Tuesday, August 24, 2010

Serangan terhadap Nurul Izzah kerana pikir dangkal Umno

Negara tengah berdepan dengan perbagai cabaran dan masalah. Rakyat hidup tertekan, harga barang naik, pelabur lari, kos hidup meningkat. Rakyat dihimpit kos hidup meningkat dan beban hutang yang tak terbayar. Suhu sentimen perkauman dan keagamaan cuba di naikkan oleh pihak tertentu dengan perbagai kenyataan dan perbuatan kianat. Kebangkitan peneroka Felda dalam menuntut hak mereka dan melakukan saman di mahkamah sudah tentu lagi memeningkan kepala regim pemerintah.

Namun dua menteri penting dalam negara seperti Zahid Hamidi, Naib presiden parti yang menguasai regim dan Hishamuddin Hussien, Menteri dalam negeri kelihatan sibuk sekali memberi tumpuan kepada sebuah artikel di Tempo yang menyiarkan temubual Nurul Izzah, ahli Parlimen Lembah Pantai. Dalam artikel tersebut Nurul secara jelas menyerang pembaziran wang negara oleh parti yang menguasai regim pemerintah termasuk dalam soal pembelian kapal selam yang tak mampu menyelam.

Kononya Nurul memburukkan nama negara. Kenyataan menteri ini disambut oleh juak - juak Umno dengan membuat beberapa laporan polis dan kenyataan termasuk mendesak Nurul ditahan dibawah ISA.

Ini semua berlaku kerana pemikiran dangkal dan taktik alih isu oleh regim.

Ketika rakyat dihimpit dengan perbagai masalah maka regim cuba menyajikan satu lagi isu bagi mengalih perhatian. Ia tak ubah seperti usaha seorang ibu yang cuba bermain dengan anak bagi mengalihkan rasa lapar kerana tak mampu memberikan anak makan.

Kita semua harus sedar beza kerajaan dan parti pemerintah. Beza negara dan pemimpin politik. Bn tak tahu membezakan semua ini sebab itulah Bn membelanjakan wang negara seperti ia wang Bn. Agihan zakat penuh dengan bendera dan logo Umno.

Mengkritik kegagalan seorang menteri mahupun parti pemerintah sama ada di dalam atau di luar negara bukan mengkianati negara, ini fakta yang harus difahami oleh semua. Jika tidak kita akan jadikan negara ini negara ditaktor atau fasis yang tidak boleh mengkritik pemimpin kerana pemimpin itu negara dan negara itu pemimpin.

No comments:

Post a Comment