Friday, May 08, 2009

Email : terima kasih dari Bapa Altantuya ; kemungkinan besar akan berada di PRK Penanti

Pagi ini che'GuBard dapat masej 'terima kasih' dari Monggolia, kerana berjaya sampaikan surat Bapa Altantuya kepada PM Malaysia.

Apabila cuba berkongsi rasa memikirkan bagaimana jika anak kita hilang diperlakukan kejam tanpa pembelaan kerana terperangkap dalam polimik politik negara luar memang amat mengharukan apabila menerima masej tersebut.

Cuma ingin ditegaskan masej program SAMM menghantar kek dan surat desakan lantas menyampaikan juga surat Dr. Sharibu kepada PM Malaysia bukan satu usaha gurauan atau main - main. Ia dilakukan dengan tanggungjawab membela imej negara. Sila rujuk kenyataan terbuka penuh SAMM dengan klik sini.

Cuma nak kongsi apa yang menariknya ialah hampir 'confrim' yang bapa Altantuya dan akan ditemani beberapa anggota keluarga akan datang 'tengok-tengok' Penanti semasa Pilihanraya Kecil nanti..... wah bertambah meriahlah Penanti nanti....

No comments:

Post a Comment