Monday, October 01, 2007

Tol akan naik lagi.............


Rakyat akan terus terhimpit, terbaru Sammy Vellu telah mengumumkan mengenai betapa kerajaan yang lemah ini tidak mempunyai kuasa untuk mengelakkan kenaikan 10% bayaran tol menjelang 1 Januari 2008 nanti. sila baca dengan klik

Seperti biasa kerajaan malaysia (baca:kabinet yang diterajui pemimpin BN) akan menggunakan hujah iaitu berdasarlan perjanjian yang ditandatangani pemilik konsesi berhak menaikkan harga tol jika pemilik konsesi tidak dibenarkan menaikan harga tol maka kerajaan terpaksa menggunakan wang negara (baca: wang rakyat) untuk membayar pampasan kepada pemilik konsesi.

Menjadi persoal siapa yang membuat perjanjian bodoh yang jelas berat sebelah ini ? Maknanya syarikat kapitalis ini lebih berkuasa dari kerajaan BN yang lemah ini ?

Bersama ini diperturunkan semula satu artikel artikel mengenai kenaikan harga tol dan apa yang anda sebagai rakyat perlu tahu...sila klik

Perlu disedari kenaikan tol, hak dan perjanjian konsesi ini sebenarnya satu usaha terancang untuk menunutp kelemahan dan amalan korupsi rompakan wang negara secara berterusan.

Kita mengambil contoh pemegang kosesi terbesar lebuhraya di Malaysia, PLUS. Syarikat ini telah mengalami keuntungan sebanyak RM583 juta untuk separuh tahun 2007 (Januari - Jun 2007) dan berdasarkan rekod keuntungan ini sentiasa meningkat dari tahun ke tahun berdasarakan pertambahan jumnlah kenderaan di Malaysia. Malangnya kerajaan tidak boleh menghalang kenaikan seperti yang kononya termaktub dalam perjanjian kerana 'perjanjian sulit' dengan pemegang saham syarikat tersebut.

Dalam isu ini, cheGubard ingin menghimbau kenangan sewaktu krisis ekonomi 1997-1999 di mana Kerajaan Malaysia telah membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk menyelamatkan Kumpulan Syarikat UEM-Renong terutamanya Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) melalui Khazanah Nasional yang kini secara efektif memegang ekuiti PLUS sebanyak 69%. Makanya kerana usaha bail out yanng menjamin kepentingan kroni maka sehingga kini rakyat terus menderita. Setiap kali membayar tol kita bukan sahaja membayar harga menggunakan lebuhraya tetapi kita turut tolong membayar hutang 'bail out' yang dibuat oleh kroni.

Tiga kemungkinan.....

Implikasi dari pengumuman Samy Vellu ini ada tiga implikasi besar. Pertama kerajaan akan menghuar huarkan kadar kenaikan dan kemudian akan mengumumkan 'dengan penuh rasa keperhatinan' bahawa kerajaan berkorban untuk tidak menaikkan (atau menaikkan separuh) kadar tol tetapi kerajaan berkorban dengan membayar sekilan Billion Ringgit Malaysia kepada pemegang konsesi sebagai pampasan. Ini kerana pilihanraya yang terlalu hampir. Maka rakyat akan terus ditipu dengan lupa opsyen pertama ini yang rugiu tetap rakyat. Ringgit Malaysia yang dibayar ialah datangnya dari buget negara (baca:wang rakyat) juga. Pemimpin BN melalui kroni mereka akan terus menikmati keuntungan yang dikehendaki. Yang lebih rugi ialah rakyat Sabah dan Sarawak yang terpaksa yang terpaksa melalui jalan yang teruk setiap hari tetapi wang mereka juga secara tidak langsung turut dirompak melalui buget negara.

Implikasi ke dua yang mungkin ialah rakyat dengan berani menolak kenaikan harga tolo ini. Rakyat bangkit dengan kesedaran dengan menunjukkan protes secara langsung dan tidak langsung. Dari tidak membayar tol, menyertai protes protes terbuka atau sekurang kurangnya sedar yang Malaysia sedang ditadbir oleh kerajaan yang lemah malah bekerjasama dengan kapitalis merompak dan menindas rakyat dengan tidak memberikan undi kepada BN pada pilihanraya akan datang.

Implikasi kemungkinan ketiga yang lebih 'malangnya' ialah kerajaan terus menaikkan harga tol kerana yakin tidak akan hilang undi walaupun pilihanraya amat hampir kerana yakin rakyat akan terus hilang maruah diri tertipu dan terus mengundi BN dan keyakinan ini diperkukuhkan dengan yakin betapa SPR telah sedia menjadi kuda tunggangan BN untuk menjamin kemenangan.

No comments:

Post a Comment