Monday, May 11, 2009

Pembebasan Hindraf ada kaitan dengan PERAK ?







Pertama sekali diucapkan tahniah kepada P.Utayakumar atas pembebasan beliau dari ISA. Selepas mengetahui beliau akan dibebaskan dan akan terus menuju rumahnya keluarganya di Rasah, Seremban maka cheGuBard dan teman - teman telah menyusun sambutan rakyat di Tol Seremban dan berarak mengelilingi bandar Seremban dan terus ke rumah ibunya di Jalan Rasah. Bilangan orang yang menyambut beliau adalah diluar jangkaan. Konvoi yang menjangkau ratusan kenderaan disambut hebat di kiri dan kanan jalan. Alhamdunillah tiada kejadian 'luar biasa berlaku' kerana kehadiran polis yang amat kurang dan petugas yang cekap.

Semasa di arak di atas trak beliau sempat menceritakan bagaimana pihak KDN dan Kemta kecewa apabila beliau tidak mahu menandatangani sebarang syarat pembebasan. Namun menjelang petang beliau di 'halau' keluar dari kem tahanan kemunting tanpa menandatangani syarat pembebasan. Ertinya beliau tidak setuju bebasbersyarat, beliau tidak tangani maknanya beliau bebas tanpa syarat. Nampak sangat regim terpaksa membebaskan beliau walaupun beliau tidak mahu tandatangan syarat pembebasan.

Hari ini Hishamuddin (Menteri KDN) menyatakan bahawa kerajaan tidak mengharapkan terima kasih dari Utaya dan keluarag serta semua lain yang dibebaskan. Sememangnya dari malam tersebut cheGuBard sudah menyebut tidak perlu berterima kasih. Utaya yang dibebaskan adalah Utaya yang sama prinsipnya sebelum dibebaskan. Langsung tidak berbeza kenapa dia ditahan, seharusnya itulah persoalan yang harus dijawab.

Pembebasan 'tergesa-gesa' ini berlaku kerana regim benar -bernar terdesak kerana isu Perak. Keganasan Polis dan pencabulan demokrasi serta perlembagaan yang begitu teruk dilakukan oleh Bn di Perak telah menjadikan Bn begitu tidak porpular. Seperti biasa taktik Bn aialh mengalihkan isu. Maka harapan Bn ialah pembebasan tahanan ISA kali ini adalah sebagai usaha mengalihkan isu. Perhatian diberikan kepada pembebasan tahanan berbangsa India juga sebagai taktik Bn menutup keganasan yang dikenakan keatas speaker berbangsa India di Perak. inilah Bn tidak pernah belajar dari kesilapan dan sentiasa melihat isu dari persepsi perkauman.

Keduanya pembebasan juga berkait rapat dengan ugutan YB Manoharan untuk meletakkan jawatan. Bn tidak sanggup menghadapi pilihanraya kecil lagi. Terbayang di kepala pemimpin Bn betapa perbelanjaan Bn yang tinggi kerana terpaksa membayar jentera upahan mereka dan menabur RM dalam cubaan membeli kepercayaan rakyat. Malah yang lebih pedih lagi mereka tidak boleh menerima hakikat kebangkitan rakyat akan menewaskan Bn.

Maka kesempatan ini perlu membebaskan Manoharan untuk mengelakkan pilihanraya.

Persoalan yang lebih penting kenapa pembebasan ini terpilih dan berdasarkan kaum dan agama ? Bukankah ada lagi tahanan yang lebih lama ditahan ? Adakah mereka tidak dibebaskan kerana mereka bukan berbangsa India dan beragama Hindu ? Adakah pembebasan ini hanya untuk mengambil hati orang India yang begitu berani bangkit menentang Regim.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment