Friday, May 15, 2009

Hakim yang benarkan Zambry ; hakim lantikan VK Linggam

Patutlah tak sampai beberapa jam dah boleh bagi "stay of execution". Itu pun dia bagi penghakiman yang begitu tidak jelas sehingga sekarang ini hakikat sebenarnya MB Haram, Zambery sedang melakukan tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh MB sah yakni Nizar.

Ramly Mohd Ali ini yang dinamakan oleh VK Linggam dalam perbualan yang rakamanya menggemparkan negara sedikit masa dulu. sila klik sini untuk baca butiran rakaman video Linggam

Mengikut perbualan itu, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim. Mereka adalah Datuk Heliliah Mohd Yusof, Datuk Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002.

Juga, mengikut Jeff Ooi, Hakim Ramly ini baru menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 15 April 2009, yakni 27 hari sebelum Zambery merayu kes itu di mahkamah.

Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan. Dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini.

Dan kita pun nampak betapa mudahnya Hakim Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambery MB Haram. Mungkin Hakim Ramly ini terhutang budi dgn UMNO. Apa pun beliau bukan seorang hakim yang boleh diyakini sebagai tidak memihak kerana perlantikan beliau sebagai hakim adalah atas ihsan Umno melalui VK Linggam.

Apabila Nizar merayu, terpaksa menunggu 5 hari dan terpaksa berhadapan dengan panel 3 hakim pula. Heran, heran heran. (Correct, Correct, Correct)

Kes sebesar ini seharusnya didengari oleh sebuah panel hakim yang tidak kurang dari 3 orang dan mestilah dari kalangan hakim yang tidak terpalit skandal dan mempunyai pengalaman yang lama. Kes ini melibatkan pemerintahan sebuah negeri yang mempunyai 1.5 juta jiwa. Ianya adalah kes yang bersangkutan dengan kepentingan awam yang amat besar.

Malangnya, kes rayuan Zambery ini telah di dengari oleh hakim yang paling "junior" serta hakim yang sama terpalit dalam skandal VK LInggam (Correct, Correct, Correct).

Inilah dia rupa keadilan Malaysia. UMNO telah berjaya melacurkan mahkamah di Malaysia untuk menjadi pelacur kelas satu kepada UMNO.

Mengikut sumber pasukan peguam Nizar, mereka mengalami sedikit kesukaran untuk membuat rayuan terhadap keputusan Hakim Ramly Ali kerana tiada keputusan bertulis dibuat, Adakah ini kerana Hakim Ramly takut dia dirakam dalam sejarah dengan imej yang buruk ?

Keputusan Hakim mahkamah rayuan, Ramly Ali yang membenarkan permohonan Zambry Kadir untuk mengantung perlaksanaan penghakiman Mahkamah Tinggi telah membelakangi prosuder perundangan.

Menurut teman seorang peguam, barisan peguam Zambry seharusnya memfailkan permohonan rayuan untuk menggantung deklarasi yang mengistiharkan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah itu di Mahkamah Tinggi.

Ramai hairan apabila hakim Ramly membicarakan permohonan Zambry tersebut dengan bersidang seorang diri sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.

Mengikut undang-undang dibawah Aturan 14 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa “melainkan dinyatakan sebaliknya, apabila sesuatu permohonan itu boleh dibuat di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan, ianya hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi dahulu”.

Bermakna permohonan Zambry sepatutnya difail dan didengar oleh Hakim yang membuat keputusan itu dahulu iaitu Aziz. Malahan Hakim Aziz telah pun mengarahkan peguam Zambry supaya memfailkan permohonan secara bertulis.

Dalam peruntukan dibawah aturan 13 Kaedah Mahkamah Rayuan dengan jelas ada menyebut bahawa “sesuatu rayuan tidak boleh menggantung penguatkuasaan sesuatu

Ini bermakna dari segi prinsip perundangan, sesuatu penghakiman itu tidak boleh digantung atau ditahan penguatkuasaannya kecuali pihak yang merayu tersebut boleh membuktikan ujud satu keadaan istimewa dimana jika penghakiman itu dilaksanakan akan menyebabkan rayuan mana-mana pihak akan menjadi hampa (jika rayuannya dibenarkan).

12 Februari lalu, mahkamah rayuan telah membenarkan permohonan Zambry semalam untuk supaya ditangguhkan pelaksanaan perintah pengisytiharan itu sehingga kes rayuannya selesai diputuskan oleh mahkamah.

Permohonan rayuan Nizar bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi pula akan didengar 16 Mei ini.

Dalam afidavit sokongannya, Nizar berkata keputusan Mahkamah Rayuan semalam untuk memberikan perintah penggantungan itu kepada Zambry adalah salah dan beliau (Nizar) mengemukakan permohonan untuk membetulkan perkara itu.

Nizar berkata Mahkamah Tinggi telah membuat takrif yang betul terhadap Perkara 16 (6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Beliau berkata sekiranya perintah pelaksanaan itu diberikan ia akan merampas haknya serta membuat keputusan Mahkamah Tinggi mengisytiharkannya menteri besar Perak sebagai sia-sia.

Menurutnya perintah yang diperoleh Zambry itu akan mengganggu pelaksanaan secara lancar dan baik pentadbiran kerajaan negeri Perak selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Nizar juga berkata perintah berkenaan akan mengelirukan rakyat negeri itu mengenai siapakah menteri besar yang sah serta menjadikan keadaan politik lebih tegang dan krisis perlembagaan lebih mendalam.

* kutipan dari beberapa sumber

5 comments:

  1. Anonymous2:16 PM

    TAPI SALAH HARIBULAN TU ...

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:11 PM

    itulah modal pembangkang..bila keputusan tak menyebelahi mereka maka kata hakim tak adil dan macam2..tunggulah sampai proceeding tamat sampai ke mahkamah persekutuan..di perak kalau bubar DUN belum tentu Nizar jadi MB balik kecuali dia masuk DAP...

    ReplyDelete
  3. Krisis semakin meruncing.. Yang benar pasti menang...

    ReplyDelete
  4. Salam dari M'sia timur dan selamat hari guru buat chegubard.

    cikgu bard la yg ajar saya subjek alam dan manusia thn 91 - 93. kalau x silap la.

    good luck cikgu.

    ReplyDelete
  5. hanya org singai akan percaya keputusan mahkamah yang dah penuh dgn hakim2 lantikan vk linggam.... apa jadi kes vk linggam ternyata tak ada tindakan..

    ReplyDelete