Wednesday, October 21, 2009

Kemungkinan besar Teoh dibunuh

Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu mungkin telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.

Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia 'dicekik'.

Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh.

NONEManakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh.

Ini, katanya, berdasarkan kepada gambar-gambar yang diambil di tempat Teoh ditemui jatuh.

Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa terdapat 80 peratus kemungkinan homisid dan 20 peratus kemungkinan bunuh diri.

Beliau juga tidak bersetuju dengan pandangan pakar-pakar forensik bahawa Teoh "jatuh dalam keadaan sedar" tetapi sebaliknya menegaskan bahawa mangsa mungkin tidak sedar.

Beliau memberi tiga sebab dalam membuat kesimpulan tersebut, iaitu:

1) Laporan bedah siasat menyatakan mangsa masih hidup ketika jatuh di tanah, tetapi beliau (Dr Pornthip) tidak menemui kecederaan untuk melindungi diri.

2) Beliau menemui luka-luka yang kelihatan berlaku sebelum mangsa jatuh.

3) Kecederaan pada bahagian dada adalah akibat impak awalan.

Beliau memberi keterangan sebagai saksi pakar di inkues tersebut yang diadakan untuk menentukan punca kematian Teoh.

Dr Pornthip adalah pengarah dan pengasas bersama Institut Pusat Sains Forensik Kementerian Keadilan Thailanad dan dianggap pakar dalam siasatan kes-kes pembunuhan yang rumit.

Teoh - setiausaha politik kepada exco Selangor, Ean Yong Hian Wah - ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam berhubung dakwaan salahguna wang negeri pada 15 Julai lalu. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan, Dr Porntip mempunyai 27 tahun pengalaman dalam bidang sains forensik.

Pakar Thai itu tiba di mahkamah pada jam 8.50 pagi. Beliau turut mengadakan tayangan slaid bagi membantu mahkamah memahami keterangannya.

"Dari gambar post-mortem, saya dapati ada kesan lebam di bahagian kanan leher, yang kami (pakar patologi) panggil 'handle bruise', dan kecederaan ini selaras dengan kecederaan disebabkan cekekan," kata Dr Porntip yang telah mengendali lebih 10,000 bedah siasat.

Beliau berkata kecederaan itu tidak dinyatakan dalam laporan autopsi disediakan oleh Dr Khairul Azman dan Dr Prashant, yang telah diberikan kepadanya untuk diperiksa.

"Saya juga dapati kecederaan tusukan di bahagian dubur yang boleh disebabkan perbuatan memasukkan objek dalam bahagian berkenaan. Saya tidak pernah melihat kecederaan seumpama itu dalam kes jatuh dari tempat tinggi," kata beliau, sambil menunjuk kepada gambar-gambar bedah siasat yang dipaparkan pada slaid.

Dr Pornthip berkata beliau juga mendapati kesan melelas di paha bahagian atas Teoh yang mungkin disebabkan disebat.

"Satu lagi kecederaan yang saya temui ialah keretakan tempurung kepala, yang mungkin disebabkan oleh hentakan tumpul yang tepat kepada tempurung kepala sebelum jatuh," kata Dr Porntip, saksi ke-30 di inkues itu.

Beliau berkata kemungkinan Teoh tidak sedarkan diri bila ia jatuh dari tingkat lima, berdasarkan tiadanya kecederaan reaksi pada badan, dan menambah luka-luka kelihatan seperti kecederaan sebelum jatuh, dan kecederaan dada yang teruk adalah akibat impak primari di lantai.

Ditanya oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar, bagi pihak kerajaan Selangor, tentang kes melelas di bahagian bawah kasut Teoh, pakar itu berkata: "Kelihatan seperti badannya telah diheret.

"Dalam kes-kes jatuh biasa dari tempat tinggi, kasut tidak meninggalkan kesan melelas seperti ini," jelas beliau.

Ditanya oleh koroner Azmil Muntapha Abas sama ada permukaaan lantai mungkin menyebabkan kesan heretan, Dr Porntip menjawab: "Permukaan keras dan kasar".

"Bagaimanapun, pasukan forensik saya tidak menemui sesuatu yang boleh menyebabkan kesan ini bila mereka memeriksa tingkat 14 (pejabat MACC) pada kali terakhir," katanya.

2 comments:

  1. pakar patologi, forensik dari siam ni kalau tak kebai ilmu itam siam, pakai nampak akan HILANG la lepas ni...jgn harap KERAjaan nak ambek kenyataan dan kerjasama dgn dia...

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:09 PM

    sama ada TBH dibunuh atau tidak akan ditentukan oleh pihak mahkamah nanti. Apa yang saya risau ialah:
    1) sejauh mana tahap kecekapan 'pakar' kita berbancing pakar dari luar?
    2) Sejauh mana tahap ketelitian pakar kita dalam melakukan kerja mereka?
    3) Sejauh mana tahap amanah mereka sebagai seorang pakar?
    4) Sejauh mana tahap kebolehpercayaan yang kita mahu letak kepada 'pakar' kita?

    persoalan2 di atas tidak semestinya utk kes TBH

    ReplyDelete