Wednesday, May 06, 2009

cheGuBard dan dan Mat Sabu di tahan polis

KUALA LUMPUR, 6 Mei (SK) KEMASKINI : Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham Saharin atau Cikgu Bard dan Naib Presiden Pas Mohamad Sabu telah ditangkap polis sebentar tadi di lokasi berlainan dan tidak diketahui atas dasar apa kesalahan mereka.

Pagi tadi, Cikgu Bard yang mengetuai sekumpulan 30 aktivis Solidariti Anak Musa Malaysia (SAMM) telah menghantar kek harijadi mendiang Altantuya untuk dihadiahkan kepada Perdana Menteri Najib Razak di pejabatnya di Putrajaya.

Tiga aktivis di tangkap Polis kerana memegang kek dan kain rentang, walau bagaimana pun Cikgu Bard diminta hadir di Baliao Polis Daerah Putrajaya untuk menda[atkan maklum balas tentang penangkapan.

Sementara itu Mat Sabu di tahan polis semasa sedang makan tengahari di Haslam berdekatan pejabat akhbar rasmi Pas - Harakah, Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Tangkapan tersebut dipercayai berkaitan dengan penglibatan beliau dengan kempen Bersih ‘1BLACK Malaysia’ yang menyeru supaya semua rakyat Malaysia memakai pakaian hitam tanda protes terhadap kemelut Negeri Perak pada 7 Mei ini.

Berita lanjut menyusul

No comments:

Post a Comment