikan 40% harga minyak adalah sesuatu yang tidak boleh di terima apatah lagi Malaysia sebagai sebuah negara pengekspot minyak. Pastinya kenaikan ini adalah untuk mengelakkan kenikmatan hidup golongan elit kroni dari verkurangan.

    ReplyDelete
  7. nice and wise calculation!!

    kesian rakyat...

    ReplyDelete
  8. stopa3:30 PM

    Oook Aloh....

    Sebena nyo NATE DOLOH NGA Puok puok NATE UMNO & BN dok nok maroh ko rakyat pasa dio kaloh banyok ngundi maso ngundi hari tu, jadi lor ni dio dok nok ajar sikik hok tok ngundi NATE UMNO & BN, hok tu la bui rega minyok naik sapai hok tok menasaboh, bengong NATE DOLOH nga puok puok NATE UMNO & BN.

    hooorrr lepah ni ngundi pru 13 ni pakak pakak pakoh lagi la puok puok NATE UMNO & BN, aku ni nook mujo la tange hok tuhae bui ni dog pernoh rajin pakok puok puok NATE UMNO & BN hok tu la tok berapo nok maroh sangat...

    Pade muko hok ngundi NATE UMNO & BN, Heh Chegubard mu jange la dok ngikut EZAM hok dok kato mace mace kor NATE UMNO & BN pah tu dok gi masok balik dalae PARTI NATE UMNO & BN tu... Mu keno ingat la wey... nati orae kato mu tadok BATU PELER... Ezam tu nyo ludoh nga kohok pah tu dok jilak balik hok dia dok kato ko NATE UMNO & BN... Cihhhhhh Ngotor sungoh la wey nate Ezam tu....

    Tapi mu Chegubard aky cayo ko mu... jangae la dok buak bengong mace Ezam tu.... Mu anok jatae Chegubard... Jangae dok wat malu ko mok pok mu la...

    ReplyDelete
  9. Inilah padahnya, kita terpaksa menanggung kesusahan bersama dengan rakyat Malaysia yang memangkah BN padahal kita tahu apabila menyokong Pakatan Rakyat akan dijanjikan penurunan harga minyak tetapi mereka tidak percaya. Subsidi yang diberikan kepada kita ialah subsidi yang begitu merugikan rakyat, padahal contohnya, aku sendiri menunggang motosikal menggunakan petrol dengan harga sekarang dalam masa 3 bulan sahaja menghabiskan subsidi kerajaan selama setahun. Apa daya kita untuk melawan keputusan yang dikatakan adil untuk pemerintah dan untuk rakyat. Adil untuk orang bergaji besar tetapi tidak adil mcm kami yang terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin meninggi dan dengar ura-ura yang tarif elektrik akan dinaikkan, sememangnya permohonan TNB ini sudah lama diminta. Inilah pergorbanan rakyat untuk pemerintah hingga rakyat terkorbankan diri sendiri. Hentikanlah tajaan Petronas ke atas F1, Hentikanlah Monson cup dan segala penajaan yang membuangkan duit, lebih baik duit itu dilaburkan untuk kepentingan rakyat.

    Dengar orang UMNO pun marah akan kenaikan minyak ini, Siapa yang suruh pangkah BN lagi.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    ReplyDelete
  10. UMNO DAN BN MESTI DITENTANG.
    MEREKA BERSIKAP SEPERTI BINATANG.
    MEREKA ROMPAK YANG KITA TATANG.
    TINGGALKAN KITA KERING KONTANG.

    Salam takzim
    http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

    ReplyDelete