Wednesday, March 07, 2007

Korea...korea

Payung pertama yang aku beli di Korea 7300 won (sangat mahal).... terpaksa beli kerana hujan lebat dan di sini kadar keasidan dalam air hujan amat tinggi....
Kempen mengutip tandatangan yang diadakan oleh mahasiswa SKHU mendesak Korea memanggil pulang pasukan tentera dari IRAQ. Gambar itu ialah gambar tentera Korea yang mati di Iraq baru - baru ini. Walaupun kempen ini bertentangan dengan kehendak negara tetapi mahasiswa Korea mengadakan kempen ini di seluruh universiti. 17 Mac ini ada demo anti perang terbesar di Seoul.

di hadapan Masjid Besar Seoul yang dikendalikan oleh Korea Muslim Foundation, belakang aku ialah Sekolah Agama yang di biaya oleh kerajaan Korea dan beberapa pertubuhan muslim dunia. Sambil tersenyum kerajaan bukan Islam boleh sokong sekolah agama tapi kerajaan Islam Hadhari sebaliknya. Ketika sampai masuk waktu maghrib sempat solat berjemaah, menariknya Imamnya orang Malaysia yang telah lama menatap di Korea.



2 comments:

  1. Bard, naseb baik kat payung tu cop, "Omar Sharif"..bukannya Sharif Omar, ADUN Tasek Gelugor daa...hehehehe...hujan d sana yg bahayanya camne? kena kulit bleh gatai2 ka macamana? Bab k'jaan Korea biaya Sekolah Agama tu memang Korea Selatan ni sepatutnya Negara Islam Hadhari,bukannya M'sia..

    ReplyDelete
  2. Daripada gambar payung hang tu, aku dapati yang payung hang tu jenis payung murah. Sepatutnya harga dia 3000 won je. Paling tinggi boleh pegi 5000 won. Maknanya hang telah beli disalah tempat. Tu lah... Sombong....

    Tak nak tanya orang lama.... Kah kah kah....

    ReplyDelete