Wisma Putera (Kementerian Luar Negeri) di desak untuk campur tangan dan menyatakan pendirian terhadap perkembangan terbaru dua rakyat Malaysia yang terlibat dihadapkan ke Tribunal Tertutup di Teluk Guantanamo .
Semalam Amerika Syarikat mula membicarakan 14 suspek penting, dua daripadanya rakyat Malaysia di tribunal tertutup Teluk Guantanamo, tiga tahun selepas mereka ditahan kerana disyaki terbabit dalam keganasan.
Laporan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) menyatakan, dua lelaki itu dikenali sebagai Mohd Farik Amin dan Mohammed Nazir Lep yang ditahan pada 2003.
Akhbar Britain The Independent pula melaporkan, selain dua rakyat Malaysia, suspek lain ialah tiga rakyat Pakistan, Yaman (2), Arab Saudi (2), masing-masing seorang warga Palestin, Libya, Somalia, Indonesia dan Tanzania, lapor akhbar Britain, The Independent, semalam.
Namun, tribunal itu mendapat kecaman ramai dan disifatkan sebagai ‘tribunal palsu’ kerana tiada seorang pun wakil media serta peguam suspek dibenarkan menghadirinya.
Perbicaraan itu bertujuan menentukan sama ada 14 suspek itu layak disenaraikan sebagai ‘pejuang musuh’ bagi membolehkan mereka dibicarakan di mahkamah tentera.
Suspek termasuk lelaki disyaki perancang serangan 11 September 2001, Khalid Sheikh Mohammed dan lelaki Indonesia, Hambali yang dituduh mendalangi serangan bom di Bali, Indonesia yang meragut lebih 200 nyawa pada 2002. Lelaki lain termasuk didakwa sebagai pemimpin al-Qaeda, Abu Zubaydah dan Ramzi Binalshibh.
Sementara itu agensi berita Agence France-Presse (AFP) melaporkan, suspek terbabit dibicarakan di depan panel tiga pegawai tentera yang bakal memutuskan status mereka sebagai ‘pejuang musuh’ atau tidak.
Namun, kumpulan hak asasi sebelum ini mengecam keras perbicaraan tertutup sebagai ‘tribunal palsu’ dan tentera Amerika boleh menggunakan bukti yang diperoleh secara paksaan bagi mendakwa suspek.
“Ia satu kesilapan besar jika keseluruhan perbicaraan itu dirahsiakan. Tindakan menutup kamar mahkamah dengan cara itu hanya menghantar isyarat bahaya kepada dunia luar berhubung keadilan proses perundangan Amerika,” kata peguam, Floyd Adam yang juga pakar dalam isu kebebasan maklumat.

Malangnya ketika hampir seluruh dunia mengecam tindakan menghadapkan tahanan ke tribunal rahsia, Wisma Putera yang mana rakyatnya sendiri terlibat terus membisu dan tidak membuat sebarang campurtangan serius.
Sikap ini menggambarkan ketakutan pemimpin negara dengan sikap dan keangkuhan Amerika Syarikat. Sesungguhnya rakyat Malaysia amat kecewa dengan sikap ini.
Ketika anak Malaysia dizalimi dan dalam keadaan amat memerlukan pembelaan, kerajaan membisu kerana takut dengan keangkuhan Amerika Syarikat.
Badrul Hisham Shaharin
Executive Co ordinator
Gerakan Demokrasi dan anti Korupsi (GERAK)
-----------------------------------------------

International Student (Feb 2007 - Feb 2008),
Inter-Asia Graduate School of NGO Studies Songkonghoe University , 1-1 Hang-Dong, Guro-Gu, Seoul152-716 South Korea
No comments:
Post a Comment