Thursday, January 11, 2007

AMNS SEDIA KERJASAMA DENGAN ADUN BAHAU

KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA NEGERI SEMBILAN
11 JANUARI 2007

ANGKATAN MUDA NEGERI SEMBILAN (AMNS) amat terkejut dengan pengumuman YB Lim Fui Ming keluar dari DAP. Namun AMNS juga menghormati tindakan beliau. Walaubagaimanapun AMNS amat berharap agar Lim Fui Ming dan DAP dapat menyelesaikan masalah ini dalam semangat kekeluargaan.

Bagi AMNS Adun Bahau itu tidak perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi dalam pilihanraya 2004 sebaliknya terus menumpukan sepenuh perhatian dalam meberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat setempat.

Jika beliau memerlukan platform parti untuk meneruskan dan melicinkan khidmat beliau sebagai wakil rakyat AMNS bagi pihak keADILan Negeri Sembilan menawarkan platform tersebut. Menjadi polisi keADILan bekerjasama dengan mana – mana pihak yang sentiasa berusaha membantu rakyat, menentang kezaliman dan penindasan rakyat , menentang rasuah dan menyuburkan demokrasi.

YB Lim Fui Ming juga agak rapat dengan keADILan dalam banyak bidang. AMNS juga sebelum ini ada beberapa kali bertemu beliau membincangkan permasalahan rakyat negeri ini. Berdasarkan semua itu AMNS punya keyakinan dan amat berharap agar YB Lim Fui Ming akan terus berpegang pada prinsip menentang amalan kronisma, rasuah dan penindasan yang dilakukan oleh Barisan Nasional.

Menyentuh mengenai komen Mohamas Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan yang menyatakan bahawa tindakan ADUN Bahau keluar DAP adalah tepat kerana pembangkang gagal membantu rakyat, AMNS melihat Menteri Besar cuba memainkan isu ini untuk mengalihkan isu permasalahan besar yang dihadapi oleh beliau dalam kerajaan negeri dan UMNO negeri sendiri.

Mohamad mengalami krisis kenyakinan di kalangan pegawai kanan kerajaan negeri mahupun pimpinan UMNO sendiri apabila Datuk Ishak Ismail ADUN Lenggeng merangkap Ketua Bahagian UMNO Seremban membangkitkan isu campur tangan urusan keluarga Menteri Besar dalam pentadbiran parti mahupun kerajaan negeri. Hampir semua ahli keluarganya menjawat jawatan penting dalam kerajaan negeri dan kebanyakan agihan kontark perlu melalui tapisan keluarga Menteri Besar itu.

Jika MB berharap menggunakan isu Adun Bahau keluar DAP untuk menutup isu kronisma dan penyelewengan maka beliau mungkin silap.

AMNS telah merancang dan akan melaksanakan beberapa tindakan serentak untuk membongkarkan kelemahan dan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Mohamad Hassan.

berita berkaitan : 1. AMNS tawar Adun Bahau kerjasama

2 comments:

  1. Anonymous2:30 PM

    saya cadangkan agar perhubungan keadilan negeri sembilan pergi berjumpa dengan YB ini.... ajak aja terus dia masuk keADILan....

    ReplyDelete
  2. Anonymous6:18 AM

    AMK tolong berhati-hati dgn tindakkan selanjutnya. Consult yr PArti advisor before making any move on this issue.

    Tolong jgn mulakan keretakkan dlm keadaan sekarang. BN will exploit this issue to maximum. And remember history always repeated..don't ever repeat the same stupid move.

    ReplyDelete