Menurut teman pemuda Umno Kemaman yang ditahan itu ialah Tarmizi Johar, Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Kemanan. Menurut sumber Umno Kemaman beliau ini memang banyak masalah namun kerana payung besar 'kem KJ' maka dia dapat jawatan itu.
Mungkinkah KJ akan 'cover' juga dia seperti mana KJ 'cover' Pemuda Umno Rembau yang ditangkap meragut. (sila klik untuk baca)
Polis menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, Terengganu malam tadi.
Dua pemimpin Pemuda Umno diberkas terlibat dadah
Sep 29, 09 11:42pm
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Supt Roslan Abdul Wahid berkata, kedua-duanya yang berumur 41 tahun itu, merupakan antara 74 orang yang diberkas dalam Ops Sepadu yang dijalankan oleh jabatan berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Kemaman.
"Seorang daripada mereka ditahan di ruang tamu di rumah tersebut pada pukul 9 malam, manakala seorang lagi ditahan bersama abangnya dalam sebuah bilik di rumah yang sama.
"Kita merampas satu tiub straw yang mengandungi dadah jenis heroin daripada seorang daripada mereka," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan air kencing yang dijalankan mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah.
Seorang daripada mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan polis setelah kenyataan diambil manakala seorang lagi bersama abangnya telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman sebelum dilepaskan dengan jaminan RM3,000 seorang.
Operasi itu dijalankan oleh 100 anggota dan pegawai dari cawangan narkotik di kawasan-kawasan panas di daerah Dungun dan Kemaman dalam usaha untuk membersihkan kawasan berkenaan daripada kegiatan pengedaran dan penagihan dadah.
assalamualaikum...
ReplyDeletesaye ni blogger muda yg baru...
kalau boleh, senaraikanlah blog saye dlm senarai pautan blog saudara supaya blog saya lebih komersal......
saya tidak memaksa...
takbirr...
salam reformasi..
salam perjuangan...
salam pakatan...
demokrasi93.blogspot.com
Salam.
ReplyDeleteOleh kerana perjuangan mereka (UMNOBN) tidak bertunjangkan kepada prinsip telus,berintegriti dan adil kepada semua tanpa memilih maka tidak menghairankan jika ahli atau pimpinan besar mereka terlibat dengan pelbagai salah laku moral mahupun agama Islam.
Juga tidak menghairankan lagi jika mereka ini akan dilindungi oleh tangan-tangan ghaib.
INILAH UMNOBN, jika tidak UMNOBN tidak wujud di muka bumi ini.
Mereka membuat undang-undang tetapi mereka jugalah yang langgar undang-undang itu.
Sila nafikan.
Bila ada saja pilihanraya kecil atau apa-apa pun pilihanraya, adaaaa saja isu-isu mcm ni. Chegubard, get a life!
ReplyDeleteDo something about that sickness you're having.
saya dengar bebudak umno Rembau kata KJ menang dulu kerana ada undi pos masuk.. dan pemuda2 dihantar ke Manik Urai oleh KJ beritau KJ belanja ratus ribu untuk petugas pemuda. dengar kata pemuda umno rembau mcm ptus asa bila Isa dinobatkan sbg calon. Betul ke Isa kawin Bibi Shaliza kat Belanda?
ReplyDelete