Wednesday, June 18, 2008

Jemputan Debat 30 minit di Awani Astro

Hari ini che'GuBard mendapat satu jemputan untuk muncul dalam program debat 30 min. "Sudut Pandang" yang akan di siarkan secara lansung menerusi Astro Awani (Channel 501), 19 Jun 2008, jam 8.30 malam.

Rancangan yang dikendalikan oleh Kamarul Baharin Haron ini dijangka akan menampilkan juga bekas ketua pemuda umno, Tan Sri Abdul Rahim Thambi Chik akan membincangkan persoalan ekonomi melayu.

Nantikan kemunculannya. Bagi sesiapa yang mahu berkongsi hujah boleh terus email kepada saya di
chegubard@gmail.com

Semalam saya telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban berikutan arahan di bawah seksyen 111 kanun prosedur jenayah (Bab 6). Satu surat mengarahkan saya melaporkan diri di IPD Seremban selewatnya 17 Jun 2008 jam 3.30 petang telah disampaikan kepada bapa saya di kediaman beliau di Seremban. Mengengkari arahan ini disabitkan pula dibawah seksyen 173 kanun jenayah yang berkaitan peruntukan seksyen LLL (11) kanun prosedur jenayah.

Pada 8.15 malam saya telah hadir di IPD Seremban ditemani Setiausaha Bahagian Teluk Kemang dan selaku penyelaras (penaja) keADILan Rembau, Nor Azizi A. Aziz dan beberapa teman lain. Selepas kenyataan saya diambil oleh ASP Mohd Fadhli Daud, Pegawai Penyiasat Jenayah, IPD Seremban, saya telah meninggalkan IPD Seremban sekitar jam 9.30 malam dan terus bertolak ke Taman Angsamas, Rantau untuk mempengerusikan sendiri mesyuarat persiapan program Anti ISA anjuran Jawatankuasa (penaja) keADILan Rembau yang akan berlansung pada 22 Jun 2008,jam 8.00 malam di Taman Angsamas, Fasa 2, Rantau.

ASP Fadhli menyatakan ada dua laporan polis (yang dibuat oleh anggota polis sendiri) ke atas saya berkenaan dengan PROTES 6 Jun di Pasar Besar Seremban dan PROTES 14 Jun di Terminal One Seremban. Menurut ASP Fadhli beliau hanya ditugaskan menyiapkan kertas siasatan. Keputusan pendakwaan terletak pada orang atasanya dan jika disabitkan maksimum melibatkan hukuman denda dan penjara.

Secara peribadi bagi saya ini hanya asam garam dalam perjuangan, malah jika nak dibezakan dengan dugaan yang telah dilalui ia hanya satu yang kecil. Ini tidak sedikit pun melarikan fokus saya selaku jawatankuasa PROTES untuk menerangkan kepada rakyat mengenai kedudukan sebenar dan kegagalan kerajaan BN dalam isu kenaikan harga minyak dan terus bersama teman lain berusaha bersungguh - sungguh untuk menjayakan Himpunan Sejuta Rakyat 5 Jun Kuala Lumpur.
Rakyat diseru bangkit menyatakan hak tanpa rasa takut. Yakinilah nasib kita hanya terbela apabila kita bersuara dengan berani dan buang jauh ketakutan kerana kita sudah dipusingan akhir ke arah 'kemerdekaan rakyat'

10 comments:

  1. Saya dan kawan2 sentiasa menyokong perjuangan saudara.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Ekonomi Melayu berkait rapat dengan dasar pentadbiran dan cara serta displin perlaksanaannya.

    Kiranya dasarnya tempang atau displin perlaksanaannya dicabul, maka corak ekonomi juga terjejas.

    Jika perlu dan punyai masa, boleh saja kaitkan soal ekonomi dengan moral seseorang--- kerana Rahim Thamby pun ada.

    salam takzim

    http://www.kerajaanrakyat.com

    ReplyDelete
  3. Anonymous7:52 AM

    Teruskan usaha anda CheGubard ....

    Ayuh rakan2 sertai setiap perhimpunan 5 Julai ini untuk protes harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    ReplyDelete
  4. Anonymous4:17 PM

    salam chegu bard...

    sudah sinonim perkataan perjuangan keluar dari mulut chegu bard..tapi kesannya kita sendiri tak dpt lihat..kesan yg paling serius demo di sana sini dan muka chegu bard mesti ada sekali..saya pun terasa kesan kenaikan minyak ni tp bg saya kita blh bertindak dengan lebih wajar..tidak ada satu artikel pun di dalam blog saudara ni menyarankan atau memberi cadangan tentang perkara berjimat cermat..yg ada hanyalah kemarahan insan yg tidak puas hati dgn apa yg pernah dilaluinya...

    Chegu bard ckp ingin keluarkan buku berkenaan PRU12 di rembau?..mana ye..atau chegu bard dah xde idea nk kelentong org sekeliling chegu bard..

    Saya yakin, jika chegu bard mng pilihanraya lepas mungkin tindak takduk chegu bard tidak sebegini..mungkin chegu bard terasa tercabar apabila pimpinan PKR yg lain mng PRU12 ttp lain pula terjadi pada chegu bard..kalah dgn majoriti 5 ribu lebih yg dakwa cikgu bard ada pengundi hantu di rembau..

    Malam ni pula chegu bard akan temuramah @ debat bersama tan sri rahim thamby chik dan saya yakin chegu bard mampu berdebat dengan baik..jika chegu bard mng dan mempunyai pendapat yg bernas saya percaya esok hari chegu bard akan mengagong-agongkan kemenangan chegu bard dgn berkata itu dan ini..ttp jika chegu bard tidak berjaya saya tahu apa yg akan chegu bard lakukan..marah, sindiran, fakta yang salah, mengungkit kisah lama bekas ketua menteri melaka tersebut..

    Chegu bard jgn terlalu taksub dengan perjuangan yg chegu bard sendiri tidak jelas objektifnya..perjuangan yg penuh kemarahan, kebencian dan ketamakan..

    Saya yakin chegu bard blh menjadi pemimpin yg baik jika chegu bard tidak bersikap sombong dan dapat muhasabah kelemahan diri sendiri..

    wassalam...

    ReplyDelete
  5. Anonymous9:10 PM

    Salam.. Saya baru je menonton Chegu Bard di Astro 501... Satu pembentangan yang hebat dan tegas disebalik usaha untuk mengalih topik oleh pengacara.. Sayang, kertas "sulit" tu tak dapat dibentangkan..

    ReplyDelete
  6. Seronok rasanya jadi orang perjuangan ni, ye. Sentiasa bersemangat. Tambah pulak dikenali seluruh negara. Bagi saya jika kita menyeru kepada perdamaian sedangkan alasan untuk itu tidak benar, ianya lebih baik daripada kita menyeru kepada perpecahan dengan alasan yang benar. Salam persaudaraan.

    ReplyDelete
  7. Anonymous9:01 AM

    Debat, Badrul kecewa Rahim tidak hadir, dokumen sulit jadi tanda tanya
    Wan Nordin Wan Yaacob
    Thu | Jun 19, 08 | 10:13:58 pm MYT

    SEREMBAN, 19 Jun (Hrkh) - Meskipun sehingga petang tadi (kira-kira jam 7.00, tiada tanda bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik tidak akan hadir dalam siaran langsung Debat 'Sudut Pandang' yang disiarkan melalui Astro Awani (501), namun jam 7.30 kelibat Rahim tidak kelihatan.

    Sebaliknya dakwa Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin, Rahim hanya digantikan oleh Wakil Gabem, Dato' Mohd Dahan yang hadir pada jam 7.30 dan menyatakan beliau menggantikan Rahim.

    "Saya kesal, sebab pada mulanya sehingga petang tadi, saya dikhabarkan akan berhadapan dengan Rahim dalam debat tersebut, dan saya sudah bersedia dengan bahan-bahan seperti rasuah dan penyelewengan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).

    "Malangnya, wakil Gabem sahaja yang hadir.Kita tidak mahu berdebat dengan Gabem sebab pada asalnya Rahim yang sepatutnya hadir, saya meragui bahawa samada beliau takut berhadapan dengan saya sekiranya saya mendedahkan dokumen-dokumen rasuah termasuk soal pemilikan harta beliau," dakwa Badrul Hisham.

    Badrul Hisham menghubungi penulis sejurus tamat rancangan Debat 'Sudut Pandang' yang disiarkan melalui Astro Awani sebentar tadi.

    Rancangan yang membincangkan soal Dasar Ekonomi Baru itu bermula pada jam 8.31 malam dan tamat pada jam 9.00 malam dan telah dikendalikan oleh Kamarul Baharin Haron.

    Bercakap mengenai dokumen 'sulit' yang dibawanya, Badrul Hisham berkata beliau membawa dokumen itu untuk didedah di hadaoan Rahim kerana ia adalah dokumen mengenai bekas Ketua Pemuda Umno itu.

    Malangnya kata beliau Rahim tidak hadir, tetapi ketika beliau menyebut mengenai dokumen itu, wakil Gabem spontan menyatakan 'ia tidak relevan'.

    Bagi Badrul Hisham, respon itu menunjukkan kebimbangan jika dokumen itu didedah kepada awam.

    Menyingkap debat sebentar tadi, Badrul Hisham yang juga bekas Calon KeADILan bagi Parlimen Rembau berkata, DEB sebenarnya gagal membantu bumipuetra dan menghapuskan kemiskinan.

    "Bagi saya DEB gagal secara total, malah ianya hanya mengkayakan kelompok elit dalam Umno sahaja, sedangkan kemiskinan masih terus berlaku," katanya semasa menelefon penulis.

    Dalam debat tersebut Badrul Hisham telah menyatakan bahawa jurang pendapatan yang terlalu jauh antara bukti bahawa DEB yang disasarkan kepada bumiputera gagal.

    Sebaliknya DEB yang dilaungkan pemerintah terutamanya Umno, adalah bekalan kepada elit Umno untuk terus mengaut kekayaan negara dengan menguasai pelaksanaan DEB, katanya.

    Dasar yang dirangka selepas krisis 13 Mei itu seharusnya sampai ke bawah, namun ia tersekat oleh kerakusan elit Umno yang mengaut keuntungan, katanya.

    DEB baginya tidak perlu diteruskan lagi kerana dalam keadaan kegagalan hari ini, pastinya rakyat tidak lagi yakin dengan pelaksanaannya.

    Justeru bagi beliau DEB harus digantikan dengan satu dasar baru yang dinamakam Agenda Ekonomi Negara yang lebih memfokuskan kepada golongan sasar iaitu kelompok pertengahan dan miskin.

    Namun sebelum sempat Badrul Hisham mencadangkan dasar yang diilhamkan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, pengacara majlis menghentikan debat tersebut kerana masa telah tamat.

    "Kalau panjang lagi tadi saya nak kemukakan cadangan Agenda Ekonomi Negara yang fokusnya kepada membantu ekonomi kelompok pertengahan dan miskin.

    "Agenda ini tidak hanya menumpukan kepada kelompok pemegang kuasa seperti dalam DEB sebaliknya memastikan kelompok miskin dan pertengahan melepasi tahap yang ditetapkan iaitu keluar dari kemiskinan tersebut," ujar Badrul Hisham. _

    komen:

    mmg benar apa yg dikatakan oleh salah satu komentar yg diberikan di blog chegu bard ini..

    persoalannya disini..

    benarkah DEB itu gagal sepenuhnya seperti yg dinyatakan oleh saudara?

    Adakah chegu bard pernah menerima apa2 juga biasiswa atau pinjaman dari pihak kerajaan?

    Adakah kedua org tua chegu bard hidup dipawah kemiskinan lagi?(lihat apa yg hampir dgn saudara dahulu seblm lihat yg jauh)

    Dari manakah chegu bard mendapat file sulit tersebut atau chegu bard hanya mereka2 kandungan fail tersebut dengan fakta yg merupakan tomahan kepada individu yg lain?

    Kenapa tidak di hebahkan kepada umum sahaja atau didalam blog saudara ttg salah guna kuasa Tan Sri Rahim?

    Cara saudara ini mirip kepada samasa kekalahan chegu bard kepada KJ pada PRU lepas, saudara katakan ada bukti yg banyak untuk menjatuhkan khairi, salah laku khairi ttp saudara sekali lagi gagal untuk membuktikan hal tersebut?

    Apa rasionalnya Agenda Ekonomi Negara jika DSAI juga pernah berkomplot untuk kekayaan kroni beliau semasa beliau menjadi menteri kewangan?

    Org melayu mmg mahir menghentam ttp tidak pernah mencuba utk muhasabah diri ttg kelemahan diri seperti juga chegu bard..

    Penyokong pembangkang juga ramai yg mendapat manafaat dari DEB dengan perolehi tender yg besar tp apa yg sala lihat salah urus tadbir sendiri menyebabkan mereka gagal dalam perjuangan lalu salahkan kerajaan..tidak pernah bersyukur..

    ikhlas...

    ReplyDelete
  8. Anonymous4:01 PM

    harap komen yang bangang atas ni bacalah jawapan badrul dan huraian fakta yang aku rasa dia buat dengan baik skali
    http://chegubard.blogspot.com/2008/06/sedikit-kecewa-tan-sri-rahim-tak-datang.html

    ReplyDelete
  9. Anonymous10:08 PM

    Sadr/ri,

    Saya sebagai bekas orang kuat Umno ingin menyuarakan rasa hormat pada Che Gue Bard. Saya tahu bagaimana tekanan yang di terimanya terutamanya apabila berada di Rantau NS. Beliau bukan sahaja berdepan dengan KJ malah MB dan ramai lagi orang kuat UMNO di Rantau ini.

    Terus terang dikatakan mereka inilah pemusnah UMNO. Bagaimana yang telah dikatakan oleh Azman dari Kg seliau adalah benar belaka.

    Untuk pengetahuan semua, Datuk Azman Haji Hassan Setiausaha Umno NS adalah pengasas pergerakkan menentang UMNO sejak dari tahun 80 an lagi.

    Beliau juga merupakan salah seorang penaja Calon Bebas ketika melawan calon MIC , Datuk S Muthupalaniappan dan beliau jugalah Pengasas Parti Semangat 46 di Rantau, NS.

    Malangnya hari ini apabila adiknya berkuasa sebagai MB beliau pula yang berkokok sebagai ayam sabung UMNO.

    Saya ingin mencabar beliau turun ke gelanggang untuk menyahut seruan ini sebagai anak jantan ! Kalau selama ini hanya memegang jawatan yang dilantik cuba pula hari ini bertanding mana-mana jawatan baik dalam UMNO atau pilihanraya.............

    Selama ini Azman secara bacul mengatakan orang ini dan orang itu parti pembangkang tewtapi beliau sedar tak bahawa beliau juga pernah menubuhkan parti pembangkang di Rantau ???

    Kepada Azman Haji Hassan beliau sedar tak proksi niaga adik beliau Datuk Ghani haji Haassan, iaitu Rusli bin Nurdin ( UK Engineering ) adalah bekas ahli Ahli Adil ketika adiknya bertanding Rusli merupakan Polling Agent di Sek Rendah Cina Rantau ??
    Untuk siapa? bukan untuk Datuk Ghani tetapi untuk Cikgu Hussin ???

    Kepada Datuk Azman ingat satu blog akan di buka untuk kamu demi menelanjang sikap kau yang sebenarnya.............

    Bagaimana kau menggunakkan UMNO untuk menghimpunkan kekayaan... Bagaimana kau mendapat kontrak naik taraf jalan di Kuala Pilah secara tidak telus.......

    Azman Haji Hassan..masa kau dah tiba !!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  10. Anonymous11:26 PM

    DEB GAGAL KONON....KAU TANYELA TAN SRI KHALID(MB SELANGOR)DIA KAYA SBB APA...BADRUL NI CAKAP APE PUN KAT DIA TAK GUNA...BEBAL...

    ReplyDelete