Tuesday, January 02, 2007

Bukan tujuan meraih simpati, mengumpul sokongan

Lama sangat rasanya tidak meng ‘up-date’ blog, bukan sahaja up-date malah membuka blog mahupun melayari internet agak sudah lama. Hampir dua minggu.

Masuk pejabat GERAK hanya sekejap sekejap - sekejap haja. Paling terakhir Black yang up-date dengan menaikkan Video we shall overcome. Black excited sangat bila bercerita bab demo 7 Januari ini “demo anti kenaikan tol”, kerana itu dia naikkan video klip tersebut yang katanya lagu itu dinyanyikan untuk menaikkan semangat para demonstrate anti perang satu ketika dulu.

Terlalu sibuk dengan menyusun gerak kerja di Negeri Sembilan. Semua perlu diselesaikan sebelum ke Korea mungkin penghujung Febuari 2007. Amat risaukan gerakan anak muda ”AMNS” selepas pemergian saya akan kalau – kalau tersangkut. Itu mungkin kesilapan selama ini kelihatan terlalu bergantung idea dan arahan.

Malah masih terakam padat di ingatan, bila diluahkan mengenai keputusan untuk tetap akan ke Korea. Ikhlas di wajah mereka gembira melihat kejayaan sahabat. Tetapi genggaman tangan masing – masih bersalam jelas menunjukkan sedikit kecewa kerana keputusan tersebut.

Yakin teman – teman AMNS paham akan keputusan itu. Berdasarkan keadaan situasi sekitaran (fitnah, adu domba, politiking) maka adalah sihat untuk saya berkelana sebentar ke bumi asing. Tetapi percayalah keputusan itu saya ambil dalam terpaksa dan berat hati.

Namum kepercayaan saya amat tinggi kepada teman – teman AMNS untuk meneruskan agenda perubahan dan mengasak kesedaran rakyat.

Kesibukan juga ditambah kerana persiapan bertunang (pada 1 Januari) dan majlis perkahwinan (15/16 Febuari). Insyaallah akan di umumkan. Kehadiran semua sahabat, keluarga dan aktivis anak muda jauh dan dekat dalam majlis tersebut amat diharapkan.

Beratus sms dan email yang menujah masuk ke talian hp 0176688404 dan email peribadi respon dari situasi politik mahupun penulisan dalam blog ini.

Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih atas panggilan telefon, email dan sms yang saya terima dari perbagai insan yang menawarkan bantuan kewangan khususnya selepas membaca artikel Catatan ke Terengganu : Jangan Jadi cicakman. Artikel tersebut merupakan lontaran terus dari hati yang ditulis pada 20 Disember, jam 4.00 pagi dalam keadaan keletihan selepas pulang kecewa dari menghantar bantuan banjir di Felda Sungai Kelamah.

Amat mengejutkan bukan di kalangan teman – teman yang dikenali atau sekurang kurangnya yang mengakui penyokong mahupun pendokong gerakan Reformasi tetapi tawaran bantuan juga di perolehi dari seseorang yang saya kira antara tokoh establisment.

Di tegaskan tulisan tersebut bukan untuk meraih simpati hanya catatan peribadi untuk didedikasi dengan anak muda yang sama berkongsi aspirasi agar lebih bersemangat dalam perjuangan. Hampir semua tawaran tersebut telah saya tolak dengan baik dan ingin saya bangkitkan jika benar mereka ingin membantu salurkan kepada mereka yang lebih memerlukan atau salurkan kepada channel yang betul untuk melicinkan perjuangan. Kerana bagi bagi saya melihat teman – teman pejuang berjaya menjalan aktiviti dengan lancar adalah kebahagian yang tidak ternilai. Ketahuilah ramai teman pejuang di bawah sana bergelut dengan hidup tetapi masih mengutamakan usaha meneruskan perjuangan dengan ikhlas tanpa memikirkan untuk claim apa yang mereka belanjakan.

Seorang kekanda dari Putrajaya yang tidak ingin namanya disebut enam kali menefon menawarkan untuk membayar kos membaiki kereta saya, namum saya tolak dengan baik. Akhirnya dia memasukkan RM 300 ke akaun AMNS dan wang tersebut telah digunakan untuk program kembali ke sekolah.

Saya juga amat menghargai penyataan sokongan dari teman – teman yang di kenali mahupun tidak dikenali. Sesungguhkan penyataan sokongan dari mereka (anak muda) amat dihargai tetapi akan lebih bermakna jika kita sama lelehkan keringat kita dalam perjuangan yang menuntut keberanian dan kecekalan anak muda ini. Saya juga berharap agar sokongan – sokongan teman – teman tidak disertai dengan memperlekehkan dan memperkecil kecilkan orang lain. Jika benar ada yang tidak dipuas hatikan berkatalah benar secara tegas. Ketidak kebetulan dalam gerakan harus diperbetulkan sebelum ia menjadi kerosakan yang parah.

”berkata benar di depan penguasa yang zalim merupakan antara jihad yang besar’

Bagi yang memberikan komen peringatan dan amaran itu juga saya ingatkan jaminan saya yang telah saya berikan dalam surat saya kepada semua exco angkatan muda pusat iaitu jagan khuatir saya tidak akan bertanding untuk jawatan Ketua Angkatan Muda Pusat yang kini kosong selepas pengunduran saudara Ezam.

Cuma sedikit kegusaran apabila ada komen berbentuk ugutan dan seolah akan gembira ingin melihat kehancuran khususnya AMNS.... komen – komen nakal ini bukan sahaja memenuhi mail box, chat box chegubard tetapi turut mengheret blog DSAI juga. Saya merayu ketepikan segala bentuk politiking berlebihan, kepura puraan dalam berjuang dan seumpamanya. Ingat kita berjuang kerana kesedaran bukan kerana mengejar jawatan.

Sedih juga rasanya kerana blog ini dibuka dan di usaha diletakkan dengan chat box semata – mata berharap menjadi medan berkongsi idea dan maklumat mengenai persekitaran ke arah mempertingkatkan daya juang dalam menobatkan keADILan. Nampaknya ada yang seronok menggunakannya berdasarkan pemikiran sempit.

Terlalu rindu rasanya ingin melihat kembali anak muda anak muda 'itu' duduk di mana - mana bercerita mengenai bagaimana untuk mengasak perjuangan, meningkat kesedaran.... hentikan sikap asyik bercerita - pasal jawatan pangkat dan sebagainya. Hentikan perjumpaan demi perjumpaan untuk mengumpul sokongan dan menawar jawatan.

Benar kejayaan seolah sudah kelihatan, namun sebenarnya kita umpama berada di sebuah pulau yang terlalu jauh kelihatan daratan kejayaan itu.... banyak lagi ombak dan badai harus direnangi untuk ke daratan kejayaan. che'GuBard menghargai sokongan, simpati dan dokongan semua tetapi bukan itu yang di pinta. Sokongan dan dokongan perlulah pada perjuangan memperkasakan kedaulatan rakyat.

Kita datang dari satu mata air yang sama, jika mata air zam zam tersembur disepak oleh Nabi Ismail AS. Gerakan Reformasi Malaysia ini umpama mata air. Semangat melawan kezaliman dan penindasan telah terperam lama tetapi terhampur keluar apabila mata air itu tersembur dihentak kaki DSAI serentak dengan kepalan tangan tumbukan ke udara dengan laungan Reformasi. Maka kita anak muda yang lahir dari punca mata air yang sama. Ketepikan perbedaan lihat ke depan.... asak keadilan ayuh ratah kezaliman. Luka rakyat akan lebih parah jika yang mereka harapkan bertelagah.... luka perit umpama luka lama di tabur garam.

Jawatan kanan dalam parti tidak membawa makna apa – apa jika kita mewarisi sebuah parti yang bukan lagi berada di arus perdana dan gagal untuk bersama dengan denyut nadi luka rakyat marhaenis.

Menulis di dalam kereta kelisa yang di letakkan di depan coffee bean s2 shopping mall pada jam 2 petang...amat panas, namun tidak sedar masa berlalu, bateri komputer riba telah berkelip (hampir habis) dan baju telah lencun basah dek peluh. Walaupun kurang selesa namun tempat ini di pilih kerana boleh layari internet secara percuma kerana mencuri guna line wi fi dari lot perniagaan berdekatan.

Esok masuk pejabat akan update yang lain khususnya mengenai perjumpaan dengan ’sumber’ di Muar yang memberikan mallumat salahguna kuasa dalam pemberian bantuan banjir. Serta menjawab 11 email yang diperolehi ekoran dari lawatan AMNS ke Tugu Peringatan perang Menentang Jepun di Nilai.

Amat berharap semua tumpukan kepada gerak kerja..... pergiatkan usaha jangan bazirkan tenaga dengan menumpukan kepada perkara yang boleh melarikan fokus... Ingat perjuangan bukan pada kata - kata sebaliknya Perjuangan Adalah Pelaksanaan Kata - Kata.

8 comments:

  1. Anonymous2:24 PM

    Salam....

    Nampaknya sama sahaja politik ini di mana - mana....

    Hari ini negara di bawah Pak Lah hampir tergadai sepatut peluang ini diambil sepenuhnya oleh Adil dan Anwar sendiri.

    Kepada Badrul teruskan usaha perjuangan saudara....

    sedikit kecewa melihat ruang perbincangan seperti blog ini digunakan untuk menghentam seharusnya pelayar - pelayar yang merasakan diri mereka sebahagian dari perjuangan Adil harus berkongsi idea bagaimana dan apa cara terbaik untuk bergerak...

    Ini tidak hanya menghentam atau menyokong secara membuta tuli ....

    Ayuh Melayu perlu bersatu selamatkan negara.

    p/s : aku ahli Umno yang juga dalam perjuangan menyelamatkan negara.

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:09 PM

    mmg lah seharusnyer yg betul2 berjuang dihormati...diberi peluang dan dorongan yang tak berbelah bagi...tp pd spesis2 yang suka mengancam dan memporak perandakan perlu dijauhkan jugak......

    ReplyDelete
  3. Anonymous8:23 PM

    ya abuya badrul....
    Sedangkan Rasulullah SAW pun berhijrah ke Madinah utk kumpul kekuatan....
    Yusof as berkelana ke Mesir utk kumpul kekuatan...
    Musa AS beruzlah sambil kumpul solidariti....
    Ayatullah Khomaini dibuang, dimasa penyokong serta rakan taulan dibunuh....
    Setuju sangat dengan tujuan saudara ke Korea tu...
    Apalah sangat SAM tu...standard unta mekah aje takpun kibas ( sbb buncit)...tak yah gaduh2 ngan orang camtu...buang masa...saudara percayalah...SAM suatu hari nnti akan dilupakan macam CICAKMAN...kakakaka..( mampus terkapit celah pintu )...

    ReplyDelete
  4. Anonymous11:01 PM

    tulisan ni tidak lebih dari tulisan pinta ehsan,
    bila kata orang cicakman dialah yang cicakman,orang bersama membantu pemimpin ini tidak,dah tidak ada jawatan dah la,jangan la politiking,ada masalah lari?tul ke cara tu?

    ReplyDelete
  5. Anonymous3:42 PM

    Pemangku Ketua Angkatan Muda arah AMK Pusat saman Badrul.

    Bermula dengan menyiarkan petikan blog badrul yang menyatakan beliau meletakkan jawatan kami mendapat perbagai respon. www.umno-reform.com dalam artikel sebelum telah dituduh oleh beberapa penyokong Keadilan sebagai sengaja membangkit isu yang tidak wujud. Sungguhpun begitu isu perletakan jawatan ini telah disahkan oleh Badrul sendiri dalam temubual ringkas dengan beliau melalui telefon. Artikel sebelum ini klik sini

    Dalam usaha kami untuk terus mengetahui mengenai isu sebenar kami menghubungi beberapa orang Exco Angkatan Muda untuk mendapatkan komen lanjut. Dua Exco Angkatan Muda yang dihubungi memberitahu kami bahawa mereka sedih dan terperanjat dengan perletakan jawatan Badrul.

    Salah seorang dari Exco telah sudi memberikan komen dengan syarat identitinya dirahsiakan dan kami telah memberi jaminan tersebut.

    Pertembungan Shamsul Iskandar dan Badrul Hisham

    Ini dilihat pertembungan peribadi Shamsul yang mewakili elit politik dan Badrul ahli politik yang mewakili aktivis jalanan. Menurut Exco itu Badrul yang mewakili aktivis reformasi ini akan diketepikan dalam pertembungan ini. Shamsul menurut beliau telah berjaya mempengaruhi mesyuarat Exco dan hampir semua Exco bersetuju membelasah Badrul.

    Malah Shamsul telah mengarahkan dua peguam yang juga ahli Exco AMK untuk menyaman Badrul kerana surat perletakan jawatan Badrul itu berniat jahat. Shamsul juga menyatakan beliau sendiri akan berjumpapenasihat dan presiden untuk menghadapkan badrul untuk di ambil tindakan disiplin dan dipecat. (pihak kami akan berusaha mendapatkan surat perletakan jawatan Badrul)

    Mesyuarat semalam menunjukkan bahawa Badrul sebenarnya tidak punya penyokong hanya dua exco dan seorang ketua amk negeri yang bersungguh – sungguh mempertahankan Badrul tetapi telah ditenggelamkan olehmajoriti yang mengambil tindakan membelasah ataupun sekurang kurangnya membisu.

    Menurut Exco itu, Badrul perlu sedar ini pentas politik bukan medan reformasi jalanan yang beliau selalu ke depan. Bukan kebenaran, keberanian dan fizikal menjadi ukuran tetapi kelicikan politik. Shamsul tahu itu, beliau telah memancing terlebih dahulu teman – teman rapat Badrul dengan tawaran jawatan dan seumpamanya.

    Ketika di tanya mengenai surat perletakan jawatan tersebut yang dikatakan ada niat jahat, beliau mengatakan bahawa surat itu terkandung kesalahan fakta iaitu Badrul meminta penjelasan mengenai RM 10 k duit sumbangan untuk AMK. Badrul mengatakan hanya RM 5,000 yang masuk ke dalam akaun tetapi sebenarnya RM 10,000 yang di masukkan ke dalam akaun tetapi RM 5,000 kemudiannya diambil oleh Shamsul sebagai "claim" beliau membuat program Jentera Angkatan Muda. Ini menimbulkan rasa sedikit tidak puas hati sebenarnya di kalangan ramai exco kerana kita turun ke bawah minta ahli ikhlas berjuang tetapi untuk turun program JAM Shamsul claim RM 5,000 dan exco yang lain turun juga malah lebih aktif dari beliau tapi semua belanja sendiri sampai naik bas.

    Kemudian surat itu juga menyatakan mengenai beberapa sikap dan tindakan Shamsul yang menjadi punca perletakan jawatan Badrul. Ketika kami meminta salinan surat itu beliau enggan memberikan dan ketika di tanya apa yang dimaksudkan oleh Badrul politiking sehingga beliau meletakkan jawatan . Exco tersebut telah merumuskan kepada beberapa perkara dan antaranya adalah:


    1. Shamsul Iskandar telah masuk ke negeri – negeri campur tangan urusan politik negeri dan menawarkan jawatan untuk meraih sokongan – Negeri sembilan, Johor.


    2. Shamsul Iskandar telah bertindak menawarkan jawatan untuk tujuan melaga – lagakan. Shamsul Iskandar telah berjumpa lebih dari dua orang untuk menawarkan jawatan Timbalan AMK Pusat. Mungkin dengan harapan semua berlaga untuk jawatan tersebut dan jawatan ketua AMK beliau selamat.

    3. Politik adu domba Shamsul Iskandar sering dilihat suka bawa mulut.

    4. Sikap lepas tangan yang beliau, sebagai contoh untuk dua kongres yang lepas beliau adalah Pengarah Kongres tetapi ambil sikap lepas tangan. Sehingga kongres yang baru berlangsung di Pulau Pinang jawatan pengarah kongres telah ditukar kepada Sd Johari pada saat akhir kerana Shamsul tidak langsung mempedulikan persiapan kongres.

    Apabila kami bertanyakan apakah masa depan Badrul Hisham, beliau mengatakan Badrul pasti tewas kali ini, lebih malang lagi tindakan beliau ini akan mengundang beliau dipecat dari parti pun.

    UR akan cuba juga dapatkan surat perletakan jawatan tersebut ...... UR akan cuba menghubungi Saudara Shamsul untuk komen beliau.

    Kami setelah iu cuba menghubungi Badrul sekali lagi malangnya beliau dalam bas dalam perjalanan ke Terengganu untuk sesi motivasi politik. Program yang disusun bulan lepas. Beliau hanya memberikan komen ringkas ”Keyakinan saya tinggi kepada parti sebagai wadah reformasi..saya masih pegang jawatan di negeri dan bahagian. Saya tak mahu bincang soal masalah remeh ini ... rakyat sedang ditindas penguasa perlukan fokus dan pembelaan anak muda. Shamsul terlalu kecil buat saya..”

    Ketika di tanya adakah beliau tahu kemungkinan beliau di saman dan diambil tindakan tatatertib oleh parti beliau menegaskan beliau tidak kisah

    "la nie pun ada kes mahkamah tak selesai lagi apa salah tambah satu lagi....saman lah....”katanya

    Beliau juga yakin penasihat dan presiden terlalu sibuk untuk memikirkan untuk ambil tindakan tatatertib terhadap beliau.

    "Penasihat dan presiden banyak lagi benda nak buat dari layan politician bebudak ...jangan gaduh gaduh.... nie rakyat akan kecewa kalau kita gaduh-gaduh .... nie tol naik, barang naik, cukai pintu naik, bapak kena keje lebih anak nak masuk sekolah,rumah orang miskin kena pecah...... simpan tenaga lawan penindasan lagi baik.... ” katanya sambil ketawa. "Tanpa jawatan juga boleh lawan apa la nie on the way ke terengganu tengah shok tidur dalam bas’.....sambil ketawa ringkas...

    sebelum akhir perbualan beliau beri jaminan akan beri eksklusif interview pada UR...

    "maaf line tak elok. Tak pa nanti balik KL saya bagi eksklusif pada UR .....bukan UR jerk ada dua akhbar tabloid pun dah call nak minta eksklusif interview tapi kita bagi UR dulu”

    ReplyDelete
  6. Anonymous2:49 PM

    Chegu Bard...buangla chat box kat blog ni...kerana chat box tu dah jadi medan adu domba serta fitnah memfitnah....benda ni boleh jadi rosak...tapi at least blog u meriah, tak mcm blog kawan kite tu...sunyi, sepi dan mati beragan....Kitorang tau kat NS sape yang bergerak dan siapa yang MATI PUCUK (pronoton)....dah la tu, kepada kengkawan yang mati pucuk tu, buang la topeng munafik dan opurturnis korang...Aku tau sape yang tukar2 nickname ni...kakakakaka...mcm budak2 bodo...daripada kau habis kan duit gi cc, baik kumpul duit and kawin dan buktikan ke"pronoton"an kau tu....ni nak rokok pun mintak kat orang...minum teh mintak marvin belanja..nak pegi mana2 tumpang orang...pastu perasan jadi exco...pastu salahkan orang & adu domba bila tak dapat sokongan dari amkns...SAMPAH!!! Woi sedar la sikit!!! kerja bkn mengerjakan orang...Lekas2 Bertaubat!!! Malu la ngan title kau tu...

    ReplyDelete
  7. Anonymous5:17 PM

    buat yang tuduh orang lain sampah,hak kebebasan nak kata apa,jangan lah tuduh sembrono je,silap-silap orang yang anda sebutkan itu sejuta kali lebih baik dari anda, dia yang berusaha pertahankan perjuangan.

    kerap kali orang yang mendakwa orang lain sampah sebenarnya orang itu sebenarnya lah yang s.....

    mungkin memang ramai yang yang memberikan pandangan di Cbox orang yang berbeza yang menzahirkan kegelisan dengan agenda peribadi.

    dan seringkali juga orang yang kata orang lain guna pelbagai nick orang itulah sebenarnya yang guna pelbagai nick.

    paku dulang paku serpih.

    terus bersama berjuangan dengan niat yang ikhlas,sesiapa pun boleh jadi exco tapi yang penting ikhlas.

    biarlah anak ayam kita terus berjuang.

    ReplyDelete
  8. Anonymous10:12 AM

    Sudah2lah tu!! tak perlu panjang2kan citer!! Andai korang rasa korang betul, berjuang kerana Allah SWT..teruskan je lah..tak perlu lah nak menjatuhkan maruah org lain. Org yg berjuang dgn ikhlas, tak suke menunjuk2...Andai korang rasa korang bagus..teruskan je lah berjuang..Jgn nak menjatuhkan maruah org lain..Korang pun ada keluarga..anak bini...kot2 esok lusa tambah bilangan anak...tak perlu lah nak menambah masalah yang ada..cukup2lah....dosa menfitnah ni lebih teruk dari membunuh...Allah SWT mungkin tak tunjuk balasan pd kita...mungkin pd anak bini kita..ingatlah....bini aku pun mengandung ni.....bln dpn bersalin...aku pun turut ingatkan benda ni pd diri aku sendiri...takut2 esok kerana mulut aku ni....bini yg terima balasan..mintak2 dijauhkanlah....so korang pun jom lah ingatkan diri masing2...ingat...kita bkn hidup menongkat langit..esok lusa mungkin kita dijemput mengadap pencipta...baik tepuk dada tanya diri kita...sudah cukup ke bekalan yg dibawa ke sana nanti.......
    aku tau sapa yg korang maksudkan 'sampah' tu......tp kena ingat.....yg aku tau..'sampah' tu bakal abg ipar bard..tu pun klu aku tak silap lah...atau mungkin 'sampah' yg dimaksudkan....org2 yg selama ni menjadi pemerhati...entahlah....
    kepada yang rasa diri tu tu pejuang sejati...teruskan berjuang...tanpa perlu menjatuhkan org lain...andai anda ikhlas..pasti perjuangan anda dihargai..seperti che'gu bard..berjuang dgn ikhlas.....itu yg kita cari...

    ReplyDelete