Wednesday, May 06, 2009

Kenyataan Penuh SAMM sempena Ulangtahun Altantuya

SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA

(S.A.M.M)

Kenyataan Terbuka

6 MEI 2009


SELAMAT ULANG TAHUN ALTANTUYA DAN DESAKAN BUAT PM

Jika Altantuya Sharibu tidak ditembak mati di Shah Alam, hari ini beliau akan merayakan ulangtahun ke 31 kelahiranya.

Kematian Altantuya yang terlibat menjadi orang tengah dalam pembelian peralatan pertahanan Malaysia telah mengundang seribu satu persoalan. Imej negara telah menjadi buruk ekoran terlalu banyak 'spekulasi' muncul berkenaan kes tersebut.

Kira – kira 19 buah media seluruh dunia telah menerbitkan artikel dengan jelas mengaitkan Najib Razak, yang kini merupakan Perdana Menteri Malaysia terlibat dalam pembunuhan Altantuya.

Malah ada cubaan menutup kes tersebut dengan melebel Altantuya sebagai model yang menjadi perempuan simpanan. Walaupun siapa Altantuya beliau dan keluarganya berhak mendapat keadilan.

Terlalu banyak 'misteri' dalam perbicaraan Altantuya seperti ;

  • apa motif dua orang anggota Unit Tindakan Khas PDRM yang terlatih menjadi pengiring setia membunuh warga Monggolia yang mereka tidak kenali ? Merujuk kes Mona Fendi yang mengarahkan pembantunya Juraimi membunuh seorang ADUN Bn jelas bukan sahaja Juraimi di hukum gantung tetapi yang mengarahkan Juraimi juga dihukum gantung. 2 tertuduh pembunuhan Altantuya ini dibawah arahan siapa ?

  • secara jelas wujud pengakuan Altantuya dibunuh dengan pistol (bom C4 untuk menghapus bukti) malangnya mengapa pistol tidak dibawa ke mahkamah ? Pistol , arahan siapa dan milik siapa ?

  • benarkah Altantuya datang ke Malaysia setelah mengetahui RM500 juta (komisyen/rasuah) hasil jual beli peralatan pertahanan sudah di perolehi Razak Baginda (orang rapat Najib), dan kedatangan beliau untuk menuntut 'bahagian' seperti yang dijanjikan ? Mengapa rekod imegresen Altantuya hilang ?

Maka dengan ini bersempena dengan Ulangtahun Kelahiran Altantuya kami kumpulan anak muda (Solidariti Anak Muda Malaysia) dengan ini mendesak Perdana Menteri Malaysia

  • menyaman dan minta 19 media dunia mohon maaf kerana menyiarkan artikel Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya jika ia fitnah bukan sekadar menggunakan kuasa mengugut dan mengancam dalam negara. Untuk makluman Polis telah di gunakan untuk merampas topeng Altantuya, mengugut tempat percetakan supaya jangan bekerjasama mencetak bahan melibatkan Altantuya dan mempergunakan akta polis menghalang nama Altantuya disebut dalam majlis dibawah permit polis.

  • menjelaskan mengenai kewujudan tersebarnya salinan beberapa pesanan ringkas antara nombor yang dikatakan digunakan oleh Najib dengan satu nombor yang dikatakan dimiliki oleh seorang peguam berbincang mengenai kes Altantuya. Salinan berbalas pesanan ringkas ini jika benar dihantar oleh Najib menunjukkan 'sesuatu' cuba diselindungkan dalam kes Altantuya ini. Maka penjelasan yang jelas perlu dibuat.

  • mempersembahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk mewujudkan sebuah suruhanjaya siasatan Di Raja mengenai kes Altantuya ini. Banyak kes sebelum ini gagal dicari kebenaran hanya dengan siasatan polis dan pendakwaan biasa. Contohnya dalam siasatan polis gagal mendapati siapa yang memukul Anwar Ibrahim dalam tahanan sebaliknya bila ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja maka Ketua Polis Negara dikenal pasti melakukannya.

Kes Altantuya ini bukan sahaja melibatkan imej individu sebaliknya imej negara, kerana yang dituduh terlibat ialah orang nombor satu negara. Desakan di atas harus ditunaikan dengan segera untuk memulihkan semula imej dan mencari kebenaran.

Solidariti Anak Muda Malaysia merupakan ikatan anak muda dari perbagai latar belakang yang ingin melihat Malaysia berdaya saing dihormati dipentas dunia dan rakyatnya sejahtera dijamin keadilan dan keharmonian.

Dikesempatan ini juga kami ingin mengucapkan Selamat Hari ulangtahun kelahiran Altantuya dan takziah kepada anggota keluarganya. Sambutan hari ini telah kami maklumkan kepada anggota keluarganya lebih awal dan bapanya meminta kami menyampaikan salam buat semua yang terlibat dan media yang hadir.

Che'GuBard

Penyelaras, Solidariti Anak Muda Malaysia

Nota : Kenyataan ini dibacakan di depan pejabat Jabatan Perdana Menteri Malaysia sebelum upacara potong Kek Ulangtahun Altantuya, dan selepas itu Kek Ulangtahun Altantuya dan salinan Kenyataan akan diserahkan kepada kakitangan JPM untuk disampaikan kepada Perdana Menteri Malaysia untuk tindakan beliau.

9 comments:

  1. Anonymous5:21 PM

    Dengan Hormatnya...

    The fact remain that altantuya is a mechant of death. She sell weapons so that humanity could kill each other.

    Thus She lived by the sword and thereby die by the sword. She sells this stuffs and God repaid her through karma-some religion-. look at the jaccobin when they first initiate the french revolution. in the end the man who wrote the constitution die excecuted by the constitution after killing million during the french revolution. As for che... he belived for what he stand for but for the wrong caused. only Cummunist CUBA viewed him as national hero. for the rest of the world he is just another a terrorist responsible for thausand of death From Africa to Central America.

    wonder how many people die because of Altantuya arms deal. How many widows are created,how many children were left orphaned and how many suffers. She sell weapons i.e soviet made to conflict reagion around the world so that people can kills more efficiently.... thus make you wonder some time is she really an angel worth prayed for.

    Her death could actually be a blessing in disguised. although I doubted that her replacement is already on the way. but atleast the killing stop for a while..... her death could actually saved millions....

    Things to pondered......

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:59 AM

    Jangan salahkan penjual sahaja, pembeli senjata apa kurangnya ... biasanya orang yang membunuh ialah orang yang membeli senjata bukan yang menjual ... jelas penjual=altantuya pembeli=kerajaan malaysia. siapa yang terbunuh? penjual, siapa yang membunuh pembeli ?

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:31 PM

    Agak2 la nak beli senjatapi. Nak perang sgt dah ke? Isu altantunya jgn sejuk begitu saja. Klu aku bapa altantunya pun mesti nak bela kematian anak...kena batang hidung sendiri baru tau...

    ReplyDelete
  4. arohan5:23 PM

    hai guys, 1st time saya menulis nie, tapi setahu saya altantuya hanyalah penterjemaah sahaja. apa kena mengena dengan karma and menjual senjata kepada serata dunia ?? adakah saintis-saintis kita juga digelar pembunuh ??

    sorry, but my malay is abit rusty.....

    ReplyDelete
  5. Sivakumar10:43 PM

    Abang Chegubard

    Bagaimana untuk saya menjadi ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)?

    Saya memang suka mengikuti blog Chegubard dan memang respek sama abang Chegubard.

    Teruskan usaha demi menegakkan keadilan rakyat Malaysia.... saya harap dapat juga memberi sumber tenaga dan sokongan.

    ReplyDelete
  6. Anonymous12:18 AM

    Diharap kita dapat menangkap pembunuh altantunya yang sebenar. mungkin kita semua tahu sipa pembunuh sebenar cuma buktinya terlalu susah untuk dikemukakan.

    ReplyDelete
  7. Anonymous2:05 PM

    Altantuya tu lebih kurang pelacur yang hidup nak peras ugut orang. Yang aku pelik puak puak ni pula sibuk nak sambut ulang tahun dia. Janganlah politik punya pasal fakta yang dah ada nak diketepikan.

    ReplyDelete
  8. Anonymous10:18 PM

    altantuya dibunuh pd mlm 10 akhir ramadhan... org yg bunuh n arah sure sejahat2 manusia

    ReplyDelete
  9. Anonymous9:42 PM

    Assalamualaikum...

    Seperti komen pada masa 2:05 PM di atas, betul tu fakta jangan disembunyikan.. tapi bagaimana rekod imigresen kemasukkan Altantuya ke Malaysia dikatakan seperti dipadamkan dari senarai? Siapa yang padamkannya?

    Mungkin Altantuya itu pelacur yang suka peras ugut orang, tapi kena juga lihat siapa yang dia pergi jumpa, siapa yang dia ugut? Dan atas sebab apa yang dia sanggup datang Malaysia untuk mengugut?

    Org kat negara kitapun ada yg bukan pelacur tapi bukan saja memeras ugut, ni dah sampai "memerah" ugut. Sebab tu ada ahli dari PR yang kononnya keluar parti, mereka tak tahan dengan ugutan yang diterima.

    Biasanya kalau nama seseorang disebut atau timbul dalam mahkamah, pasti nama itu akan dipanggil beri keterangan, tapi untuk kes ni berbeza, ada nama yang tak dipanggil.Dua org yang dijatuhkan hukuman tu, takda sebab yang jelas kenapa dia bunuh.Polis pula tu.Jadi "kambing hitam" berbelang ke?

    ReplyDelete