Friday, May 29, 2009

Khairy harus di dakwa kerana kenyataan menghasut 'jangan keluar mengundi'

Tindakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menghasut para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tidak keluar mengundi Ahad ini dianggap keterlaluan dan bersifat menghasut.

Seruan Khairy itu jelas menyalahi sistem demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk mengundi sekaligus memilih pemimpin mereka sendiri.

Dia kata tidak mahu memperlekehkan institusi demokrasi negara ini tetapi seruannya jelas membuktikan, dia sendiri yang memperlekehkan sampai sanggup mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan itu.

Sifat pengecut Umno itu sudah terbawa-bawa sehingga ke tahap 'bahaya' apabila cuba menasihatkan para pengundi yang sudah matang dan bijak berfikir setelah menyertai 12 pilihan raya umum dan kecil untuk tidak keluar mengundi.

Seharusnya pihak berkuasa. polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat kenyataan Khairy yang dilihat berbahaya, tidak demokratik dan tidak galakkan rakyat meneruskan amalan demokrasi yang sudah diguna pakai sejak sekian lama dan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.

Setakat ini belum ada mana-mana pihak yang pernah memberi saranan seumpama itu sekaligus membuktikan Ketua Pemuda Umno itu sudah ketandusan idea untuk meraih sokongan sebaliknya mengunakan kaedah yang bertentangan dengan semangat demokrasi yang di dukung oleh semua rakyat dan Pakatan Rakyat.

Andaikan jika pihak Pakatan Rakyat yang mengeluarkan kenyataan seumpama itu dan sudah pasti pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas.

Kenyataan ini berpotensi menjadikan keadaan tegang dan perlakuan fizikal. SPR dan PDRM juga seharusnya mengambil tindakan terhadap usaha 'agen' Umno membawa pengundi keluar melancong percuma ketika hari mengundi termasuk dengan memberikan wang poket.

1 comment:

  1. Depa takut PKR menang majoriti besar!

    Biar Rakyat tunjuk kuasa kepada mereka!

    Kembalikan Hak Rakyat!

    Bubarkan DUN Perak!


    Saudara bolehkan blog saya dimasukkan dalam blog list saudara?

    GoMalaysian.Blogspot.Com

    ReplyDelete