Monday, October 19, 2009

Umno nafi bakal ada 2 PRK lagi di NS

Hari ini Malaysiakini melaporkan mengenai penafian Umno mengenai bakal adanya PRK di dua kawasan di Negeri Sembilan.

Perkara ini pernah cheGuBard tulis dalam blog ini dan ulas dalam ceramah.

Kawasan yang pertama ialah kawasan DUN Johol dalam parlimen Kuala Pilah. Wakil Rakyatnya Datuk Roslan Md Yusu, yang kini gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat kerana menderita sakit barah. Menurut sumber yang rapat dengan beliau, Roslan yang pada awalnya mengalami barah postat namun selepas pembedahan membuang sel kanser postat, sel kanser tersebut menjangkit ke tulang dan beliau kini menghadapi kanser tulang tahap serius. Lebih serius lagi beliau mengalami kecederaan tulang (belakang) sebelum ramadhan lepas dan kini hanya terlantar.

Banyak rungutan kedengaran di kawasan beliau dimana beliau payah ditemui dan banyak kes masalah rakyat tertangguh.

Dalam laporan Malaysiakini penafian akan berlaku pilihanraya kecil di DUN Johol dibuat oleh Datuk Hassan Malek selaku Timbalan Ketua Bahagian Kuala Pilah. Dalam kenyataan penafian tersebut kononya isu perletakan jawatan (mengosongkan kerusi) kerana masalah kesihatan dan gagal menemui rakyat tidak timbul kerana kononya jentera Umno yang lain termasuk Hassan sendiri sering ke Johol untuk membantu.

Menurut satu lagi sumber dalaman Umno sememangnya ADUN Johol sudah menghantar permohonan perletakan jawatan tetapi masih 'tertahan' di peringkat atasan. Namun kemingkinan kemenangan Bagan Pinang akan sedikit memberanikan Umno.

che'GuBard mendoakan yang terbaik buat Roslan (ADUN Johol). Namun berpendapat demi keadilan kepada pengundi Johol sewajarnya beliau yang sudah tidak larat menjalankan tugas dibenar mengundur diri dan kuasa diberikan semula kepada pengundi untuk memilih pengganti mereka. Adalah satu kezaliman jiga kepada Roslan apabila beliau yang sedang menderita sakit dan seharusnya menumpukan perhatian kepada perjuangan kesihatan beliau masih dipaksa terperangkap dengan masalah politik.

che'GuBard juga meminta semua jentera khususnya jentera setempat agar tidak termakan penafian Umno mengenai PRK DUN Johol kerana Umno sendiri sudah mengaktifkan bilik gerakan mereka di dalam Johol malah jauh dari itu ada beberapa pemimpin Umno setempat sudah mula melobi untuk menjadi calon PRK Johol.

Satu lagi kawasan kemungkinan diadakan PRK di Negeri Sembilan ialah Lenggeng, di mana ADUN Lenggeng, YB Mustafa Salim sedang dalam kes perbicaraan rasuah. Kes tersebut cukup mudah, fakta kes ialah Mustafa meminta wang dari kontraktor. Kontraktor tersebut telah membuat aduan kepada SPRM. SPRM telah memberikan wang (perangkap) untuk diserahkan oleh kontraktor tersebut kepada Mustafa. Ketika penyerahan SPRM telah menyerbu dan menangkap Mustafa bersama wang.

Namun bagi cheGuBard kemungkinan kawasan DUN Lenggeng untuk berdepan PRK agak tipis. SPRM dan mahkamah akan dipergunakan untuk melewatkan proses pensabitan atau kemungkinan membebaskan Mustafa.

Kena ingat tarikh akhir untuk diadakan PRK ialah 8 mac 2010. Undang - undang Pilihanraya Malaysia selepas tiga tahun dari tarikh PRU maka tidak akan diadakan PRK walaupun apa alasan. Maka Bn akan pastikan semua wakil rakyatnya yang sakit di pasang segala jenis wayar penyambung hayat sekurang - kurangnya akan bernafas sehingga 8 Mac depan dan yang masuk kes mahkamah akan dilewatkan prosesnya sehingga tarikh itu juga.

10 comments:

  1. Anonymous9:40 PM

    Bagaimana dengan ADUN PAS yang terpaksa pergi Negera Tiongkok berubat sakit kanser di. Tak nak komen ke? Dia pun dah lama tak boleh melawat kawasan dan menjalankan tugas sebagai wakil rakyat. Tapi agaknya wakil rakyat PAS tak berapa `berguna' pun sebab bukan boleh bantu apa. Sekadar baca doa dan beri air tawar, sekarang di Kelantan dah boleh beli (commercial). Ada ke tak ada, ADUN tak perlu sangat.

    ReplyDelete
  2. Anonymous7:46 AM

    kalau 3 tahun dari tarikh PRU 8 Mac 2011 chegu...bukan 2010...

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:11 AM

    kalau selepas tiga tahun...
    8 mac 2008-7 mac 2009 - 1 tahun
    8 mac 2009-7 mac 2010 - 2 tahun
    8 mac 2010-7 mac 2011 - 3 tahun

    jadi... lambat lagi laaaa...

    ReplyDelete
  4. Anonymous12:11 PM

    Assalamu'alaikum,

    Saya minta Chegu Bard tak pelu membuat fitnah. Kami baru saja melawat YB Roslan di hospital. Kami sendiri bertanya dengan doktor adakah benar, YB Roslan mengalami kanser tulang. Jawapannya "tidak". Cuma YB Roslan mengalami keretakan tulang belakang dan rusuk. Itu saja. Beliau baru saja menjalani pembedahan untuk merawat tulangnya yang cedera.

    Kalau benar sumber dalaman UMNO yang beritahu sebutkan namanya. Tidak semua orang UMNO tahu cerita yang sebenarnya. Rasa saya tidak ada perkara yang tertangguh. YB Roslan walapun dalam sakit masih lagi menjalankan tugasnya dengan baik.


    Saya ingin bertaya pada Chegu Bard, ada turun ke Johol ke?. Sebelum kita mencerita sst perkara turun siasat dulu. Kalau kita bertanya pada musuh pasti jawapannya buruk. Kalau kita bertanya pada rakan pasti baik. Tapi kalau kita bertanya pada sahabat pasti dia akan beritahu buruk tetap buruk dan baik tetap baik.

    Saya juga ingin bertanya pada Chegu Bard apa yang telah Chegu Bard buat di Rembau. Kalau sekadar cari orang miskin dan bagi bantuan, ramai yang buat macam tu. Bukan setakat beri bantuan masa puasa atau raya saja, lebih daripada itu orang Rembau dah buat.

    Berhentilah membuat fitnah. Kadang-kadang kita terlupa apabila kita suka menfitnah orang akhirnya malu pada diri sendiri.

    Saya menulis komen ini bukan kerana saya menyokong UMNO atau anti PKR, PAS mahupun mana-mana parti. Cuma saya rasa bosan dengan perkara-perkara yang menfitnah orang, mencerita buruk pasal orang. Kalau begini sikap Chegu Bard percayalah, penyokong @ pengundi atas pagar akan lari. Kami boleh berfikir dan melihat apa yang berlaku.

    Terimalah komen saya dengan fikiran yang terbuka. Kalau sesiapa mencaci atau memaki, fikiran mereka adalh tertutup dan tidak cerdik (walaupun mempunyai Sarjana daripada universiti yang paling hebat di dunia).

    ReplyDelete
  5. Anonymous9:43 AM

    Ini macam punya cikgupun ada ka?

    ReplyDelete
  6. Parlimen Hulu Selangor & DUN Guchil, Kelantan juga kena standby. YB2nya masih dlm rawatan & belum sihat utk mjalankan tugas

    ReplyDelete
  7. Anonymous2:05 PM

    Orang Umno Negori Sembilan jangan risau kalau ada PRK Johol, Najib akan bagi satu lagi Banda baru kat Johol Pulak iaitu 'Banda Jin Betandang' PD dah dapek 'Banda Tentera Darat'

    ReplyDelete
  8. Born in Rembau6:40 PM

    Saudara Anon,

    Anda kata Chegu Bard hanya menolong org miskin di Rembau.Pastu anda kata time bulan ramadhan aje.

    Yg pertama sy nk betulkn bahawa beliau bukan hanya tlng time bulan ramadhan aje.

    Sy rasa anda krg peka dgn aktiviti PKR Rembau.Bantuan berterusan memang chegu bard lakukan, cuma anda sahaja yg tidak tahu dan mungkin tidak ambil tahu.

    Cuba belek2 akhbar Sinar Harian.Yg kluar dlm Sinar harian pun cuma 10% dr aktiviti keseluruhan pkr rembau.knp 10% je yg kluar....anda kena tanya pihak editor dan pengurusan sinar di shah alam lah....al maklum media mainstream adalah pro bn.

    Tk timbul isu bantuan hanya diberikan time bulan puasa.Tk kan bantuan yg Chegu bard beri pd india pun anda kata sebab bulan ramadhan.

    Cara anda cakap, apa nk diherankan dgn takat bantuan brg keperluan kpd fakir miskin.

    Anda kritik chegu bard.anda tanya ada ke dia turun johol sblm komen.

    Tp anda lupa sblm anda komen, anda tidak buat kerjarumah anda.anda ckp sprt org tk de info atau mentah politik.

    Saya nk tanya siapa ahli parlimen rembau skrng?

    Kalau chegu bard dah jd ahli parlimen, pastu anda komen bab ni, saya setuju lah...itu pun jika benar beliau hanya beri bantuan utk fakir miskin je.

    Beliau hanya sebg pemimpin pembangkan di rembau....so apa yg anda harap dari individu dan parti yg tk de duit.

    Mcm umno pakai duit kerajaan apa nk diherankan...

    sekurang2 nya beliau gunakan duit sumbangan org ramai..malah duit kocek sendiri utk bantu fakir miskin.

    itu lebih mulia drpd pemimpin bn hemtam duit rakyat....

    apa pemimpin bn cucuk duit atm , gaji sendiri nk bantu rakyat?

    Anda punya komen very low mentaliti lah saudara.

    Lagi baik u pergi tanya kj bila nak siapkan pusat kesihatan rembau.....lapangan terbang....entah2 mcm2 lagi......

    tlng jwb mcm mana ada pemimpin bn...takat tlng fakir miskin pun tk bk wat....

    anda nk tahu...sy boleh bg detail dan fakta....lokasi fakir miskin melayu islam yg perlukn perhatian.

    Tu area Samad..exco....makcik makan kulit ayam dan kepala ayam.....

    jaga kain sendiri (UMNO) yang koyak rabak tu sblm nk jaga kain jiran (pkr)

    Ada faham saudara?

    ReplyDelete
  9. Born in Rembau as PKR Member1:24 AM

    Info Makcik yang masak kulit ayam dan kepala ayam (sisa buangan peniaga ayam di Terachi)

    Makcik tu bernama Zaleheh.Dok kampung Mampas, Terachi.

    Area exco kjaan negeri Sembilan.Samad.

    makcik tu minta rumah pprt.semua 6 biji rumah yg dibuat diberi pd kroni ketua kampung yg merupakan geng samad jugak.

    Semua sedaro ketua kampung, yg lau diikutkan ada yg tk layak.

    TV3 dtg umah dia siarkan kisah dia dlm "bersama mu" pun bkn makcik tu mandai2 talipon tv3

    tp atas sifat prihatin sorang akak dr kuala pilah (wanita KEADILAN) yg knl makcik zaleheh ni.....menghubungi tv3 melalui kenalan dia.

    tp imam kampung halau makcik ni time dpt bantuan beras di surau.

    ikut kata makcik tu...imam tu ber kata lbh krng begini "kau dah dapek 60juta dr tv3, apasal dtg amik beras fakir miskin ni?....

    Apa punya pemimpin ni?

    - Born In Rembau as PKR member

    ReplyDelete
  10. Anonymous1:16 AM

    Baguslah cikgu bard doakan yg baik-baik untuk kesihatan orang lain. Jangan doakan kehancuran kpd orang lain macam tok guru buat.
    Allah kadang-kadang uji kita dengan memberi kita sakit dan sebagainya. Kadang-kadang ada hikmahnya.
    Orang yg sihat pulak jangan anggap org yg sakit tu mati dulu. Kadang-kadang org yg sihat tiba-tiba sakit dan akhirnya mati dulu manakala orang yg kita nampak sakit dulu dah sihat walafiat semula. Ini semua ketentuan Allah SWT.
    Manalah tau, cikgu bard yg kelihatan sihat walafiat dan masih muda tiba-tiba jatuh sakit kemudian orang mintak dia undur diri supaya beri peluang org lain meneruskan kerja parti dan tidak menyusahkan penyokong.

    ReplyDelete