Friday, March 30, 2007

KERAJAAN JUNTA TENTERA DI THAILAND LEBIH FAHAMI DEMOKRASI DARI BN

Semalam Surayud Chulanont, Perdana Menteri Kerajaan ‘Tentera’ Thailand telah mengumumkan akan mengadakan pilihanraya Disember ini. Beliau menurut BBC News mengumumkan kemungkinan 16 atau 22 Disember merupakan tarikh pilihanraya untuk memilih kerajaan menggantikan kerajaan tentera yang mengambil alih kuasa September lepas.

Dalam berita yang sama juga memetik kenyataan Surayud menolak pemintaan tentera untuk undang – undang darurat diperketatkan bagi menangani protes rakyat yang semakin meningkat.

Dalam perkembangan ini ingin dirakamkan ucapan tahniah kepada Surayud kerana walaupun sebagai Perdana Menteri Kerajaan Tentera tetapi beliau di lihat lebih memahami makna dan menghormati demokrasi. Beliau berani mengumumkan mengenai tarikh pilihanraya lebih awal, berbeza dengan beberapa Negara yang kononya di dukong oleh kerajaan demokrasi.

Malaysia contohnya sehingga kini gagal untuk melakukan perkara yang sama. Hanya Perdana Menteri (baca ; Pengerusi Barisan Nasional) yang mengetahui bila tarikh pilihranraya dan hanya berani mengumumkan secara tiba – tiba. Ini bertentangan sebenarnya dengan prinsip demokrasi yang membenarkan rakyat bersedia dengan tarikh pilihanraya lebih awal untuk di pilih atau memilih.

Sebagai Negara jiran seharusnya Malaysia (baca; Barisan Nasional) merasa tercabar dan malu dengan perkembangan di Thailand ini.

klik : laporan Malaysiatoday.net

1 comment:

  1. Anonymous8:12 PM

    hang pi sana kursus fotografi ka kursus model... asyik bergambar jerk aku tengok nie.... kalau takat nak bergambar balik lah kami ambilkan gambar...

    sini banyak keje nie balik lah bard oiiiiii!

    ReplyDelete