Gelombang Reformasi tidak akan wujud tanpa titisan keringat insan pencinta demokrasi dan kebebasan.
Dalam memperjuangkan reformasi, tidak kurang yang telah pergi meninggalkan kita. Antaranya ialah Omar Tan, Mgg Pillai, Hajjah Ning, Ustaz Fadzil Noor, Haji Taib, Cikgu Non dan lain-lain.
Cetusan idea "Malam Reformis Dalam Kenangan" lahir daripada kesedaran pentingnya untuk kita memperingati mereka ¨C Reformis Tulen, yang telah meninggalkan kita dengan sumbangan masing-masing, justeru dijadikan teladan dan dijanakan sebagai tenaga penggerak untuk terus mara ke depan.
Dengan ini ingin kami menjemput saudara/saudari untuk hadir ke "Malam Reformis Dalam Kenangan" pada 26 Jan (Jumaat), jam 8:30pm, di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur.
Dato Seri Anwar Ibrahim, penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) juga akan hadir sebagai salah seorang pemidato pada malam tersebut. Program selainnya adalah termasuk nyanyian, sajak dan pengkisahan yang mengisahkan pengorbanan perjuangan aktivis reformasi.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi setiausaha jawatankuasa "Malam Reformis Dalam Kenangan", saudari Ginie Lim 012-6693453 atau Nasir Isa 0193999744.
No comments:
Post a Comment