Wednesday, October 03, 2007

Gerakan akui hilang 'indentiti' parti perbagai kaum.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) hari ini mengakui semakin hilang identiti asal mereka sebagai parti perbagai kaum dan kini majoriti rakyat hanya melihat GERAKAN sebagai satu lagi parti kaum cina selain MCA.

Hakikat ini diakui sendiri oleh ketua Wanitanya Datuk Tan Lian Hoe dalam satu temubual dengan mStar Online. Lian Hoe mengakui amat sikit iaitu kurang dari 10 % ahli GERAKAN terdiri dari orang Melayu itupun setelah parti tersebut berusaha bersungguh sungguh.

Pemimpin parti itu tidak harus menyalahkan media mahupun rakyat kerana mempunyai persepsi tersebut. Malah parti itu harus muhasabah dengan melihat kembali kedudukan mereka yang duduk dalam lubuk politik perkauman, BN. Malah tindakan Gerakan untuk kononya berunding dengan MCA ke arah penggabungan pada satu ketika semata mata kerana ingin menyelamatkan sokongan kaum cina kepada BN menguatkan sangkaan bahawa Gerakan kini tidak lebih sebagai alat politik perkauman yang mewakili satu kaum.

Parti yang bakal mengadakan tahunannya bermula Jumaat ini dengan Tema persidangan kali ini "Anak Malaysia Cemerlang, Bangsa Malaysia Gemilang dan Negara Malaysia Terbilang", harus serius membincangkan perkara ini.

Gerakan yang merupakan sebuah parti berbilang kaum diasaskan bersama oleh allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas, Tan Sri Dr Tan Chee Khoon, Dr J.B.A Peter, Tun Dr Lim Chong Eu, Prof Wang Gangwu dan bekas pemimpin Parti Buruh V. Veerapan pada 1968.

Bawah pimpinan Syed Hussein, Gerakan berjaya memenangi beberapa kerusi penting di beberapa negeri di utara Semenanjung, terutama di Pulau Pinang, dalam pilihan raya umum 1969. Parti itu bagaimanapun menyertai Barisan Nasional pada 1972 dan semenjak itu Gerakan hilang identiti sebagai parti perbagai kaum yang memperjuangkan konsep bangsa Malaysia.

Gerakan sebagai sebuah parti yang bermula dengan ideologi dan matlamat perjuangan yang jelas dan kuat malangnya tenggelam dengan semangat politik perkauman sempit seleps menyertai Barisan Nasional. Jelas penggabungan dalam Barisan Nasional adalah warisan pentadbiran penjajah iaitu pecah dan perintah berasaskan kaum. Semenjak dijajah rakyat di bumi ini dipecah - pecahkan berdasarkan kaum kerana dengan itu rakyat akan melemah dan sebarang usaha menyatukan rakyat akan digelar tindakan subversif yang membahayakan dan perlu ditentang. Penjajah amat lega walaupun terpaksa meninggalkan bumi ini kerana semangat anti penjajah yang semakin tinggi tetapi cara pentadbiran mereka (pecah dan perintah) dapat diwariskan dan diteruskan.

Dasar pecah perintah warisan penjajah inilah merupakan penghalang jelas untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju yang kuat. Masalah perkauman ini menjadi lebih parah apabila ia menjadi bom masa yang dipergunakan parti - parti perkauman untuk mengukuhkan pengaruh setiap kali menjelang pilihanraya. Umno contohnya parti yang amat tinggi semangat perkaumanya hanya memikirkan untuk mengumpulkan sokongan melayu, untuk itu mereka sanggup menggunakan apa jua cara termasuk membangkitkan semangat anti kaum lain. Begitu juga gabungan parti lain dalam BN. Malah parti gabungan BN di Sabah dan Sarawak lebih parah dengan mewujudkan semangat anti semenanjung. Malangnya semangat perkauman ini diwujudkan hanya untuk mengembeling sokongan bukan untuk memajukan bangsa tersebut.

Hakikat ini sendiri disedari oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menggariskan dasar Malaysia Negara Maju 2020 dengan menetapkan matlamat pertama sebagai :

  1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
malangnya penekanan Dr.Mahathir tersebut sendiri tenggelam dalam arus deras politik perkauman yang mendasari BN.

Sebagai anak muda Malaysia che'GuBard menyeru dengan semangat penubuhan Gerakan pada 1968 parti itu seharusnya membuat keputusan yang berani demi pertahankan idelogi besar dan mengenepikan fahaman politik sempit perkauman. Gerakan sebuah parti bermatlamat bagus tetapi berada di tempat yang salah.

Kepada anak muda Melayu, cendikiawan Melayu dan ahli politik Melayu pula kita perlu sedar semangat gerakan Nasionalisme Melayu telah lama gagal. Gerakan Nasionalisme Melayu merupakan salah satu gerakan nasionalisme di dunia ini yang dianggap gagal. Gerakan Nasionalisme Melayu merupakan satu satunya gerakan politik yang cuba merintis jalan ke arah menubuhkan sebuah negara bangsa yang kuat telah gagal semenjak merdeka.

Gerakan Nasionalisme Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan telah disabotaj oleh sebuah parti Melayu yang bukan sahaja mempunyai nama Inggeris tetapi mewarisi semangat pecah perintah dan penerus sistem penjajah.

Sekarang masanya kita harus berani mengorak langkah ke arah bangsa yang berjatidirikan Malaysia.

3 comments:

  1. Anonymous3:51 PM

    http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/gerakan-hilang-identiti-perlu-kaji-kedudukan-dalam-bn.html

    tahniah sdr saya baca news di harakah tapi kenapa dlm suarakeadilan tak keluar...?

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:43 AM

    now gerakan cadang nak tubuh satu parti parti BN apolah sengal nyer ... dulu nak gabung ngan MCA.....

    aku cadang gerakan gabung ngan keadilan je...

    ReplyDelete
  3. Anonymous5:51 PM

    Tahniah badrul walupun jauh diperantauan tetapi komen masih berbisa...tulisan masih tajam...idea masih bernas....

    ReplyDelete