Saturday, October 20, 2007

Pesta Perhimpunan Rakyat "Selamatkan Malaysia"

Pulang kali ini dah janji (dalam hati) untuk tidak keluar dan nak duduk sahaja sebelah che'NurZaima Jahida. Raya kali ini pun langsung tidak kemana mana hanya duduk rumah di Bangi dan dua hari di Seremban. Namun Khamis lepas 'langgar janji' apabila menerima ajakan 'hunter' dan Black untuk bertemu dengan Siva bincang mengenai perhimpunan 10 Nov. Pertemuan 10 malam di Lotus PJ selama 3jam itu telah meniup semangat marhaenis diri ini.

Akhirnya pagi tadi telah menghadiri mesyurat BERSIH yang dipengerusi oleh Hj. Mohamad Sabu dan telah diberikan amanah untuk bersama dalam Jawatankuasa Teknikal Mobilisasi dan Perlaksanaan Perhimpunan "Selamatkan Malaysia" 10 November 2007.


Telah dipersetujui Perhimpunan Aman itu akan diadakan di Dataran Merdeka Jam 3petang. Tugas Jawatankuasa yang dianggotai ialah untuk memastikan perjalanan perhimpunan tersebut lancar dan aman.

Tema "Selamatkan Malaysia" yang dicadangkan che'GuBard telah diterima sebagai tema perhimpunan tersebut. Warna Kuning pula diangkat sebagai warna protes. Jawatankuasa teknikal pula yang bermesyuarat selepas mesyuarat jawatankuasa Induk BERSIH telah menetapkan bahawa semua yang dirancang akan diumumkan secara terbuka melalui sidang media. Tidak akan ada perancangan uang disembunyikan, akan bekerjasama sepenuhnya dengan pasukan keselamatan maka tidak akan ada keraguan soal rancangan sulit atau ancaman keselamatan seharusnya wujud. Perhimpunan ini bukan sahaja bakal mencatat sejarah sebagai perhimpunan rakyat terbesar tetapi akan menjadi yang paling aman dan terancang.

Semua aktivis termasuk semua bloggers dirayu untuk membantu hebahan dan mobilisasi. Pengumuman - pengumuman rasmi akan dibuat dari masa ke semasa sekerap mungkin untuk menyebarkan makluman mengenai perhimpunan ini di web rasmi BERSIH

Amat menghargai kepercayaan yang diberi tetapi perlu maklum che'GuBard hanya menyokong dan memberikan idea kerana 24 Oktober ini akan pulang semula ke Korea Selatan...tetapi diri ini berjanji akan berkongsi dan usaha membantu apa yang termampu.... InsyaAllah akan cuba kumpul dana akan pulang seminggu sebelum 10 November 2007 untuk bersama Pesta rakyat menuntut pilihanraya bersih dan adil.

Esok malam satu perjumpaan dengan contact person negeri negeri akan diadakan di Kuala Lumpur dan Isnin malam satu pertemuan dengan DPPNS, AMK NS, GERAK NS dan beberapa aktivis di Negeri Sembilan akan diadakan. Tenaga aktivis Muda Negeri Sembilan diharap sebagai tenaga sokongan utama selepas Selangor dan Wilayah. Selasa 9.00 pagi Satu Sidang Media Khas akan dibuat di Seremban mengumumkan keputusan pertemuan malam sebelumnya dan 11pagi di IbuPejabat keADILan pula Jawatankuasa Induk BERSIH pula akan mengadakan sidang media khas mereka.

Erm... harap che'NurZaima Jahida faham walaupun balik ke Malaysia dalam masa yang amat singkat (11-24 Oktober) dia masih ditinggalkan bukan tidak sayang tapi tidak mahu wariskan Malaysia yang 'hancur' kepadanya.

Kepada rakyat Malaysia ayuh jangan mengeluh bangkit bina pasukan ampuh. Kita turun ramai ramai 10 November 2007, 3petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.... ia satu pesta tuntutan rakyat...turun seisi keluarga pakai baju kuning, belon kuning, pendek kata serba kuning...tapi kena gosok gigi dulu jangan bagi kuning !............

4 comments:

  1. Anonymous12:18 AM

    cayalah cikgu ! pasti demo ini lebih menjadi dengan sentuhan pengalaman korea....

    ReplyDelete
  2. semua orang yang pergi menyertai ke pesta perhimpunan rakyat kena berpakaian serba kuning, dan kepada pihak yang barkaitan dalam hal keselamatan, janganlah berfikiran 'kuning'. kita semua inginkan aman dan damai harmoni dulu, kini dan selamanya.

    ReplyDelete
  3. Caya lah Bard, kawan tak tau lah kalau ada org sanggup ulangalik dari Korea ke Malaysia semata2 utk perjuangan tapi yg ada kat tanahair sendiri tak sanggup nak ke dataran Merdeka pada 10 Nov ni.
    Apapun, smoga Allah permudahkan urusan utk kembali semula pada tarikh tersebut.

    ReplyDelete
  4. buat promo besar2an! blogger bertindak.

    ReplyDelete