Tuesday, March 06, 2007

MASA TERBAIK LETAKKAN BADAN PENCEGAH RASUAH DI BAWAH PARLIMEN.

Kenyataan Media GERAK
4 Mac 2007

Pada 26 Febuari yang lepas GERAK telah membuat satu sidang media mendedahkan surat yang mengandungi makluman mengenai salah laku jenayah Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah(BPR), Datuk Seri Zulkipli Mat Noor. Kes ini penting kerana apa yang berlaku mengakibatkan rakyat (termasuk dunia) tidak lagi mempercayai kredibiliti badan penguatkuasa terpenting Negara. Jika ini benar berlaku maka ia juga ada kaitanya dengan kegagalan BPR bertindak terhadap perbagai laporan dan bukti mengenai rasuah besar khususnya melibatkan kelompok elit politik yang berkuasa.

Perbagai pihak telah memberikan respon terhadap perkembangan itu. Antaranya ialah desakan agar Ketua Pengarah BPR itu segera di pecat atau sekurang kurangnya digantung tugas.

GERAK dengan ini ingin menarik perhatian semua terhadap persoalan pokok dalam isu ini, iaitu bidang kuasa dan proses lantikan pegawai kanan BPR itu sendiri.

GERAK dengan ini menegaskan bahawa ini merupakan masa yang sesuai jika benar Perdana Menteri jujur dengan kempen perang rasuahnya maka bebaskan BPR dari kuasa Perdana Menteri dan letakkanya di bawah parlimen ini menjadi lebih penting setelah orang sekeliling Perdana Menteri malah Perdana Menteri sendiri mempunyai banyak keraguan mengenai rasuah dan salah guna kuasa. Banyak laporan terhadap Perdana Menteri dan Keluarganya gagal diambil tindakan oleh BPR yang kini dibawah Ketua Pengarahnya yang amat di ragui kredibilitinya dan dilantik oleh Perdana Menteri sendiri. Malah Perdana Menteri telah menyambung lagi perkhidmatan Zulkifli walaupun terdapat aduan rasmi ke atasnya.

Pendedahan ini tidak boleh di siasat menggunakan prosedur biasa berdasarkan surat tersebut Perdana Menteri dan perbagai pihak bertanggung jawab telah menngetahui perkara tersebut tetapi terus mendiamkanya sehinggalah perkara itu didedahkan GERAK. Malah saya sendiri telah menghantar semua salinan bukti kepada Pejabat Perdana Menteri secara serahan tangan dan memberikan masa secukupnya untuk Perdana Menteri Memberikan respon sebelum GERAK mendedahkan kepada media tetapi jelas tidak dipedulikan oleh Perdana Menteri.

Satu Suruhanjaya di Raja juga perlu diwujudkan segera untuk menyiasat kes ini dan perbagai kes rasuah yang turut di senyapkan oleh Pengarah BPR yang amat diragui kredibilitinya.

Mengenai kenyataan Ketua Polis Negara yang mengesa penulis surat yang didedahkan itu agar tampil, GERAK berpendapat Ketua Polis Negara cuba membeli masa dan berharap agar kes ini cepat “sejuk” dan dilupakan oleh rakyat. Bukanlah sukar bagi polis untuk mencari bekas Pegawai Kanan Kerajaan tersebut jika mereka benar – benar mahu mencari kebenaran.

Akhirnya GERAK dengan ini mencabar Perdana Menteri Malaysia jika berani dan benar – benar jujur dalam kempen perang rasuahnya maka inilah masa terbaik untuk tampil ke parlimen untuk meminda undang – undang berkaitan dan meletakkan BPR terus di bawah kuasa parlimen.

Pendedahan ini juga akan disebarkan kepada jaringan pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan di seluruh dunia.

Gerak akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Pengarah Badan Pecegah Rasuah (BPR), Dato' Seri Zulkipli Mat Noor berhubung penyalahgunaan rasuah. Memorandum itu akan diserahkan oleh Mohamad Ezamm Pengerusi GERAK sendiri pada 6 Mac dan satu perarakan dari Pejabat BPR jam 11 pagi dan berarak ke pejabat Perdana Menteri .


“rakyat bangkit melawan rasuah”


Badrul Hisham Shaharin
Executive Co ordinator
Gerakan Demokrasi dan anti Korupsi (GERAK)
Inter-Asia Graduate School of NGO StudiesSongkonghoe University ,
1-1 Hang-Dong, Guro-Gu,
Seoul152-716 South Korea



No comments:

Post a Comment