Tuesday, June 10, 2008

PM umum pelan kurang beban rakyat (geli janggut dengar)!

Pagi ini ketika memandu menuju Shah Alam dalam kesesakan jalanraya Radio 24 (Bernama) lapor kerana kerajaan BN prihatin masalah rakyat maka PM kesayangan telah umum untuk potong elaun keraian menteri sebanyak 10%.
Kononya Menteri juga akan kongsi penderitaan rakyat....??? geli hati dengar 'puppylah' cuba membohongi rakyat. (PUPPYLAH - nama gelaran PM yang sering Kambing (Fadhil, seorang teman yang berniaga gerai makan di Melawati) gunakan untuk merujuk PM)

Berapa elaun keraian mereka ? Ketika ini, elaun keraian sebulan perdana menteri adalah RM18,865, timbalannya (RM15,015), menteri persekutuan (RM12,320) dan timbalan menteri (RM6,000).

sila klik baca lanjut tulisan mengenai gaji Menteri dari blog seorang teman.

Yang ini tak membazir ke ?
Dua orang Penasihat PM.... apa rasionalnya lebih RM 1 juta setahun dibazirkan untuk mebayar dua penasihat...bukankah rakyat sudah membayar gaji Menteri Di JPM (yang menjaga hal ehwal agama) dan Menteri di Kementerian wanita....
Yang atas gaji dekat RM27,000 sebulan. Yang bawah dekat RM30,000 sebulan? Itu baru gaji. Lain-lain elaun dan tuntutan rasmi berapa pula? Gaji staf...gaji pemandu...Ya Rabbi membazirnya kerajaan BN ni??Apa kerja mereka? Walhal tugas mereka sudah ada Menteri yang bertanggong jawab?Lepas tu ada 'seruan emas'....."Rakyat kena ubah gaya hidup, kena berjimat cermat...jangan membazir"

Hujah pemimpin negara yang membodohkan rakyat

1.Harga minyak terpaksa dinaikkan ekoran harga minyak di peringkat antarabangsa melambung tinggi.
Kenapa pula Malaysia perlu sakit. Sedangkan Malaysia negara pengeluar minyak bukan pengimport minyak.
Kalau harga minyak dunia naik maka negara kita akan bertambah kaya. Analogi yang lain, kalau kita ada dusun durian, tentu kita dan keluarga gembira kerana harga buah durian mahal.

Anak kita boleh makan dengan puas dan kita pula boleh dapat wang banyak. Tetapi pemimpin BN-Umno pula pelik apabila harga minyak dunia naik, rakyat pula menderita terutama mereka yang berpendapatan rendah.

2.Harga minyak kita lebih murah jika hendak dibanding dengan negara Asean yang lain.
Jangan banding dengan Thailand, Indonesia. Perlu banding dengan Brunai kerana harga minyak di negaranya RM1.20 seliter.
Buah Oren dengan epal tidak boleh buat perbandingan. Perlu dingat juga, walaupun Indonesia, Thailand minyaknya mahal, tetapi barang keperluan harian dan pakaian serta barang yang sudah siap murah seperti makanan, pakaian, alat perabot semuanya murah.
Di negara kita semuanya mahal daripada minyak sampai kepada keperluan yang lain. Yang murah hanya maruah pemimpin Umno-BN sahaja.

3. Minyak di Singapura lebih mahal daripada Malaysia.
Singapura bukan negara pengeluar minyak.
Tambahan pula pendapatan rakyatnya tinggi, contohnya pencuci lantai gaji hampir RM2000 ringgit di Malaysia, hanya RM600. Begitu juga pengangkutan awam antara yang terbaik di dunia, di Negara Malaysia Hadhari paling teruk.
Di negaranya tol hanya dikenakan waktu tertentu sahaja, sedangkan di Malaysia siang malam, 'non stop'.

4. Wang subsidi petrol RM56 bilion akan digunakan untuk pembangunan. Kita hendak tanya ke mana wang subsidi ini akan pergi.
Adakah hendak belanja untuk Monsun Cup yang menghabiskan wang rakyat RM 250 juta, Formula 1 yang berapa kerat rakyat yang mampu hendak menonton. Sedangkan belanja untuk Formula 1, tahun 2004-RM98.4 juta, tahun 2005-RM110.7j, 2006-RM121.8j, 2007-130.5j.
Belanja konduktor Malaysian Philharmonic Orchestra sebanyak RM3.5 juta sebulan yang diambil daripada wang Petronas. Apakah ini yang dimaksudkan untuk pembangunan.
Ketika minyak naik 30 sen kerajaan mengumumkan RM4 bilion subsidi akan digunakan untuk memperbaiki pengangkutan awam. Kita tidak nampak pengangkutan awam bertambah baik malahan makin teruk.

5. Ucapan lidah bercabang pemimpin negara, kesian rakyat kerana minyak naik. Ucapan hanya hendak menyejuk hati rakyat.
Kalau mereka kesian kepada rakyat mereka mesti memikirkan masalah rakyat. Pak Menteri tidak kisah elaun dan gaji hampir RM56 ribu sebulan. Minyak naik RM5 seliter pun mereka tidak kisah.

6. Pemimpin Umno-BN berkempen supaya beli barang murah.
Kita hendak tanya kedai mana ada jual barang murah. Kalau ada barang keperluan yang murah boleh dibeli di pejabat Umno baguslah.

7. Hendak ambil tindakan kepada peniaga yang jual barang mahal.
Pemimpin Umno/BN kata jual dengan harga lama masih untung. Mana ada peniaga hendak jual barang murah kalau modal sudah mahal.
Kalau minyak naik, semua barang akan naik, kerana barang bukan bawa dengan beca roda tiga.
Persatuan Lori sudah mengumumkan bahawa mereka akan naik tambang kos pengangkutan 35 peratus. Kerana lori 10 tan dulu hanya perlu untuk minyak RM3000 sebulan sudah mencecah naik kepada RM5000.

8. Kenyataan pemimpin Umno yang hendak membodohkan rakyat supaya jangan marah apabila minyak naik.
"Kita bimbang sekiranya minyak murah rakyat tak cermat dan minyak akan kurang,"kata Perdana Menteri.
"Belanja secara berhemah,"kata Datin Rosmah Mansur. sila klik untuk baca Pembaziran Rosmah
"Ubah gaya hidup...membazir Islam marah,"kata Dato' Seri Najib. sila klik untuk baca bagaimana Najib bercuti ?
Datuk Seri Shahidan Kasim sewaktu minyak naik 30 sen dulu dia suruh pegawai kerajaan naik basikal.
Saya hendak cadangkan supaya pemimpin Umno-BN ambil cermin suluh muka baru boleh nasihat rakyat.
Inilah rupa pemimpin yang memerintah negara kita hari ini. Ya Allah selamatkanlah negara.

7 comments:

  1. allo...chegu buard! tak dengar ke ucapan Agong sempena hari keputeraan baginda ari tu ker... Che gu buard takder anak ker? ada duit sikit...simpan-simpan la untuk generasi masa depan...jgn nak pulun sensorang jer che gu...sian la anak-anak kita...

    www.pilihananda08.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Rakyat perlu bangkit dan tumpaskan UMNO dan kerajaan BN yang zalim dan bersikap seperti BINATANG ini.
    Ingatlah wahai rakyat Malaysia, MELAYU khususnya, bangsa dan rakyat yang hanya menuruti dan membiarkan kezaliman dilakukan terhadap kita adalah bangsa yang dayus dan manusia dayus tidak akan mencium bau Syurga.

    Ayuh Bangsaku, adalah kewajipan kita untuk bangkit dan tentang kerajaan UMNO dan BN habis-habisan kerana kezaliman dan kerakusan mereka sendiri.

    Kita tidak perlu takut kepada ancaman pemimpin UMNO atau polis yang telah terbukti dijadikan seperti lembu dicucuk hidung oleh UMNO.

    INGATLAH BANGSA MELAYU:

    UMNO DAN BN MESTI DITENTANG.
    MEREKA BERSIKAP SEPERTI BINATANG.
    MEREKA ROMPAK YANG KITA TATANG.
    TINGGALKAN KITA KERING KONTANG.

    http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:00 AM

    Bad,
    Pemikiran kau terlalu dangkal untuk mempersoalkan isu-isu semasa..saya nasihatkan kau janganlah sibuk-sibuk komen tentang isu-isu negara, tetapi kau bukaklah mata kau besar-besar lihatlah keatas negeri selangor yang rakan seangkatan kau perintah..

    Lebih banyak bodohnya daripada pandainya..

    KHALID TU BODOH..
    KAU LAGI BODOH

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:06 AM

    anak tanjung

    Untuk Pak Lah...Najib dan adindanya...dengaq betoi2

    PIIIIIII....RAHHHHHHHHHHHH

    ReplyDelete
  5. artikel menarik utk dibaca:

    http://betelnutchronicles.blogspot.com/2008/06/orang-minyakthe-haunting-begins.html

    http://ini-yang-aku-rasa.blogspot.com/2008/06/orang-minyak.html

    ReplyDelete
  6. SALAM...

    NAK TANYA JANGGUT BOLEH MENDENGAR EH???!!!

    ReplyDelete
  7. Anonymous4:55 PM

    SAYA SOKONG KERAJAAN RAKYAT,MARI LAH KITA BERSAMA BERGANDING BAHU MENJATUHKAN KEPIMPINAN PAKLAH DAN BEE END YANG MACAM BINATANG MEMERINTAH KEPADA RAKYAT YANG MISKIN TANPA RASA BELAS KASIH,,

    AYUH KUASA RAKYAT KITA BANGUN KITA BERSATU MENENTANG UMNO-UMNO DAN BEE END KEPARAT DAN MAKAN SUAP SEKENYANG-KENYANGNYA,,

    ReplyDelete