Friday, May 15, 2009

Surat Layang : Maaf tidak mendapat kepastian....


Menerima surat ini beberapa hari lalu. Pelik surat tersebut dialatkan kepada semua ADUN Negeri Sembilan. Tak sepatutnya cheGuBard dapat. Namun setelah diperiksa dengan teman ADUN dan bukan ADUN ramai yang dapat surat yang sama.

Surat ini (sila klik surat diatas untuk melihat imej besar) memang sebuah surat layang. Namun ia kelihatan lebih lengkap dari nota layang yang menuduh Exco Kedah menghina Sultan Kedah yang wujud di Kedah yang sehingga Umno Kedah telah buat report Polis, hantar memorandum, buat perhimpunan dan semua mengenai nota layang di Kedah itu mendapat liputan meluas di media dikuasai Umno.

Dalam surat ini menyatakan bahawa pengirim mempunyai maklumat sahih mengenai seorang ADUN Umno yang ditangkap khalwat di sebuah hotel di Seremban. Namun kerana arahan 'pihak atasan' kes ini disenyapkan.

Adakah ini benar ? che'GuBard menghubungi beberapa orang teman ramai yang mengetahui mengenai khabar ini namun tak siapa berani mengesahkan. Malah teman di Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan tidak mahu komen apa - apa mengenai perkara ini sebaliknya tidak pula mahu menafikan.

Ramai yang dihubungi secara konsisten satu nama ADUN Umno disebut. Namun kerana tidak boleh disahkan amat zalim jika nama itu pula disebut di sini.

Khabar semalam pula ada seorang teman yang rapat dengan pimpinan Umno bahagian tempat ADUN yang disebut itu mengatakan bahawa perkara ini tersebar kerana 'sabotaj' menjelang pemilihan Umno lepas.... perkara ini dah heboh lama dan sumber ini mengatakan ia berita basi...

Banyak masej yang diterima rasanya dari 'orang Umno' yang mentertawakan che'GuBard kerana memberi respon kepada 'surat layang'. Jawapan kepada mereka ialah sekurang kurangnya tidaklah sebodoh kawan mereka Umno Kedah yang membalut badan dengan kain kuning 'seperti tok bomoh' terjerit jerit pergi membuat laporan polis, menghantar memorandum kerana nota layang.

Bayangkan jika surat ini ditulis pendedahan ADUN Pakatan ditangkap khalwat sudah tentu puak - puak BN akan terus berdemo membawa buluh runcing untuk mensula atau batu untuk merejam ADUN tersebut.... tetapi kerana yang dituduh ADUN Umno maka mereka senyap. Di yakini ADUN Umno juga mendapat surat yang sama tetapi mereka terus mensenyapkan.

Persoalannya ialah jika benar perkara ini wujud amat malang sekali undang - undang di letakkan di bawah tapak kaki...termasuk undang undang melibatkan hukum agama...

Bab ADUN itu khalwat atau zina itu satu bab ....tapi bab pendakwaan dan penguatkuasaan terpilih yang harus diberikan perhatian ....

Jika ia seperti yang didakwa oleh sumber Umno yang mengatakan ia tersebar semasa pemilihan Umno baru ini....maka inilah nilai politik mereka....

Terpulang pada semua fikirkanlah.........

Kepada penulis surat ini jika terbaca posting ini sila lah tampil... InsaAllah saya akan cuba merahsiakan identiti saudara atau saudari.

1 comment:

  1. mereka sembunyi telur dalam peti ais mmg org lain jumpe la... patut sembunyi telur macam penyu susah skit jumpe...heheh

    ReplyDelete