Wednesday, May 20, 2009

YDP PAS Permatang Pauh dokong calon Pakatan Rakyat di Penanti

Terdapat khabar angin tersebar kononya PAS Permatang Pauh memboikot Pilihanraya Kecil Penanti. Malah YDP Pas Kawasan Hj Omar Hassan difitnah dengan dikatakan mengeluarkan arahan melarang ahli Pas mengundi calon keADILan.

Harakah semalam menyiarkan, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh merangkap Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN), Omar Hasan menafikan telah mengeluarkan kenyataan melarang ahli PAS mengundi calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dr Mansor Othman pada pilihan raya kecil N12 Penanti pada 31 Mei ini.

Ujarnya, dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Permatang Pauh baru-baru ini tiada agenda perbincangan berkaitan isu tersebut dan beliau hairan bagaimana tiba-tiba kenyataanya ada dalam blog yang sengaja dicipta untuk memperkecilkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Mohamad Fairus Khairudin.

"Saya tidak tahu menahu tentang isu itu melainkan setelah diberitahu oleh rakan tengahari tadi.

che'GuBard dengan ini menegaskan ini semua taktik dan strategi jahat Bn yang takut hendak turun sebaliknya akan berusaha bersungguh - sungguh untuk mengalihkan undi sebanyak mungkin kepada calon bebas. Kepada semua jentera jangan leka dan alpa kerana menurut sumber dalaman Bn, jentera mereka khususnya Umno akan tetap digerakkan untuk menyokong calon bebas.

Sementara itu ketika berceramah bersama Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiga hari lalu, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli menyeru semua jentera PAS berkampung di Penanti bermula 23 Me ini iaitu selepas hari penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam.

Sebelum itu juga Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Mustaffa Ali dan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man sepakat dalam kenyataan akhbar bahawa kerusi Penanti adalah milik KeADILan berikutan perjanjian yang termaktub dalam Majlis Presiden kesemua parti gabungan Pakatan Rakyat.

1 comment:

  1. Anonymous3:14 PM

    pas ni somak betul..... kata disiplin kena le disiplinkan org2 eh... aku ni kalau bukan sebab PKR takkan ku undi pas kat paroi... sebab aku tak kenalpun taufek tu sebelum ini...sebab chegubard aku undi taufek... tapi lepas tu aku tengok taufek memang boleh perform so tak menyesal...

    ni sama lah di penang ni pas kena le bantu adil kat permatang pauh jgn le sombong..

    ReplyDelete