Monday, May 11, 2009

Apa erti keputusan mahkamah ?



7 Mei 2009 telah mencatatkan bagaimana Regim Bn memperkudakan PDRM, mencabul perlembagaan, perundangan dan sistem demokrasi untuk kekal berkuasa. Bn gilakan kuasa namun takut berdepan dengan kuasa rakyat untuk berkuasa lantas semua sistem yang ada diperkosa semahunya.

Speaker Dewan di gulingkan dengan kekerasan, speaker baru dipilih tanpa dewan bermula, orang yang tidak dikenali dibenar memasuki dewan, semuanya berlaku umpama drama.

Semua ini berlaku kerana kuasa rakyat masih lemah. Ramai rakyat masih tunduk apabila kuasa mereka diperkotak katik oleh regim.

Apabila seluruh dunia mengecam tindakan regim di Perak mereka membebaskan tahanan ISA untuk mengalihkan isu.

Hari ini pula mahkamah telah menyatakan ir. Nizar, Menteri Besar yang sah. Cuma apa ertinya keputusan mahkamah ini dengan apa yang telah berlaku. Sepatutnya Zambry harus di iring keluar pejabat MB, namun itu pasti tidak berlaku. Keputusan menukar speaker adalah salah tetapi itu juga pasti tidak akan di undurkan.

Semuanya hanya mampu berlaku dengan kuasa kebangkitan kesedaran rakyat. Kepada Nazrin ayuh fikirlah dengan matang. cheGuBard doakan agar tuanku mampu berfikir waras....renungkanlah ini masa sesuai untuk mengambil tindakan...bubarkan DUN Perak... ? Terpulang pada Tuanku bagaimana Tuanku hendak rakyat mengenang hujung era pemerintahan bapa Tuanku....

Peringatan bagi pemimpin Rakyat jangan 'mimpi' keadilan itu boleh datang dengan sendirinya. Rakyat harus terus digerakkan.

Pembebasan 13 ISA secara tergesa - gesa untuk tutup alih isu PERAK tidak berapa berjaya...maka hari ini Mahkamah memutuskan sesuatu yang kononya berharga supaya isu keganasan dalam dewan teralih dan dilupakan.

Ayuh kita fikir apa ertinya jika mahkamah istihar namun aparat regim tak iktiraf. Bayangkan jika Nizar masih dihalang memasuki pejabat, Sultan Perak tidak mahu terima Nizar mengadap atau tak sudi bubar DUN.... maka persidangan akan berlansung dengan Speaker haram yang baru yang akan bawa usul undi tak percaya pada Nizar dan Undi percaya pada Zambry.....

Kita tidak banyak masa rakyat harus digerakkan mengadap Tuanku.... temanya bubar DUN Kembalikan kuasa rakyat, tamatkan krisis di PERAK !!!!

link berita (sila klik tajuk) :

7 comments:

  1. Anonymous4:50 PM

    Blah lar zamri kecik woi...

    >>>Budak Kampung<<<

    ReplyDelete
  2. Good day to all,

    We would like to invite you to our blog "Misi Membebaskan Tahanan ISA" to push the the PAS/PKR leaders to step forward and offered 2 ADUN/Parliamentary seats up for resignation as a way to threaten the govrnment into releasing more ISA detainees. Details of the strategy can be followed here:

    "Blog Bebaskan Mereka"We would appreciate it if you drop by and sign our petition as well."Online Petition"Justice for all.


    salam perjuangan bro,

    mohon kehadiran suara ke blog kami "Misi Membebaskan Tahanan ISA" dengan mendesak agar pimpinan PAS/PKR menunjukkan keikhlasan dengan berani menawarkan letak jawatan kerusi ADUN/PARLIMEN sebagai ugutan kepada pihak kerajaan.

    sila lawat: "Blog Bebaskan Mereka"seterusnya, mohon menandatangani petisyen kami di:

    "Online Petition"JZK

    ReplyDelete
  3. Anonymous6:55 PM

    Berkat doa orang teranianya Allah kabulkan permintaannya walau pun seribu halangan. Ada satu lagi halangan iaitu Sultan Perak! Kalau Sultan tak mahu terima cadangan pembubaran, kerajaan haram itu akan terus berkuasa.

    Daulat Tuanku!!

    ReplyDelete
  4. Anonymous12:33 AM

    betul juga kata cikgu tu... speaker tu dikatakan sebagai sah...aku pun tak paham...salah salah ada persidangan tergempar lak...sultan tak perlu buka dah..risau risau.... selamatkanlaaa negeri perak...buka laa hati Raja Muda untuk bubar dewan... Cikgu..Raja Muda leh bubar dewan ke..?

    ReplyDelete
  5. mengalahkan budak2

    ReplyDelete
  6. KALAU TAK DAPAT IZIN BUBAR DUN, SPEAKER PULAK DAH BERGANTI, TENTU NIZAR AKAN HADAPI UNDI TAK PERCAYA.

    KALAU PAYAH SANGAT, KESEMUA 28 ADUN PR LETAK JAWATAN TANDA PROTES DAN KITA BERPILIHANRAYA KECIL SEBULAN SEKALI SELAMA 28 BULAN.

    KALAU TIAP-TIAP BULAN PR MENANG PRK, TENTU TERPAKSA BUBAR DUN UNTUK MENUTUP MALU.
    BOLEH KE GITU CIKGU BARD?

    ReplyDelete