Tuesday, October 02, 2007

pesanan untuk Melayu...

Pertama panjat syukur kepada Allah swt atas kelahiran che’Nurzaima Jahida. Selepas menyiarkan beberapa tulisan mengenai kelahiran Nurzaima ke dunia ini banyak respon dan email diperolehi. Terima kasih kepada semua atas ingatan dan ucapan. Sesungguhnya doa kalian amat dihargai….tetapi ada juga beberapa email yang ‘nakal’ bunyinya, cuba dketepikan kecuali dua email yang cukup mengganggu dan perlu dijawab !

berikut ialah ringkasan petikan dua email tersebut :
Orang lain dapat gak anak tak lah bangga, sombong dan menunjuk-nunjuk macam kau... kau tahulah nanti anak kau akan kencing atas kubur kau sendiri kerana kau yang akan menghancurkan Melayu menyokong Anwar dan partinya yang nak hancurkan Melayu... Anwar agen Amerika dan nak mansuhkan DEB yang membantu Melayu... nanti suka lah kau bila Melayu dah merempat termasuk anak kau.....bersengkongkol dengan Agenda Mengkianat Melayu.....

Pertama ingin dijelaskan bukan mahu bangga 'tak tentu arah' atau menunjuk - nunjuk, tetapi ketahuilah rasa gelodak dalam jiwa ini tidak dapat digambarkan dengan kata - kata apabila menerima anak pertama dalam keadaan berada jauh dan tidak mampu untuk balik. Keduanya blog ini ialah milik peribadi yang menjemput teman - teman berkongsi rasa pandangan seoranng aktivis maka pada ketika merasakan satu satu perasaan maka perasaan itulah yang dicatatkan. Rasanya tidak salah kerana che'GuBard tidak paksa mana - mana media menyiarkan berita kelahiran tersebut kerana sedar ia bukan cucu Perdana Menteri jauh sekali anak Naib Ketua pemuda Umno yang menguasai hampir semua media dalam negara.

Keduanya belum tentu anak sapa akan kencing kubur siapa.... cuma kalau boleh doakan ia perlu dielakkan..Naujubillahiminzalik...

che'GuBard bersengkongkol dengan Agenda Mengkianat Melayu ? DEB menjaga kepentingan Melayu ? tanpa DEB Melayu akan hancur ?


Ingin berkongsi satu rakaman sejarah.... Pasti kita semua tahu nama Haji Abdullah Hukum. Kalau tidak mengenali beliau secara dirinya pasti kita terkenang Kampung Abdullah Hukum atau teringat suara Yasmin Yusuff dalam LRT setiap hari ketika menghampiri Stesen Abdullah Hukum.

Arwahyarham Abdullah Hukum jika masih hidup pasti terkejut melihat Kuala Lumpur hari ini. Pasti terkejut melihat Bukit Bintang tempat dia bersama orang orang Kerinchi menebas, menebang dan menanam. Kebun tanaman orang Melayu yang subur ialah kawasan Menara Kuala Lumpur sekarang.

Lama dahulu.... kini Bukit Bintang bukan lagi kawasan bercucuk tanam tetapi telah menjadi kawasan 3 segi emas paling mahal dan sombong di Malaysia.

Selepas Bukit Bintang, Abdullah Hukum berpindah ke Sungai Puteh (kini Bangsar) atau lebih tepat tapak Kampung Haji Abdullah Hukum sekarang. Kawasan ini makmur dan maju oleh Melayu.


Kuala Lumpur ketika itu beribu manusia berjual beli, majoritinya Melayu bercampur aman dengan kumpulan - kumpulan kaum lain. Hampir semua perniagaan dan pertukangan dipegang Melayu. Tukang besi, tukang ayan,tukang tembaga malah tukang pangkis (gunting rambut) Melayu semuanya.

Serba rupa kain boleh didapati dari hasil orang Melayu. Begitu juga kerbau, kambing, ayam dan itik diperdagang Melayu. Bukan sahaja ahli penjual dan pembeli orang Melayu tapi warna dan bau, semuanya Melayu.


Ketika 77tahun dahulu (dipetik dari Buku Kuala Lumpur dari Perspekif Hj Abdullah Hukum) beliau sudah mula menyatakan mengenai ancaman bahawa betapa Melayu perlu bekerja keras, bersaing. Dan menginatkan betapa kemungkinan jika tidak dipelihara Melayu di atas tetapi Melayu hilang kuasa, pekan (bandar) akan hilang bau dan rasa Melayu.


Jika kini beliau hidup apa yang beliau akan 'kata' melihat kampungnya (kampung Haji Abdullah Hukum) dihimpit oleh Menara IGB, Cititel dan Kompleks Mid Valley yang bau dan warna jauh dari Melayu.


Dan bagaimana pula jika dia menyedari akan fakta kaum yang hanya terdiri dari 27 % jumlah penduduk Malaysia menguasai RM159.8 billion modal saham berbanding Melayu 58% dari populasi tetapi hanya menguasai RM73.3 bilion (yang sebahagian besarnya bukan milik individu tetapi melalui pegangan GLC).


Itupun bukan dinikmati oleh majoriti Melayu. Majoriti Melayu di ibu kota terperap di kawasan setinggan dan rumah pangsa sempit.Setiap kali mahu membina bangunan baru, Melayu akan diusir rumah dirobohkan dan dipaksa berkorban demi kemajuan.


Apa Abdullah Hukum tidak menangiskah jika dia mengetahui betapa Melayu yang tersepit di ibu kota ini lebih mudah dibeli undinya dengan hanya beberapa ratus ditambah janji janji manis pembangunan setiap kali pilihanraya ? Melayu yang bila ada kuasa (mengundi) lupa akan kesusahan selama ini tetapi bila berdepan masalah merungut sendiri di kedai kopi.....

Itu semua berlaku dalam keadaan pucuk kuasa diduduki Melayu dan punya dasar (DEB) yang kononya memberi kelebihan kepada Melayu.


Dalam konteks ini bukan ingin menyalahkan sesiapa... Menyelusuri rakaman sejarah Haji Abdullah Hukum. Walaupun tebal jiwa Melayunya, lebih 70 tahun dahulu secara tidak langsung beliau sudah mampu melihat mengenai konsep persaingan dan penguasaan terbuka, rajin dan usaha dalam persaingan. Yang kuat membantu yang lemah.Yang berkuasa perlu menguruskan bukan mengkianat.

Perubahan tidak boleh disekat tetapi perlu disertai untuk membentuk persaingan sihat. Orang Melayu hilang kuasa di Kuala Lumpur (atau mana - mana sahaja di negara ini) kerana dasar yang kita ada memandulkan Melayu. Melayu diberikan mimpi selesa tetapi realiti berbeza. Melayu yang dibantu ialah kroni kalangan pemimpin yang korup. Kroni yang rugi akan dibail out dengan wang negara. Semua ini dilakukan atas nama DEB. Hakikatnya di mana Melayu ?

Bukit Bintang itu diteroka Melayu sudah hilang bau Melayu, hampir tidak ada geran tanah yang bernama Melayu... yang ada tanah tak bergeran punya Melayu yang menunggu masa diroboh oleh pegawai - pegawai DBKL berbangsa Melayu. Jika ada berani melawan akan dipukul dan ditangkap oleh Polis berbangsa Melayu.

Akhirnya Melayu yang miskin di bumi sendiri sentiasa tersenyum dalam mimpi indah kemajuan dan selimut (DEB) yang membenarkan tidur selesa untuk meneruskan mimpi.

Menginsafi hakikat inilah che'Nurzaima Jahida harus tidak boleh terus tidur dengan mimpi indah dalam keadaan realiti ngeri dan kerana itulah sebagai bapa dan anak bangsa ini (Melayu) che'GuBard berjanji mencampakkan pemimpin Melayu hipokrit korup yang memperkudakan Melayu untuk terus berkuasa.

untuk bacaan lanjut pasal Anwar dan dasar ekonomi sila klik

7 comments:

  1. Anonymous12:41 PM

    Saya nak tanya skit sapa yg tulis email camtu kat u? mmg kurang ajar ok? so what u nak bangga? so what u nak menunjuk? this is ur blog..u have the right to say and write anything u want..yes u shd feel proud n happy cos ure a 1st time father..n these people have no right to say anything pun..who the hell r they to give such comments? biarlah u nak letak gambar anak u sendiri! i sebagai kawan je pun letak gambar anak u dlm blog i sbb i happy! happy for my 2 dearest frens! sorrylah...marah skit..but seriously..the hell with the ppl dat wrote dat! u dont have to explain pun bard..u dont have to explain urself in ur own blog on personal matters..n to the people yg wrote that, if u dont have anything better to say, please SHUT UP!

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:37 PM

    relak lah cikgu bard...malaun tu memang malaun ..dah berkarat malaun tu..cuci ngan clorok pun tak bleh.

    memang ada ke DEB tolong melayu ? yang ditolong meno melayu lah..sapa yang tulis tu memang..otak taruk lutut lah!

    ReplyDelete
  3. Anonymous1:40 PM

    tulisan dengan smash yang cukup berbisa.....

    ha mana cybertoopers UMNO jawap ....

    tahniah cikgu

    ReplyDelete
  4. alah biarlah ape org nak kata..kalau dia laki yg dah kawin mesti dia tau perasaan org dapat anak...kalau dia pompuan mesti dia tau bangganya beranak...!!!
    ape yg kita buat 'kat atas tu lagi tau' tak payah risau...'yg kat bawah ni'
    lyana pun bangga dapat anak buah nak raya ni.....tayang semua org jugak dalam fotopages

    ReplyDelete
  5. Anonymous10:03 PM

    b**i depa nie..... yg sakit hati sgt tu apasal......

    aku masuk blog nie pun bukan ada org paksa aku suka baca...so sapa suka baca sapa tak suka jangan baca...

    ReplyDelete
  6. Anonymous12:48 AM

    tahniah atas kelahiran Puteri Revolusi.... jgn gentar terus pandang ke depan..!!!!

    ReplyDelete
  7. Anonymous5:52 PM

    tulisan yang benar memberikan kesan.... untuk mereka yang nak faham

    ReplyDelete