Tuesday, June 10, 2008

Demo Minyak menjelang 12 Julai


petikan kenyataan media Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Pemuda Pakatan Rakyat seluruh negara akan hadir dan memimpin Demontrasi Rakyat yang akan diadakan pada 13 Jun 2008 di ibu negara.
Program ini pada asalnya bermula dari kalangan pemudawilayah diangkat ke peringkat nasional sebagai membuktikan keseriusan Pemuda PAKATAN dalam menghadapi isu kenaikkan harga minyak dan tarif elektrik.
Program ini akan berlangsung selepas solat Jumaat. Cadangan asal, perhimpunan akan bermula dari Bangunan Citibank. Walaubagaimana pun, bagi menggalakkan penyertaan lebih ramai rakyat maka tapak mula perhimpunan aman ini ditukarkan ke Masjid Kg. Baru hingga ke Bangunan Suria KLCC.

Bagi mereka yang bukan muslim, disarankan menunggu di sepanjang laluan yang ditetapkan.

Para peserta perhimpunan digalakkan membawa sepanduk atau bahan-bahan demontrasi yang tidak membahayakan dan tidak menggangu ketenteraman awam. Para peserta juga dinasihatkan membawa air mineral bagi persediaan awal agar tidak terlalu letih dan kehausan.

Diharapkan golongan belia dan seluruh rakyat dari serata pelusuk negara dapat sama hadir bagi menunjukkan bantahan dan protes terhadap kenaikkan harga minyak yang melampau kali ini. Inilah masa untuk kita bergandingan tangan menunjukkan bahawa kuasa dan suara rakyat itu wajib didengar dan diambil perhatian.

Sekarang buka masa untuk kita berpeluk tubuh dan redha begitu sahaja. Hari ini Kerajaan BN naikkan 78sen untuk petrol dan RM1 untuk diesel, tapi jika kita tidak keluar membantah, kemungkinan besar pada bulan Ogos, Kerajaan akan menaikkan lagi kepada suatu harga yang kita tidak mampu untuk miliki.

Selain itu, bantahan kali ini lebih penting kerana ianya akan memberikan satu tekanan agar Kerajaan menilai semula keputusan menaikkan harga minyak dan tarif elektrik yang berkuatkuasa pada 1 Julai nanti.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Hadirlah beramai-ramai untuk kita laksanakan tanggungjawab kita sebagai rakyat yang berdaulat dan memiliki hak yang wajar diperjuang dan dihormati.
.........................

Debat Salahuddin-Shahril tentang harga minyak di TV1 esok

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub akan muncul di kaca televisyen menerusi rancangan "Bersemuka" TV1 bagi mendebatkan isu kenaikan harga minyak, esok.

Salahuddin akan berbalas hujah dengan Menteri Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahril Samad berhubung rasional kerajaan menstrukturkan semula harga bahan api sehingga mengakibatkan kenaikan mendadak harga runcit petrol dan diesel 5 Jun lalu.

Rancangan "Bersemuka" itu akan disiarkan secara langsung oleh TV1 mulai jam 9.30 malam.(petikan harakahdaily)

No comments:

Post a Comment