Saturday, May 30, 2009

Pengundi di rayu keluar.

Hari ini hari terakhir berkempen di Penanti. Esok merupakan hari mengundi. Pakatan Rakyat menurunkan calonya Dr. Mansor Othman dari Parti Keadilan Rakyat dan di dalam kertas undi akan tertera di kotak nombor satu.

Secara peribadi che'GuBard menjangkakan lebih kurang 60 % akan keluar mengundi dan Pakatan Rakyat akan menang insyaAllah dengan undi majoriti yang lebih besar dari PRU 2008.

Hari ini PAS telah mengeluarkan risalah saiz A4 depan belakang yang menyeru ahli PAS untuk keluar mengundi dan mengundi calon Pakatan Rakyat.

Antara kandungan risalah tersebut ialah kenyataan TG Hj Nik Abd. Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS, TG Dato Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS dan Ust Saleh Man, Pesuruhjaya PAS P.Pinang.

Rumusan risalah ialah 5 amanat kepada ahli PAS 1) Beriman dan bertakwa kepada Allah 2) Memperlihat akhlak mulia 3) Menjadi ahli yang patuh dan disiplin 4) Instiqamah dengan Pakatan Rakyat 5) Turun mengundi dan undi Dr.Mansor Othman.

YB Saifuddin Pengarah Pilihanraya Keadilan Pusat pula telah mengeluarkan kenyataan menyeru semua keluar mengundi seperti berikut :

Memandangkan hanya calon bebas yang lawan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dalam Pilihan Raya Kecil Penanti ini, ada kemungkinan segelintir pengundi rasa tidak perlu keluar mengundi. Kami ingin mengingatkan para pengundi Penanti bahawa pilihan raya kecil ini adalah amat penting dan bermakna.

Kami berharap semua pengundi Penanti akan keluar untuk mengundi calon KeADILan pada hari pengundian untuk menghantar isyarat yang jelas, bahawa rakyat mahu satu kerajaan Pakatan Rakyat yang kukuh di negeri Pulau Pinang untuk meneruskan agenda perubahan yang dicerminkan oleh pencapaian-pencapaian kerajaan negeri sejak bulan Mac 2008.

Kami juga berharap pihak Barisan Nasional, walaupun tidak bertanding, tidak akan cuba mensabotaj usaha kempen Parti kami sama ada dengan menggunakan pihak polis, media arus perdana mahupun cara-cara lain seperti memberi pelancongan percuma di luar kawasan Penanti pada hari pengundian.

Walaupun Umno takut bertanding tetapi mereka telah tidak dapat menahan 'terliur' untuk turut turun 'tangan' dalam kempen Pilihanraya Kecil Penanti 2009.

Agen Bn telah terlibat menaja calon bebas. Kumpulan (cenderung Bn) yang mengaku menaja bekas ADUN Bukit Selambau telah berada di belakang salah seorang calon bebas.

Bn telah menaja poster, risalah dan banner yang menyerang calon dan Pakatan Rakyat.

kempen berterusan memberikan penerangan telah menyedarkan ramai termasuk ahli Umno. Takut dengan hakikat itu maka Bn turut terpaksa membuat ceramah. Seperti biasa PDRM alat regim turut memberikan kebenaran Umno membuat program walau tidak bertanding.

Malah khuatir dengan peningkatan majoriti Pakatan yang besar kerana akan ada ahli Bn akan undi Dr. Mansor maka Umno telah anjurkan lawatan melancong percuma dengan memberikan wang poket kepada pengundi.

Kepada ahli Umno sila baca dengan klik sini.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment