Wednesday, March 07, 2007

Salji lah pulak................



Pagi ini tidur aku dikejutkan oleh Nurkholis teman sebilik dari Indonesia dia kelihatan begitu gembira... "ayuh lihat 'sajlu' " katanya....

Gambar ini aku ambil dari tingkap bilik ku sebaik sahaja bangun dari tidur tidak berapa jelas tetapi yang putih - putih itu bukan habuk tetapi sajli turun, sepatutnya kini permulaan musim bunga seharusnya tidak ada lagi salji. Berdasarkan kajian cuaca seharusnya dua minggu ini hujan akan turun.

Mungkin Korea menyambut kami yang tidak pernah melihat salji...aku tersenyum sendirian.

Keseronokkan hanya sementara kerana aku hampir mati kesejukan dalam perjalanan (jalan kaki) ke Kampus yang letaknya hampir 2km dari apartment kami. Ketika aku bertarung dengan kesejukan pada suhu 1 darjah celcius aku terbaca laporan The Star yang menyatakan suhu Putrajaya ialah hampir 40 darjah celcius pada waktu tengahari........

orang Indonesia bilang salji itu salju.... :)

1 comment:

  1. Salam Bard...dasyat betoi tu 1 darjah celcius aja kat sana...sejuk gedi tuu...Tapi kat sana bkn area khatulistiwa lain siket sejuknya koottt...????

    ReplyDelete