Friday, December 15, 2006

Perletakan Jawatan

Sehari dua ini saya dihujani sms dan panggilan telefon meminta pengesahan mengenai perletakan jawatan saya dari Angkatan Muda Malaysia.

Adalah dengan ini saya mengesahkan telah
meletakkan semua jawatan yang saya sandang dalam Angkatan Muda Malaysia peringkat Pusat. Perletakkan ini berkuat kuasa 25 November 2006. Saya telah mengumumkan perletakan jawatan di dalam Mesyuarat Exco Pertama di bawah pemangku Angkatan Muda.

Surat perletakkan jawatan akan saya hantar dalam masa terdekat dan penjelasan akan turut saya siarkan dalam blog saya ini.

Di harap semua Angkatan Muda dan pendokong Gerakan Reformasi tidak membuat penilaian negatif berdasarkan spekulasi respon dari perletakan jawatan ini. Saya akan terus bersama perjuangan memperkasa kedaulatan rakyat. Saya masih bersama GERAK sebagai Eksekutif Ko Ordinator.

cheGuBard 0176688404

Thursday, December 14, 2006

What Really Happened To Altantuya?

The more I read the news and listen to 'stray talk' and rumours, the more I'm convinced that there is something about the Altantuya murder case that we either don't know or are not being told. At first it seemed to me a romance between a debonair Malaysian political analyst, Abdul Razak Baginda and the ravishing Mongolian model which turned sour and led to perhaps threats or blackmail resulting in her death. All that remained was for the law to determine who committed the murder and the guilty charged in and punished by the courts.

However as the days went by it was becoming increasingly difficult to ignore the hushed talk here about the involvement of at least one very highly placed politician. Try a Google search regarding the murder and inevitably the same name, that of Deputy Prime Minister and Defence Minister, Najib Abdul Razak keeps popping up. What has Najib got to do with the romance and the murder? Did he too have an affair with Altantuya? It wouldn't be the first time, if you get my drift. Or did he 'facilitate' the removal of the model with his considerable influence? These are perhaps the two main questions on everyone's mind.

Now we also see a lot of pressure coming from Mongolia. Recently a group of 45 Mongolian non-government organisations issued a statement, expressing concern that "the real criminals who ordered the crime may escape justice while the physical performers of the crime become scapegoats". Now what is one to make of that kind of sweeping claim? And mind you they used the plural - criminals. Altantuya's father, Setev Shaariibuu who was here during mention of the case said, "this is an international case, this is a brutal murder. It (the trial) was all about releasing him, all about his family, and his background ... I hope justice will be served." On top of that The Mongolian PM has asked for updates of the trial.

Early in the case, Malaysian Prime Minister Abdullah Badawi promised there would be no cover-up, but the Government has since refused to comment, saying the case is before the court.

That has not stopped opposition politicians. In Parliament, Karpal Singh of the Democratic Action Party has claimed the C4 explosives could only have been found in the Defence Ministry.

"So what was the link of the Defence Ministry (with the case)?" he reportedly asked Parliament this month. "Why was Altantunya's body exploded? Was she pregnant? Are the police afraid to investigate because it involved a highly placed minister?"

Another opposition politician, Syed Husin Ali of the People's Justice Party, said: "Should the Government continue to be silent, rumours will spread even further and will eventually be accepted as the truth by the public." The trial is expected to begin January 5th next 2007.

So things are going to hot up next month when the trial proper starts.

FOR THE LATEST ON TODAY'S CASE:
1) Altantuya Murder: Case Fixed For Mention On Jan 5
2) Lawyers Engage In Verbal Spat Over Cops' Counsel

Akhirnya Mahathir akan peluk Soros di Kuala Lumpur

Utusan semalam 13 Disember melaporkan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan bertemu dengan ‘musuh lamanya’, jutawan George Soros yang dijadual melawat Malaysia minggu ini.

Masih kita ingat lagi bagimana Dr. Mahathir menghentam Soros satu ketika kerana kemelesetan ekonomi Malaysia pada 1997 / 1998. Mahathir menyatakan kepada rakyat betapa soros mensabotaj ekonomi negara dan segala permasalahan rakyat berkaitan kegawatan ekonomi berpunca dari Soros dan rakyat perlu bersatu di belakangnya untuk menyelamatkan negara.

Bekas Perdana Menteri itu pernah menyifatkan Soros sebagai ‘penyangak’ dan menyalahkan Soros sebagai punca kejatuhan ekonomi Malaysia malah Asia dengan menyahstabilkan tukaran wang asing. Walaupun ketika itu ramai penganalisis dan pakar ekonomi mengatakan bahawa pembaziran yang dilakukan oleh negara dan amalan korupsi menjadikan ekonomi Malaysia lemah dan mudah diserang. Lebih parah lagi pada ketika itu Bank Negara sendiri turut terlibat dalam perniagaan spekulasi mata wang dan kerugian dalam jumlah yang amat besar.

Namum Utusan yang memetik laporan agensi berita asing AFP semalam melaporkan bahawa salah seorang pembantu kanan Mahathir telah mengakui akan berlaku pertemuan antara Soros dan Mahathir.

“Mereka memang akan bertemu, namun maklumat terperinci mengenainya masih belum dapat dipastikan” kata pembantu kanan Mahathir lapor AFP.

Tentu ramai bakal pelik dengan kejadian ini, mana mungkin Mahathir yang satu ketika dahulu bukan setakat menghentam tetapi mengajak seluruh rakyat menghentam jutawan kelahiran Hungary itu tetapi kini bakal bertemu mesra di Kuala Lumpur ?

Sebenarnya ia bukan satu yang pelik. Bagi mereka yang merasa pelik cuba ingatkan bagaimana peristiwa ucapan Dr. Mahathir dalam satu Perhimpunan Agung Umno yang kuat menghentam Yahudi dan Barat sebagai bangsa yang zalim dan sentiasa dengki akan kemajuan negara Islam seperti Malaysia. Ucapan tersebut mendapat kecaman dari perbagai pihak. Malah rumah Putih (US) menyuarakan rasa amat tidak selesa dengan ucapan beliau.

Dr. Mahathir yang ketakutan dengan perkembangan itu telah menggunakan jutaanduit negara membayar sebuah pertubuhan pelobi untuk membolehkan beliau berjumpa bush hanya untuk beberapa minit.

Seperti biasa semasa berada di tampuk kuasa beliau pasti akan menggunakan sentimen patriotik dan perkauman apabila berhadapan masalah khususnya berkaitan ekonomi untuk mengalihkan isu sebenar iaitu korupsi dan salah guna kuasa yang berleluasa melemahkan ekonomi negara.

Dan ketika tidak berada di tampuk kuasa khususnya apabila tidak lagi dipedulikan oleh parti yang di pimpinnya dahulu, beliau bakal berpeluk mesra dengan seorang yang beliau ajak rakyat musuhi satu masa dulu.

Soros dijadualkan akan tiba di sini hari ini dalam siri lawatan serantau untuk mempromosikan buku terbarunya, The Age of Fallibility.

Beliau juga akan menyampaikan ucapan di Persatuan Alumni London School of Economics Malaysia, Jumaat ini.

P / s : dulu Dr. Mahathir tuduh Anwar Ibrahim agen asing tetapi rakyat akan saksikan siapa yang sambut ‘penyangak matawang’ (berdasarkan tuduhan PM Malaysia ke 4) di Kuala Lumpur nanti…..mengikut maklumat bukan sahaja Mahathir tetapi Najib juga mengatur pertemuan sulit dengan Soros

Tuesday, December 12, 2006

Rayuan bagi anak fakir 'berikan kami senyuman-Jom kembali ke sekolah"

Menjelang Syawal yang lepas Angkatan Muda Negeri Sembilan telah berjaya membantu 56 buah keluarga fakir menikmati Eidulfitri. Melalui program yang dinamakan Jejak Fakir tersebut AMKNS amat menginsafi kedaifan rakyat dan amat menyesali ia beralku dalam keadaan kerajaan membazirkan dan menyelewengkan RM 4.5 juta (peruntukan dana khas dari kerajaan pusat untuk rakyat miskin) hanya untuk membina dapur rumah Menteri Besar *

Menjelang tahun baru ini AMKNS amat merisaukan nasib anak anak keluarga fakir ini. Maka atas semangat yang sama dan atas kejayaan program ini AMNS akan meneruskan program bantuan ini dengan program ’Jom kembali Sekolah’. Program Jom kembali ke Sekolah ini akan di lancarkan untuk membantu anak – anak fakir miskin ini membeli peralatan dan keperluan sekolah.

Memang benar, yuran peperiksaan sekolah di mansuhkan tapi bagaimana dengan yuran sampingan seperti yuran Majlis Sukan, Yuran PIBG, Yuran Kertas Peperiksaan percubaan dan seumpamanya. Malah bagaimana mereka ini mungkin berdepan dengan pakaian sekolah dan peralatan sekolah yang semakin mahal. Kami merayu bagi pihak anak – anak keluarga miskin ini , kepada mereka yang berkemampuan sudilah membantu dengan menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan, peralatan sekolah dan seumpamanya. Sebarang bantuan bolehlah disalurkan dengan menghubungi ; Badrul 017 6688404 @ Azizi 012 3696474.

Atau boleh terus masukkan ke akaun khas Bendahari AMKNS (BSN) 05 105 2900012 0067 – Zaini Yusof dan kemudian boleh menghubungi nombor di atas untuk mendapatkan resit pengesahan penerimaan sumbangan. Janji Angkatan Muda keADILan Malaysia meneruskan tekad memperjuangkan rakyat terbanyak !
*berdasarkan laporan audit negara 2005 yang dibentangkan di Parlimen.

berita berkaitan : sila layari http://chegubard.blogspot.com/2006/11/fakir-miskin-amns-akan-temui-mains-dan.html

KENAPA SAYA MASIH TIDAK MENUKAR KAD PENGENALAN BERKUALITI TINGGI KEPADA MY KAD….

Hampir genap setahun kejadian jutaan rakyat negara ini terkejar dan berpusu menyerang Pejabat Pendaftaran Negara seluruh negara. Selaku agen kepada syarikat pengeluar MyKad dan serentak dengan serangan rakyat itu, maka kebanyakan Pejabat Pendaftaran telah beroperasi lebih masa untuk memastikan MyKad laris dan berjaya diperolehi oleh rakyat.

Serangan itu kerana ketakutan rakyat (yang pada masa itu masih belum menukar Kad Pengenalan Berkualiti Tinggi kepada MyKad) terhadap ugutan pemerintah yang kononnya denda akan dikenakan selepas tarikh yang di tetapkan. Namum sehingga akhir tarikh yang diberikan hampir ratusan ribu dilaporkan masih belum menukar kad pengenalan mereka kepada MyKad.

Sedikit kelegaan apabila kabinet memutuskan pada 5 Januari 2006 hanya RM 10 dikenakan kepada mereka yang belum menukar My Kad lagi. Dengan pengumuman kabinet ini juga ada yang rasa tertipu kerana terlalu percaya dengan ugutan sebelum ini hingga sanggup ’bermalam’ beratur menunggu giliran membuat MyKad.

Rupanya setelah semua terhambat dan terkejar-kejar, penalti yang terkena cumalah RM10. Mungkin bagi setengah pihak RM10 itu besar, tetapi dalam negara yang serba naik hari ini (minyak naik, yuran sekolah naik, tambang naik, ayam naik, makanan naik) RM10 yang asalnya besar itu taklah seberapa besar lagi nilai sebenarnya pada hari ini.

Namun rasa tertipu sebilangan mereka mungkin sedikit terubat apabila ada mereka dinamakan sebagai pemenang kereta dalam pertandingan menukar MyKad atau sekurang kurangnya memiliki pengosok baju mahupun pengering rambut.

Serentak dengan pengumuman kabinet itu juga Menteri yang bertanggungjawab turut menyeru agar ratusan ribu yang masih belum menukar Kad Pengenalan itu agar berbuat demikian sesegera mungkin.

Mengikut satu sumber dipercayai statistik sehingga kini yang masih belum menukar ke My Kad masih tinggi.... persoalanya ialah kenapa perkara ini berlaku?

Januari lepas sebuah akhbar harian berbahasa Melayu, selepas pengumuman kabinet telah membuat analisis mengenai kepada ramai lagi masih tidak menukar MyKad.

Antara kemungkinan yang diutarakan antaranya ialah rakyat yang berada diluar negara dan berasa susah untuk ke kedutaan untuk menukar MyKad tetapi hampir semua analisa yang dibuat merumuskan alasan menyalahkan sikap rakyat Malaysia yang tidak kisah.

Kenapa saya tidak menukar MyKad.

Untuk pengetahuan semua saya adalah antara yang menjadi angka dalam statistik rakyat yang masih menukar kepada MyKad. Persoalanya kenapa saya tidak menukar kepada MyKad ?

Pertamanya saya tidak melihat kepentingan mengapa saya perlu menukar kepada MyKad. Malah saya melihat penukaran MyKad ini berkait rapat dengan pemunggahan wang negara ke kocek syarikat pengeluar MyKad tersebut. Saya juga mengesyaki dalam proses itu sudah tentu terdapat unsur korupsi terlibat.

Saya cukup yakin orang yang berpandangan seperti saya ini juga ramai jumlahnya tetap mengapa tiada perbincangan mengenai alasan ini dilakukan.

Malah pada pada ketika ramai rakyat berpusu menukar My Kad, tidak kurang juga ramai yang berpandangan kesungguhan kerajaan menghambat rakyat dengan menetapkan dateline itu sebenarnya hanyalah untuk melariskan bekalan syarikat pembekal yang memiliki kontrak membekalkan MyKad itu.

Menurut Menteri Dalam Negeri ketika itu Azmi Khalid, kos membuat sekeping MyKad adalah RM28.60. Tidakkah kelihatan agak tingi kos tersebut?

Kontrak membikin MyKad telah diberikan oleh kerajaan kepada sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia iaitu IRIS Corporation Berhad melalui perjanjian pada 13 Ogos 2003 yang lalu.

Berdasarkan laporan media utama negara, menurut perjanjian tersebut IRIS melalui anak syarikatnya GMPC Corporation Sdn. Bhd. akan membekalkan sejumlah 9 juta keping MyKad kepada Jabatan Pendaftaran Negara selama tempoh dua tahun dengan kontrak bernilai RM 216 juta.

Bermakna melalui perjanjian itu sekeping MyKad jatuh RM24.00. Kenapa menteri menyebut RM28.60? Kenapa ada tambahan RM2.60?

Kemudian adalah difahamkan pada 29 Ogos 2005 IRIS dan kerajaan menandatangani empat lagi perjanjian kali ini untuk membekalkan dalam tempoh 4 bulan MyKad, MyKid dan MyPR dengan kontrak bernilai RM92 juta!

Pertamanya ayuh kita fikirkan bagaimana boleh berlaku perbezaan harga sebegitu rupa, barangkali JPN nak ambil untung, barangkali ada VO kerana harga barangan naik, atau apa sahaja alasan .

Kedua tidakkah terlalu tinggi kos membuat sekeping MyKad itu?

Kos kad ATM

Kerana saya tidak memiliki maklumat kos pembikinan sebenar, cuba kita bandingkan dengan kad ATM, kecuali gambar pada MyKad, kad ATM juga kini memiliki cip sebagaimana MyKad cuma barangkali dengan perisian yang berbeza.

Contohnya kepada pemegang kad MAYBANK ATM yang hilang kadnya, MAYBANK mengenakan caj RM12 untuk membikin kad baru. Bermakna dengan RM12 (yang pasti kosnya lebih rendah dari itu) MAYBANK boleh membekalkan kad ATM baru dengan mengambil kira penalti yang pasti melindungi kos bank termasuk untung.

Katakanlah kerana terlalu canggih maka kos MyKad perlu lebih mahal, berapakah kadar lebih mahal itu? RM10 lebih mahal sekeping?

Saya membangkitkan perkara ini kerana saya mengira membikin 9 juta kad (tidak termasuk perjanjian kedua) dengan kos RM28.60 (menurut pengumuman Azmi) atau RM26 (menurut kontrak pertama) adalah terlalu mahal, dan rakyat Malaysia menanggung satu beban yang besar kerananya.

Sementara itu menurut makluman pada Mesyuarat Agung Tahunan IRIS pada Jun 2005 yang lalu, mesyuarat telah meluluskan elaun dan yuran pengarah berjumlah lebih RM1.50 juta kepada ahli-ahli lembaga pengarahnya, satu jumlah yang agak besar untuk sebuah syarikat awam.

Juga menurut rekod keuntungan syarikat bagi tahun berakhir 31 Disember 2005 adalah sebanyak RM6.823 juta berbanding RM4.393 juta tahun sebelumnya.

My Kad berkualiti, lebih dan tidak boleh dipalsukan.

Cuba rakyat Malaysia ingat inilah juga alasan kerajaan mendesak rakyat menukar kad pengenalan dari kad pengenalan biru kepada kad pengenalan berkualiti tinggi kononnya.

Saya masih ingat kad pengenalan arwah nenek saya. Berwarna biru, agak besar dan punya cap jari di kiri dan kanannya. Ketika nenek saya hidup, berdasarkan pengakuanya kad pengenala ’biru’nya itu berusia hampir 30 tahun. Pernah hilang sekali namun dipulangkan oleh seseorang melalui Balai Polis Pekan Linggi. Pernah terendam air kerana banjir, pernah basah, termasuk mesin basuh dan sebagainya...namum ia kekal elok selama 30 tahun.

Namum kad pengenalan ’sekental’ itu dikatakan tidak berkualiti dan mudah dipalsukan. Maka seluruh rakyat di perintahkan untuk menukar ke kad pengenalan yang di gelar Kad Pengenalan Berkualiti Tinggi. Baru seminggu nenek saya memiliki kad pengenalan itu, dia terlupa dan kad pengenalan itu termasuk ke dalam mesin basuh dan Kad Pengenalan Berkualiti Tinggi itu rosak dan renyuk, plastik laminated nya terbuka.

Sebulan selepas itu pada usia 73 tahun dia terpaksa membuat kad pengenalan baru lagi dan didenda kerana kad pengenalanya rosak.

Malah rakyat juga dikecewakan jaminan Kad Pengenalan Berkualiti tinggi itu kebal dan selamat ternyata retorik kerana hampir ratusan ribu juga kad pengenalan palsu di kesan kemudiannya. Khususnya banyak di temui di utara Sabah.

Kini sekali lagi lawak yang sama digunakan. Rakyat terpaksa menukar Kad Pengenalan Berkualiti Tinggi kepada MyKad agar ia lebih selamat dan efisyen.

Dalam tahun ini berapa ribu MyKad palsu telah dikesan.... apa yang kebal... ?

Ini tidak menghairankan kerana sistem pembuatan MyKad ini di pegang oleh sebuah syarikat swasta. Kad Pengenalan ialah benda penting dan melibatkan keselamatan negara. Bagaimana mungkin perkara sepenting Kad Pengenalan yang melibatkan keselamatan negara di punyai oleh sebuah syarikat. IRIS (syarikat pembuat MyKad) ialah sebuah syarikat awam dan apa jaminan agen asing melalui mana – mana proksi tidak memiliki kepentingan dalam syarikat dan dapat mengekses ke dalam sistem pembuatan MyKad.

Mudah dan efisyen antara alasan lawak yang digunakan oleh pemerintah untuk menipu rakyat agar menukar MyKad. Kerajaan menberi jamiman dengan hanya menyimpan satu MyKad anda tidak perlu membawa kad bank, lesen memandu dan sebagainya. Hidup akan lebih mudah dengan hanya membawa satu kad.

Saya mempunyai dua orang teman rapat yang pernah disaman kerana tidak membawa lesen memandu. Tahun lepas semasa melalui sekatan jalan raya teman saya di minta menunjukkan lesen memandu, lantas beliau menunjukkan MyKad tetapi beliau di saman kerana gagal menunjukkan lesen memandu. Pegawai yang membuat sekatan jalan raya tidak mempunyai peralatan mengimbas MyKad.

Kemudian bayangkan jika seseorang menggunakan MyKad sebagai kad bank. Bayangkan dia cuba mengeluarkan wang pada hari Jumaat malangnya oleh kerana tersalah key in nombor pin maka MyKad ditelan dan dia hanya boleh mendapatkan MyKad nya semula pada hari Isnin (itupun jika Isnin itu bukan cuti umum). Jika itu terjadi maka berhati hatilah dan lebih parah jika muka anda mempunyai iras warga Bangla atau Indonesia anda mungkin di tahan kerana di syaki pendatang asing tanpa izin kerana anda gagal menunjukkan MyKad ketika ditahan sedangkan MyKad anda ada dalam mesin ATM tadi.

Kad berkualiti juga jaminan yang melengkapkan lawak MyKad ini. Ini pengalaman salah seorang Exco Angkatan Muda keADILan Malaysia. Bulan Febuari 2006 lepas Saudari Zarerah Hanin hendak membeli peralatan elektrik di Court Mamonth cawangan Kajang.

Beliau di minta menunjukkan Kad Pengenalan. Maka beliau keluarkan MyKad nya, namum beliau amat kecewa kerana alat pengimbas MyKad yang digunakan gagal membaca MyKad beliau dan beliau tidak boleh meneruskan urusan pembelian tersebut.

Ke esokan harinya beliau terpaksa mengambil cuti untuk ke Pejabat Pendaftaran Kajang untuk mengadu hal itu. Pegawai yang bertugas mengatakan cip MyKad beliau tidak boleh dibaca. Pegawai itu meminta beliau membuat permohonan mendapatkan MyKad baru kerana rosak. Maka untuk itu beliau terpaksa membayar denda sedangkan itu bukan kesalahanya.

Bayangkan berapa keuntungan ‘tambahan’ yang syarikat pengeluar MyKad peroleh ketika jutaan rakyat terpaksa menukar MyKad kerana cip yang tidak berkualiti dan sensitif itu rosak.

Syarikat pembekal MyKad akan terus untung, manusia yang mendapat ‘percent’ juga akan terus untung dalam keadaan rakyat terus di himpit kesusahan.

Jika Pak Din di Kuala Pilah membaca tulisan ini pasti daia akan mengatakan “Apo nak buek dia momorintah kito ikut yo lah…” dan sudah tentu mereka yang memperoleh ‘percent’ dari urus niaga MyKad tidak peduli mengenai tulisan ini kerana kata mereka “Awat nak gempaq – gempaq bukan ramai yang bising lagi pun kita di lindungi…selagi ada bahagian percent untuk yang berkuasa”

Tetapi ketahuilah jutaan rakyat sedang memerhatikan kerakusan ini. Puluhan ribu yang belum membuat MyKad ialah lambang protes senyap rakyat terhadap penindasan dan rompakan wang rakyat oleh penguasa. Mereka sudah bosan dengan kerajaan yang memperbodohkan rakyat. Majoriti mereka ialah anak muda dan aku bangga menjadi sebahagian dari mereka.

2004 Manifesto BN : Perang Rasuah ??

Hujung minggu yang lalu, sambil melayari laman web secara tidak sengaja ternampak Manifesto BN Pilihanraya 2004, di mana pemimpinnya juga pernah berikrar untuk memerangi rasuah.

Apa yang dinampak oleh masyarakat umum, secara persepsinya gejala korupsi semakin barah kalau dibandingkan dengan beberapa tahun sebelum ini. Secara langsung, indek korupsi jatuh daripada 39 ke 44, pelaburan langusng luar negara terus menurun, indek tarikan pelaburan juga merosot.


Apakah pendapat anda? Adakah kerana:

a. Kerajaan tidak dapat sokong penuh dari semua pimimpin atas?

b. Adakah kerajaan hanya huraikan konsep / hasrat tanpa keikhtibar yang kukuh dalam pelaksanaan?

c. Adakah kerana pemimpin negara tidak menunjukkan keteladanan yang jelas / murni untuk masyarakat?

d. Adakah kerana ada tekanan-tekanan tertentu yang kita tidak faham?

e. Adakah kerana ada kejadian yang melibatkan pemimpin @ keluarga pemimpin sendiri?

f. Adakah kerana indek-indek yang diumumkan itu tidak tepat?

g. Adakah kerana BPR tidak diberikan kuasa untuk berdikari?

h. Adakah kerana sistem pendidikan kita lemah untuk mengukuhkan kesedaran anti-korupsi?

i. Adakah kerana permainan politik perkauman boleh membenamkan semua persoalan korupsi atas alasan mempertahankan hak kaum masing-masing?

j. Adakah kerana pendidikan agama gagal memandu pemimpin kita berada di atas landasan yang tidak dosa?

k. Adakah kerana rakyat idak berani untuk bersuara walaupun rakyat sedar wang cukai mereka telah disalahguna?

l. Adakah kerana kekurangan sebaran maklumat untuk masyarakat menilai?

m. Adakah orang berkuasa takutkan bayang sendiri?

n. Adakah ini hanya laungan orang politik pembangkang?

Adakah kerana apa? Tolong sambungkan dan beritahu untuk perbincangan........

* petikan dari laman TAN Ak yang menarik untuk di perbincangkan ....

PEGABUNGAN MATIKAN DEMOKRASI YG TENAT


Gerakan Demokrasi dan anti Korupsi (GERAK) dengan ini menyatakan kegusaran dengan berita mengani penggabungan dua akhbar utama iaitu Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Media pada 28 November lepas melaporkan bahawa New Straits Times Press (NSTP) sedang merancang untuk bergabung dengan Utusan Malaysia ke arah melahirkan gabungan media melayu yang lebih kukuh.

Gergasi Media Utusan Group dan New Straits Times Press (NSTP) 3 Disember mengumumkan menggantung semua semua semua urusniaga respective shares di Bursa Malaysia, pengumuman ini menguatkan lagi khabar mengenai penggabungan Utusan Malaysia, yang dimiliki Utusan Group, dan Berita Harian, yang dimiliki NSTP.

Menurut sumber yang dipercayai kedua dua pihak sudah pun kedua-dua pihak menandatangani persetujuan tertutup (non-disclosure agreement).

Business weekly The Edge minggu lepas pula menyifatkan jika penggabungan ini berjaya maka ia bakal menjadi kuasa utama akhbar dan menjadi sejarah sebagai syarikat percetakan terbesar negara..

GERAK mendesak agak penggabungan ini dikaji semula. Penggabungan ini perlu di nilai semula dari semua aspek dan bukan hanya di nilai dari sudut keuntungan semata – mata.

Tanggungjawab sosial sebagai sebuah media cetak lebih penting dinilai daripada pertimbangan keuntungan pemilikan korporat semata - mata. Akhbar cetak merupakan media utama di negara ini. Dan media memainkan peranan penting dalam sistem demokrasi.

Penggabungan atas kepentingan korporat semata – mata bakal membunuh saki baki nafas demokrasi di negara ini dan dengan penggabungan ini rakyat hanya akan disajikan dengan satu pandangan dan ruang untuk mendapat keperbagaian maklumat dan ruang menyuarakan pendapat yang semakin mengecil di negara ini akan terus mati.

Penggabungan akan meletakkan Umno yang memiliki 50.46 % saham Utusan Melayu akan mengawal semua media tempatan apabila bergabung dengan Media Prima Berhad melalui penggabungan dengan NSTP.

Utusan Melayu yang juga meliki sebuah akhbar harian berbahasa melayu Kosmo! Dan beberapa majalah yang stabil di bawah kumpulan penerbitanya, manakala Media Prima memegang 32.94% of NSTP, stesen penyiaran seperti TV3, ntv7, 8TV, Channel 9, Fly FM dan Hot FM.

NSTP juga memiliki akhbar harian berbahasa Inggeris New Straits Times and Malay Mail, juga sebuah lagi akhbar tabloid harian Harian Metro.

Maka melalui semua ini Umno akan menguasai semua ruang media dan ini sudah tentu mampu membunuh demokrasi apabila ruang memperoleh maklumat dan ruang menyatakan pendapat di kawal oleh sebuah parti politik.

Dengan Umno di atas semua media sudah tentu lanskap media negara akan menjadi lebih parah.

Dalam negara Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk dan keperbagaian latar belakang pengawalan media khususnya oleh parti pemerintah bakal turut membunuh recam budaya dan kesuburan intelektual masyarakat.

Rakyat hanya akan disajikan dengan maklumat dari satu sumber sahaja. Parti kerajaan telah menguasai hampir semua media.

Selain 6 stesen radio milik kerajaan negeri dan dua stesen television di bawah Radio Television Malaysia (RTM) dan Umno yang menguasai Utusan Group dan penguasaan proksi mereka dalam Media Prima Bhd kerajaan juga menguasai Media lain melalui penguasaan parti gabungan BN yang lain.

Parti perkauman Cina, MCA, melalui pelaburan dalam Huaren memiliki Star Publications, yang memiliki akhbar Inggeris The Star, perbagai majalah dan stesen radio FM 988 juga Red FM. Proksi MCA juga menguasai 20% milikan dalam Nanyang Press, yang menerbitkan akhbar berbahasa cina Nanyang Siang Pau dan China Press.

Parti perkauman India ,MIC pula menguasai akhbar berbahasa tamil Tamil Nesan and Malaysian Nanban melalui hubungan baik dengan pemilik syarikat masing – masing.

Ini semua bakal membunuh terus saki baki demokrasi dalam negara. Sudahlah semua media utama di kuasai parti pemerintah media alternatif pula di tekan dan di cengkam kerajaan melaui perbagai akta berkaitan.

Sehubungan dengan GERAK juga menyokong usaha Malaysia-based Centre for Independent Journalism (CIJ) in reiterating menuntut kerajaan Malaysia untuk mengkaji atau memansuhkan terus Akta cetak dan mesin cetak dan parlimen harus menubuhkan sebuah jawatankuasa terpilih mengenai kebebasan media.

‘KEBEBASAN MEDIA NAFAS DEMOKRASI’

Transparency International – Global Corruption Barometer 2006

  • 55 % RAKYAT TIDAK YAKIN PERANG ANTI RASUAH KERAJAAN
  • 3 % RAKYAT TERLIBAT BERI RASUAH DALAM 12 BULAN
  • PDRM AGENSI PALING KORUP

Gerakan Demokrasi dan anti Korupsi (GERAK), mengajak kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat melihat serius satu hasil kajian mengenai ukuran rasuah yang diumumkan baru baru ini.

Kajian yang di umumkan oleh Transparency International yang dikenali sebagai Global Corruption Barometer 2006 dijalankan secara soal selidik secara rawak di kalangan rakyat biasa di seluruh negara.

GERAK sama sekali tidak terkejut tetapi mengajak rakyat melihat dengan serius bahawa 3 % dari mereka yang di temui dalam soal selidik ini mengaku bahawa mereka atau isi rumah mereka ada terlibat memberikan atau dipaksa memberikan rasuah dalam tempoh dua belas bulan kebelakangan ini. Ini menunjukkan rasuah telah membarah di seluruh peringkat dalam negara.

Manakala dari soal selidik tersebut PDRM di letakkan sebagai agensi paling korup di ikuti parti politik, sektor swasta, parlimen (parliament / legislature), pendaftar dan pihak berkuasa yang memberikan permit, sistem kehakiman dan perundangan, percukaian dan media.

Ini amat mencemaskan bagaimana polis yang merupakan elemen penting dalam menjamin keselamatan negara mula diragui ketelusannya. Persepsi ini perlu dibaiki segera Suruhanjaya seperti IPMC perlu disegerakan untuk mengembalikan imej PDRM. Dalam perkembangan ini GERAK turut menyatakan sokongan terhadap saranan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang menyatakan bukan sahaja harta milikan pegawai polis akan disiasat tetapi cara perbelanjaan mereka juga akan di pantau, cuma GERAK berharap pemantauan harta dan cara hidup ini bukan kepada pegawai polis biasa sahaja tetapi juga pegawai kanan PDRM termasuk Tan Sri Musa juga dan ia perlu di buat oleh sebuah badan bebas untuk mengembalikan kepercayaan rakyat.

Melalui hasil Global Corruption Barometer 2006 juga dinyatakan 55 % rakyat Malaysia tidak yakin dengan keberkesanan perang anti rasuah yang di lakukan kerajaan ini berbeza dengan Singapura, 89 % rakyatnya yakin dengan keberkesanan usaha kerajaan Singapura ke arah memerangi korupsi.

GERAK mendesak kerajaan agar memberikan perhatian dalam perkara ini. Seluruh dunia mula melihat korupsi semakin parah dalam negara ini. Selepas negara jatuh ke tangga 44 dalam Indeks Persepsi Rasuah kini satu lagi kajian antarabangsa menyatakan lebih ½ dari rakyat Malaysia juga tidak yakin dengan perang rasuah kerajaan. Senario ini amat tidak baik untuk iklim pelaburan. Pelaburan asing yang masuk semakin mengecut dan pelabur menjauhi Malaysia kerana persepsi ini. Kerajaan perlu lebih serius dan bukan hanya memerangi rasuah dengan slogan dan retorik.

Negara perlu ada sebuah badan anti rasuah yang bebas. Badan Pencegah Rasuah (BPR) perlu diperkasakan dan dibebaskan dari bawah Jabatan Perdana Menteri. GERAK sekali lagi mengulang gesaan BPR perlu diletakkan terus di bawah Parlimen Malaysia dan juga kerajaan perlu mengakui serta menggunakan pakai Konvensyen Anti Korupsi UN. Rasuah perlu diperangi dengan tindakan dan pindaan di parlimen bukan hanya dengan slogan retorik.

”RASUAH MUSUH NO. 1 NEGARA”

BADRUL HISHAM SHAHARIN
Eksekutif Ko Ordinator

8 Disember 2006

Kini konco Tun Mahathir mula serang 'orang kuat' PM

SEREMBAN, 12 Dis (Hrkh) - Pergeseran dalaman Umno tidak boleh dirahsiakan lagi selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan serangan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sejak awal tahun 2006.

Ujian demi ujian dan kritikan demi kritikan dihadapkan kepada Abdullah dari semasa ke semasa hingga akhirnya Umno dilihat kian kelabu dengan masalah dalaman yang sukar untukdiatasi meskipun Perhimpunan Agung Umno yang dikatakan sebagai medan perpaduan ahli parti sudah berlalu.

Umno 'retak menanti belah'

'Retak menanti belah', inilah ungkapan yang boleh disamakan dengan keadaan dalam Umno hari ini meskipun Dr Mahathir senyap seketika, namun konco-konconya pula kini menyerang pentadbiran orang kanan Abdullah.

Antaranya serangan peribadi ke atas Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Mohamad Hassan oleh Adun Lenggeng, Dato'Ishak Ismail dalam Sidang Dun Negeri Sembilan minggu lalu.

Ishak adalah tokoh politik yang sangat dikenali di negeri ini yang dikatakan sebagai penyokong kuat kepada bekas PM kerana pembabitannya dalam program-program bersama Dr Mahathir yang dijalankan di negeri ini.

Malah Ishak juga pernah secara terbuka menyokong kritikan Dr Mahathir ke atas Abdullah yang dilaporkan oleh sebuah akhbar online satu masa lalu.

Dalam pergeseran ini bukan Khairy yang jadi topik tetapi pembabitan abang Menteri Besar, Dato' Azman Hassan dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri dan pengagihan kontrak mula menjadi 'peluru' kepada Ishak untuk membedil orang kuat PM ini (Mohamad Hasan).

'Berbulu'

Harakahdaily difahamkan bahawa Ishak sememangnya 'berbulu' dengan gelagat Azman yang didakwanya sebagai 'mastermind' dalam pentadbiran kerajaan pimpinan adiknya yang hanya naik kejawatanMB kerana dikenali sebagai tokoh yang paling rapat dengan Abdullah.

Tidak cukup dengan menghentam Mohamad di dalam dewan, di luar dewan Ishak terus menerus mengecam dan mengkritik kepimpinan Mohamad, malah di satu program bersama ahli Umno di Dun Lenggeng Ishak memperlekeh corak pentadbiran Mohamad yang lemah.

Mengulas isu tersebut Pengarah Pusat Aduan Rakyat Angkatan Muda KeADILan Negeri Sembilan (AMKNS), Badrul Hisham Shaharin, berkata seluruh rakyat negeri ini sememangnya tahu soal campur tangan keluarga Menteri Besar dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya campur tangan itu khususnya dalam isu pengagihan projek dan hal pentadbiran yang lain.

Tandatangan MB tidak laku?

"Perkara ini sudah menjadi perbualan terbuka ramai orang tahu, bukan orang biasa, orang keADILan atau PAS yang cakap. Perkara ini diperkata orang Umno. Ramai orang Umno juga datang mengadu," katanya.

Badrul Hisham juga menyifatkan bahawa Mohammad sebagai MB yang lemah yang terpaksa bergantung kepada Azman untuk mengawal Umno Negeri Sembilan.

Malah beliau terpaksa melantik abangnya sebagai Setiausaha Umno Negeri Sembilan serta Ahli Majlis dan perbagai jawatan lagi bagi mengukuhkan kedudukannya di negeri tersebut, katanya lagi.

Salah seorang ahli Umno yang tidak mahu dikenali berkata, apa yang dibangkitkan Ishak dalam dewan ialah menifestasi protes dalaman Umno.

Ramai kontraktor yang dahulunya kuat menyokong Umno negeri dipinggirkan hanya kerana dilabel orang kuat bekas Menteri Besar, Tan Sri Isa Samad.

"Dahulu semua orang berlumba nak jumpa MB dapatkan tandatangan sokongan untuk banyak benda tapi kini dapat sign MB tak membawa makna apa–apa jika tidak dapat 'endorsement' abang MB” katanya yang juga salah seorang ketua cawangan Umno di sini.

Kecoh

Sidang DUN Negeri Sembilan kecoh dan hangat dengan isu mengenai campur tangan Azman dalam pentadbiran kerajaan negeri. Isu ini telah mengheret tiga wakil BN bertikam lidah.

Dua wakil rakyat terbabit, Adun Palong, Aziz Samsudin dan Adun Sungai Lui, Zainal Abidin Ahmad yang menegur Ishak yang didakwa menimbulkan isu yang boleh mengaibkan orang lain.

Ketika membahaskan Belanjawan 2007, Ishak meminta Mohamad menasihatkan abangnya agar tidak campur tangan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan memberi tekanan kepada pegawai awam.

"Perkara ini (memberi tekanan) berlaku kepada seorang pegawai kerajaan dalam satu majlis, baru-baru ini," katanya tanpa menyebut nama abang Menteri Besar, tetapi jelas merujuk kepada abang Menteri Besar yang juga Setiausaha Umno negeri, Azman Hasan.

Kenyataan itu mengundang reaksi daripada Aziz yang berpendapat Ishak mengaibkan Mohamad.

Zainal Abidin juga menggunakan peluang ketika sesi perbahasan untuk mengingatkan Ishak supaya mengamalkan budi bahasa dan sopan santun seperti yang disasarkan kerajaan.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan kempen berbudi bahasa dan wajarlah kita semua berusaha mengamalkan budaya itu," katanya.

Seleweng

Ishak berkata, beliau tidak berniat mengaibkan sesiapa dan teguran berhubung isu abang Menteri Besar dibuat untuk kebaikan semua pihak, kerana terlalu banyak orang mengadu menganai campur tangan keluarga Menteri Besar dalam pentadbiran kerajaan.

Terdahulu sebelum ini AMKNS turut mendedahkan isu penyelewengan Dana Kemiskinan sejumlah RM4.5 juta yang didakwa digunakan untuk ubah suai rumah MB Negeri Sembilan.

Dakwaan itu dibuat berasaskan kepada laporan audit tahun 2005 yang dibentang di Parlimen.Begitupun sehingga kini Mohamad tidak pernah mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan itu atau mengakuinya.

Dapatkan orang kuat PM ini terus mencatur politik negeri untuk satu penggal pilihan raya lagi, atau Ishak akan terus mencari jalan untuk menghentam Mohamad dengan kesumat yang berterusan.

Begitupun ada yang kecewa dengan sikap berdiam diri PAS Negeri Sembilan dalam isu ini malah isu yang membabitkan kerajaan negeri serta penyelewengan Dana Kemiskinan tatkala AMKNS giat menjalankan penerangan berhubung isu tersebut.

Reaksi dari pimpinan mahupun orang yang sepatutnya tidak pernah timbul hinggakan ada ahli PAS yang menyatakan bahawa isu ini seakan tidak diketahui oleh pimpinan PAS Negeri Sembilan untuk diperjuangkan.

oleh Wan Nordin Wan Yaacob

Friday, December 08, 2006

USD$100 milion commission for RM4.1 billion submarines contract – the real beneficiaries?

Deputy Defence Minister Datuk Zainal Abidin Zin denied in Parliament yesterday that the government had paid USD$100 million commission for the RM4.1 billion deal to buy three submaries from a collaboration of French and Spanish warship builders – DCN International and Thales respectively.

The deal concluded in 2002 involved the construction of two Scorpene SSK-class submarines (to be delivered in 2009) and an overhauled French Agosta 70 submarine for training purposes.

The contract was signed by the Ministry of Defence with Amaris – a joint-venture company between DCN and Thales.

The issue however was not whether the USD$100 million was paid by the Malaysian government but whether there was such a commission by the French contractor as the commission would eventually be added to the final bill of the contract to be paid by the Malaysian taxpayers, and who are the real beneficiaries of the USD$100 million submarine commission.

The issue of the USD$100 million submarine commission when the submarine contract was concluded in 2002 and the central role played by Abdul Razak Baginda (central figure in the Mongolian model murder case) had been raised in the previous Parliament, but no satisfactory explanation had been given.

Far Eastern Economic Review of August 15, 2002, in an article “Wanna Buy a Sub?” traced the makings of the submarine deal, which had not been denied. According to the FEER article, the company Perimekar “will receive, over the next six years, 8% of the total contract value: about 288 million ringgit, and possibly more, as the euro, on which the contract is based, has appreciated 13% against the ringgit since the signing”.

The 2002 FEER report said that Perimekar was 100% owned by Ombak Laut, “a private company owned by associates of Abdul Razak. Ombak then sold 40% to LTAT and a sister company.”

Can Malaysians expect an answer as to who are the real beneficiaries of the USD100 million commission for the RM4.1 billion submarines deal?

Thursday, December 07, 2006

DOLLAH HADHARI


cheGuBard tak kata diri ini sempurna..... tetapi adakah ini pemimpin Islam yang mempergunakan agama 'Islam Hadhari' untuk meraih sokongan ....?

Gambar diambil dari laman web rasmi monsoon Cup Terengganu 2006


Apa yang diperkatakan oleh pengasas Islam Hadhari ini agaknyer ?? Sambil memegang lembut bahu aktress Dato' Micheal Yeoh sambil diperhatikan suaminya....

Erm.... nak test pegang gak ke rasa sikit jerk ......(mungkin itu yang dikatakan oleh Abdullah)...

gambar lain leh cari di http://www.monsooncup.com.my/index.php

erm..... agama "Islam Hadhari" mengikut kesesuaian tempat....

P/s : nak tunggu komen perwakilan UMNO yang suruh mufti / ulama bertaubat.... aku bukan orang baik tapi aku tak guna agama untuk politik...

maaf jika posting ini terlalu menyinggung tetapi sebagai peringatan "lain kali jgn keterlaluan menggunakan agama'

Tuesday, December 05, 2006

Gerak buat laporan BPR terhadap PM, Dr M

Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) hari ini membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwanya mengagihkan kontrak kerajaan kepada anak-anak mereka.

Laporan tersebut dibuat oleh Pengerusi Gerak, Ezam Mohamed Nor kepada Penolong Penguasa, Pusat Pengurusan Maklumat dan Tatatertib BPR, Haryazi Baharom kira-kira jam 11.15 pagi tadi.

Dalam laporan tersebut, Ezam mendakwa, BPR mempunyai asas cukup untuk memulakan siasatan terhadap dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri dalam pengagihan kontrak kerajaan di bawah Kementerian Kewangan dan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) kepada ahli keluarga mereka.

Sebagai Perdana Menteri yang juga memegang jawatan Menteri Kewangan, kata Ezam dalam laporan tersebut, Abdullah mesti dipertanggungjawabkan dan satu siasatan mesti dimulakan terhadapnya.

Gerak membuat laporan itu sebagai susulan kepada pengakuan Abdullah pada 26 Oktober lalu bahawa syarikat yang dikuasai anaknya Kamaluddin, turut menerima kontrak kerajaan.

Ezam mendakwa, pengakuan ini merupakan satu pengakuan yang serius mengenai penyalahgunaan kuasa Perdana Menteri.

Dua laporan polis

“Laporan ini juga sebagai susulan kepada laporan polis yang telah dibuat Gerak pada 1 November lalu di Balai Polis Dang Wangi,” tambahnya.

Ezam turut menyerahkan dua laporan polis kepada BPR, termasuk yang mengenai perjanjian penswastaan makanan bermasak tentera di mana tender dianugerahkan secara luar biasa kepada anak Abdullah.

Laporan polis berhubung transaksi penggabungan ECM Libra dan Avenue Capital, juga turut disertakan.

“Saya yakin dokumen tersebut cukup untuk BPR memulakan siasatan terhadap dakwaan penyalahgunaan kuasa Perdana Menteri dan keluarganya,” katanya lagi.
Beliau berkata, BPR harus melihat laporan ini dengan serius, khususnya apabila persepsi dunia terhadap jenayah rasuah di Malaysia.

Untuk itu, katanya, BPR harus memulakan siasatan dan mengheret mereka ke muka pengadilan atau mengisytiharkan mereka bersih dari sebarang amalan penyalahgunaan kuasa dan korupsi.

Thursday, November 30, 2006

Pertikai pembinaan istana bukan bererti anti sistem beraja

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Hrkh) - Pada 13 November lalu, Menteri Kerja Raya, Dato' Seri S. Samy Vellu mengumumkan rancangan kerajaan untuk membina istana baru berharga RM400 juta bagi menggantikan Istana Negara yang sedia ada.

Begitupun pengumuman itu amat mengecewakan kerana projek pembinaan tersebut tidak diberikan secara tender terbuka tetapi diberikan kepada kontraktor secara runding terus, kata Koordinator Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak), Badrul Hisham Shahrin kepada Harakahdaily hari ini.

Gerak memandang serius pembaziran wang rakyat dalam keadaan ekonomi negara yang teruk dan kehidupan rakyat yang terhimpit selain mempertikai isu tindakan kerajaan tidak membuka projek ini untuk dibida, kata Badrul Hisham.

"Apakah ia merupakan projek yang amat mendesak dan berkepentingan rakyat terbanyak sehingga ia perlu dipercepatkan dengan diberi secara runding terus. Siapa yang mendapat projek tersebut dan apa kriteria pemilihan kontraktor? Sudah tentu penyelewengan dan salah guna kuasa bakal berlaku,"katanya lagi.

Mengulas laporan Polis terhadap Ketua Pembangkang Malaysia, Lim Kit Siang yang dibuat oleh Majlis Angkatan Permuafakatan Ngo Malaysia (Mapan) pada 28 November 2006 di Balai Polis Dang Wangi, Gerak meminta Mapan benar-benar memahami isu sebenarnya.

Bagi Gerak, mempertikaikan pembinaan istana tersebut bukanlah bermakna ia satu tindakan anti sistem beraja.

Gerak kesal dengan kenyataan melulu Pengarah Sekretariat Mapan, Dr Izham Nayan yang menyatakan, kenyataan Lim itu seolah-olah mencerminkan sentimen anti institusi raja negara dan hak Yang di-Pertuan Agong yang tidak boleh dipersoalkan.

"Mempersoalkan perkara ini dianggap biadab, menghina dan mencabar kewibawaan rakyat negara ini," katanya seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia.

Gerak menghormati sistem beraja di Malaysia tetapi pembinaan istana ini isu yang berlainan kerana ia melibatkan ketelusan dan integriti kerajaan dalam menguruskan projek.

Kebimbangan itu disuarakan kerana sebelum ini terlalu banyak ketirisan dalam projek-projek yang dijalankan oleh beberapa kontraktor yang dianugerah projek kerajaan termasuk dalam projek-projek mega seperti bangunan Matrade.

Mapan seharusnya memahami permasalahan sebenar dan bertindak berdasarkan rasa getir rakyat terbanyak bukan hanya bertindak melulu membodek, kata Badrul Hisham

Rakyat Malaysia amat memerlukan pertubuhan bukan kerajaan (social society movement) yang memperkasakan kedaulatan rakyat, katanya.

Sementara itu pada 28 November lalu Mapan telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Lim yang mempertikaikan pembinaan Kompleks Istana Negara baru pada sidang Dewan Rakyat Selasa lepas.

Dr Izham Nayan berkata, kenyataan Lim itu seolah-olah mencerminkan sentimen anti institusi raja negara dan hak Yang di-Pertuan Agong yang tidak boleh dipersoalkan.

Seramai 16 anggota pertubuhan bukan kerajaan dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Kongres Indian Muslim Malaysia hadir ketika laporan dibuat.

Selasa lepas, persidangan Dewan Rakyat gamat apabila Lim, yang juga Ketua Pembangkang dan Anggota Parlimen Ipoh Timur, meminta kerajaan menjelaskan mengenai kelulusan pembinaan kompleks Istana Negara baru bernilai RM400 juta berhampiran Jalan Duta.

tuntut beri keADILan permit akhbar

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Hrkh) - Laungan reformasi serta slogan yang menuntut kebebasan media oleh kira-kira 200 penyokong reformasi dari pelbagai latar belakang bergema di hadapan Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut kira-kira jam 2.15 petang tadi.

Perhimpunan anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah bagi menuntut kebebasan media serta hak-hak asasi lain yang dinafikan. Ini termasuk permit akhbar Suara KeADILan yang masih 'digantung tidak bertali' oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN). Dalam masa sama mereka menyerahkan memorandum kepada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam).

Perhimpunan dimulakan oleh moderator Timbalan Ketua Penerangan KeADILan Badrul Hisham dengan melaungkan kalimah "reformasi", "hidup rakyat" dan "bebas media" dengan disambut oleh para penyokong yang hadir.

Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah yang turut berucap menggesa kerajaan di bawah pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya mengembalikan hak dan kebebasan suara rakyat dengan memberi permit penerbitan kepada Suara Keadilan.

"KeADILan adalah sebuah parti politik berdaftar dan sepatutnya diberikan permit akhbarnya sendiri. Saya ucapkan terima kasih kepada semua parti politik, NGO, mahasisiwa dan rakyat yang memberi sokongan pada hari ini," katanya lagi.

Pada mulanya mereka berhasrat menemui pesuruhjaya Suhakam untuk menyerahkan memorandum tersebut. Bagaimanapun, Pesuruhjaya Suhakam, Dato' N. Siva Subramaniam bersedia untuk turun ke tempat perhimpunan dan menerima sendiri memorandum tersebut.

Kemunculan Siva diiringi tepukan dan laungan reformasi. Seterusnya memorandum daripada Datin Seri Wan Azizah bertukar tangan.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Bendahari Keadilan, Tan Sri Khalid Ibrahim, Timbalan Presiden JIM yang juga Presiden GMI Syed Ibrahim Syed Noh, Timbalan Ketua Penerangan KeADILan Badrul Hisham, Wakil DAP Lau Weng Sang, eksekutif SUARAM Yap Siew Seng.

Dalam ucapannya Badrul turut mengalu-alukan kehadiran Ketua Pengarang Kumpulan Harakah Ahmad Lutfi Othman yang datang memberi sokongan moral.

Siva yang diberi kesempatan untuk berucap berkata beliau akan menyerahkan memorandum tersebut kepada Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abdul Talib Othman dan memberi jaminan memorandum tersebut akan dikemukakan kepada pihak kerajaan.

"Suhakam sentiasa mengambil serius isu-isu kebebasan dan hak asasi di Malaysia. Suhakam sudah membuat syor kepada kerajaan supaya memberikan permit dan saya berjanji akan menyerahkan memorandum ini kepada pihak berkenaan ," katanya

Sebelum perhimpunan bersurai, Badrul Hisham sempat berseloroh.

"Kepada semua sebelum kita bersurai, pegang telinga masing-masing. Telinga kita masih ada dan tidak hilang. Ini bermakna tiada keganasan yang berlaku dan perhimpunan kita berlaku secara aman,"katanya sambil disahut ketawa peserta perhimpunan.

Dalam pada itu, sebelum majlis bersurai ditampilkan replika berbentuk peti penjara sebagai acara simbolik bagi memperjuangkan kebebasan media.

Majlis perhimpunan yang berjalan secara aman itu berakhir pada jam 3.30 tanpa sebarang insiden walaupun di pantau oleh sekitar 20 anggota polis. - mns.

boleh tengok video dgn link ini http://www.tvpas.com/material.php?cat=berita&id=4406

Khairy dicabar buktikan Anwar kaut kekayaan dari DEB

SEREMBAN, 26 Nov (Hrkh) - Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dicabar membuktikan dakwaannya bahawa mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim pernah mengaut kekayaan dari pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ketika Anwar berada dalam kerajaan, kata bekas Pengerusi Amanah Saham Nasional (ASN), Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau yang kini menjadi Bendahari Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) melaungkan cabaran itu semasa bercakap dalam program Dialog Ekonomi dan Pelancaran Dana Pilihan Raya Angkatan Muda KeADILan Negeri Sembilan (AMKNS) di Dewan Sekolah Tinggi Chung Hwa, di Seremban hari ini.

Turut hadir sebagai panelis dialog ialah, Naib Presiden Parti keADIlan Rakyat (PKR) Dr Lee Boon Chye dan Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) Ezam Mohd Noor.Sementara Penolong Setiausaha AMK, Badrul Hisham Shahrin pula sebagai moderator program.

Turut menyerikan majlis ialah, Pengerusi Perhubungan KeADILan Negeri Sembilan Dr Mohammad Azzam; Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani; Setiausaha Kelab Penyokong PAS Negeri Sembilan, Yau Khoon Seng; Ketua M|AMKNS, Haji Ramlan Roes dan Setiausahanya; Amiruddin Wahab merangkap Pengarah Program.Kira-kira 200 hadirin dari pelbagai latar belakang hadir dalam program tersebut.

Anwar tidak guna kedudukan

Mengulas lanjut cabaran itu Khalid berkata, kenyataan Khairy itu tidak berasas kerana baginya sepanjang mengenali Anwar, bekas TPM itu tidak pernah menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan untuk mengaut kekayaan dari DEB.

Sebaliknya Anwar memiliki daya usaha sendiri yang diiktiraf dunia yang kini menjadi penasihat Bank Dunia dan Pelaburan di sebuah negara di Timur Tengah dalam urusan kewangan. Oleh itu Anwar katanya mendapat ganjaran yang tinggi dengan kepakarannya itu.

Guna kedudukan

"Tidak seperti Khairy yang berpendidikan dari Oxford University dalam jurusan etika, tetapi tidak ada etika di sini dengan menggunakan kedudukan sebagai menantu Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi untuk mendapatkan pinjaman bernilai RM8 juta dalam masa singkat untuk membuat pelaburan dalam satu syarikat berkepentingan kerajaan," katanya kepada peserta dialog.

Menurut Khalid yang pernah memegang jawatan tinggi dalam kerajaan, DEB yang dirangka kerajaan sejak dahulu adalah satu dasar yang cukup baik kepada seluruh peringkat rakyat.

Malangnya apabila pelaksanaannya dijalankan, pemimpin negara terutamanya pemimpin Umno menggunakan kedudukan bagi mengesampingkan kepentinmgan rakyat, sebaliknya mengutamakan kepentingan mengaut keuntungan sendiri, kata Khalid lagi.

Bolot kroni

Sebagai contoh banyak projek yang dijalankan hanya dibolot oleh segelintir individu yang duduk di dalam lingkaran pemimpin kerajaan (kroni) yang akhirnya hanya akan mengkayakan kelompok tersebut sahaja, katanya.

Akibatnya, ada sesetengah projek yang gagal dan tidak mencapai sasaran yang terpaksa pula ditanggung kerugiannya oleh rakyat.

"Inilah yang dikatakan kerajaan membuat kerugian, rakyat menanggung hutang, akhirnya rakyat yang sengsara, jurang kemiskinan kian melebar tidak seperti dalam tahun-tahun 70-an, tidak kiralah Cina, Melayu dan India, hanya segelintir sahaja yang kaya iaitu mereka yang rapat dengan pemimpin negara," katanya lagi.

Rasuah musuh nombor satu negara

Sementara itu Ezam pula dalam hujahnya berkata, masalah utama yang membelenggu negara ialah amalan rasuah di kalangan kakitangan kerajaan, pemimpin negara dan sektor korporat.

"Kita sibuk mengatakan bahawa dadah musuh nombor satu negara, tetapi tidak melihat bahawa rasuah adalah musuh nombor satu negara, saya tidak menolak dadah adalah berbahaya dan musuh tetapi perang terhadap rasuah itu sangat penting," katanya.

Beliau yang juga bekas kakitangan Kementerian Kewangan sewaktu Anwar menjadi menterinya berkata, dasar DEB yang dibawa kerajaan sejak sekian lamanya hanya tinggal sebagai satu legasi kepada sejarah pemimpin mengaut keuntungan dari pelaksanaanya.

Katanya, ini semua kerana amalan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin negara sejak sekian lamanya sejak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi PM hinggalah kepada zaman Abdullah, rakyat tidak merasai nikmat DEB kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa di kalangan pentadbir negara.

Apa yang perlu katanya, rakyat harus mengorak langkah bersama-sama membasmi gejala rasuah ini dengan menukar kerajaan yang sedia ada kepada sebuah kerajaan yang lebih bersih dan amanah.

Kata nak perang, tetapi dah tiga tahun terbiar

"Kita jangan hanya terpengaruh dengan lakonan seorang pemimpin negara yang hanya berkata nak memerangi rasuah sebaliknya setelah tiga tahun memerintah, indeks rasuah semakin meningkat kepada tahap yang lebih buruk, sementara ekonomi negara semakin merudum," katanya.

Untuk itu Ezam menggesa kerajaan meminda semula akta berhubung rasuah dan media dan segera meletakkan Badan pencegah Rasuah (BPR) di bawah kuasa Parlimen dengan memebri kuasa kepada BPR membuat pendakwaan.

Justeru beliau mengulangi seruan kepada rakyat supaya membuktikan kebencian kepada sebuah kerajaan yang rasuah dengan membuat perubahan dalam pilihan raya akan datang.

"Kita tidak mahu lagi lihat lakonan memperjuang martabat Melayu, hak melayu oleh mereka yang menghunus keris di hadaoan rakyat kerana rakyat telah jemu dengan sikap berpura-pura pemimpin yang sebegitu rupa," katanya lagi.

Khairy dalam perhimpunan Agung Umno baru-baru ini melemparkan tuduhan bahawa Anwar adalah pengkhianat negara dan mengaut kekayaan dengan pelaksanaan DEB.