Wednesday, March 07, 2007

Tian ditahan ....

5.30 petang (waktu Korea) aku mendapat maklumat mengenai penahanan Tian Chua. Keganasan polis yang menjadi - jadi menjadikan aku geram sendirian di sini. Cuma apa yang amat mengejutkan aku ialah menurut sumber tersebut Tian Chua ditahan di bawah panel code 307 'cubaan membunuh'.....
Kebetulan ketika aku membaca maklumat tersebut turut berada di bilik komputer ini ialah teman - teman aktivis (HAM) dari Korea mereka mencadangkan aku segera menghantar laporan ini ke Korean House for International Solidarity.....
Kepada teman - teman di Malaya tolong bantu untuk menghantar makluman lengkap mengenai perkara tersebut sebelum 9.00 pagi esok ke email badrul_angkatanmuda@yahoo.com

1 comment:

  1. Anonymous8:01 AM

    Dari segi undang-undang

    1) Sebelum kita boleh melakukan sebarang pendakwaan terhadap sesiapa atas “cubaan membunuh ” maka kita perlu tahu motif perlakuaan seseorang itu. Apa motif Tian Chua untuk seseorang pekerja yang tidak berdosa ? Perlukah Tian Chua membunuhnya ? Kalau betul-betul Tian hendak membunuh saya rasa pihak pemaju , pihak polis dan rela akan menjadi sasarannya daripada membunuh seseorang pekerja yang tidak berdosa. Jika kita tidak dapat kenal pasti adanya permusuhan individu antara pekerja tersebut dengan Tian Chua maka kita juga tidak akan dapat membuktikkan yang Tian hendak membunuhnya. Kalau betul Tian hendak membunuhnya maka ke mana sahaja orang itu berlari atau cuba mengelakkan diri kereta Toyata yang dipandu oleh Tian akan mengikutinya dan melanggarnya. Sepatutnya unsur pendakwaan terhadap Tian mungkin disebabkan oleh motif yang tidak baik oleh beberapa pihak. Antaranya ialah sokongan daripada pihak pemaju terhadap pekerjanya untuk mendakwa kerana Tian dianggap menjejaskan punca pendapatan berjuta-juta ringgitnya. Ada juga motif daripada pihak tertentu demi kepentingan individu dan politik. Maka dakwaan tersebut harus digugurkan serta merta disebabkan motif yang tidak ikhlas dan benar.
    2) Dakwaan yang sepatutnya ialah merosakkan harta benda awam ataupun menggangu pihak polis menjalankan kerja mereka. Dakwaan ini lebih logik dan rasional. Kalaulah Tian Chua ambil parang cuba kerja tersebut maka dakwaan cubaan membunuh adalah lebih logik.

    3) Dakwaan cubaan membunuh juga ada 2 konteks yang berbeza. Yang pertama dari segi kecerdasan minda iaitu ” conscious ” dan kedua pula dalam keadaan kurang sedar ataupun separa sedar. Kalau Tian berada dalam keadaan sedar maka Tian tidak akan merempuh keretanya. Apakah kita begitu bodoh sehingga ingin merosakkan kereta Toyota kita ? Bukannya boleh “claim” insuran kalaulah kereta rosak.Oleh disebabkan cintanya terhadap para penduduk yang papa kedana maka Tian hilang kewarasan. Dalam keadaan sedemikian kalaulah berlaku sebarang kecederaan ataupun kematian maka itu hanya merupakan sesuatu kemalangan kerana Tian sudah berada dalam keadaan kurang sedar.

    4 ) Kes ini masih dalam pertikaian dan injuksi mahkamah hanya membenarkan pihak pemaju untuk merobohkan bangunan pada 10 Mac. Walaupun pihak pemaju telah mendapatkan kebenaran daripada pihak Mahkamah secara senyap-senyap mereka seharusnya memaklumkan kepada penduduk dahulu. Kalau ada kebenaran daripada mahkamah pun kes ini tetapi belum berakhir dan penduduk masih ada hak mereka untuk merayu di mahkamah.Pihak yang harus ditangkap kini ialah pihak rela , pemaju , polis dan pekerja kerana menghina kemuliaan mahkamah.

    5 ) Kalaulah pada masa itu Tian memang hendak bunuh pekerja dan tidak berjaya mengapa polis tidak tangkap serta merta ? Kita bukan tidak tahu yang pihak polis ini biasanya anti Tian. Bukan kali pertama , kedua ataupun kesepuluh Tian sudah ditangkap. Bukannya cermin mata Tian tidak pernah dipecahkan oleh pihak polis. Persoalannya kini ialah semasa cermin mata Tian dipecahkan oleh pihak polis dalam keadaan yang sedar , motif yang tidak baik terhadap tian dan bolehkah mereka boleh didakwa cuba membunuh ataupun membutakan Tian ? Polis hanya tangkap Tian selepas 2 jam. Rela kita sendiri entah sudah rogol dan mencabul kehormatan berapa kaum wanita negara dan asing. Bolehkan mereka yang terlibat didakwa atas dakwaan merogol ?

    Siapa yang sebenarnya membunuh ?

    Kita bukannya tidak membenarkan pembangunan tetapi sesuatu pembangunan itu harus dilakukan dengan cara yang betul. Bincanglah baik-baik dengan rakyat jelata yang miskin dahulu. Kalulah kita dapat untung berjuta-juta dalam pembangunan kita dengan merobohkan habitat mereka maka berilah sedikit kepada mereka untuk meneruskan hidup. Tanpa habitat maka seseorang itu akan mati juga lama kelamaan. Kalau tak percaya ambillah binatang untuk membuat kajian dan kalaulah kajian itu betul maka adakah pemaju , pihak polis dan rela boleh didakwa atas dakwaan membunuh penduduk kampung secara paksa dan sengaja ? Jangan mengganas. Jangan menipu. Jangan menggugut..Jangan memaksa.

    ReplyDelete