Tuesday, May 19, 2009

PENANTI: Najib Takut Kuasa Rakyat

KUALA LUMPUR, 19 MEI (SK) - PRESIDEN Umno, Najib Tun Razak semalam telah mengumumkan untuk tidak meletakan calon Barisan Nasional bagi bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti adalah akibat ketakutan beliau dengan kekuatan Pakatan Rakyat.

Mengulas perkara berkenaan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan Badrul Hisham Shahrin, Najib yang diketahui umum dengan sifat kejamnya kini takut dengan kekuatan yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat.

“Selepas Pilihanraya Umum ke 12 kita dapat melihat perubahan rakyat yang menolak BN, dan kini untuk kerusi di Penanti Najib sendiri takut untuk melihat kekuatan Pakatan Rakyat untuk menafikan sokongan terhadap BN,” kata Badrul ketika dihubungi Suara Keadilan pagi ini.

Selain dari itu, jelas Badrul, Najib juga takut dengan kuasa rakyat untuk berhadapan dengan ahli Umno yang akan mempesalahkan beliau yang menjadi penyebab kekalahan besar Umno dan Barisan Nasional.

Pada pilihanraya lepas, menurut Badrul, ada kem Umno yang menyalahkan bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sebagai penyebab kekalahan.

“Dan kini, beliau yang juga dari kalangan kem yang lantang mengkritik Abdullah kerana menjadi penyebab takut akan mengalami nasib yang sama kerana kerana kekalahan Umno di Penanti,

“Ini bermakna beliau takut untuk berdepan dengan kenyataan apabila ada kumpulan-kumpulan dalaman Umno yang meminta beliau bertanggungjawab keatas kekalahan tersebut,” katanya lagi ketika dihubungi Suara Keadilan.

1 comment:

  1. nnt kalau dun perak bubar kite nasihatkan najib jgn bertanding... sebab perak pun asalnye PR punye... jimat duit kerajaan... bolo punye najib!

    ReplyDelete